Friday, September 19, 2008

Berbuka Puasa: Bertenanglah di minit2 terakhir

Kita semua tahu doa org berpuasa amat tinggi nilainya. Banyak hadis yg mengatakan bahawa doa mereka berpuasa disaat berbuka atau hampir berbuka adalah diterima. Ok, itu prinsipnya.

Tapi mari kita lihat apa yg berlaku di rumah kita, diminit minit terakhir sebelum berbuka puasa.

Saya menjangkakan majoriti dari kita, agak kelam kabut dimasa itu. Anak anak menolong mengemas makanan, Ibunya masih lagi didapur. Mungkin orang gaji juga sibuk bekerja. Si Ayah, mmmm, entah tak tahu buat apa. Kalau mahu ikut macam saya, kadang kadang dimasa itu saya membasuh pinggan mangkuk yg berterabur disink, sebab kami tiada orang gaji. Dimasa itu juga tv mungkin bersuara kuat, samada dengan cartoon atau dgn program puasa.

Tapi berapa ramai dari kita yg sebenarnya memperuntuk 3-4 minit sebelum berbuka, untuk duduk bertenang, mungkin mengeliling makanan sementara menunggu azan. Dikala itu, kenapa tidak kita tutup sebentar tv tersebut, atau perlahankan suaranya. Dari channel cartoon, ditukar kechannel yg akan mengemandangkan azan.

3-4 minit, ketenangan ini, kita gunakan untuk bertafakur dan berdoa. Doalah apa yang perlu. Galakkan anak anak duduk bersama dan berdoa masing masing. Boleh juga berdoa ramai ramai tapi biarlah dengan bahasa yang difahami.

Kenapa ketenangan ini perlu dibuat. Kerana bukankah agak janggal untuk kita memohon doa dengan keadaan kita kelam kabut. Ketenangan itu akan membawa kekusyukan. Dan doa yang baik ialah doa yg dibuat secara sepenuh hati.

Kalau anda belum mencuba untuk mewujudkan suasana tenang 3-4minit sebelum berbuka, kenapa tidak cuba untuk tahun ini. Masih ada 11 hari untuk mencubanya. "Perintahkan" isteri anda untuk berhenti memasak 5 minit lebih awal dan duduk dimeja makan bersama sama anda. Tapi memastikan perintah itu berjalan, jangan anda pula yg sibuk membaca suratkabar atau melihat tv pada masa itu, kerana isteri anda perlu ditolong. Mungkin juga, 'kerahkan' suami anda untuk bangun menolong.

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=148&Itemid=72

Selamat mencuba untuk berdoa dalam keadaan tenang 3-4minit sebelum berbuka puasa.

Paksadiri atau Sama?: Selamat Menyambut 10 akhir ramadhan.

Akhir nya kita akan sampai ke last 100 meter ramadhan. 10 malam akhir kemuncak mencari redha, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Malam lailathulqadr, Tidak perlu diceritakan lagi apa kelebihan nya.

Apa yg perlu diceritakan ialah samada kita dapat bangun, paling minima dimalam malam ganjil untuk sembahyang sunat tahajud, paling kurang 2 rakaat. Adakah pada tahun ini kita masih sama dengan tahun tahun yg lalu, lemah longlai tak rasa apa apabila kita tidak dapat berdiri ditengah pagi sunyi.

Berapa ramai dari kita akan bersunggguh untuk bangun antara 2pagi hingga 5 pagi. Bersungguh dlm ertikata, set alarm handphone, atau jam untuk mengejut diri kita. Mungkin kita macam tahun2 lalu, longlai tak bermaya dikala sejumlah kecil manusia bangun berdiri dan bertasbih.

Kalau pun tidak, berapa ramai dari kita yang akan bangun bersembahyang sunat antara jam 5 sehingga sebelum subuh. Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua. Maknanya walaupun 2 rakaat, ianya amat bernilai.

Untuk mereka yg mahu merancang hidup, malam malam akhir 10 ini amat penting untuk kita merintih meminta pertolongan agar Allah mudahkan dan tunaikan.

Bagi mereka yang mahu mendidik anak sholeh, malam2 akhir ini amat penting memohon doa agar Allah mengurniakan anak kita sebagai anak yang bijak cerdik pintar sholehah, juga mendoakan agar anak kita mendapat kebahagian dan kejayaan dan diredhai dunia dan akhirat.

Jika kita termasuk dalam golongan orang yg selalu gagal untuk bangun pada 10 malam akhir ataupun malam malam ganjil, marilah kita mencuba semula pada tahun ini. Paling kurang kita mencuba semula tetapi lebih serious cubaan itu dari tahun tahun yang lalu.

Sekiranya anda ingin mencuba,
-setkan alarm jam atau handpone anda
-berniat untuk bangun malam pada jam tertentu,
-sebelum tidur, seru diri anda " xxxx, bangun pukul 4pagi" tapi bila terjaga mesti terus bangun.
- atau jika anda rasa anda tidak ada kekuatan untuk bangun dengan cara cara diatas, pergilah tidur dimasjid yang ramai org beriktikaf. Suasana masjid tersebut pada jam 4 pagi akan membangunkan anda. Dan inilah cara yg terbaik untuk org seperti kita yang sungguh lemah dalam bab bangun tahajud ini. Kita juga mendapat pahala beriktikaf dan pahala sunnah nabi.

Selamat mencuba.
Moga moga kita mencari lailatul qadr.

Ramadhan: Setakat Main2 Tak Jalan

kita telah menghampiri 10 ramadhan..hari hari rahmat dari Allah. Dan sebenarnya kita hanya akan lepas dari neraka dan masuk kesyurga dgn rahmat Allah yg maha besar.

kerana kalau kita ingin masuk syurga dengan amal kita, sebiji mata yg diberi Allah tidak dapat kita bayar dengan semua amal2 kita.

Dua aktiviti penting dlm ramadhan ini, walaupun byk aktiviti lain yg juga penting seperti bersedekah, memberi makan org berbuka puasa.

pertama, pembacaan quran, kedua semb tahajud. Ada keindahan dan ketenangan dalam sembahyang tahajud, ditengah tengah hening malam walaupun jam 5pagi. sape yang tidak pernah mencuba, perlu mencuba beberapa kali untuk merasakan kenikmanatan ini.

Dan saya rasa ramai yg seperti saya, yang berangan angan ingin membuatnya dgn banyak tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. Kalau kita buat pun setakat cecah cecah shj.

Dari kegelisahan itu, kegelisahan gagal untuk melakukannya, saya mendapati bahawa, jika kita hendak melakukan bacaan quran dan tahajud yg byk, kita kena PAKSA DIRI kita. Bukannya setakat suka suka. Kita kena heret diri kita untuk melakukannya.

Bayangkan utk berjaya dlm perniagaan dan kerjaya, kita memberikan sepenuh tumpuan, dan PUSH diri kita utk melakukannya. Tapi bila bab beribadah lebih dlm ramadhan kita tidak mampu melakukan.

Kemampuan itu hanya dengan memaksa diri kita utk melakukannya. Paksa diri kita utk duduk dan membaca quran. Paksa diri kita utk semasa bangun sahur utk sholat tahajud dua rakaat dahulu sebelum kita pergi kedapur. Begitu juga para isteri, memaksa diri untuk sholat 2 rakaat dahulu sebelum bergerak kedapur utk persediaan sahur.

Mari kita memaksa diri kita melakukan membaca quran dan tahajud pada tahun ini.

Setakat main2, percayalah ianya tak menjadi.Ramai yg seperti saya, sering gagal kerana berusaha setakat mencuba cuba tanpa memaksa diri.

Lets try harder. The harder the better ....