Thursday, May 23, 2019

Ceramah 2019: Memberi ceramah Rancang Wang Untuk Persaraan.

Tuesday, November 15, 2016

Ceramah 2016

"Ceramah di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh pada Nov15 2016"

Thursday, March 12, 2015

Friday, October 31, 2014

Ceramah Rancang Wang 2014

Akan Datang: Nov 8: Rancang Wang di Kuala Langat Nov 15: Rancang Wang di UIA Kuantan Dec 20: Rancang Wang UM PJ.

Ceramah Rancang Wang 2012

Ceramah Rancang Wang 2011

Ceramah Ceramah Sebelum 2011: Belia Ikram Ampang Jaya – Oct 2011 Belia IKRAM Gombak - April 2011 Pelajar Uni – UNIKL-Sepang Feb 2011 Lepasan SPM, IKRAM - Dec 2010 Ibu Tunggal, Kajang Selangor, Aug 2010. Guru, Sek Alamin Kerteh, Jul 2010 Para Ibu , Masjid Jame Muar, JIM , Jun 2010 Pelajar IPT, Sek Ren Hira Klang, JIM, Jun 2010 Dalam Perkahwinan, Masjid KLCC- KARISMA, Jan 2010 Wang Lepasan SPM – KARISMA Jan 2010 Bulan TQM Denso Bangi – Nov 2009. Graduan Muda: JIM Kuala Lumpur- Oct 2009 Graduan Muda : Masjid Setiawangsa– July 2009 Graduan Muda: Masjid Bdr Tasik Selatan – Jun 2009 Sembang2 Rancang Wang: Pakar Mgmt Consultant - Jan 09 Kakitangan Forest Research Inst Malaysia (FRIM) -July 2008 Ahli Jamaah Islah Malaysia (JIM) Johor: Jun 2008

Saturday, January 25, 2014

Coretan Seorang Pembaca

.....Ini buku 1st berkaitan perancangan kewangan yang saya baca dan saya dapati ia sangat menarik dan informative. Saya mengesyorkan kepada kawan-kawan especially yang dah habis belajar dan baru nak start hidup sendiri untuk membaca buku ini.Buku ini bukan saja memuatkan panduan untuk merancang kewangan tetapi merancang kehidupan @ keluarga, penulis ada berkongsi pengalamam hidup ...... http://faizatul.wordpress.com/2013/04/04/rancang-wang-hidup-senang/

Harga Buku

Salam dan selamat tahun baru 2014. Lama saya tidak menulis. Mungkin umur yang telah meningkat mengurangkan kekuatan menulis. Sekadar mengelakkan kekeliruan tentang harga buku. Harga terkini adalah seperti berikut: Rancang Hidup Rancang Wang RM20 Rancang Bahagia Suami Isteri RM20 Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15 Rancang Wang Hidup Selesa RM5 Satu Allah Tiga Aqidah RM15. +kos pos RM5. Buku buku saya mungkin susah untuk dicari di pasaran. Doakan saya dapat menulis lagi. Terima Kasih.

Sunday, February 12, 2012

Mai memilih menantu.

Tulisan ini saya tujukan kepada rakan satu batch yg mula memikirkan anak anak akan berkawin dan anak anak akan memilih pasangan.

Hari ini kita hidup dizaman dimana kuasa ayah utk menentukan siapa pilihan anak adalah begitu terhad. Zaman "kau kena kawin dgn sipolan" telah lama berlalu. Zaman ini adalah zaman anak memilih sendiri dan jika kiranya pada ibubapa pilihan itu kurang tepat maka boleh berlakulah ketegangan dgn sianak. Anak merasakan beliau tahu siapa yg mahu dipilih sebab beliaulah yg akan berkahwin. Bukan emak dan ayah yang mahu berkawin.

Dimasa yg sama emak dan ayah mengetahui bahawa hasil perkawinan cinta cintan pada hari ini telah menyebabkan begitu banyak perceraian perkahwinan dalam lingkungan 3-5 tahun. Begitu 'fragile'nya perkahwinan hari ini. Sebagai ibubapa maka akan wujud kebimbangan. Malah jika anak kita anak perempuan, kita memandang bertahun tahun kehadapan utk memastikan anak kita itu selamat dan berada dalam dakapan seorang lelaki yg beriman dan bertakwa. Maka bagaimana kita boleh memastikan anak kita memilih pasangan yg baik utk meminimakan keburukan dlm jangkamasa panjang.

Setting 'ground rules'.

Saya mengambil kaedah utk membincangkan memilih pasangan sebaik shj anak selepas SPM. Walaupun nampak mereka terlalu muda tetapi ia merupakan persediaan utk mereka melangkah keluar. Apabila mereka mula memasuki IPT maka mereka tidak lagi berada didepan mata. Mereka akan berjumpa ramai kenalan. Ada yg mereka suka dan akan ada yg menyukai mereka. Walaupun anak anak ini telah dilengkapkan dgn ilmu agama dan quran, hasil dari sekolah integrasi islam Alamin yang baik, tetapi environment boleh mengubah mereka.

Dengan didikan itu saya percaya, anak anak saya dan rakan2 mereka bukan dari jenis 'kepit-kepitan, senggol senggolan' dan juga mereka tidak perlu mengikut nasihat lagu 'Bila berpacaran'. Lagu bila berpacaran menghalalkan berkepitan yg mempunyai potensi utk membuakkan emosi muda.

Ground rules saya adalah mudah. "abah tak kisah sape yg dipilih, tapi yg mesti ialah dia mesti ikut usrah". Ground rules memberikan kebebasan memilih tetapi pemilihan mestilah berdasarkan prinsip yg ditentukan.

"Ikut Usrah"?. Ya..ikut usrah. Satu syarat yg amat pelik bagi setengah orang.

Perkahwinan adalah satu risiko yg amat tinggi. Ia adalah cantuman dari dua hati dari dua background yg susah utk diselidiki. So sistem usrah merupakan satu sistem pendidikan dan juga indirect screaning supaya yg masuk kedalam lingkungan keluarga ini adalah mereka yg telah dididik dan diasuh mengikut satu methodologi yg telah terbukti zaman berzaman.

Saya tidak mahu mengambil risiko 'lepas kawin baru nak didik' kerana bukan mudah utk mendidik seorang manusia yg telah dididik selama 18 tahun oleh sistem ibubapanya sendiri. Oleh itu usrah sedikit sebanyak akan membentuk anak ini. Jika anak itu jenis yg telah keras dan tidak boleh dibentuk, maka beliau akan terkeluar dari sistem tersebut kerana sistem usrah mempunyai metodologi dan disiplin diri yg tinggi. Ini bukan menidakan mereka yg tidak mahu memasuki sistem itu. Cuma utk masuk kedalam keluarga ku maka 'do it my way' spt kata frank sinatra.

Peranan MatchMaker " Baitul Muslim".

Saya bertuah kerana berada dalam organisasi pas dan ngo ikram. Dua organisasi ini adalah kukuh dan mempunyai disiplin displin tersendiri. Ia membentuk peribadi dan juga membentuk arah perjuangan yg jelas.

Dlm ngo ikram, terdapat satu badan yg merupakan matchmaker kepada mereka yg berminat utk menggunakan proses ini. Proses in dijalankan dgn teratur termasuk memohon petunjuk dari Allah dlm memadankan bakal2 pengantin. Saya telah menggunakan ini dgn dua keadaan.

Pertama dimana anak yg menyerahkan kpd baitul muslim secara keseluruhannnya. Dlm kes ini fasilitator menguruskan bakal2 pasangan dengan kaedah screaning, personaliti matching, istiharah, facilitate perjumpaan sehinggalah kedua teruna dan dara bersetuju bahawa mereka mahu bersama. Sembahyg isthiharah adalah instrumen penting dalam proses ini. Saya sebagai bapa, mengambil kesempatan utk melakukan screaning juga, cuma saya hanya melihat dari aspek kesihatan jangkapanjang shj. Keputusan akhir tetapi dilakukan oleh tuan badan.

Kedua. Kes kedua adalah dimana menangani bahawa " ooo .. dah ada org book anak aku". Kes ini perlu ditangani dengan baik utk memastikan anak tidak terluka hatinya. Apabila saya ketahui bahawa sudah ada org 'book' anak ini, maka kedua2nya diminta mengisi borang baitul muslim dan diserahkan kepada fasilitator baitul muslim. Mereka berdua perlu bertemu bual dgn fasilitator baitul muslim.

Selepas mendapat clearance dari fasilitator ini, maka pada masa yg ditentukan, saya pula menemubual sama ada org ini sesuai utk menjadi teman hidup jangka panjang anak saya. Dalam kaedah ini, walaupun saya membenarkan anak saya memilih pasangan tetapi bakal pasangan itu tetap perlu melepasi dua step iaitu screening dari fasilitator baitulmuslim dan juga temubual bersama saya. Fasilitator ini adalah org yg berpengalaman dan bertakwa maka proses dan methodologi malah gerak hati beliau amat diperlukan. Kaedah ini juga mungkin membenarkan kiasan org tua 'sekilas ikan diair, tau jantan betinannya'.

proses2 diatas hanya lah satu usaha utk meminimakan risiko jangkapanjang. Selepas berkahwin terpulanglah kepda keimanan dan takwa pasangan utk membina satu syurga didunia. Kita perlu ingat silap langkah,perkahwinan boleh menjadi neraka dunia, nauzubillah.

Oleh itu bagi mereka yang ingin membantu pemilihan pasangan anak, anda mungkin ingin mengambil kaedah ini.
Mungkin ada yg mengatakan prosesnya nampak cerewet, tetapi org putih ada berkata 'better safe than sorry".

Moga Allah kurniakan anak2 kita menjadi sholeh wa musleh, berjaya dunia akhirat dan membahagiakan kita dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Tuesday, November 08, 2011

Skim rumah pertama 400k - patut kah diambil.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

pada cermah rancang wang belia ikram KL pd sabtu okt 29 lalu, ada satu soalan mengenai skim rumah pertama maksimum 400ribu, sama ada patut kita ambil atau tidak.

Persoalan asas yg perlu ditanya ialah mampukah atau tidak.

utk pembiayaan 400ribu dgn keuntungan bank, katakanlah, 4.5%, utk 30 tahun pembiayaan, bayaran bulanan ialah dalam Rm2000. (sila cek dgn bank utk kepastian dan sebarang perubahan).

Bank memberi pembiayaan berdasarkan 30-40% dari pendapatan. Oleh itu utk Rm2000 sebulan, pendapatan yg diperlukan ialah RM6000 sebulan. Dalam kata lain, jika skim ini masih limit pendapatan individu kpd rm3000, maka combined income suami isteri berjumlah Rm6000 diperlukan. (kalau pembiayaan Rm200000, rm 1000 sebulan so pendapatan Rm3000/mth) . (sila cek dgn bank utk kiraan detail)

cuma kena take note, pembayaran RM2000 itu boleh meningkat jika BFR terus meningkat. Dalam masa 1-2 tahun ini BFR telah meningkat beberapa kali.

Tapi secara umumnya bagi yg layak, saya menggalakkan utk mengambil pembiayaan ini sebab ia memberi pembiayaan 100%. Bukan mudah nak menyediakan 10% + 5% itu. Saya dulu meminjam keliling, itu pun dgn janji petronas akan pulang balik. So sape yg mahu, sila buat perkiraan anda dan start scouting rumah yg baik dgn lokasi yg baik.

Sape yg mahu mengikut qaul beli cash, anda boleh mengambil risiko itu kerana so far harga rumah tidak pernah turun. Kenaikan harga rumah yg mendadak pada 2-3 tahun ini adalah mungkin kerana cycle tiap 10 tahun dan mungkin juga kerana manipulasi bank.

secubit coretan utk yg berduit

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

1. mendengar setengah org yg berduit, melabur dgn hanya mendengar penerangan dari sales person membuat hati saya bergetar. Bimbang rasanya bila mendengar org melabur at the spur of the moment.

2. Nak menasihat org yg berduit susah gak sebab penulis sendiri bukan dikalangan org yg berjaya financially. Hidup sekadar kais bulan makan sebulan dan drive pun kereta tua berumur belasan tahun, tidak cukup utk claim ' i have make it'. Cuma yg ada ialah minat utk membaca dan mengambil tahu. So tulisan ini sekadar lontaran kpd mereka yg berduit dari org yg tak cukup duit.

3. Org berduit selalunya sibuk tetapi itulah yang akan memakan diri mereka sendiri dalam pelaburan.

Dua contoh real yg boleh saya kongsi, 1. seorang senior consultant yg hilang rm500ribu dalam pelaburan amanah sahamnya apabila saham itu jatuh dan agennya tidak langsung memberitahunya. 2. Adik saya sendiri yg hilang beberapa puloh ribu kerana sebab yg sama.

Dalam kata lain, apabila kita menyerahkan pelaburan kita semata-mata keatas org lain, maka tunggu lah akibatnya. Tidak kiralah hebatnya anda, sama ada pengurus besar atau pakar besar atau consultan berbadan besar, atau bijak macamana sekali pun, tetapi bila ia meninggalkan pelaburannya utk dikawal oleh org lain sepenuhnya maka ia menunggu bencana.

4. Antara contoh nyata ialah pelaburan amanah saham melalui kwsp. Ada org sign borang dgn agen melebihi 2-3 borang. Jika dia sign 2 borang shj, maka setelah 6 bulan barulah agen itu akan mengadap beliau, kalau 3 borang 9 bulan. Itu sebab kami mencadangkan agar sign borang hanya 1, dan biarkan agen itu datang utk mengadap lagi bagi borang berikutnya pada 3 bulan akan datang. Bila beliau datang maka bolehlah kita bertanya.

5. Konsep asas pelaburan amanah saham ialah, bila share market naik, kita mengambil keuntungan dari amanah saham kita dan beralih kpd bond. Ataupun jika boleh kembali ke kwsp. Cuma pelaburan kwsp adalah tidak sah syariah, maka kita boleh menukar kepada pelaburan tabung haji, utk memastikan sebahagian keuntungan itu terjaga. Tetapi berapa ramai agen yg menasihat demikian? Berapa ramai agen yg akan mengingatkan pelaburnya supaya mengambil sedikit keuntungan.

6. Satu lagi yg perlu diingati oleh org yg berduit ialah, pada hari ini tidak ramai org 'real financial planner'. Yg ramai ialah sales agent yg menjual produk mereka. So mereka tidaklah mengkaji keperluan pelabur. Yg penting bagi mereka ialah menjual produk mereka. Kita tak boleh salahkan mereka kerana mereka hidup diatas komisen yg diberi. Maka org yg berduitlah perlu memastikan ia tahu akan konsep2 asas pelaburan. JIka tidak, bersedialah utk merasa 'fingers burned'.

Kalau ada perkara2 diatas berlaku pada anda, mungkin anda sebagai org yg berduit, ingin melihat kembali strategi pelaburan anda.
Perkara diatas mungkin juga kurang nilainya, cuma ia mesti dikeluarkan dari minda saya supaya idea lain boleh masuk.