Tuesday, February 27, 2007

Skim cepat kaya internet haram di sisi agama!

Pembaca dijemput memberi komen mengenai artikel ini di http://hdailyblog. blogspot. com/
Awas! Skim cepat kaya internet haram di sisi agama!

Azamin Amin Tue Feb 27, 07 09:23:15 AM
KUALA LUMPUR,27 Feb (Hrkh) - Dengan pulangan yang berlipat ganda dan jaminan keuntungan ratusan ribu malah jutaan ringgit dalam tempoh singkat, pelbagai perniagaan yang berasaskan sistem Multi Level Marketing (MLM) di internet, semakin 'menggoda' umat Islam untuk melabur walaupun sebahagian besarnya dari sudut hukum agama jelas haram.


Penasihat Syariah Dalaman, Asian Finance Bank, Zaharuddin Abd Rahman berkata umat Islam perlu berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan sistem kewangan di internet yang menyamai skim cepat kaya atau skim piramid yang berisiko tinggi dan perlu merujuk kepada pakar kewangan Islam sebelum menceburinya.

"Apa jua pelaburan yang diceburi, mestilah merujuk kepada penasihat syariah syarikat tersebut supaya dengan cara ini diketahui secara jelas bahawa pelaburan tersebut sah di sisi agama ataupun tidak,"katanya lagi ketika ditemubual Harakahdaily di pejabatnya sebentar tadi.
"Dan sebahagian besarnya tidak wujud majlis penasihat syariah serta tidak jelas produk yang diusniagakan, " katanya.

Beliau sebelum ini yang telah membuat beberapa kajian tentang pelaburan internet seperti EM-Pay, Swisscash, Willyfund dan E-Barrel telah menjelaskan secara terperinci kaedah tersebut dan hukumnya dimuatkan dalam keluaran Harakah lalu dan juga dalam laman webnya www.zaharuddin. net.

Kebanyakannya pelaburan di internet yang dikenal pasti secara umumnya menjurus kepada kaedah 'mencari' orang untuk menambah pendapatan dan tiada produk yang diniaga malah seandainya ada pun ianya bersifat haram kerana terdapat unsur judi dan gharar (tidak jelas) yang ditegah di dalam Islam, jelasnya.

Dalam laman webnya Zaharudin turut menjelaskan salah satu syarikat EM-Pay yang diragui perniagaannya seolah-olah "perniagaan timbun dan kutip wang dari orang ramai dan kad diskaun," seperti contoh seorang individu melabur RM 138, dan dan dalam tempoh dua minggu EM-Pay memberi pulangan RM 32,000 dan ini dinamakan Riba Al-Fadhl katanya yang merujuk kepada (Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592).
"Ia jelas katanya bukanlah perniagaan yang diiktiraf oleh Shariah, malah ia adalah Riba," katanya.

Tanpa menjual sebarang produk malah sistem ini secara amnya melanggar 'nature of business' atau fitrah ekonomi yang akan mengakibatkan ramai yang tidak bekerja, malas dan berangan kaya semata-mata menantikan keuntungan yang dijanjikan.
"Inilah yang dinamakan 'money game' yang diharam sama sekali di dalam Islam. Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba."

"Bukan semua MLM tetapi jenis yang 'bermain dengan kepala' (komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat) jelas haram disisi agama," jelasnya terperinci dalam laman webnya.
Tambahnya lagi ia adalah perniagaan duit dan 'kepala' iaitu tajaan kepala dan setiap bagi mendapatkan satu 'kepala' atau 'lot' adalah perlulah membayar sejumlah wang.
"Walaupun sememangnya kelihatan amat menggiurkan tetapi malangnya, ia adalah tidak halal secara pasti tanpa syubhah lagi," katanya lagi

Selain itu, walaupun dengan alasan untuk menjana ekonomi pendapatan umat Islam sekalipun katanya namun perkara pokok halal haram sesuatu perkara jangan dikesampingkan sedangkan 'niat tidak menghalal cara' dan Islam tidak meletakkan material ataupun harta benda semata-mata kepada asas memulihkan ekonomi umatnya ini termasuk jugalah alasan untuk mengubah keadaan kewangan yang semakin terhimpit dan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang menimpa umat Islam khususnya rakyat di negara ini.
Beliau turut kesal dan kecewa berikutan umat Islam terpengaruh dan terpedaya akibat daripada keyakinan untuk menceburi pelburan ini disebabkan diyakinkan oleh sesetngah individu yang bergelar 'ustaz' dan ahli dalam pengetahuan agama.
"Yang saya dahulukan ialah kepentingan umat Islam dan tanggungjawab saya sebagai umat Islam untuk menjelaskannya, sama ada ada yang bersetuju atau tidak itu terpulanglah, " katanya yang turut menyatakan bahawa kapasiti beliau bukanlah sebagai seorang Mufti namun menyarankan para Mufti mengeluarkan fatwa berkaitan sistem ini.

"Kajian saya terhadap sistem ini,tidak tertumpu kepada benar atau tidak keuntungan yang dijanjikan, wujud muslihat atau sebaliknya tetapi tertumpu sama ada ia menepati kehendak syariah dan sah di sisi agama," katanya
"Dan jangan meletakkan 'ustaz' sebagai 'benchmark' atau 'standard' untuk menceburi bidang sedangkan yang perlu dititik beratkan ialah hukum agama," katanya biarpun ramai para Ustaz menceburinya termasuk skim tertentu yang mungkin sah dari segi undang-undang ataupun pernah dilancarkan oeh para menteri.
Disember tahun lalu, akhbar pernah melaporkan sekurang-kurangnya wujud 50 laman web internet tempatan yang dikesan menjanjikan rakyat negara ini mengikuti skim jutawan segera antaranya bermodal RM 2.00 dan mendapat pulangan RM 1 juta dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.
Malah dalam akhbar yang sama, jurucakap Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) berkata laman web seperti ini memang banyak dikesan tetapi tidak ramai yang membuat laporan polis selepas terpedaya atau kerugian besar akibat pelaburan yang dibuat.

"Memang semua orang mahu menjadi jutawan tetapi perlulah mengikut cara yang betul dan bukannya berangan melabur beberapa ringit dan mengaaharap jutaaan ringgit sebagai pulangan," kata jurucakap tersebut. - mks.

Monday, February 26, 2007

Amanah Saham: Masa Utk Menjual Sebahagian. (Taking Profit).


Saya bukan financial consultant, tiada certificate tiada apa. Malah dengan keadaan sekarang saya bukan org yg layak memberi saranan kerana keadaan ekonomi yg tidak stabil. Dalam Pak Lah dan menantunya dengan bangga mengatakan ekonomi baik, saya antara org yg tidak merasa akan cebisan hasil kebanggaan mereka. Utk mereka yg telah memberi kemenangan besar kepada pak lah pada 2004 lalu, pastikan anda tidak merana dan dapat merasa setiap janji janji mereka.

Beberapa bulan lalu, pak lah membuat statement ” RAMAI org rugi didalam pelaburan amanah saham mereka”. Banyak kebenaran didalam statement beliau. Kemudiaan nya, penjual penjual agen amanah saham yg diketuai FMUTM telah membuat counter argument dan juga membuat iklan di akhbar dan billboard mengatakan pelaburan 3 tahun , 5 tahun, 7 tahun mendatangkan 30 %, 50 % etc atau lebih kurang begitu. Ada juga kebenaran didalam statement FMUTM itu.

TETAPI KENAPA KITA PELABUR MASIH RUGI? Kita masih rugi kerana kesalahan kita. Kita tidak menguruskan pelaburan amanah saham kita. Kita biarkan agen agen amanah saham mengurus saham kita.. Tahukah anda agen agen tersebut HANYALAH AGEN. Mereka bukan FUND MANAGER anda. Oleh itu mereka tidak mempunyai tanggungjawab untuk menasihat anda supaya beli, jual, beli sedikit, beli banyak, jual sedikit, jual banyak, jgn buat apa etc.

Ini berlaku kepada saya, abg saya, dan ramai dari kita. Saya kehilangan antara 3 hingga 5 ribu apabila saya tidak monitor amanah saham arab ittikal saya. Abg saya juga begitu melalui amanah saham maara beliau. Ini berlaku pada penghujung tahun 2004. Apabila jual, harga sudah berdentum turun.

Bagi mereka yang memerhatikan composite index, anda akan dapati share sedang naik. Jika anda merasakan ini akan berkekalan, anda akan ditipu bulat bulat oleh PM dan menantunya. Anda perlu tahu pada tahun ini dan awal tahun hadapan adalah musim pilihanraya. Maka keadaan HAPPY FEELING perlu diwujudkan utk memastikan undi mereka terus dapat terutama dari undi orang cina. Dan untuk mewujudkan keadaan happy feeling ini, mereka memerlukan 12 hingga 18 bulan. Cuma pada kali ini, share naik agak mendadak. Pada 2004, share naik secara slow, dan berkekalan kurang dari 12 bulan selepas pilihanraya mac 2004. Saya menjangkakan, ini akan berulang lagi. Kerana apa, kerana rakyat malaysia mudah lupa.

Ok, setelah menerangkan diatas, apa kena mengena dengan amanah saham anda. Inilah masa untuk anda melihat kembali @ TAKE CHARGE amanah saham anda. Sekiranya anda ada keuntungan dari harga beli anda , saya cadangkan agar anda menjual sedikit agar keuntungan itu dipindahkan ketempat lain. Ini termasuk walaupun pelaburan itu ialah pelaburan epf. Contohnya pelaburan epf saya bermula dgn 4ribu, dan bila harganya naik kepada 4400, saya menjual unit2 saham yg bernilai 400 dan memasukan balik kepada akaun epf saya.

Anda rasa agen anda akan menasihatkan anda dalam perkara ini. Pooorahhhh. Mereka hanya sibuk mencari sale lain. Dan mereka hanya akan kembali kepada anda setiap 3 bulan bagi pelaburan epf. Saya mencadangkan agar anda jangan sign borang pelaburan epf banyak banyak sekali. Jika anda buat ini maka, tengok tengok lah berapa kali agen anda datang atau menalipon anda. Sign hanya 3 bulan sekali supaya beliau datang jumpa anda dan jangan terlalu SETIA kepada satu agen. Jengok jengok lah agen lain. Kalau pun tak beli, paling tidak pengetahuan anda akan bertambah apabila mereka menerangkan produk mereka.

Satu yg anda perlu tahu ialah dimasa composite index naik, harga share naik dan harga bon turun. Dan bila composite index rendah, harga share turun dan bon rendah. So alternative ialah jual sedikit unit share yg anda ada untung, masukkan balik ke epf atau switch pada bon. Untuk lebih lanjut, anda kena membaca atau angkat phone dan call agen anda. TAPI kalau agen anda terlalu muda dan tidak membaca atau tidak cukup training, dia pun tak faham sangat.

So, dato datin tuan puan saudara saudari, time to take charge of your unit trust investment.

Semoga Anda Kaya dengan Penuh Keimanan. Sebar lah kepada yang anda rasa berminat.

haron@hamdy 0133696712. Agen Hartanah Anda.