Wednesday, November 12, 2008

Top Up Minyak Kereta Anda: Jimat Setengah Kilometer per Liter

Pada keributan kenaikan minyak beberapa bulan yang lalu, ada beberapa cadangan yang menarik. Antaranya ialah supaya mengisi minyak diawal awal pagi kerana pada masa itu suasana sejuk maka petrol yang masuk ke dalam tangki kereta mempunyai kesejatan yang tinggi. Saya cuba melakukannya tapi tak terbuat. Akhirnya saya hanya mengamalkan mengisi petrol dalam 7.45pagi. Ia tetap pagi tapi tak seawall yang dicadangkan.

Tapi ada satu cadangan yang dapat saya buktikan. Sebelum cadangan itu saya buat, saya telah mengisi petrol apabila tangki kereta kosong. Pada masa itu purata kegunaan petrol saya ialah 8.3km setiap satu liter.

Saya telah menukar tabiat mengisi petrol apabila tangki kosong kepada mengisi petrol apabila tangki separuh kosong, iaitu setiap 300km saya akan mengisi petrol. Hasil nya, purata petrol saya naik dari 8.3km/L kepada purata 8.8km/L. ITU ADALAH TAMBAHAN 0.5km bagi setiap Liter. Bayangkan untuk 100Liter, anda telah meningkatkan km anda kepada 50km.

Now, ada yang akan mengatakan “leceh laa, selalu sgt isi petrol”. Ia leceh kalau anda kena mengadap kaunter petrol pump pada setiap kali. Proses nya boleh dipercepatkan dengan penggunaan kredit kad. Akan ada yg berkata “itu berhutang laaa…akan meningkatkan perbelanjaan”. Jawapan nya mudah. Apabila anda menerima gaji, masukkan duit bajet utk petrol terus ke dalam akaun kredit kad. Iaitu anda membuat pembayaran awal. Dengan cara ini anda tidak berhutang kepada kredit kad. Dan memang saya melakukan cara ini.

Maka, kenapa tidak tukarkan tabiat mengisi petrol anda supaya anda mendapat 0.5km lebih untuk setiap liter.

Selamat Mencuba dan Selamat Berjimat.