Monday, January 14, 2008

MLM 4: reply

Salam,

Saya memang setuju apa yang penulis katakan dibawah. Amat setuju. 700 syarikat MLM di Malaysia, hidup dan mati. Owner majority Cina. Target group Melayu.

Saya nak bawa fokus pembaca semua kepada HANYA beberapa syarikat yang TERBUKTI selama lebih 25 tahun. Kalau dilihat dari segi bilangan syarikat yang memenuhi umur tersebut amat sedikit. Dan kalau kita lihat, syarikat saperti ini di MALAYSIA diterajui oleh kaum cina. Cuba periksa sendiri. Wal hal pembelinya majority orang Melayu. Tak ke sedih. Syarikat di penuhi oleh distributor Cina yang bertapak pada kuasa pembeli Melayu.

Saya tak mau membuat promosi produk saya dalam forum ini. Tapi bagi apa yang saya ceburi sekarang adalah produk yang menyentuh masalah kesihatan khususnya dikalangan orang Islam sendiri.

Makanan adalah punca segala penyakit - saya agak macam biasa dengar ungkapan tersebut.

Rata-rata Rakyat Malaysia sekarang mengalami lebihan berat badan. 33% over weight. 16% Obese. Dan yang menakutkan, orang-orang muda sekarang amat mudah naik berat badan. Umur 25 dah sampai tahap obese. Ramai kalangan kanak-kanak juga overweight atau obese. Adakah ini sunnah?? Adakah perlu berdiam diri aja?? Apa solution?? "Slim World"? Belanja 10 ribu, 20 ribu. Atau makan ubat kurus badan, dan sakit? Atau biar takdir yang menentukan. Jangan buat apa-apa. World is facing serious obesity problem sekarang.

MLM yang saya ceburi adalah untuk menangani masalah diatas. 27 tahun pengalaman. Saya sendiri turun 6Kg dalam 6 minggu. Dulu seluar size 38, sekarang size 33. Ramai dah saya bantu. Lihat lah ...
http://nutrition- for-life. blogspot. com

Bagi yang takut pada MLM, atau fobia pada MLM, cuba tengok apa yang saya boleh offer. Ramai...... amat ramai sekali rakyat Malaysia bermasalah.

Kencing Manis di Malaysia NO 1 DUNIA!!

Malaysia FATEST NATION in ASIA!!!

Sakit Jantung! Pembunuh No 1 di Malaysia. Kalau mati kemalangan jalan raya, esok dah keluar paper, kalau mati sakit jantung..... tak ada siapa tau!!

Stroke macam biasa je di Malaysia. Sana Sini

MALAYSIA BOLEH!!

Yang sedih, kita cakap pasal Dakwah Islamiah. Tapi kita sendiri tak boleh menjaga kesihatan kita sendiri. Apa kah kita patut menyalahi zaman? Apakah kita harus terima hakikat kalau kita umur 40, kita dah tak sihat lagi, over weight, makan pill darah tinggi, pill kolestorel.. ... makan drugs tak pe pulak!!

Bukan Semua MLM tak baik. Bukan Semua....... ..

Saya TAKUT .... satu hari, Melayu / Muslim ramai beli produk ini, yang kayanya bukan orang Islam. Sebelum itu berlaku, saya sanggup bertapak dalam syarikat ini supaya dapat menguasai sebahagian dari aliran kewangan orang-orang kita sendiri. Dan saya berharap ada yang akan mengikuti saya, Coz in MLM, I cant work alone..... Saya tak boleh kerja sendiri....

Ikhlas from my heart and my Iman insyaAllah.

Hj Allen Peter
http://nutrition- you-need. com

MLM3 : Pandangan Dari MLM ke Takaful


Assalamualaikum Saja nk menyampuk sket. Apa yg en hamdy telah nyatakan itu bagi saya ada betulnya (walaupun xsemuala). Saya juga adalah salah seorang yg pernah berjaya dlm bidang MLM tp akhirnya terpaksa surrender dek xtahan cara kerja yg amat memenatkan walaupn mendapat income yg agak lumayan. Tuan2, maaflah sekiranya apa yg saya tuliskan ini tak betul tapi demi memberi pendedahan kepada adik2 yg masih muda (yg masih blum kenal dunia perniagaan MLM) saya rasa adalah penting utk kita berkongsi sedikit ilmu utk kepentingan bersama. Juga kepada abg2, akak2, adik2 yg diluar sana yg sdg menjalankan bisnes MLM saya terlebih dahulu memohon maaf skiranya pendapat sy dibawah ini akan mgguris hati.


Tuan2, bisnes MLM memang boleh menjanjikan pendapatan yg lumayan yg mana kerja makan gaji xmgkin dpt mnandinginya. saya pnh kenal beberapa upline saya yg mndapat income 40-50 ribu sebulan. Sapa prnh dgr nama Ah Seng, Dino atau Adi Hafiz dlm Luxor? 3 org tu kawan saya ms belajar di UNITEN dlu. Saya mgkin xsehebat mereka tp dapatla jugak merasa income wpun x lumayan spt mereka. Bg saya, apa saja perniagaan (yg halal la) menjanjikan pendapatan yg lumayan. Anda penat belajar sampai ke universiti utk segulung ijazah tapi smpi bila nk makan gaji bang? Masa depan anda ibarat ditentukan oleh org lain, btul x? Nabi jugak mengatakn 9/10 pintu rezeki adalah dr sumber perniagaan. Jadi, kenapa msh perlu makan gaji lg? Tp kenapa bisnes MLM? Kenapa??

Bg saya sebab yg utama, MLM prosesnya mudah, modal pun kecik. Hari ni sain, esok dh boleh menjual produk, am I right? Tp sbnrnya apa yg kita lihat xsemudah apa yg kita sgka, malah indah khabar dr rupa. Mgkin kita mndgr testimoni dr org yg berjaya dlm MLM, tp siapakah yg tau bagaimana susahnya mereka utk smpi ketahap itu? Snggupkah anda mengorbankan masa tidur anda mjalankan perniagaan, berjumpa upline2 anda sehingga pukul 2-3 pagi utk mnyusun strategi perniagaan hmpir saban malam yg blum tntu mnjanjikan pulangan kepada anda pd esok hari? Sggupkah anda mngorbankan masa, tenaga n wang utk berjaya spt mereka? Anda sggup menebalkan muka mnjual produk kepada stranger ataupun sedara mara yg mana blum tntu mereka akan membelinya dr anda? Kalo x sanggup mnjual, bagaimana anda nk mngharapkan downline2 anda mnjual produk? Kalo team anda x mbuat sale, bagaimana nk generate income? Tp sekiranya anda sggup dan anda seorang yg mgkin bertuah, saya ucapkan selamat dtg ke dunia MLM!!! Tuan2, bg saya bisnes MLM adalah bisnes yg ada tempoh hidupnya. Skiranya anda perintis kepada bisnes MLM sesuatu company, pluang utk anda naik dlm tempoh yg cepat adalah cerah. Tp bgaimana yg lmbt menyertainya? Itulah yg saya ckp, untung sabut timbul, untung batu tenggelamla ia. Tuah ayam nmpk dikaki, tuah manusia hnya Allah yg tau btul x? Bg saya upline diatas kaya disebabkan kita dibawah ni berpenat lelah mnapak mncari tempat dlm bisnes ini. Bg saya plg kuat 7-8 tahun sudah cukupla utk bisnes MLM bertahan. Lps 8 tahun kebyakan bisnes ini akan slow down n lama kelamaan akan mati jua akhirnya.


Sy bukan tak percaya sistem MLM sbb sy pernah melihat bukti org yg berjaya dlm bdg ini dgn mata kepala sy sendiri. Tp bg sy sekiranya anda buat bisnes fulltime MLM, anda akan bersetuju dgn pndapat sy bhw pendapatan yg anda terima x berbaloi dgn pengorbanan yg telah anda lakukan. Lbh2 lagi dlm keadaan zaman skrg yg mana kebanyakan dr msyrakat akan mnjauhkan diri dr anda skiranya mndapat tau anda buat bisnes MLM. Kerana apa? Sebab FOBIA la bang!!! Bos saya ada mengatakan pd saya, ada 4 jenis bisnes yg sinonim dgn bgsa melayu. Antaranya:- 1. Bisnes MLM2. Bisnes kedai makan/restoran3. Kontraktor4. Skim cepat kaya

Pernahkah kita btanya pd diri sndiri kenapa xramai org Cina yg myertai bisnes MLM? Kenapa? Apa bisnes yg mereka ceburi? Kenapa kita xmnceburi bisnes yg mereka buat? Sy setuju dgn En Hamdy, bisnes insurans n Unit Trust mempunyai prospek yg bagus. Ia bisnes yg xperlukan modal yg banyak, mnjanjikan pendapatan n bonus yg lumayan malah meningkat stiap hari, xde upline yg prlu kita jumpa saban malam, kerja xterikat dgn masa n tempat dan sudah tentunya kebnyakan mereka yg menjalankn bisnes ini adalah dr kalangan Cina diluar sana! Kalaula sy tau bisnes ini lumayan dr dlu lg, lepas SPM tentu sy dh buat tuan2! Kerana br mengenali bisnes ini, wpun lmbt bermula alhamdulillah sy menikmati pendapatan yg berbaloi dgn tenaga, masa n wang yg telah curahkan dan saya tlh mngambil keputusan drastik meninggalkn jawatan sy sbg jurutera projek 3 bulan yg lepas stelah 4 tahun jawatan itu saya pegang ibarat menatang minyak yg penuh. Tuan2, saya bukan nk promote bisnes atau produk disini tp fikir2lah. Bangsa Melayu baru skrg hendak berjinak2 dgn bisnes insurans n Unit Trust, walhal market dan peluang diluar sana tersangatlah besar. Sapa yg xperlu insurans dizaman ini? Berapa ramaikah org Melayu yg diluar sana yg ade insurans peribadi? Sapa yg xmau KAYA dgn cara pelaburan? Asalkan ada permintaan, tentulah akan sentiasa ada penawaran betul x? Sbb itu, sedih tgk anak bgsa sendiri membeli insurans n Unit Trust dr agent bukan dr kalangan bangsa kita sendiri. Brp ramai org Cina kafir yg kita kayakan sjak dr merdeka lagi? Kalo dorg dpt projek bisnes ada dorg sebuk2 nk offer pd kita kah? Saya pernah kerja dgn mereka, saya tau cara mereka berfikir n bertindak. Wpun x semua mcm tu, tp rata2nya mentaliti mereka lbh kurg sama aje. Kalo ada pun yg baik, ibarat 1 dalam seribula. Saya igt kalaula satu hari nti ditkdirkan Malaysia ni dorang perintah, alamat selamat la jwbnya. Ekonomi diorang dh kontrol, masa depan pula bagaimana agknya ya? Saya bukan nk bersikap perkauman, tp fikir2lah...


Selamatkanlah diri anda dari bisnes MLM dan COMFORT ZONE!!!

MLM2 : Nasihat dari aktivis MLM

oslen@tm.net.my wrote:
Salam,

Terpanggil pulak nak contribute bahagian ini.

Ada lebih dari 700 syarikat jualan langsung di Malaysia. Negara kita adalah tempat lahirnya dan berkuburnya syarikat jualan langsung. Suburnya lah Malaysia ini. Tapi tak berbaja.

My advice is

1. Do your homework! Baca banyak buku pasal MLM. Jangan baca "manual" syarikat je. Even buku terbaru Donald Trump dan Robert Kiyosaki bertajuk "Why We Want You To Be Rich" juga ada menyentuh mengenai MLM. Malah mereka berdua menyokong industri MLM.

2. Apabila hendak menceburkan diri dalam MLM, pastikan 2 perkara
a. Produk yang bermutu tinggi dan mempunyai "demand" yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi ini yang menjadi masalah kepada ramai orang. Kita tidak tahu menilai sesuatu produk tersebut. Bagi saya, cara yang paling berkesan, ialah, GUNA produk itu dulu. Adakah kita sendiri selesa dengan produk tersebut? Atau kita sendiri tak selesa, tapi "buat-buat" selesa hanya semata-mata untuk "business". Dan apa kesannya kita guna produk tersebut? Hubungan 'intim' kita dengan produk tersebut akan membuatkan kita dapat 'share' dengan prospect dengan lebih ikhlas dan berkesan.
b. Syarikat tersebut mesti kukuh dan mempunyai pengalaman yang lama. Jika ianya syarikat RM2 ..... LARI selaju-lajunya dari syarikat tersebut. Satu garis panduan am ialah: Syarikat mesti sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman, minima US$100 juta jualan tahunan, disokong oleh kajian sains yang boleh dipercayai (biasanya attached dengan University yang terkenal) dan Mempunyai Pelan Pemasaran yang TIDAK berubah-ubah.

3. Berniaga dalam MLM ini adalah mudah (simple) tetapi memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Mudah kerana seorang itu hanya perlu menyampaikan, BUKAN memujuk, atau merayu. Kita hanya perlu mencari orang yang MAHU bukan yang nak 'try-try'. As simple as that. Dan untuk berjaya dalam MLM, kita hanya perlu 5 orang yang MAHU tersebut. HANYA 5 ORANG sahaja. Thats all.

4. TIDAK ADA kegagalan dalam MLM. Hanya mereka yang MENGALAH! Untuk berjaya dalam MLM, seorang mesti sabar dalam menabur benih, membaja, menjaga hinggalah sampai masa untuk menuai. Ramai orang 'kalah' dan berundur, 'give up' sebelum buah masak. Amat menyedihkan! !

5. EGO, SOMBONG dan DEGIL juga antara punca kegagalan dalam MLM. Mereka enggan pergi mengikuti training yang dikendalikan oleh kalangan pengedar atau yang dikendalikan oleh syarikat itu sendiri. Umpamanya: Sebelum kita boleh bekerja sebagai Engineer, kita perlu melalui pengajian di university. Dah keluar 'U' pun kena pergi training lagi. Kenapa hal demikian tak ada complain?? Bila training dalam MLM, kenapa seseorang itu merasa ??buang masa??. Alasan yang selalu di utarakan adalah "oh! semua ini saya dah pandai. Saya boleh buat tanpa latihan". atau "saya tak ada masa".

6. PLUG INTO THE SYSTEM. Itu adalah antara tuntutan dalam MLM. Hasil dari pengalaman dari orang yang dah berjaya, kita hanya perlu mengikuti apa yang telah mereka lakukan. Itu je. Just Follow and Duplicate. Kuncinya adalah "Copy". Jangan create jalan baru. Jalan dah ada sudah boleh menjamin kejayaan seseorang itu. Ikut je.

Kelebihan Perniagaan Dalam MLM antaranya

1. Modal Rendah. Saya adalah seorang peniaga. Saya tidak mendapati satu perniagaan pun yang tidak perlu kepada modal awal. Nak buka gerai jual burger pun kena duit. Nak buka saloon gunting rambut ..... 10 ribu?? 20 ribu ?? Cuba fikir?? Kita bercakap mengenai perniagaan. Siapa kata berniaga biasa tak ada hilang duit? Kalau dalam MLM hanya ribu-ribu (itu yang Hamdy kata). Tau tak dalam construction saya hilang RM300,000.!! ! Siapa tahu? Kita bukan cerita makan gaji. Kita cerita BERNIAGA. Tapi hanya dalam MLM, kita tak perlu invest ribu-ribu. Banyak caranya. Buat Homework. Fokus. Cari jalan. Allah dah janji, akan mendatangkan jalan yang mudah, bagi mereka yang mencari dan berdoa.

2. Overhead rendah. Boleh bekerja dari rumah. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu sewa office. Tak ada staff. No Traffic Jam. Kalau kita nak buka kedai repair computer, tentu sekali kita perlu sewa kedai. Boleh ke jadi kaya dengan business tersebut?

3. Semua inventory, accounts, tax, hal-hal dengan authority, ware house, kastam, transport, stock, storage adalah tanggungan syarikat. BUKAN tanggungan pengedar. Pengedar hanya perlu jumpa orang dan SHARE the product. Itu je. Orang nak, ok. Orang tak nak pun ok. No pressure!! NEXT!!

4. BE YOUR OWN BOSS. Kita kerja, kita dapat. Kita untung. Kita tak kerja, ...... complain je. Memang duit tak masuk. Pasal kita tak kerja. Ingat!! MLM DOES NOT ATTRACT LAZY PEOPLE.

Akhir sekali : Saya telah melalui perniagaan biasa. Sekarang saya dalam bidang MLM. Jadi, pasti kata-kata saya diatas adalah dari pengalaman saya sendiri. Buat masa ini, saya masih lagi membaja benih yang saya tanam. Saya masih belajar dan tidak berhenti akan terus belajar insyaAllah. Saya yakin, insyaAllah benih yang saya tanam dan baja pasti akan berbuah. Robert kata dalam buku diatas antaranya, jika kita hendak menceburkan dalam sesuatu perniagaan / investment, pastikan ianya "predictable" . Saperti seorang peladang buah. Dia tahu jika dia menanam dan mengikuti kaedah dan langkah yang ditetapkan dalam skill pertanian, pasti (insyaAllah) ia akan mendapat hasilnya. Just follow the plan.

Bagi yang nak tahu apa yang saya buat, sila lawati
http://nutrition- you-need. com atau http://nutrition- for-life. blogspot. com

Mohon Maaf jika terkasar bahasa atau menyinggung mana-mana pihak.

Wallahu alam

Allen Peter
http://mybizhome. biz

MLM 1: Jualan Langsung – Never Ending story – hingga Kiamat.

MLM/ Jualan Langsung – Never Ending story – hingga Kiamat.
(ada seorang kawan meminta pendapat saya, pagi ini)


1- MLM adalah never ending story kerana dari tahun ke tahun akan ada generasi baru yg terpegun dgn beberapa kejayaan yg diperoleh oleh beberapa ketul penggiat MLM. Penggiat MLM akan bercerita pendapatan ribu ribu si A, Si B dapat kereta mercedes, Cikgu C dah ratus ribu pendapatan bulanannya.

2- Kalau anda masih muda, ada baiknya anda membaca hingga habis. Kalau anda dah matang mungkin anda tidak mahu sebab anda antara orang dah terkena. Anda mungkin dah serik. Atau anda mungkin dah boring hal MLM seperti saya.

3- Apabila zaman berubah, maka cara kerja pun berubah. Kalau dulu MLM ini dimulakan dgn menjadi ahli dan kemudiaanya bekerja lah sape yg minat pada waktu malam. Kenapa waktu malam, kerana MLM adalah satu pekerjaan dimana anda akan dapati orang pakai talileher pada waktu malam. Kalau jumpa orang pakai tali leher waktu malam, 90% dia aktif dlm mlm atau dalm entertainment industri. Kita aktif dlm mlm pada waktu malam, sebab waktu siang kita ada di pejabat, buat keje sikit sikit, sikit sikit fikir pasal mlm.

4- Kalau dulu mungkin dimulakan dengan RM 80. lepas tu, beli produk, cari orang, bawa pegi gathering, cari dan terus mencari.

5- Zaman ni, ianya dah berubah, masih cari orang, bawa pegi gathering tapi nak masuk bukan lagi RM80 tetapi RM80 + ribu ribu (RM3000?). Maka diceritakan lah oleh mereka bahawa org ni dah dapat income 5 angka, orang tu dah dapat 4 angka. Yang terlupa diceritakan ialah wak ahmad dah keluar 3ribu, kemudian tak dapat cari orang, wang nya hilang begitu saja. dan ramai yg macam wak ahmad.

6- MLM zaman ini masih lagi ada produk yang dijual. Tetapi produk itu sebenarnya hanya menjadi hiasan. Yang mereka mahu ialah mencari orang yg sanggup jadi ahli,, yang yakin akan sistem itu dan yang sanggup keluar ribu ribu semasa mendaftar.

7- Tidak adakah yang berjaya. Tentu ada. Ramai yang saya kenal. Antaranya dari seorang yg susah nak ada duit, sekarang dah pakai kereta mewah, nak beli rumah mewah etc. Tapi 10 orang berjaya, mungkin ada 100 orang yg hilang ribu ribu.

8- Bolehkah anda menjadi kaya dengan MLM. Jawapan saya ialah boleh. Untuk saya, bagi kita orang biasa ini, ada tiga bentuk perniagaan networking dan membina kumpulan, yg membolehkan kita kaya. Satu Insuran/takaful, kedua Amanah Saham Ketiga MLM. Jika anda boleh cari orang, bangunkan group, bina agency, ramai downline yg berjaya then anda akan berjaya.

9- Tapi untuk itu, anda masih perlu kenal sape diri anda?

10- Anda ready kerja kuat? Welll... yang ni tak ada kejayaan tanpa kerja kuat.

Melainkan anda jadi menantu PM. Itu pun anda kena kerja kuat coz anda hanya mudah dapat peluang, dah dapat peluang kena jugak kerja kuat. Tapi kalau anda menantu PM jenis ambil percentage sana kemari...ahh then kurang sikit kerja kuat coz anda hanya perlu dapatkan projek then dapat cut dari situ.

11- Anda suka jumpa orang, call orang, pujuk orang datang mtg.gathering, lepas tu closed deal dgn org itu keluar duit. Kalau anda juga pandai jual jual, then ok juga. SOOO kalau anda boleh dan mahu semua itu, anda sudah ada pembuka jalan utk berjaya.

12- Cuma anda kena tahan hati, iaitu didalam kejayaan anda utk dapat naik income 5 angka, akan ramai yg hilang ribu ribu didalam perjalanan itu kerana anda.

13- Untuk anda yang tidak ada skill skill yg diatas, saya cadangkan simpanlah ribu ribu tu di amanah saham. Paling tidak anda dapat 7-10% setahun, kalau pun tak 15%. Sikit sikit lama lama jadi bukit, itu kalau anda tak tarah busut yg baru nak naik bukit..Taapi kalau nak gak jadi jutawan, kena overcome lah kekurangan tadi, tapi nasihat saya buat lah takaful atau amanah saham..win win..anda menang, client anda tak hilang duit (risiko masih ada).

SELAMATKAN LAH DUIT RIBU RIBU ANDA DARI MLM.

Kisah Benar: Testimoni Persediaan Mghadapi Maut Pesakit Kanser Metastatic

Saya sertakan disini scanned document dari buku facing death: a testimony of a muslim stricken with metastatic cancer.

Buku ini bukanlah buku baru tapi dalam 2 tahun yg lalu. Buku ini diterbitkan setelah kematian penulisnya, dimana ini adalah permintaannya. Saya telah mengetahui kehadiran buku ini lama dahulu, setelah seorang kawan menceritakannya, tapi saya seperti ramai orang tidak ambil kisah. Hinggalah seorang kawan menziarahi saya dan bertanya samada saya pernah mendengar buku ini dan beliau mencari softcopy, kerana ada kes terminal disease yg berlaku pada rakannya.

Saya telah scanned buku inggerisnya. Utk terjemahan bahasa melayunya, saya telah menjumpainya di internet cuma terjemahan 7 muka akhir tidak dibuat, maka saya telah menterjemahnya dgn kefahaman saya. Mohon kemaafan jika kekurangan.

saya sertakan file yg bahasa melayu. utk file bahasa inggeris, ianya besar 24mb, oleh itu sila download disini ..
http://www.savefile s.net/d/8orqdv28 ci4.html Download segera dan simpan..

Antara kandungan buku ini yg sangat menarik ialah bagaimana penulis handle sikap Redha & Tawakkal VS having a strong will to fight it atau Punya Semangat Kuat untuk Melawannya" .

Banyak nasihat nasihat penulis didalam buku ini, beliau yang meninggal pada 27 nov 2005. Semoga Allah redha, dan jauhi ruhnya dari azab kubur dan azab api neraka dan ditempatkan didalam syurga, ameen ..

saya mencadangkan agar kita baca dan simpan kerana kita tidak tau masa hadapan. mungkin ada family atau rakan yg mghadapi terminal disease. so simpan laah baik baik. Semoga Allah kurniakan kita dgn kesihatan yang baik.

SATU ALLAH 3 Aqidah.

LAWATI BLOG: http://satuallah3aqidah.blogspot.com/

1. Tiba tiba kita di kisahkan dengan isu penggunaan perkataan Allah oleh pihak kristian. Ada yg mengatakan, pihak kristian tidak pernah menggunakan perkataan Allah. Yang digunakan ialah Tuhan, Lord etc. Tetapi ditanah Arab, dikabarkan perkataan Allah adalah biasa digunakan oleh orang kristian. Mungkin ada yg berkata perkataan ALLAH sepatutnya hanya ’exclusive’ pada orang Islam.

2. Mengikut lapuran akhbar, ada kenyataan pegawai yang mengatakan penggunaan perkataan Allah itu ada yg tersirat. Ianya untuk mengelirukan orang melayu. Ada betulnya. Tapi orang melayu yang bagaimana yg mudah terkeliru. Orang melayu yg mudah terkeliru ialah orang melayu yang tak sembahyang, tak menjaga keislaman mereka, tidak peduli keimanan mereka, tak menjaga aurat mereka. Orang yang menutup aurat dengan baik ialah orang yang memang mahu menurut perintah Allah dengan sebaiknya, dengan penuh iman dan dengan berilmu. Apatah lagi begitu ramai orang melayu yang tidak sembahyang hari ini. ( Memang ada muslim yg berilmu bertukar agama tetapi terlalu kurang ) .

3. Tapi bukan ketaatan agama rakyat itu bergantung kepada kekuatan agama pemimpinnya. Jika pemimpin yang dipilih itu ialah pemimpin yg memilih isteri pun jenis tidak menutup aurat atau tidak segan memegang bahu terdedah orang perempuan dan kemudian mengaku ’saya seorang Islam yang baik’, atau pemimpin yang isterinya berlaga pipi dengan pelakon handsome Hindustan, MAKA memang kita perlu bimbang. Kita perlu bimbang kerana itulah level kefahaman atau komitmen Islam rakyat hari ini. Umat Islam yang punya kefahaman dan komitmen yang tinggi, tidak akan memilih orang begini sebagai kepimpinan mereka.

4. Satu perkara yang ingin saya tekankan disini ialah TIGA AGAMA INI, YAHUDI KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH DARI SATU RUMPUN.

5. Satu rumpun bermaksud:-
a. Ketiga tiga nya ini menerima ALLAH adalah tuhan mereka.
b. Ketiga tiga nya mempunyai Rasul yang diiktiraf oleh Allah.
c. Ketiga tiga nya menerima dan ada kitab masing masing yang diturunkan oleh Allah melalui nabi masing masing.
d. Ketiga tiganya mempunyai syariat tersendiri.
e. Ketiga tiganya ada kesinambungan iaitu dari Yahudi ke Kristian ke Islam.
f. Sebelum kedatangan seorang Rasul yang baru, ianya diceritakan terlebih dahulu oleh kitab sebelum Rasul itu.

6. Oleh itu apabila ketiga tiga agama ini menyebut perkataan Tuhan, maka ketiga tiga itu merujuk kepada Tuhan yakni ALLAH yang satu.

7. Tetapi kata orang puteh, THE BUCK STOP THERE. Dalam kata lain, keserupaan (bukan persamaan ye) berhenti disitu. Penerimaan konsep Allah atau Konsep Ketuhanan itu jauh berbeza antara satu sama lain.

8. Sebenarnya ada satu elemen lagi dimana ada persamaan konsep ketuhanan antara org Islam dan org kristian. (nota: ini bukan isu trinity). Orang Kristian menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa terhadap sesuatu. Kepercayaan begini bererti bahawa Allah yang menciptakan alam mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga. Orang Kristian, malah semua agama didunia ini, menerima dan mengambil kefahaman ini. Orang Islam juga menerima konsep ketuhanan ini.

9. Dari segi ilmu Tauhid, keimanan kepada konsep ketuhanan diatas dinamakan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Rububiyyah bermakna seperti yang digaris diatas. Tetapi bagi orang Islam, keimanan ini baru separuh sahaja. Ianya masih lagi tidak lengkap.

10. Untuk melengkapkan keimanan itu, orang Islam perlu mentauhidkan Allah dalam peribadatan. Maknanya kita menerima Allah dalam 2 perkara:
a. Pertama menerima Allah sebagai Pencipta dan Penguasa sesuatu.
b. Kedua menerima Allah dalam peribadatan kita (Ubudiyyah)

11. Menerima Allah dalam peribadatan bermakna:
a. Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta
b. Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah.
c. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.

Dan keimanan ini dinamakan sebagai Tauhid Uluhiyyah Allah.

12. Jadi orang Islam menerima Tauhid Rububiyyah Allah dan Tauhid Uluhiyyah Allah.

13. Orang Kristian hanya menerima Tauhid Rububiyyah tetapi didalam bab menguruskan dunia ini, orang Kristian mahu cara sendiri bukan cara yang Allah tunjukan. (Ada Muslim tahu ada hukum Islam tapi bagi berbagai alasan tak mahu buat- tapi ini bab lain)

14. Saya tidak bertujuan mahu mengulas hal ugama yahudi. Pertama, saya sendiri kurang faham. Kedua ugama yahudi itu bersifat exclusive iaitu khusus untuk bangsa yahudi.

15. Sebagai seorang Islam kita menerima KEDUA DUA tauhid itu. TETAPI apabila org Kristian menyebut nama Allah, kita sbg orang Islam serta merta tahu bahawa orang Kristian hanya menerima SEBAHAGIAN dari KEKUASAAN ALLAH iaitu menerima Allah sbg pencipta shj. Dan kita perlu ajar keluarga dan extended keluarga kita tentang fakta ini, supaya mereka tidak mudah terpengaruh dgn dakyah Kristian.

16. Rupanya kalimah Allah juga menjadi ’protective word’ kepada orang melayu. (lihat berita akhbar dibawah) Kalau kita kiaskan bagaimana kritikan dasar ekonomi baru bahawa DEB menyebabkan majoriti orang melayu memerlukan tongkat, maka kita perlu amat bimbang. Kita takut orang mula mengambil perkataan Allah dengan mudah tanpa perlu memahami isi kandungannya. Kenapa tidak, bila sebut Allah ianya hanya utk orang Islam.

17. Kita takut, kita mula mengambil nama Allah secara bersahaja ataupun ’taking it for granted’ kata org puteh. Jika kita tidak faham, dan hanya kita sahaja yg tak faham, itu ok lagi. Tetapi apa yg akan terjadi, tidak fahamnya kita akan Allah Dan Tauhidnya, akan melibat satu pusingan yang sungguh mengerikan, a vicious cycle, kata org putih.

18. Bayangkan kita tidak faham, kemudian kemungkinan besar anak anak kita tidak akan faham, kemudian menantu yang dipilih juga tidak faham, cucu kita yang dilahirkan juga tidak faham kerana anak dan menantu kita tidak mengajarnya, kemudiaan cicit kita tidak faham kerana moyang, datuk, ayah dan ibunya juga tidak faham. Kalau inilah berlaku bermakna Kiamat itu begitu hampir. Semoga Allah jauhkan ada keluarga kita yg terpikat kepada Kristian.

19. Oleh itu menjadi tugas kita untuk faham Allah dan Tauhidnya dan diturunkan kpd anak2 kita, baru lah kita boleh merasa sedikit lega dan yakin bahawa keimanan Islam kita, anak, menantu, cucu, cicit, tidak akan berganjak dengan hanya manusia dari agama lain menggunakan perkataan Allah.

20. Kita boleh menghalang dengan tidak memberikan permit utk orang bukan islam menggunakan perkataan Allah. Tapi bagaimana dengan penerbitan yang tidak rasmi. Bagaimana dengan sebaran sebaran umum. Bagaimana kalau dia datang kepada anak kita dan mengatakan ”Tuhan kami juga Allah”. Dan kita pula tidak meletakan pertahanan aqidah kepada anak kita.

21. Kita mesti ingat bahawa Kerajaan Malaysia hari ini bukan dari jenis yang terlalu hirau atau concern tentang halal dan haram. Pemimpin yang dipilih pada hari ini adalah dari hasil politik wang. YB YB yang dipilih pada hari ini ada yang dari hasil penipuan. Pemimpin BN hari ini adalah secara direct atau tidak, adalah mereka yang rasuah. Terlalu sedikit yang macam YB Shahrir Samad. Bagaimana mereka yg didalam perutnya mungkin penuh dengan lemak lemak rasuah, terlalu mengambil berat akan aqidah kita, anak, cucu kita. Kalau YB MCA sanggup letak jawatan, bagaimana dengan dua YB Selangor,melayu, yang ada affair. Mereka, YB YB ini, mungkin akan mempertahankan, hanya setelah aqidah orang kita telentang tetapi kita tidak boleh membiarkan anak cucu cicit kita jadi begitu.

Kerana itulah, memahami Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Rububiyah itu amat amat amat penting untuk kita, keluarga kita, dan rakan rakan kita di office dan semua umat Islam. http://satuallah3aqidah.blogspot.com/