Tuesday, July 29, 2008

Buku Baru: Miang Miang Lelaki


Miang Miang Lelaki adalah percubaan penulis
memaparkan hati budi dan cabaran jejaka-jejaka yang
menghampiri umur istimewa 40 tahun dan 40-an. Buku ini
menyentuh hampir kesemua persoalan, tanggungjawab dan
tabiat-tabiat lelaki apabila memasuki fasa umur di atas di
dalam 91 tajuk yang dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:

1. Miang Miang Lelaki
2. Miang Lelaki Bertanggungjawab
3. Miang Miang Kepada Isteri
4. Miang Miang Berisi
5. Didik Remaja

Seperti juga “Rancang Hidup Rancang Wang”, buku pertama
dalam siri hamdy@rancanghidup, setiap tajuk disampaikan
dengan menarik secara santai, ringkas dan padat.

“Jika anda seorang perempuan, jadikan buku
ini sebagai hadiah istimewa kepada pasangan
anda...” Hamdy

Harga Rm16 + 2 (utk pos)

Tuesday, July 08, 2008

Presentation Slide Rancang Wang 101

Seorang hamba Allah telah meletakkan slide saya di internet. Slide ini adalah presentation saya agak lama dahulu kepada beberapa pelajar IPT.

http://www.slideshare.net/mfr1505/rancang-wang-101/

Sunday, July 06, 2008

Duhai isteri, Fahami Harta Sepencarian & Tuntut Hibah.

Saya tidak selalu bersetuju dengan Zainah Anwar. Siapa yang tidak kenal, kenalah cari sendiri siapa beliau. Tetapi tulisan beliau pada hari Ahad, July 6, 2008 membuatkan saya bersetuju sebahagian dari tulisannya. Ahad July 6 adalah hari keramat protes minyak naik yang diadakan di Stadium Kelana Jaya. Ianya satu festival protes dimana dilakukan dari 10 pagi hinggalah 12 malam. Saya hanya hadir jam 11pagi hingga 2 petang, sebagai sokongan moral.

Zainah membangkitkan Akta Insurance 1996. Dalam akta tersebut dikatakan bahawa jika berlaku kematian suami maka wang perlindungan takaful tersebut akan di bahagikan mengikut faraid. Ini bermakna jika seorang suami membeli takaful perlindungan dan meletakkan nama isteri atau anak perempuan sebagai penerima, maka mereka tidak semestinya menerima kesemua. Ianya perlu di faraidkan mengikut kiraan yang ditentukan. Dan ini juga mereka yg ’tidak berkenaan’ dan tidak termasuk didalam hati suami semasa membeli perlindungan tersebut akan menerima habuan tersebut.

Apabila seorang suami membeli perlindungan takaful, tujuannya tidak lain hanyalah untuk memastikan anak dan isterinya boleh terus hidup selesa. Sebenarnya bukan keselesaan itu yang dicari, tetapi tujuan utama ialah supaya isteri dapat membesarkan anak dan memberi pendidikan yang sepatutnya. Dalam hal membesarkan anak dan memberi pendidikan, kos nya tetap sama tidak kira anak itu perempuan atau lelaki.

Adakah saya menolak faraid? Tidak, sama sekali tidak. Bagi saya, jika yang difaraidkan ialah harta yang terkumpul maka, ianya memang wajar untuk difaraidkan. Sebagai contoh, pada tahun 2000, Fatwa Kebangsaan mengatakan bahawa KWSP wajib difaraidkan. Itu saya terima kerana ianya adalah harta yang terkumpul. Perlindungan bukanlah harta yang terkumpul tetapi adalah perlindungan yang diberi.

Tetapi dalam perlindungan takaful islam, akan ada dua akaun iaitu akaun peserta dan akaun satu lagi. Akaun peserta adalah akaun yang terkumpul hasil dari caruman bulanan atau tahunan peserta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, dan perlindungan yang diberi adalah Rm100ribu, kemungkinan ada Rm40ribu datangnya dari akaun peserta. Oleh itu jika definisi harta terkumpul yang saya gunakan, maka kalau mahu juga difaraidkan, Rm40 ribu itu difaraidkan dan Rm60ribu itu tidak difaraidkan. Bagi saya Rm60ribu itu bukan harta terkumpul tetapi satu perlindungan yang diberi oleh pihak takaful.

Tetapi jika ada pihak bersakit sakit mahu memfaraidkan perlindungan Rm100ribu itu, mungkin untuk kepentingan mereka, maka dikala itu isteri mesti trigger bab ’harta sepencarian’. Dalam pengurusan faraid, tidak semestinya harta itu dibahagikan mengikut kadar faraid. Tetapi semua pihak yang patut menerima faraid itu, perlu bersetuju sebulat suara agar tidak perlu mengikut kadar biasa faraid. CUMA jika ada penerima dibawah umur, mungkin ianya juga bergantung kepada pemegang amanah mereka dan keberanian pihak menguruskan faraid tersebut seperti pegawai dari pejabat tanah contohnya.

Apabila isteri trigger bab ’harta sepencarian’, maka hampir automatik, 50% perlindungan RM100ribu menjadi hak miliknya. Dan ketika itu jumlah yang perlu difaraidkan hanya tinggal Rm50ribu sahaja. ITU SEBABNYA para isteri perlu memahami bab harta sepencarian.

Akta ini juga sepatutnya membuatkan para suami sedar akan kepentingan HIBAH. Hibah adalah proses pembahagian harta kepada mereka yang ingin kita berikan harta tersebut. Saya belum membuat kajian terhadap dua perkara ini, iaitu hibah dan harta sepencarian. Oleh itu saya tidak akan memberi komen detail.

Apa yang ingin saya tekankan ialah, kerana akta itu telah ada, maka menjadi kewajipan untuk isteri memahami bab harta sepencarian dan menjadi kewajipan untuk suami memahami hibah.

Cadangan diatas saya tujukan kepada suami isteri yang amanah dan bukan kepada suami atau isteri yang mempunyai krisis atau affair. Saya berlepas tangan dari kedua dua jenis suami isteri tersebut.

Didalam rencana tersebut Zainah juga mengutarakan antara lain , isu harta isteri dan bila suami berkawin lebih. Bab ini belajar lah sendiri untuk sape yang berminat. Saya belum lagi, tidak ada yang kena mengena dengan saya, kerana belum ada yang meminang saya.(jokingly said iyooo ..)

Para isteri perlu ingat. Kalau anda mendapat suami yang suami yang share dengan isteri mengenai bab harta, mungkin jika berlaku kematian, isteri akan tahu apa yang perlu dilakukan. Ada juga kemungkinan, suami anda jenis bertanggungjawab, tetapi bila bab harta tidak bercerita langsung dengan anda. Oleh itu menjadi kepentingan anda untuk belajar supaya anda boleh bertanya dan berbincang. Suami pun boring kalau nak berbincang dengan orang yang tidak tahu apa apa. Ingat ya, nak bertanya pun kita kena ada sedikit ilmu. Kalau tiada sedikit ilmu, nak bertanya pun kurang tahu dimana mahu dimulakan.

Semoga bermanfaat.

Friday, July 04, 2008

RancangWang4Student: Pensyarah mgkin mahu menolong.

Dgn izin Allah saya dapat berjumpa dgn seorang professor, kerana mghantar 10 buku padanya. Bila saya katakan 10buku Rm100, body language nya macam tak percaya. Tapi itu benar kerana orang yg beli 10 ialah samada hendak berkongsi dengan orang lain atau ingin mendapat sedikit keuntungun dari buku itu. Bagi saya kedua duanya boleh.

Dalam perbincangan pendek kami, kami bersetuju bahawa pelajar pelajar IPT kurang mengetahui atau tidak mengetahui langsung akan isu isu rancang wang. Saya bersetuju dengan beliau kerana saya pernah menyampaikan kepada 3 group late-employed graduate ( saya tak mahu panggil unemployed) berjumlah 700 orang. Dan dari penyampaian saya itu ramai yg mengatakan terimakasih kerana didedahkan dengan rancang wang dari awal.

Saya ingin mencadangkan kepada lecturer pelajar tahun akhir agar memberi peluang kepada pelajar kalian didedahkan dengan rancangwang ini. Alangkah baiknya jika kalian dapat melahirkan pelajar yang bertaqwa, berilmu dan bijaksana dalam kewangan mereka (prudent). Saya menawarkan diri saya dengan kadar Free of Charge. You get the stage ready, I will deliver the material FOC.

Konsep yg ingin saya ketengahkan kepada tuan puan lecture ialah 'Giving Back To The Society'. Giving back to society adalah konsep dimana mereka yang telah berjaya didalam hidup, memberi balik kepada masyarakat yang memerlukan. Kejayaan itu tidak bermakna kejayaan material tetapi kejayaan yang kita rasa kita telah dapat dan ada pula yang boleh kita kongsikan kepada masyarakat.

Now, orang kita kadang kadang tidak appreciate bila sesuatu itu FREE. FREE bagaikan tiada atau kurangnya nilai. Utk mereka yang berduit atau sesiapa yang mempunyai capacity untuk keluar duit, saya menawarkan 30 buku + 3-4jam presentation dgn harga yang boleh dibincangkan. Ini untuk mereka yang tidak selesa untuk mendapat perkhidmatan free.

Penutupnya kepada pensyarah sekelian, tuangkan sedikit ilmu rancang wang kepada pelajar akhirtahun ijazah kalian dan itu merupakan antara ilmu terbaik untuk mereka menjalani hidup hidup mreka.Saya bersedia membantu anda.

RancangWang: Negara Barakah Kita Perlukan.

Pada hari kita rakyat Malaysia dalam kekalutan. Kenaikan harga minyak yang boleh membuatkan kita naik minyak pun tidak cukup. Ianya diikuti dengan rentetan kenaikan harga barang. Itu tidak cukup. Kenaikan harga perkhidmatan juga bertambah. Contohnya saya yang mempunyai 3 anak naik bas sekolah terpaksa menampung kenaikan tambang berjumlah RM40 untuk 3 anak tersebut. Bayangkan bagaimana susahnya untuk keluarga yang mempunyai pendapatan isurumah kurang dari RM3000 sebulan.

Tidak cukup dengan kekalutan harga minyak, kita ditambah lagi dengan kekalutan politik. Kekalutan politik seperti siapa bakal pemerintah, kestabilan jawatan PM, bakal PM yg dikaitkan dgn pembunuhan bersepai, menambah kalut lagi untuk kita. Ditambah lagi ’PM dalam penantian’ yg dikaitkan dengan tuduhan liwat.

Poket kita kalut, emosi kita mungkin kalut, politik negara yg kalut dan berbagai kekalutan lagi. Mungkin akhirnya kita akan mengatakan ’semuanya karut’

Berbalik kepada cerita rancang wang, disini saya ingin mengetengahkan dari surah al-araaf, ayat 96. Ayat ini berbunyi ” Jika sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kpd mereka berkah dari langit dan bumi, tapi mereka mendustakan (ayat ayat kami) itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.

Pembaca sekelian, tidak kah kita patut gembira bahawa ada janji Allah untuk melimpahkan kurnia dari langit dan bumi jika negara itu dipenuhi dengan org beriman dan bertakwa. Benarlah ungkapan bahawa ’sekiranya kamu cinta pada Islam, dunia akan datang kepada kamu dan sekiranya kamu lari dari Islam, dunia akan menjauhi kamu’. Betapa specialnya umat Islam.

Pembaca sekelian, tidak kah kita takut kerana kegagalan kita untuk kembali kepada Islam dan menegakan sistem syariah yg disuruh oleh Allah membuatkan kita disiksa dgn pelbagai kekalutan. Semoga Allah jauhkan.

Ayat 96 al-araaf ini begitu bernilai. Dalam banyak ayat ayat lain, contohnya ayat seribu dinar yang begitu popular kepada orang melayu dan dikedai mamak, hingga digantung tinggi didinding, ayat ayat seperti itu lebih menekankan kepada individu. Contohnya „“sekiranya kamu bertakwa.....“ atau banyak ayat lain yg bercorak individu. Tetapi dalam ayat 96 ini, ianya bersifat negeri.

Dalam kata lain, dalam kita mahu merancang wang dari perspektif rezeki dan kesejahteraan hidup, rupa rupanya kita tidak boleh lari dari memastikan negara yang kita duduk itu adalah sebuah negara barakah.

Dalam tafsir ibnu kathir mengatakan “bahawa Allah menunjukan bahwa kunci rezeki dari langit dan bumi hanyalah iman dan takwa....“

Tafsir Syed Qutb dalam membincangkan ayat ini menambah bahawa „“berkah itu kadang kadang sesuatu yang sedikit tetapi memberikan manfaat yang banyak diiringi dengan kebaikan, keamanan, kerelaan dan kelapangan hati“.

Dari ayat ini juga, sebagai manusia kita memang patut berbincang dan membuat andaian seperti minyak akan habis di Malaysia, tetapi sebagai orang beriman kita tidak sepatutnya terlalu bimbang. Tetapi kalau keimanan itu hanya dalam ruang diri dan keluarga kita, dan kita tidak cuba meluaskan ruang itu supaya negara kita beriman, maka memang patut untuk kita bimbang tidak tentu arah.

Bila kita tidak meluaskan keimanan tersebut keperingkat negara, maka ada kemungkinan Allah tidak mahu menunaikan janji seperti ayat 96 itu. Oleh itu jangan ambik ringan bab meningkatkan keislaman diri dan keluarga, meningkatkan keislaman masyarakat dan negara, juga menjadi pemerhati dan penyumbang kepada perjuangan menegakkan keadilan di negara kita ini dan alam sejagat ini. Amat bahaya jika hidup kita hanya berlandaskan mencari makan untuk diri dan keluarga sahaja.

Pembaca sekelian, dengan ini bukankah tanggungjawab kita untuk mewujudkan sebuah negeri yang barakah supaya Allah menurunkan dan membuka pintu rezeki dari langit dan bumi. Sesungguhnya mewujudkan negara barakah itu adalah tanggungjawab kita semua.

Dan sesungguhnya dalam kita merancang wang, rupa rupanya kita bukan saja perlu melihat diri dan keluarga kita, tetapi juga melihat masyarakat dan negara sekali. Oleh itu janganlah duduk dibawah tempurung kelapa sahaja.

Rupanya dalam rancang wang, kita bukan sahaja mengurus dan merancang wang yang kita dapat, tetapi kita juga perlu meluaskan dan membuka arah masuk rezeki tersebut. Menjadikan negara beriman adalah satu dari sumber penting dalam kita merancang wang kita sendiri.

Persoalannya bagaimana menjadikan sebuah negara itu barakah? Saya tinggalkan persoalan itu disini. Yang penting anda dapat menerima bahawa amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang barakah supaya rezeki untuk negeri dan penduduknya melimpah ruah.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa.
Wallahualam.