Monday, June 21, 2010

Pentingnya mendengar Rancang Wang

seorg pembaca yg pernah melihat presentation saya pada tahun 2003, telah memberi maklumbalas yg memberangsangkan dgn mengatakan

"“”Hmm betul tu bro hamdy..apalagi meh promot buku bro kat kawan2 di wall saya.... kami suami isteri tersedar dari lena yg panjang tentang kewangan bila baca bro punya presentation pasal kewangan 7 TAHUN LALU (2003?)...ala masa tu dlm bentuk power point je..& dipresent di masjid mana ntah. Tqvm “” 'FB Norazlin Nordin'.

Alhamdulillah , at least ada seorng yg teruja dgn maklumat yg disampaikan.

4 tahap kewangan seseorang, anda dekat mana?

dari wall fb Norazlin Nordin.

4 tahap kewangan seseorang

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman moden ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler ) atau Ultra Rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Soalan cepu gangsa untuk hari ini…

Anda berada dalam kedudukan yang mana? ;)

*Tak perlu jawap di sini pun takpe. Just jawap dalam hati… yang penting kita sedar kedudukan kewangan kita dan berusaha untuk tingkatkan ke tahap yang seterusnya

-dr wall luna...tq...