Tuesday, October 26, 2010

CSR: Cadangan Ceramah Rancang Wang Graduan Muda

1. Cadangan ini saya tujukan kepada para pensyarah & pegawai HEP dan kakitangan IPT yang berminat dalam membangunkan Minda Rancang Wang kepada mereka yang directly & indirectly dibawah mereka. Cadangan ini dibuat supaya ia dapat dimasukkan kedalam perancangan akhir tahun atau untuk tahun depan. Mungkin juga anda ingin fwd email kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan graduan. Sila berhubung direct kpd email saya.

2. Kos untuk memanggil saya adalah percuma untuk kawasan Selangor & Kuala Lumpur. Untuk luar kawasan, hanya kos pengangkutan & tol shj diperlukan.

3. Oleh kerana kekangan kerjaya, hari yang sesuai adalah hari Sabtu atau pun petang jumaat. Masa yang diperlukan ialah 2 - 4 jam. Untuk hari lain, ia boleh dibincangkan dan mungkin perlu dilakukan melalui majikan saya.

4. Topik-topik yang akan disentuh adalah seperti berikut:-

1.Rezeki Dalam Quran
2.Rezeki & Taqwa
3.Rezeki & Dakwah
4.Cara Hidup Orang Muda
4a Sikap2 Dalam Rancang Wang
5.Membina Reserve
6.Membangunkan Bajet
7.Menyediakan Perlindungan
8.Memulakan Pelaburan
9.Membeli Kereta Pertama
10.Membeli Rumah Pertama
11.Persediaan Kawin
12.Pengurusan Kredit Kad
13.Tanda-Tanda Masalah Kewangan

Semoga Memberi Manfaat.