Saturday, June 14, 2008

Berita Harian/Bicara Kalbu: Hati kena tenang hadapi isu harga minyak

[hamdy di berita harian jumaat jun 13, 2008, edited version oleh wanitajim]

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20080612234405/Article/index_html

MINYAK naik harga, semua orang mengeluh. Saya yang berpendapatan kecil rasa terhimpit dan tertekan kerana hujung bulan ini gaji saya tidak cukup untuk membayar bil dan menampung keperluan keluarga. Isteri sentiasa merungut, anak pula masih belum memahami. Harga baru minyak yang menjadi hadiah sambutan hari bapa tahun ini sungguh 'mencabar' naluri kebapaan saya. Mohon berikan saya motivasi untuk terus melangkah dengan semangat waja meneruskan hidup.

BUKAN BAPA MITHALI,
Taman Perkasa, Cheras.


APA yang saudara rasakan dikongsi oleh hampir semua rakyat Malaysia, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Dengan minyak naik diikuti barang keperluan, jiwa kita mungkin tertekan. Kita akan memikirkan bagaimana susahnya menampung kehidupan.



Ada dua perkara di situ. Pertama ialah hati yang susah dan kedua, usaha tambahan yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan seperti melakukan kerja sambilan.


Justeru, kita memerlukan hati yang tenang untuk menghadapi kesusahan ini. Tanpa jiwa yang tenang, hati akan resah hingga boleh membuatkan seseorang menjadi pemarah dan anak serta isteri menjadi mangsa.

Begitu juga dengan prestasi di tempat kerja, bakal menurun disebabkan hati yang tidak tenang memikirkan masalah dihadapi.

Bagaimanapun, keadaan ini perlu diterima secara positif kerana Allah sebenarnya sudah memberi cara untuk mendapatkan ketenangan jiwa dalam firman-Nya yang bermaksud: "Apabila kamu susah, maka bersabarlah dan bersembahyanglah."

Bersabar adalah satu kaedah untuk mengawal hati yang resah, tidak tenang atau kelam kabut. Kita boleh bercakap dengan diri diselang seli bacaan zikir menyebut nama Allah untuk mengurangkan keresahan dirasai.

Apabila kita sendiri yang memujuk diri, Insya-Allah hati yang berkocak akan rasa tenang sedikit demi sedikit.

Steven Covey dalam bukunya 7 Sikap Orang Efektif menulis, "Ada perkara yang boleh kita kawal, dan ada perkara yang tidak boleh kita kawal."

Sebagai orang Islam kita memahami banyak perkara yang tidak boleh kawal. Apabila kita tidak boleh kawal, kita banyak berserah dan bertawakal kepada Allah. Untuk berserah dan bertawakal, kita perlu berdoa kepada Allah.

Ada hadis mengatakan, apabila kita bersembahyang dengan baik dan sempurna, maka doa akan dimakbulkan. Sebaiknya kita membanyakkan sembahyang dan berdoa untuk memohon Allah memberi ketenangan hati menghadapi dugaan.

Selain itu, dicadangkan saudara supaya bersedekah. Bunyinya memang pelik kerana dalam keadaan menghadapi masalah kewangan, tiba-tiba kita diminta bersedekah. Sebenarnya, bersedekah tidak perlu menunggu banyak tetapi apabila ada kesempatan, hendaklah kita bersedekah.

Kemudian pohon pada Allah diberikan rezeki secukupnya.

Selain itu, satu cara untuk merasakan kehebatan Allah ialah dengan memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam perkara sedekah ini, mungkin kita pernah mengalami keadaan di mana rezeki datang selepas kita bersedekah.

Mungkin ada yang lokek dan kedekut untuk bersedekah. Cuba imbas kembali bahawa ada kalanya kita mendapat kebaikan daripada sedekah itu. Kebaikan itu datang secara langsung atau tidak langsung kepada kita.

Untuk kita yang beriman kepada Allah, kita tidak patut takut bersedekah walaupun dalam keadaan harga minyak naik. Allah sudah berjanji, orang bersedekah itu tidak akan miskin. Janji Allah adalah benar dan sentiasa benar. Percayalah.

Apabila Allah berjanji kita tidak akan miskin dengan bersedekah, bermakna Allah berjanji bahawa rezeki kita akan cukup. Mungkin kita tidak akan kaya, tetapi percayalah, rezeki kita akan dicukupkan Allah.

Maka teruskanlah bersedekah. Buatlah selalu walau sedikit. Apabila ada peluang untuk bersedekah, buatlah. Bukankah hadis mengatakan jika kita membuang duri dari atas jalan, itu juga satu sedekah. Oleh itu jangan tunggu lagi, bersedekahlah!

Jawapan disediakan penasihat kewangan bebas dan penulis buku Rancang Hidup Rancang Wang, Haron Mohd Yusof. Semua persoalan dan jawapan boleh dilayari www.bicarakalbu.blogspot.com

Merancang Perbelanjaan Sederhana

Perbelanjaan terancang bermakna kita tidak berbelanja ikut suka. Terutama kita yang berkeluarga. Tambah lagi pada hari ini di mana dengan kenaikan harga minyak, hampir segala barang naik harganya. Oleh itu kita kena berbelanja dengan berhemah, berhati hati. Kita pastikan perkara yang dahulu mesti didahulukan. Perkara yang kemudian perlu dikemudiankan.

Juga jangan lupa, kurangkan ‘window shopping’ dan kalau ke shopping center mungkin perlu tinggalkan kad kredit dirumah

Perancangan Bajet bulanan amat penting untuk memastikan belanja kita terancang.

Dalam dalam kata lain kita kena buat bajet bulanan.

Saya tak nak cerita bagaimana nak buat bajet. Tapi kita cuba lihat kembali bajet kita untuk membuat bajet berhemah. Cuba yang akan saya terangkan ini.

1. Senaraikan belanja bulanan anda dan letak berapa harganya, termasuk minum teh, hiburan, hobi, potong rambut dan senarainya

2. Jumlah kan pendapatan dari pelbagai sumber

3. Tolak pendapatan dengan belanja bulanan. Ada lebih?

4. Kalau tak ada, pergi balik ke senarai belanja tadi dan cari benda yg boleh dipotong atau dikurangkan.

5. Anda ada hutang? Kalau ada, kemana masukan bayaran minima yang kena buat tiap bulan. Jadi hutang kena bayar. Pergi balik kat senarai yg dah dipotong tadi dan lihat kembali. Tengok balik kat mana boleh kita potong lagi. Yang tak perlu dipotong lagi.

6. Sekarang laksanakan bajet ini. Cuba hidup mengikut bajet ini.

7. Setiap hujung bulan, tengok balik, sama ada kita dapat ikut bajet atau tidak. Kalau tak boleh capai, mungkin anda kena cuba lebih kuat lagi untuk ikut bajet tersebut. Kalau perlu, adjust bajet tersebut.

8. Hujung bulan berikut, tengok lagi bajet ini dan lihat mana yang terlebih belanja. Buat sehingga anda boleh mencapai bajet berhemah yang terbaik.

9. Bagaimana dengan simpanan, pelaburan dan wang kecemasan? Kalau belum ada anda mungkin nak adakan. Kalau nak, lihat kembali tersebut dan berusaha kuat utk sedia itu semua. Kalau banyak hutang, mungkin kemudiankan yang ini.

mendidik anak menabung

Bagaimana kita nak mendidik anak anak kita supaya menabung.

JAWAPAN

Ini merupakan satu cabaran. Tapi kita kena usaha . Cuba perkara perkara berikut:-

1. Cerita hal duit dengan anak anak. Mungkin kita kena cerita, yang emak dan ayah kena kerja untuk dapat duit. Mungkin cerita bil bil yg perlu kita bayar. Cerita bukan senang nak dapat duit.

2. Galakan anak supaya jangan belanja semua elaun dia. Kita mungkin bagi duit belanja sekolah. Jadi kita galakan dia untuk menyimpan sedikit dari elaun dia walaupun 20-30 sen. Kita nak mendidik sikap jadi walau sedikit simpanannya maka sikap itu akan terbentuk. Kemudian kita kena ingatkan agar jangan boros. Kita kena ingatkan supaya berhati hati berbelanja.

3. Bagi peluang untuk anak untuk mendapat duit dengan bekerja. Anak anak kita kena beri tanggungjawab untuk menjaga atau imembuat kerja kerja rumah seperti kemas bilik, basuh pinggan dll. Tapi setengah kerja kita boleh bagi peluang untuk mereka mendapat duit. Contojnya basuh atau bersihkan kereta kita. Bila dia basuh kereta kita then dia akan dapat sedikit duit.

4. Ajar anak untuk berjimat dan tidak membazir. Contohnya jangan membazir air. Jangan membazir api letrik. Kalau nak tinggalkan bilik agak lama, kenapa tidak tutup lampu atau kipas atau aircond.

5. Duit raya, contohnya, jangan digunakan semua. Ajak anak simpan di bank atau di tabung haji. Jadi kena buka akaun simpanan. Cuma kalau nak buka di bank, kena cek balik kerana ada bank yang bagi kadar keuntungan yang rendah untuk simpanan anak anak.

6. Pada masa anak saya kecil, saya membuat sistem menghafal quran di rumah. Setiap mukasurat yang mereka hafal, mereka akan dapat imbuhan duit. Ini kes special nii.. Jadi, bila mereka dapat duit, katalah Rm10,mereka kena bagi emak mereka RM6 atau Rm8 untuk disimpan. Jadi mak jadi banker lah ni.

7. Ajar anak untuk tangguh pembelian yang tidak perlu. Maksudnya kalau anak nak sesuatu barang yang bukan keperluan, ajar untuk tangguh. Ajar jangan ikut hati, maksudnya nak saja terus beli. Kalau barang tu tak perlu sangat seperti pc game, atau permainan then tangguhkan dulu. Ajar juga untuk belajar cek harga di beberapa kedai. Contoh nya kalau anak dah besar nak handphone, minta dia cek kat beberapa kedai. Ajar ajar juga dia untuk tawar menawar harga. Tawar menawar ni satu skil, maka jika tak diajar, dia akan main beli sahaja.

8. Letak tabung simpanan, katalah tabung buluh ditempat yang senang di lihat, contohnya ikat di tangga. Maka bila anak balik sekolah atau kita sendiri balik, jika ada duit duit sen dalam kocek, masukkan dalam tabung tersebut. Diam tak diam nanti, tabung itu akan penuh. Buat lah sesuatu yang berguna samada simpan, sadakah atau berbelanja sesuatu yang bermakna.

9. Ingatkan anak bahawa satu masa dia nak masuk universiti. Kena belanja besar dan banyak. Maka dia tak boleh boros. Kena simpan untuk masuk universiti. Ini untuk anak yang dah boleh faham.

10. Jika anak nak membeli sesuatu yang agak berharga seperti basikal, tanya dia berapa harga. Jangan terus beli. Tanya dia bagaimana dia nak dapat duit untuk membeli. Dengan ini kita mengajar dia bagaimana nak mengira dan merancang untuk membeli sesuatu yang berharga.

Kaitan merokok dan merancang wang untuk pendidikan anak anak.

[soalan/jawaban ini adalah untuk saya di program tv Cahaya Permata episod 19, 20 &25]

SOALAN 3:

Bagaimana kaitan merokok pada hari ini dengan merancang wang untuk pendidikan anak anak.

JAWAPAN:

1. Untuk bapa yang merokok, saya cadangkan agar mula kurangkan merokok dan cuba berhenti. Bapa perlu meletakan tekad utk berhenti merokok. Orang merokok selalunya dari muda umur 20 tahun lepas sekolah hinggalah hari sebelum nak masuk kubur, dia akan terus merokok.

2. Bapa perlu melihat merokok itu adalah membakar duit. Cuma ambil duit RM5 dan bakar duit tu didepan mata. Atau minta anak bakar duit Rm5 tu didepan mata kita. Saya cadangkan cuba pada hari ini dan tengok apa yg kita rasa.

3. Kalau satu hari merokok sebanyak Rm5 sehari, cuba kurangkan kepada RM2. Bayangkan RM3 disimpan, maka itu dah hampir RM 90 sebulan. Banyak tu.

4. Saya tak kata, berhenti rokok walau itu yang sebaiknya. Kerana merokok bukan sahaja membakar paru-paru malah membakar wang.

5. Apa yang saya katakan kurangkan rokok dimana setiap hari yang dijimatkan itu ditabungkan. Rm90 sebulan, maka setahun dah Rm1000.

6. Maka anda perlu meletakan tabung buluh sebagai contoh, di tangga rumah supaya RM3 boleh disimpan setiap hari. Mulai hari ini bila sampai sahaja kerumah setiap petang, depositkan rm3 di tabung itu.


menabung, menyimpan dan melabur utk pendidikan anak.

[soalan/jawaban ini adalah untuk program tv Cahaya Permata episod 19, 20 &25]


Jadi kita perlu menabung, menyimpan dan melabur?

JAWAPAN:

1. Oleh itu menyimpan atau menabung amat penting.

2. Tapi kita tidak mahu simpan dirumah seperti dibawah bantal, di celah celah pinggan, bawah tilam. Itu cara zaman dulu, tak sesuai dah.

3. Kita kena simpan di institusi contohnya tabung haji, Cuma tabung haji tak bagi pulangan seperti zaman dulu7-8%. Sekarang dalam 4% sahaja.

4. So saya mencadangkan pelaburan amanah saham dengan cara potong gaji.

5. Potonglah gaji walau dgn hanya RM100 sebulan. Pada mulanya mungkin kita terasa hilang rm100 itu, tapi lama lama kita tak sedar dan terbiasa. So jangan teragak agak nak buat potongan gaji RM100 untuk tabungan di amanah saham

6. Ini adalah antara yang saya galakkan iaitu konsepKonsep Simpan Dulu Baru Belanja :

Bonus Dan Raya

7. Untuk menampung perbelanjaan awal tahun, kebanyakan kita bergantung kepada bonus. Itu sebab bonus amat penting untuk kepada mereka yang makan gaji. Maka jgn pula bonus di belanja untuk sport rim, perabut rumah.

8. patut patutlah berbelanja untuk hari raya. Zaman menukar perabut pada tiap tahun nak hari raya mungkin dah berlalu. Zaman ni zaman barang naik mendadak. Beras yg dulu kita rasa murah harganya pun dah naik. Yang masih sama harganya ialah beras yang kurang kualitinya.

rancang wang untuk pendidikan anak-anak,

[soalan/jawaban ini adalah untuk program tv Cahaya Permata episod 19, 20 &25]

Dari sudut rancang wang untuk pendidikan anak-anak, apa keadaan di mana kita perlukan wang yang banyak?

JAWAPAN

1. Ada tiga keadaan di mana kita memerlukan belanja pendidikan yang tinggi.

1. Pada bulan december pada setiap tahun untuk anak naik sekolah

2. Pada masa anak memasuki institut pengajian tinggi ipta/ipts

3. Belanja bulanan semasa ana di ipta/ipts jika anak tidak mendapat pinjaman atau biasiswa.

2. Utk belanja IPT, kita sebagai ibubapa perlu melihat jauh kehadapan. Kalau anak kita berumur 3 tahun hari ini, kita perlu melihat 15 tahun kehadapan, hari dimana beliau memasuki gerbang pengajian tinggi.

Kalau tak masuk IPT pun dia mungkin kena masuk pusat pendidikan kemahiran. Sebab kalau anak kita tak boleh cemerlang dalam akademik, kita kena pastikan anak kita cemerlang dlm kemahiran seperti mekanik, aircon, kimpalan, jahit baju secara industri. Semua ini memerlukan kewangan yang mencabar.

Bagaimana Memilih Akaun Pelaburan Unit Trust

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini saya ingin menerangkan mengenai pemilihan akaun pelaburan di unit trust. Dah sedia? GO!


Apakah sebab kita patut menyimpan & melabur?

1) Sebagai tabung kecemasan – Dari segi psikologi manusia perlu rasa selamat terhadap bencana kewangan seperti rawatan penyakit, kemalangan dan kena buang kerja.

2) Sebagai alat untuk memenuhi wawasan kewangan seperti tabung pendidikan sendiri/ anak, kenderaan peribadi baru, percutian atau cengkeram pembelian rumah.

3) Sebagai tabung untuk hari tua atau sebagai penambahan kepada bayaran pencen / tabung KWSP.

4) Sebagai satu jambatan untuk menghasilkan lebih wang tampa bekerja sendiri.

Sebelum melabur atau menyimpan ada baiknya pelabur mempartimbangkan faktor-faktor berikut:

1) Dimanakah kedudukan pelabur dalam kitaran hidup?

2) Apakah risikonya?

3) Bagaimanakah kesan inflasi terhadapnya?

4) Bolehkan ia dicairkan?

5) Berapakah harga pulangannya?

6) Perlukah dilakukan pemelbagaian (diversification)?

Utk lebih detail sila pergi ke www.jimatcermat.blog.com penulis: Nizam


Thursday, June 12, 2008

Kadar Baru Wang Akaun KWSP utk Pelaburan Amanah Saham

[Kalau dulu kadar minima adalah 55 ribu, sekarang telah bertukar mengikut umur dan jumlah terkumpul]

Kelayakan Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSP Untuk Dilaburkan

Ramai yang tidak mengetahui bahawa apabila wang akaun 1 KWSP telah melebihi had Simpanan Asas yang ditetapkan, maka lebihan tersebut boleh dikeluarkan untuk dilaburkan. Ini untuk memberi peluang kepada pencarum mendapatkan ruang pelaburan altenative untuk mengembangkan wang bekalan hari tua mereka.

Apa iti simpanan asas? Simpanan asas adalah jumlah simpanan yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan pencarum KWSP memperolehi simpanan sekurang kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melabur simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Kaedah pengiraan baru ini telah dikuatkuasakan pada 1 November 2007 dan memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak

dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1 KWSP

Umur (Tahun)

Simpanan Asas (RM)

18

1000

19

2000

20

3000

21

4000

22

5000

23

7000

24

8000

25

9000

26

11000

27

12000

28

14000

29

16000

30

18000

31

20000

32

22000

33

24000

34

26000

37

34000

38

37000

39

41000

40

44000

41

48000

42

51000

43

55000

44

59000

45

64000

46

68000

47

73000

48

78000

49

84000

50

90000

51

96000

52

102,000

53

109,000

54

116,000

Syarat-syarat yang di tetapkan:

1) Melalui 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan wang simpanan di akaun 1 KWSP ridak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebili Simpanan Asas.

2) Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minima pelaburan setiap kali adalah RM 1,000.00

Utk lebih detail sila pergi ke www.jimatcermat.blog.com penulis: Nizam

Ubah Cara Hidup: Nak Ubah Tang Mana eik?

menteri kata ubah cara hidup...
penyokong kata mari ubah cara hidup..
dalam kereta tadi...saya terpk nak buat nii...
so nak ubah kat mana eikkk
rasanya tak le senang nak ubah cara hidup,
melainkan hidup kita ni memang dah masuk level lebih dari biasa ..
atau congakan bajet saya nii tersasar sungguh..
so bayangkan yg pendapatan keluar bawah 3ribu.


Perbelanjaan
Normal
SederhanaTerlebih







loan rumah/sewa
450
1000
1800
loan kereta
400
700
1300
Minyak kereta
300
500
900
kredit card
150
200
200
Dua parents
200
300
400
Takaful
50
200
400














Van sekolah (3 anak) 150
150
150
belanja sekolah (3 anak)150
180
240
lunch/kerja
100
150
200







astro
0
60
200
tnb
70
100
150
air
20
30
30
hphone
50
80
100
streamyx
0
70
70
telekom
50
50
50
belanja dapur
700
1000
1500














Jumlah:
2840
4770
7690







Income





Income keluarga
3000
5000
8000
epf
300
500
800
tax
50
200
700
Take home
2650
4300
6500







Baki
-190
-470
-1190


Jgn bimbang kat pendapatan 8000, tak ramai yg dalam golongan tu. Depa boleh adjust dgn mudah kalau kerak depa tak besar.
Pembaca sekelian, pandai pandai laa adjust bajet kalian.

Thursday, June 05, 2008

Buku RANCANG HIDUP RANCANG WANG

Buku RANCANG HIDUP RANCANG WANG


[buku ini boleh didapati di MPH atau www.mph.com.my buat carian rancang hidup rancang wang. Jika di kedai MPH, tidakjumpa , bertanya lah di service counter mph, mungkin mereka kehabisanan stock]

Alhamdulillah, akhirnya buku pertama saya RANCANG HIDUP RANCANG WANG lahir pada hari Ahad 30 mac 2008. Keindahan lahirnya buku ini bagaikan indahnya rasa semasa kelahiran anak pertama 19 tahun yang lalu. Terima kasih kepada sahabat Zukri@iMedia production dan juga sahabat yang sanggup mendahulukan kos penerbitan.Buku ini saya terbitkan sendiri kerana konsep buku ini tidak bersesuaian dengan konsep penerbitan beberapa penerbit buku.

Konsep buku saya ialah "SATU BUKU CERITA SEMUA". Buku ini bertujuan untuk memberikan pasangan muda satu asas@foundation kehidupan dimana dengan membaca buku ini insyallah, pasangan muda akan mendapat perspektif rancang kehidupan secara keseluruhan didalam memulakan atau menjalani hidup. Ianya juga sesuai sehingga umur pertengahan 40an.

Terdapat 112 idea saya ketengahkan didalam aspek kehidupan:-

-Kehidupan
-Kerjaya
-Rancang Wang
-Pelaburan dan Perlindungan
-Membeli Rumah
-Mendidik Anak
-Konsep Rezeki.

http://www.rancanghidup.blogspot. com
Harga Buku RM18 (termasuk belanja Pos).
sila bank in ke Akaun Maybank 562106051253 Haron Mohd Yusof
dan sms@email nama dan alamat kpd saya di 013-3696712.

Diizinkan Allah, saya merancang utk membuat seminar separuh hari RANCANG HIDUP RANCANG WANG pada masa akan datang.

Semoga Allah Redha dan Memberi Keberkatan terhadap hidup kita.
hamdy

Kandungan Terperinci: utk kandungan terperinci, sila lihat posting yg lalu

MghadapiMinyakNaik5a: Perjuangkanlah Islam.

MghadapiMinyakNaik5a: Perjuangkanlah Islam.

Dalam menghadapi minyak naik ini, saya telah mencadangkan perkara berikut:

- Bersabar dan bersembahyanglah

- Banyakan bersedekah

- Bukalah pintu rezeki.

Dan untuk siri ini saya mengatakan, perjuangkanlah islam.

Agama Islam, agama yang kita imani pada hari ini, sedang menghadapi banyak cabaran. Mungkin bukan Islam yang menghadapi cabaran tetapi penganut Islam yang menghadapi cabaran.

Penganut Islam yang majoritinya adalah Islam kerana warisan menghadapi senario kekalutan yang amat sangat. Kita tidak perlu pergi jauh. Kita mungkin perlu melihat dalam rumah kita, dan kemudian keluarga terdekat kita, kemudian rakan rakan di pejabat.

Kita dapat melihat bagaimana keadaan mereka. Anak kita mungkin sembahyang nya berterabur. Anak perempuan kita mungkin bertudung tapi pakaiannya dengan dada terdedah terbonjol dan seluar ketat menampakan bulat punggung. Anak lelaki dengan seluar pendek nya. Bacaan quran anak kita hanya ala kadar dan tajwidnya berterabur. Bacaan quran kita pun belum tentu sebaiknya. Sembahyang kita pun kadang kadang ikut sempat, maklumlah kita boleh qadha.

Di pejabat begitu juga. Yang bertudung, hanya sekadar menutup kepala tanpa menutup rambut dan aurat dengan sebaiknya. Dadanya pula tidak ditutupi dengan tudung seperti arahan Allah. Yang lelakinya bertali arus merokok. Merokok merupakan lambang keimanan kurang sempurna. Merokok sama seperti membakar wang dan membakar paru paru. Oleh itu orang yang merokok adalah mereka yang berterusan mengamalkan perkara makruh yang boleh menjadi haram. Jika sudah membazir dan merosakkan diri, bukankah ianya jatuh haram.

Dipejabat juga, mungkin sudah ada mereka yang tidak segan silu mengambil rasuah. Mungkin rasuah tidak diambil di pejabat, tapi diluar pejabat. Iyelah, pemimpin umno ramai yang rasuah, maka ianya perlu diikut oleh pengikutnya.

Dadah pula membunuh anak bangsa. Ada yang mengambil kesempatan membunuh anak bangsa dengan membuat keuntungan. Malangnya kita tidak pernah dengar kingmaker pengeluar dan pengedar dadah ditangkap. Yang ditangkap adalah runner kepada pengedaran dadah. Mungkin ada orang yang berpangkat besar kaya tersenyum memberi perlindungan kepada kingmaker ini. Ya, untuk dunia, manusia sanggup membakar diri di akhirat. Malangnya kemungkinan besar mereka yang memberi perlindungan adalah mereka yang bernama melayu dan berimankan Islam. Setakat mana islam mereka, kita kurang tahu, Mungkin mereka hanya kembali kepada islam sebenar setelah berumur 60 tahun. Bagaikan polis yang mengigil gigil tangan selepas tua, kerana pada masa mudanya enak memukul, menampar, menendang manusia demi sedikit gaji/

Di luar sana, terlalu banyak isu masyarakat. Isu rempit, isu bohsia dan pelbagai isu lagi. Hinggakan kita sendiri rasa tidak senang untuk hidup dan membesarkan anak. Mungkin kita boleh menjaga anak kita didalam ruang lingkup pagar rumah kita. Tetapi apabila anak kita kesekolah atau kemana mana dan dimasa itu kita dipejabat, kita akan merasa risau dan bimbang.

Yang saya ceritakan diatas adalah perkara yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat yang meninggalkan konsep ’kepercayaan kepada tuhan’. Atau mereka percaya kepada Allah sekadar cecah cecah sahaja. Saya tidak menceritakan isu keadilan lagi. Isu pemimpin yang enak tidur diatas kezaliman kepada masyarakat, tidak saya sentuh. Isu dimana pemimpin selesa tidur dengan meng ISAkan orang lain. Pegawai polis yang ingin mudah kerja dengan mencampakkan orang ke penjara kemunting dengan akta ISA. Mereka mungkin enak tidur. Mereka yang dibantu oleh SB SB yang sanggup menelanjangkan orang. SB SB yg tidak malu memegang barang sulit orang. Pemimpin yang juga dibantu oleh FRU yang tidak rasa bersalah membelasah orang. Kepimpinan polis yang berdiri megah diatas truck FRU yang menyembur gas gas yang mencekik saluran nafas. Pemimpin yang tidak kisah menandatangani perjanjian yang mencekik kehidupan rakyat seperti kes air di selangor. Pemimpin yang bila kalah, pergi membuat umrah di Mekah, walhal punggungnya penuh tahi berselaput. Pemimpin yang berserabut dengan rasuah tetapi masih lagi dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri.

Maka saya ringkaskan bahawa perjuangan yang ada, mudah dibahagikan kepada 2 perkara. Malah ingin saya bahagikan kepada 3 kerana kita adalah orang orang Islam yang prihatin. 3 perjuangan itu adalah:-

- Perjuangan dakwah islam membetulkan masyarakat

- Perjuangan menegakkan keadilan dalam sistem pemerintahan

- Perjuangan menegakkan syariah Islam untuk orang Islam, bagi kesejahteraan negara dan sejagat.

Bersambung......

MghadapiMinyakNaik4: Bukalah pintu rezeki.

MghadapiMinyakNaik4: Bukalah pintu rezeki.

Jika sebelum ini saya mengatakan dalam usaha kita untuk menghadapi minyak naik ini, saya mengatakan perlunya kita membanyakan kita bersedekah. Bukan bermakna setiap kali bersedekah kita bersedekah dengan banyak. Yang dimaksudkan ialah banyak kan bersedekah. Bila ada peluang kita terus bersedekah, tanpa berkira kira.

Untuk kali ini saya ingin menggalakan supaya kita membuka pintu rezeki. Membuka pintu rezeki bermakna kita membuka jalan untuk rezeki sampai kepada kita. Hukum fitrahnya rezeki tidak akan jatuh dari langit. Rezeki tidak akan datang dengan sendirinya. Sebenarnya segala benda adalah rezeki. Oksigen yang kita sedut itu adalah rezeki Allah. Tapi tidak apa lah, untuk perbincangan ini kita kata definisikan rezeki itu adalah wang yang kita perlukan untuk perbelanjaan.

Rata rata mereka yang membaca rencana saya ini adalah mereka yang bekerja makan gaji. Orang yang makan gaji ini pendapatannya tetap dan konsisten. Setiap bulan wang nya masuk. Tetapi selalunya tidak lebih dari jumlah wang tersebut. Maka pandai pandailah kita menguruskannya.

Dimasa yang sama kita tahu bahawa hadis Rasulullah saw mengatakan 9/10 rezeki adalah perniagaan. Maka kita perlu melihat bagaimana kita boleh cuba manfaatkan hadis Rasullulah saw tersebut.

Apa yang saya cadangkan ialah buatlah perniagaan kecil kecilan. Contoh selalu saya katakan ialah, setidak tidaknya juallah pensil. Apabila kita membuat jualan pensil, maka kita telah membuka pintu rezeki untuk masuk kepada kita. Ditakdirkan Allah ingin memberi rezeki yang lebih kepada kita, mungkin kita akan menjual 1000 pensil yang berharga 50sen satu. Apa yg saya maksudkan, buka lah ruang untuk rezeki masuk dengan menjual apa apa yang patut. Tetapi jangan pula buat pada waktu kerja kerana disitu anda bekerja untuk mendapat rezeki tetap bulanan anda. Kalau anda lakukan pada masa bekerja, sudah tentu merah padam muka pengurus anda.

Semasa saya bersama ustaz zamri didalam bicara buku saya Rancang Hidup Rancang Wang pada 29 may 2008, saya ditanya apa kerja yang saya buat. Saya mengatakan saya melakukan 4 kerja, iaitu kerja makan gaji, kerja agen hartanah secara separuh masa, kerja menulis dan menjual buku, kerja politik hijau (dalam menegakan keadilan).

Keempat empat kerja tersebut mendatang rezeki kepada saya. Saya percaya anda bersetuju 3 perkara pertama akan mendatangkan rezeki. Tetapi mungkin anda akan pening pening lalat cuba membayangkan bagaimana kerja politik dalam menegakan keadilan boleh mendatangkan rezeki kepada saya.

Sebagai penutup, saya amat mencadangkan agar kita membuka pintu rezeki untuk masuk dengan cuba merealisasikan hadis 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Ianya amat berguna dalam kita cuba menangani kenaikan harga minyak ini.


MghadapiMinyakNaik3: Banyakkan Bersedekah.

MghadapiMinyakNaik3: Banyakkan Bersedekah.

Bukankah pelik, dalam keadaan kita merasa kecewa dengan kenaikan harga minyak ini, saya mencadangkan agar kita banyak bersedekah. Banyak kali bersedekah bukan bermakna setiap kali bersedekah kita membuatnya dengan banyak. Yang saya maksudkan, bila ada peluang untuk bersedekah, keluarkanlah duit anda walau sedikit mana untuk bersedekah. Selepas itu berdoalah agar Allah menerima sedekah kita dan memberi kita rezeki dengan secukupnya.

Salah satu cara untuk merasakan kehebatan Allah ialah dengan kita memerhatikan apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam perkara sedekah ini, mungkin kita ingin imbas kembali, bagaimana ada kalanya rezeki rezeki yang datang kepada kita selepas kita bersedekah. Ini tidak mestinya berlaku serta merta, tetapi ianya tetap berlaku. Kalau berlaku serta merta, maka semua orang akan bersedekah. Kita tahu ramai yang begitu lokek dan kedekut untuk bersedekah. Cuba imbas imbas kembali bahawa ada kalanya kita mendapat kebaikan dari sedekah kita. Kebaikan itu datang secara langsung atau tidak langsung kepada kita.


Untuk kita yang beriman kepada Allah, kita tidak patut untuk takut bersedekah walaupun dalam keadaan harga minyak naik ini. Allah telah berjanji, orang bersedekah itu tidak akan miskin. Janji Allah adalah benar dan sentiasa benar. Percayalah.

Apabila Allah berjanji kita tidak akan miskin dengan bersedekah, bermakna Allah berjanji bahawa rezeki kita akan cukup. Mungkin kita tidak akan kaya, tetapi percayalah, rezeki kita akan dicukupkan Allah. Segala keperluan asas kita akan cukup untuk kita. Insyallah Allah akan datangkan dengan cara langsung atau tidak langsung. Perhatikanlah.

Maka teruskanlah bersedekah. Buatlah selalu walau sedikit. Bila ada peluang untuk bersedekah, buatlah. Buatlah banyak lagi kebaikan diatas mukabumi ini. Bukankah hadis mengatakan ’jika kita membuang duri dari atas jalan, itu juga satu sedekah’. Oleh itu jangan tunggu lagi, bersedekahlah.

MghadapiMinyakNaik2: Bersabar dan Bersembahyang.

MghadapiMinyakNaik2: Bersabar dan Bersembahyang.


Dengan minyak naik dan kemudiannya barang barang lain akan naik, jiwa kita mungkin tertekan. Kita akan memikirkan bagaimana susahnya kita mahu menampung kehidupan kita. Ada dua perkara disitu. Pertama ialah hati kita yang susah. Kedua usaha kita yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan itu.

Pertama yang perlu pada kita, ialah kita memerlukan hati yang tenang untung menghadapi kesusahan ini. Ketenangan jiwa kita amat kita perlukan. Tanpa jiwa yang tenang, hati kita akan resah. Kita tahu bagaiamana perangai hati orang resah. Mungkin dia boleh jadi pemarah. Mungkin anak isteri menjadi mangsa. Mungkin hasil kerjanya ditempat kerja tidak memuaskan. Banyak lagi kemungkinan itu. Maka untuk menghadapi kesusahan ini, kita perlukan ketenangan hati. Hati kita perlu tenteram.

Dan sebenarnya Allah telah memberi kita cara dalam menghadapi masalah. Ada firman firman Allah yang mengatakan ”Apabila kamu susah, maka BERSABARLAH DAN BERSEMBAHYANGLAH”. Dalam kata lain dua perkara yang perlu kita lakukan. Iaitu Bersabar dan bersembahyang.

Bersabar adalah satu kaedah untuk kita kawal hati kita. Hati yang resah, tidak tenang atau rasa kelam kabut perlu kita kawal dan tenangkan. Dengan kita membuat ’self-talk’ atau bercakap sendirian dengan memujuk hati hati kita, maka Insyallah kita akan dapat mengurangkan keresahan hati kita. Bila kita berkata kepada diri sendiri seperti ”hamdy, bersabar, bertenang, doa banyak banyak”, kita sebenarnya memujuk diri kita sendiri. Insyallah hati kita yang berkocak hebat akan merasa ketenangan itu sedikit demi sedikit.

Bersembahyang pula bermakna kita menyerahkan diri kepada Allah. Kalau kita membaca steven covey ”7 sikap orang effektiff”, satu perkara yang dikatakan adalah ”ada perkara yang boleh kita control, dan ada perkara yang tidak boleh kita kawal”. Dan kita sebagai orang islam mengetahui bahawa banyak perkara yang kita tidak boleh kita kawal. Dan bila kita tidak boleh kawal, kita banyak berserah dan bertawakkal kepada Allah. Dan untuk berserah dan bertawakkal, maka kita perlu berdoa kepada Allah.

Maka apa kaitan bersembahyang dengan menghadapi masalah. Ada satu hadis yang mengatakan, lebihkurang maksudnya ”apabila kita bersembahyang dengan baik dan sempurna, dan kita berdoa, maka doa kita akan dimakbulkan”

Dalam kata lain jika kita bersembahyang dengan baik dan kemudiannya kita berdoa maka kita kita akan Allah tunaikan. Sembahyang yang baik ini tidak bermakna sembahyang lima waktu sahaja. Malah diketika kita dalam kesusahan, sembahyang sunat lah yang patut di buat dengan banyak. Ini bukan bermakna sembahyang hajat sahajat. Malah bagi saya, sebenarnya tidak ada sembahyang hajat per say. Tetapi dari hadis diatas, ulama telah mengandaikan bahawa jika kita menginginkan sesuatu, maka kita sembahyanglah sunat dan kemudian memohon hajat kita.

Hadis itu bagi saya bersifat umum. Oleh itu jika kita sembahyang sunat ba’dian atau qabliah, maka panjangkanlah doa kita. Mungkin juga kita perlu membanyakan sembahyang dhuha. Mungkin kita tidak mahu meninggalkan sembahyang sunat yang dituntut iaitu witir. Mungkin juga kita perlu sekali sekala bangun malam mengadu kepada Allah melalui sembahyang tahajud.

Dengan menyebut semua diatas, saya memohon keampunan dari Allah kerana takutnya saya kepada ayat ”adakah kamu mengatakan apa yg tidak kamu perbuat”. Kerana tidak semua itu mampu saya buat.

Monday, June 02, 2008

Jangan Bina Rumah Masa Umur 60 Tahun

Menyebut perkara kematian adalah perkara taboo bagi umat melayu. Jika kita sebut perkataan mati seperti "entah entah esok kita mati", jawapan yg diterima adalah jangan lah cakap begitu. Ini bertentangan dengan budaya islam kerana mengingatkan mati merupakan satu tindakan bijaksana.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil pada masa sibuk sibuk pilihanraya yang lalu ialah jika anda ingin membina rumah, janganlah bina pada atau menanti sehingga umur 60 tahun. Mungkin pada masa ini anda muda maka anda akan menjawab 'laa...masa ni tak mampu, masa tu je yg mampu'. Betul jawapan anda, tapi kita ingat pada adatnya jika umur kita sampai 60 tahun, maka bibit bibit kematian itu telah mula menjelma . Kalaupun pada masa umur 60 tahun anda mampu utk membina rumah besar dan cantik, adalah lebih baik untuk anda menggunakan pada jalan yg boleh membawa kepada amal jariah-amal yg masih laku setelah kita mati. Amal tahlil itu belum tentu kita yg dah mati dapat, yg pasti dapat ialah mereka yg bertahlil. Yang dapat pada kita mungkin doa doa selepas tahlil jika org yg bertahlil benar benar mendoakan utk kita. Yang pasti amal tahlil itu mungkin tidak sampai pada kita. Yang pasti jika kita beramal jariah dengan duit itu, ianya insyallah tetap sampai.

Kita takut dalam kesibukan kita membina rumah malaikat datang mengambil nyawa kita. Ataupun jika rumah besar kita siap, kita takut kita hanya dapat duduk tak lebih dari 6 bulan.

Bukan kah itu berlaku pada sebaik sahaja PRU12 selesai baru baru ini.
Semoga kita mengambil pengajaran.

Enjoylah Melihat Seri Muka Isteri

Cuba kita, suami, perhatikan kebahagian hidup isteri kita. Cuma kita tengok betul betul bahagianya isteri kita. Kalau kita tidak perhatikan, kita akan terlepas satu nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Lihat bagaimana kegembiraan isteri kita. Lihat bagaimana gelak ketawa isteri kita. Perhatikan seri seri muka isteri kita. Saya tidak membincangkan kecantikan isteri kita. Mungkin isteri kita pada masa ini tidak ada lagi cantik badannya. Yang tinggal mungkin muka yang tembam dan tiada lagi potongan umur 20s nya. Yang ada mungkin lengan yg membesar, yang ingin menandingi batang pinang. Daging batang pinang adalah daging yang sedap dimakan dan menjadi rebutan, Cuma saiz batang pinang tangan isteri boleh menumbangkan kita kalau dihayun kepada kita.

Saya membincangkan seri muka isteri. Lihat seri muka isteri bila beliau bergurau dengan anak remaja kita. Kalau kita lihat seri muka isteri yang ada adalah muka yang stress dan penuh tekanan, mungkin kita kena melihat kembali kepada diri kita. Mungkin kita menjadikan isteri kita bagaikan orang gaji. Mungkin sebagai second class. Ye lah, kalau asyik diherdik. Kalau pandangan nya sentiasa tidak diambil kira. Maka kita perlu memperbaiki cara kita melayan isteri kita.

Saya bukan suami mithali. Tapi saya enjoy melihat kegembiran dan seri muka isteri apabila beliau bergurau dan melayan anak anak. Terutama bila gurau sendanya bersama anak remaja perempuan kami. Rasanya ada tanda tanda bahagia disitu. Jika anda, suami, belum pernah memerhati kegembiraan isteri, maka cuba cubalah buat.

Bukankah menggembirakan isteri itu satu dari sifat agung Rasullullah saw.