Thursday, March 11, 2010

SPM: Tahniah anak & ibu, Terimakasih Guru.

1. Alhamdulillah, keputusan yang ditunggu tunggu oleh pelajar SPM akhirnya keluar. Seperti biasa, Menteri dan kementerian mengatakan keputusan kali ini lebih baik dari sebelum ini. Agaknya adakah pernah berlaku keputusan yg kurang baik dari tahun2 kebelakangannya. Apa lagi jika tahun itu adalah tahun pilihanraya, maka menteri yg mahu semua baik pasti berbuat apa yg patut untuk memastikan geraf yang 'berpatutan'digunakan.

2. Walau apapun, kita perlu mengucapkan tahniah kepada anak2 yang berjaya. Sama ada mereka mendapat 9A, 10A, +++ ataupun yg mendapat 1, 2, 3A ...., maupun mereka tidak mendapat sebarang A. Mereka telah berjaya mengharung satu perjuangan yang penuh dengan rasa suspen dan berat. Akhirnya mereka menjadi graduan sekolah dan bersedia utk menghadapi alam akademik lain selama 3-5 tahun lagi. Bagi mereka yg tidak akan mengalami alam akademik, mereka akan mula menghadapi alam pekerjaan mengikut kemampuan mereka. Bagi yg berjaya dgn baik, mereka akan mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.

3. Kita perlu mengucapkan tahniah kepada ibu2 yang sentiasa bimbang dan sentiasa mengingati anak anak mereka. Ada masa ibu2 akan terlebih mengingatkan anak2 sehingga mencapai level leteran, tetapi itu adalah fitrah ibu yg selalunya terlebih bimbang. Tapi kalau tiada ibu, dimanakah anaknya. "Kalau kau nak senang...belajo rajin rajin"...itulah jerit arwah ibu saya hampir 30 tahun dahulu.

Ayah-ayah majoritinya jenis lebih relax yg kadang kala membahayakan masa depan anak anak. Tapi anak yg hebat masadepannya tetap memerlukan tulang belakang untuk bersandar yg dimainkan oleh ayahnya. Dan hampir kesemua anak2 yang berjaya adalah datang dari keluarga yang stabil. Terlalu sedikit yang berjaya datang dari keluarga yang berserabut.

Dan itulah sebabnya ada ibu2 tunggal mencari suami yang baik supaya anaknya mempunyai seorang lelaki dlm rumah mereka. Dan itulah sebabnya isteri Tiger Wood tidak menuntu cerai, kerana kesedaran isterinya yang datang dari broken home, yang mahu anak2nya ber ayah...walaupun hatinya luka..Itu juga pengorbanan seorg ibu....

4. Pada guru, kami sbg ibubapa mengucapkan terimakasih pada kalian. Kalian telah memberikan 'the best' terutama guru-guru yang mengajar bukan sekadar ingin makan gaji. Guru-guru yang mengajar demi mendidik dan membangunkan manusia sholeh dan musleh akan merasa kepuasan apabila melihat anak2 murid mereka berjaya dlm akademik dan lebih puas jika anak2 murid mereka lahir sbg manusia berakhlak. Guru2 akan pening melihat anak2 muridnya yang mewarna rambut, bersolek berlebihan, merokok tanpa silu selepas alam persekolahan mereka.

5. Jgn Terlalu Yakin Walau Anak Straight A.

Bagi ibu bapa yg mendapat anak yg banyak 'A', enjoy it for the moment, tapi jangan terlalu yakin. Jika anak anda berjaya mendapat byk A dgn tuition yg berselirat, dgn ibu bapanya yg mendesak, dgn latih tubi yg beribu dan dgn anak2 yg tidak mengambil bahagian dlm ko-kurikulum, maka anda janganlah terlalu yakin. Anda perlu melihat sama ada anda telah melahirkan seorang anak yang matang atau anak anda adalah machine yg perlu digilap lagi. Jika anak anda telah matang maka Insyallah dia akan menjalani perjalanan hidup di IPT dengan agak mudah sedikit berbanding dengan jika anak anda adalah machine yg perlu di tune up.

6. Pengaruh Tuition Dan Metodologi Sekolah Dalam Kejayaan.

Bagi saya dan isteri, alhamdulillah, utk kali ketiganya, kami dapat membuktikan, kejayaan yang berpatutan dapat dicapai tanpa tuition yang berselirat. Sistem sekolah yang baik dapat membantu anak2 untuk berjaya. Oleh itu amat penting sistem dan metodologi sekolah yang baik dalam menghadapi SPM. Bagi saya, adalah penting untuk ibubapa yakin kepada sistem sekolah anaknya. Sistem sekolah anak kami yang dinamakan sebagai PUI program ulangkaji intensif yg bermula pada bulan julai, merupakan metologi yang effektif. Metodologi ini yang diadaptasi dan diubahsuai dari sekolah MRSM, akan memudahkan anak anak untuk berjaya.

Dari pemerhatian saya dan dari maklumbalas anak saya, saya menjangkakan sistem itu akan memudahkan anak anak mendapat 3-5A, dan utk mencapai 6-7A pula, memerlukan usaha lebih sedikit dari anak2, dan untuk mencapai 8A keatas memerlukan gabungan solid elemen metodologi sekolah, usaha dan kepintaran anak.

Walaubagaimanapun sama ada perlu tuition atau tidak, itu tetap bergantung dengan keyakinan ibubapa terhadap kebolehan anak2. Sekolah anak saya ialah sek men islam alamin gombak yg merupakan salah satu dari gabungan sekolah2 MUSLEH iaitu gabungan hampir 50 buah sekolah satu Malaysia yang bernaung dibawah NGO Jamaah Islah Malaysia JIM. Sekolah2 dibawah gabungan ini, walaupun tidak mencapai standard sekolah berasrama penuh sepenuhnya, tetap dapat menghasilkan anak2 yg insyallah berjaya dunia dan akhirat.

Saya bukan menidakkan peranan tuition tetapi 'over tuition' akan menyebabkan kebolehan survival anak2 tidak digilap dgn baik. Walaubagaimanapun, saya tau ada ibubapa yg menghantar anak ke tuition kerana 'disitulah anaknya akan belajar'. Satu tindakan yg tepat tetapi mungkin merbahaya apabila anak ke IPT kerana anak tidak dilatih dan gagal mendisiplin dan mengawal diri utk memastikan ada masa main game, ada masa tengok tv dan ada masa belajar.

6A. Sistem Kelab Kelas.

Sistem sokongan kelab kelas (satu kelas-satu kelab) yang digunakan disekolah anak saya juga sangat effektif. Kelab kelas ini didokong oleh ibubapa yg committed yang merancang program2 tambahan spt motivasi untuk anak2. Terdapat ibu2 kelab kelas yg memantau program dan kebajikan anak2. Sokongan kelab kelas ini, saya percaya memberikan impak tinggi minima 20% dlm memastikan kejayaan anak2. Ibubapa lain pula perlu menyumbang beberapa ratus ringgit untuk memastikan kelab kelas ini mempunyai kewangan yang cukup untuk membuat program dengan selesa. Moga Allah balas dgn nikmat syurga kepada penggerak2 kelab kelas ini.

7. Isu usaha Last Minit.

SPM kali ini juga membuktikan bahawa kejayaan berdasarkan 'usaha tekun last minit' adalah terhad. Ini dapat saya perhatikan hasil yg didapati oleh anak saya yang berusaha tekun hanya dua bulan terakhir (well...boys always boys... ). Terdapat 3 elemen penting dlm setiap mata pelajaran iaitu Kefahaman, Menghafal dan Membuat Latihan atau Latihtubi. Satu satu matapelajaran akan didominasi oleh satu atau beberapa elemen tersebut. Contohnya, matematik memerlukan faham tetapi elemen latihtubi sbg elemen dominasi. Biologi pula didominasi elemen menghafal. Matapelajaran yang didominasi elemen Kefahaman memberi peluang yg besar untuk berjaya walaupun persediaan last minute dibuat. Tetapi matapelajaran yg di dominasi elemen Hafal atau Latihtubi, tetap memerlukan persediaan yang konsisten dan bukan last minute.

8. Perlukan straight A pada zaman ini?

Pada zaman saya, keputusan yang baik diperlukan kerana pada masa itu ia membolehkan pelajar pergi merantau keluar negeri. Pada masa ini, hanya pelajar 9A++ yg mempunyai peluang untuk pergi tetapi peluang nya tetap tipis. Bagi saya, keputusan SPM hari ini nilainya ialah adalah minima RM20ribu. Saya mengatakan kepada anak anak saya "apa yg penting ialah dapat masuk matrikulasi kementerian!" Kerana matrikulasi akan memberi satu lagi peluang untuk mendapat tempat yang baik di IPT dan matrikulasi kementerian akan menyelamatkan RM20ribu. Jika matrikulasi swasta, yuran minima adalah RM17ribu...(kalau tak silap..ada yg RM10ribu). Jika mereka yg tidak mendapat peluang matrikulasi kementerian, mereka boleh memilih foundation swasta atau program diploma yang lebih tinggi harganya.

Oleh itu, kpd ibubapa, jgn terkilan sgt jika anak tidak mendapat straight A kerana matrikulasi akan memberi peluang. Pada masa matrikulasi lah yang akan menunjukkan kebolehan anak2 kita kerana dimatrikulasi tiada tuition, tiada guru yang memegang tangan dan tiada ibubapa yg menyuapkan dan anak akan mula menunjukkan kematangan mereka untuk berdikari dan hidup sendiri.

Penutupnya, anak saya tidak mendapat 100% A, tapi ibunya merasakan 4-5A, ayahnya merasakan 7-8A, rupanya sianak mengharapkan 10A1B...keputusan beliau adalah ......

Straight A atau tidak, anak anak kita tetap berjaya mengharung SPM dan menjadi graduan SPM dan mudah2an anak2 kita akan menjadi insan sholeh wa Musleh. Mudah2an kita mendapat nikmat syurga didunia lagi dgn mempunyai anak2 yg menyejukkan mata dan tidak memeningkan kepala. Insyallah.

Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712