Sunday, February 12, 2012

Mai memilih menantu.

Tulisan ini saya tujukan kepada rakan satu batch yg mula memikirkan anak anak akan berkawin dan anak anak akan memilih pasangan.

Hari ini kita hidup dizaman dimana kuasa ayah utk menentukan siapa pilihan anak adalah begitu terhad. Zaman "kau kena kawin dgn sipolan" telah lama berlalu. Zaman ini adalah zaman anak memilih sendiri dan jika kiranya pada ibubapa pilihan itu kurang tepat maka boleh berlakulah ketegangan dgn sianak. Anak merasakan beliau tahu siapa yg mahu dipilih sebab beliaulah yg akan berkahwin. Bukan emak dan ayah yang mahu berkawin.

Dimasa yg sama emak dan ayah mengetahui bahawa hasil perkawinan cinta cintan pada hari ini telah menyebabkan begitu banyak perceraian perkahwinan dalam lingkungan 3-5 tahun. Begitu 'fragile'nya perkahwinan hari ini. Sebagai ibubapa maka akan wujud kebimbangan. Malah jika anak kita anak perempuan, kita memandang bertahun tahun kehadapan utk memastikan anak kita itu selamat dan berada dalam dakapan seorang lelaki yg beriman dan bertakwa. Maka bagaimana kita boleh memastikan anak kita memilih pasangan yg baik utk meminimakan keburukan dlm jangkamasa panjang.

Setting 'ground rules'.

Saya mengambil kaedah utk membincangkan memilih pasangan sebaik shj anak selepas SPM. Walaupun nampak mereka terlalu muda tetapi ia merupakan persediaan utk mereka melangkah keluar. Apabila mereka mula memasuki IPT maka mereka tidak lagi berada didepan mata. Mereka akan berjumpa ramai kenalan. Ada yg mereka suka dan akan ada yg menyukai mereka. Walaupun anak anak ini telah dilengkapkan dgn ilmu agama dan quran, hasil dari sekolah integrasi islam Alamin yang baik, tetapi environment boleh mengubah mereka.

Dengan didikan itu saya percaya, anak anak saya dan rakan2 mereka bukan dari jenis 'kepit-kepitan, senggol senggolan' dan juga mereka tidak perlu mengikut nasihat lagu 'Bila berpacaran'. Lagu bila berpacaran menghalalkan berkepitan yg mempunyai potensi utk membuakkan emosi muda.

Ground rules saya adalah mudah. "abah tak kisah sape yg dipilih, tapi yg mesti ialah dia mesti ikut usrah". Ground rules memberikan kebebasan memilih tetapi pemilihan mestilah berdasarkan prinsip yg ditentukan.

"Ikut Usrah"?. Ya..ikut usrah. Satu syarat yg amat pelik bagi setengah orang.

Perkahwinan adalah satu risiko yg amat tinggi. Ia adalah cantuman dari dua hati dari dua background yg susah utk diselidiki. So sistem usrah merupakan satu sistem pendidikan dan juga indirect screaning supaya yg masuk kedalam lingkungan keluarga ini adalah mereka yg telah dididik dan diasuh mengikut satu methodologi yg telah terbukti zaman berzaman.

Saya tidak mahu mengambil risiko 'lepas kawin baru nak didik' kerana bukan mudah utk mendidik seorang manusia yg telah dididik selama 18 tahun oleh sistem ibubapanya sendiri. Oleh itu usrah sedikit sebanyak akan membentuk anak ini. Jika anak itu jenis yg telah keras dan tidak boleh dibentuk, maka beliau akan terkeluar dari sistem tersebut kerana sistem usrah mempunyai metodologi dan disiplin diri yg tinggi. Ini bukan menidakan mereka yg tidak mahu memasuki sistem itu. Cuma utk masuk kedalam keluarga ku maka 'do it my way' spt kata frank sinatra.

Peranan MatchMaker " Baitul Muslim".

Saya bertuah kerana berada dalam organisasi pas dan ngo ikram. Dua organisasi ini adalah kukuh dan mempunyai disiplin displin tersendiri. Ia membentuk peribadi dan juga membentuk arah perjuangan yg jelas.

Dlm ngo ikram, terdapat satu badan yg merupakan matchmaker kepada mereka yg berminat utk menggunakan proses ini. Proses in dijalankan dgn teratur termasuk memohon petunjuk dari Allah dlm memadankan bakal2 pengantin. Saya telah menggunakan ini dgn dua keadaan.

Pertama dimana anak yg menyerahkan kpd baitul muslim secara keseluruhannnya. Dlm kes ini fasilitator menguruskan bakal2 pasangan dengan kaedah screaning, personaliti matching, istiharah, facilitate perjumpaan sehinggalah kedua teruna dan dara bersetuju bahawa mereka mahu bersama. Sembahyg isthiharah adalah instrumen penting dalam proses ini. Saya sebagai bapa, mengambil kesempatan utk melakukan screaning juga, cuma saya hanya melihat dari aspek kesihatan jangkapanjang shj. Keputusan akhir tetapi dilakukan oleh tuan badan.

Kedua. Kes kedua adalah dimana menangani bahawa " ooo .. dah ada org book anak aku". Kes ini perlu ditangani dengan baik utk memastikan anak tidak terluka hatinya. Apabila saya ketahui bahawa sudah ada org 'book' anak ini, maka kedua2nya diminta mengisi borang baitul muslim dan diserahkan kepada fasilitator baitul muslim. Mereka berdua perlu bertemu bual dgn fasilitator baitul muslim.

Selepas mendapat clearance dari fasilitator ini, maka pada masa yg ditentukan, saya pula menemubual sama ada org ini sesuai utk menjadi teman hidup jangka panjang anak saya. Dalam kaedah ini, walaupun saya membenarkan anak saya memilih pasangan tetapi bakal pasangan itu tetap perlu melepasi dua step iaitu screening dari fasilitator baitulmuslim dan juga temubual bersama saya. Fasilitator ini adalah org yg berpengalaman dan bertakwa maka proses dan methodologi malah gerak hati beliau amat diperlukan. Kaedah ini juga mungkin membenarkan kiasan org tua 'sekilas ikan diair, tau jantan betinannya'.

proses2 diatas hanya lah satu usaha utk meminimakan risiko jangkapanjang. Selepas berkahwin terpulanglah kepda keimanan dan takwa pasangan utk membina satu syurga didunia. Kita perlu ingat silap langkah,perkahwinan boleh menjadi neraka dunia, nauzubillah.

Oleh itu bagi mereka yang ingin membantu pemilihan pasangan anak, anda mungkin ingin mengambil kaedah ini.
Mungkin ada yg mengatakan prosesnya nampak cerewet, tetapi org putih ada berkata 'better safe than sorry".

Moga Allah kurniakan anak2 kita menjadi sholeh wa musleh, berjaya dunia akhirat dan membahagiakan kita dunia dan akhirat.

Wallahualam.