Tuesday, October 16, 2007

Rancang Hidup & 10mlm Akhir Ramadhan: DOA

mungkin agak terlambat utk cuba melaksanakan apa yg akan saya katakan ni coz ramadhan telah penghujung. tapi ada rezki, kita akan jumpa ramadhan lagi.., so kalau ingat, bolehlah buat pd ramadhan akan datang.

beberapa pemerhatian ini berdasarkan perkara berikut..
rasullullah bangun
beliau membangunkan
beliau iktikaf
10 akhir ramadhan utk menyelamatkan dari api neraka.
betis rasullullah bengkak berdiri

Rasullullah berittikaf di masjid..
Dalam hal ini beliau bukan saja nak menunjukkan pentingnya berittikaf di masjid kerana pahala yg besar diakhir ramadhan. tetapi beliau juga menunjukkan bahawa adalah amat susah untuk kita bangun mengamalkan qiamulail pada sepuluh akhir ramadhan jika kita duduk dirumah.

bayangkan jika kita dirumah, ada tilam, ada selimut, ada isteri dan mungkin ada aircond. Jam loceng tepi telinga pun susah utk menggegarkan gegendang telinga.

Tambah pulak yg berjimak pada malam tu.. bayangkan nak bangun 3 atau 4 pagi, dan nak mandi wajib. waduhhh pakkk...

tetapi kalau nak jugak duduk dirumah, mungkin kena ingat petua2 yg telah saya tuliskan di awal 20 ramadhan. antaranya, tidur bukan atas katil, tidur bukan dalam bilik, tidur diruang tamu, dgn lampu terbuka kerana utk mewujudkan kurangnya terlalu selesa. kalau terlalu selesa, bagi salam aje laaa.. ohh jgn lupa seru roh kita utk balik segera pada malam tuu..

Rasullullah membangunkan keluarganya. .
Apabila kita membaca ini, apa yg terpandang dan kita lakukan ialah kita mengejutkan anak dan isteri kita. Rasanya kita perlu expand circle tersebut kepada keluarga terdekat kita seperti adik beradik dan anak anak saudara kita. Ini adalah circle of influence yg kuat utk kita. Caranya mudah sahaja, hantarkan sms dahulu then jam 430pagi, buat lah missed call utk beberapa dering.. kita mesti ingat utk tlg menolong antara satu sama lain. utk mereka tak perlu tiap malam, cukup utk malam2 ganjil kecualilah memang kita ketahui mereka memang telah practioner utk 10 akhir ramadhan

Menyelamatkan parents dari apineraka..
10 akhir ramadhan adalah utk menyelamatkan dari api neraka..Sekiranya ibubapa kita telah tiada maupun hidup, inilah masa utk berdoa agar mereka dilepaskan azab kubur dan azab api neraka dgn bersungguh sungguh. Kita bukan nak makan sorang. Kita juga nak pastikan ibubapa, keluarga kita dan anak isteri kita diselamatkan dari api neraka.

Peranan isteri..
Isteri isteri perlu sedar bahawa 10 akhir ramadan ini amat penting dlm aspek membuat doa doa kehidupan. Oleh itu jika isteri isteri bangun utk sahur preparation, maka amatlah elok utk mengambil kesempatan utk sembahyang tahajjud paling kurang 2 rakaat.
Tetapi yg paling penting ialah, utk membangunkan dan memaksa bangun para suami utk semb paling minima 2 rakaat. cubit cubitlah peha suami dlm menyuruh bangun. tapi jgn pulak dipeluk bila suami nak bangun..

Ianya adalah PAKSA DIRI/PAKSA RELA.
Memang benar bangun di10 akhir ramadhan ini adalah satu usaha sukarela. Tetapi dari pemerhatian saya, kalau setakat sukarela, ianya tidak akan menjadi coz ianya bukan satu aktiviti yg mudah. Ia memerlukan satu usaha memaksa diri utk bangun dan berdiri ditengah tengah malam setelah hanya tidur utk dlm 3 jam kerana masa yg paling syok utk berdiri adalah antara 3 hingga 430pg.

Doa doa kehidupan..
tidak dapat dinafikan 10 akhir ramadhan adalah antara malam2 yg amat penting didalam perancangan hidup kita kerana pada malam ini insyallah tinggi percentage utk makbulnya..

Betis Rasullullah bengkak berdiri
Salah satu nikmat yg kita perlu cuba utk merasa ialah cuba merasa nikmat yg dirasai oleh rasullullah bila beliau berdiri begitu lama didalam sembahyang dengan membaca ayat ayat panjang. Kita boleh melakukanya dgn memegang quran kecil semasa sembahyang tahajjud tersebut. Bacalah ayat ayat yg mudah atau yg kita biasa. Surah albaqarah adalah antara yg mudah. Ada nikmatnya jika kita berjaya membacanya. Dalam kita membaca secara relax, tidak cepat, cool, slow & steady, insyallah kita akan dapat menghabiskan satu juz dlm sembahyang satu salam, selama 60 minit.

mudah mudahan kita jumpa lagi ramadhan

mohon fwd ke kawan2...utk berkongsi..
sorry for the title..provokatif sikit ehh..:)
Disclaimer.. Sekadar menyampaikan kerana saya juga dlm proses mencuba...