Monday, September 14, 2009

Catatan Ramadhan 3: Dapat 3 juzuk di hari minggu?

salam,

Catatan saya yg lalu mengatakan bahawa untuk melakukan sesuatu yang extra pada bulan ramadhan ia memerlukan kepada satu tekad dan keazaman yang tinggi. Keazaman yang tinggi itu diperlukan untuk mengatasi rasa malas atau rasa keletihan.
Keazaman yang tinggi itu juga akan membuatkan diri terasa kuat atau buat buat kuat walaupun nafsu mengatakan malas.

Hari hari cuti pula adalah amat penting dalam bulan ramadhan. Ianya merupakan hari yang memberi peluang utk keluarga membeli barangan persediaan untuk hari raya. Ia juga merupakan hari yang sedap untuk tidur lebih pada bulan ramadhan. Bagi mereka yang telah menanam azam utk melakukan extra pada bulan ramadhan, hari cuti juga merupakan hari dimana pembacaan quran akan dilebihkan. Jika pada hari bekerja, kita terkejar kejar atau tercuri curi untuk membaca quran tetapi pada hari cuti jika kita pandai mengatur masa maka quran itu dapat dibaca pada masa yang baik. Ini bermakna jika keluarga mahu membeli belah, pembacaan quran dapat kita rancangkan juga.

Mengambil peluang untuk membaca quran dengan lebih pada masa cuti adalah penting dalam memastikan untuk kita mencapai target kita dalam menghabiskan quran. Kalau pun target kita hanya separuh quran tetapi dengan penggunaan hari cuti utk membaca quran, kita mungkin akan mencapai lebih dari separuh quran.

Persoalannya, pada cuti hujung minggu yang lalu, dapatkah anda menghabiskan paling kurang 3 juzuk alquran? Jika tidak, maka anda mungkin mahu melihat kembali fokus anda terhadap ramadhan ini. Jika fokus anda hanyalah sekadar berpuasa siang hari dan pergi terawih yang kadang2 missed, maka mungkin itu tidak mengapa. Tetapi jika target ramadhan anda lebih tinggi dari itu, maka ana mungkin mahu melihat kembali rancangan pembacaan quran anda.

DAN jika anda adalah dari golongan yang dikatakan sebagai aktivis islam atau yang mahu dan memperjuangkan penegakkan syariah, maka adalah malang jika anda gagal menghabiskan minima 3 juzuk semasa cuti 3 hari yang lalu. Standard yang tinggi perlu diletakkan kepada mereka yang mahu memperjuangkan penegakkan syariah dibumi malaysia.

Saya mengingatkan diri saya sambil berkongsi idea ini dengan anda jika anda juga berminat untuk mengingatkan diri anda.

Mencari Lailatulqadr: Kurangkan keselesaan tidur.

salam,

dalam coretan yg lalu saya ada mengatakan bahawa faktor keazaman tinggi adalah amat penting dalam mendirikan malam malam ramadhan. Faktor keazaman tinggi ini akan tambah tercabar jika kita berhajat untuk mengejar dan mencari lailatulqadr (LLQ). Mengejar lailatulqadr ini tidak akan berlaku dan dilakukan oleh mereka yg bersikap 'tak apa' atau bersikap 'tidak ambil kisah'. Hanya mereka yang nampak kepentingan LLQ untuk akhirat malah untuk dunia sahaja akan menanam azam yang tinggi dan juga menyediakan persediaan mental utk bangun berdiri ditengah tengah malam sejuk.

Satu aspek yg Rasullullah tekankan dlm mencari LLQ adalah, beliau berittikaf dimasjid. Sekali pandang ittikaf ini bagaikan tiada apa apa makna atau ianya sekadar utk mendapat pahala berada dalam masjid. Tetapi bagi mereka yg serius mahu mencari LLQ, ittikaf adalah satu faktor yang amat penting.

Kenapa? KERANA ITTIKAF AKAN MEMUDAHKAN ANDA UTK BANGUN JAM 3-4PAGI!.

Apabila anda berittikaf, anda akan berada dalam keadaan tidur yg kurang selesa. Anda tidur diatas carpet keras. Mungkin tidur diatas simen beralaskan sajdah. Mungkin tidur dengan ada lampu lampu yg terbuka. Mungkin tidur dicelah celah bunyi orang membaca quran. Dimasa sedang sedap tidur, anda mendengar org berjalan kesana kemari yg menandakan waktu qiam telah bermula. Sedang sedap tidur tiba tiba imam telah memulakan zikir.

Segala keselesaan diatas insyallah akan memastikan anda akan bangun beribadah ditengah tengah malam sejuk tersebut. Saudara saudari sekelian, jangkamasa kita beribadah sebenarnya terlalu singkat iaitu 1-2 jam shj iaitu antara 3-5.30pagi.

Ini berbeza dengan apabila tidur dirumah. Tidur dirumah dengan katil yang empuk, mungkin dengan aircond yg menggigilkan diri, ditambah lagi dengan pelukan isteri yang memanaskan akan menjadikan usaha untuk bangun malam itu adalah sukar. Bagi saya orang yg boleh bangun utk qiam semasa tidur dirumah perlu diberi tabik spring 3kali kerana kekuatan mereka utk bangun. Benar , mereka kuat tetapi alangkah baik org yg kuat ini berittikaf dimasjid.

Pengalaman saya utk bangun malam jika berada dirumah ialah saya perlu tidur diatas lantai dgn beralaskan tikar serawak dengan lampu terbuka utk memudahkan tersedar apabila loceng jam berbunyi. Jika tidur dikatil empuk, peratus utk gagal adalah tinggi. (Sebenarnya hanya golongan warga emas yg mudah bangun ditengah tengah malam kerana ramai dari mereka menghadapi keadaan susah tidur, tapi rata2 saya rasa pembaca adalah org muda)

Mencari LLQ adalah amat penting dalam membina kehidupan kita di dunia ini. Saya telah menulis perkara ini beberapa kali. LLQ bukan sahaja boleh menyelamatkan kita dari api neraka tetapi ianya juga boleh membawa kejayaan dalam kehidupan didunia.

Jika anda percaya akan konsep ini, maka halau halaulah suami anda ke masjid pada malam malam ganjil. Minta mereka keluar rumah jam 11 malam (hahaa..kalau berani laaa ) Jika anda seorang lelaki, inilah masanya utk menunjukkan macho anda sebagai lelaki kerana mempunyai kekuatan utk bangun malam.

Selamat mencari lailatulqadr.

Tuesday, September 01, 2009

catatan ramadhan 2: Keazaman amat diperlukan.

ramai dari kita selalu mendengar akan ceramah dan kata kata para penceramah bahawa kita perlu buat itu dan ini pada masa bulan ramadhan. Dari tahun ketahun, itulah yg kita dengar. Itu pun jika kita mahu mendengarnya. Jika kita memekakkan telinga maka kita tidak akan mendengarnya.

Selepas mendengar, ada proses kedua iaitu meningkatkan diri kita kepada peringkat satu level diatas level mndengar. Mahukah kita memasang niat utk melakukannya. Niat setiap perbuatan adalah kerana Allah. Tetapi niat yang saya maksudkan adalah sama ada kita memasang niat utk melakukannya. Jika kita tidak memasang niat utk melakukannya maka peringkat diri kita tersadai diperingkat sekadar mendengar. Org kata, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Cuma saya tidak pasti ada organ direct dari telinga kanan ke telinga kira. Saya rasa ianya masuk dari dua dua teliga lepas tu ianya tersekat ditengah tengah dan ianya tidak masuk kekepala.

Niat utk melakukannya adalah peringkat kedua.

Peringkat ke3 adalah memasang azam yang kuat, kukuh dan kental. Bukan mudah utk melakukan sesuatu yang extra di bulan ramadhan ini. Majoriti muslim tersadai diperingkat puasa disiang hari, dgn menjaga sholat dan berterawih pada minggu pertama ramadhan sahaja. Majoriti itu bukan sedikit. Saya yakin ianya mencapai 70-80% org islam. Mungkin benarlah pareto law yang berdasarkan 80/20 atau 20/80 tersebut.

Tanpa azam kita akan gagal dalam bulan ramadhan. Tanpa azam kita akan kecundang ditengah lautan keletihan dlm bulan ramadhan. Tanpa azam kita just like everbody else. Maka puasa kita tidak lebih baik dari puasa puasa sebelum ini. Kita bukan dari jenis allahyarham Asri Rabbani dimana selepas kematian beliau suara lunaknya terus berkumandang menyeru kita membuat kebaikan. Indahnya menjadi Asri Rabbani.

Kalau ada pun kita hanya mempunyai sedikit amal jariah sana sini. Anak anak yg kita didik pun belum tahu kesholehannya. Apalagi jika anak yg ada pada hari ini dari jenis bertudung tapi berseluar& bertshirt ketat atau dari jenis lelaki seluar pendek dan perokok tegar. Entah entah anak kita tidak tahu melakukan sholat jenazah utk kita.

Maka kita perlu survive dgn usaha kita sendiri. Ini lah ramadhan yang Allah beri utk kita survive dgn usaha sendiri. Tetapi untuk berjaya dlm meredah lautan ramadhan ini, kita perlu kepada azam yang tinggi. Kita perlu kepada kekentalan azam yang tinggi. Kita perlu kepada kedegilan diri utk cuba dan terus mencuba melakukan perkara extra dlm bulan ramadhan ini.

Be realistic. Ada kala kita akan gagal kerana keletihan. Ada kala kita gagal kerana kemalasan. Ada kala kita gagal kerana kesibukan. Tapi setelah gagal beberapa hari, kita perlu mengkukuhkan azam kita semula utk bangun kembali melakukan perkara extra dalam ramadhan ini.

Kita perlu sikap degil utk bangun semula dlm kegagalan beberapa hari dlm mgharungi lautan ramadhan ini. Jika kita tidak ada sikap degil untuk berjaya itu, maka kita akan hanyut dari hari kehari dan tiba tiba yg kita dengar adalah hanya lagu raya. Kita akan miss the action dalam meniti jambatan ramadhan.

Bagi kita yg telah melepasi zaman anak anak ini, kita akan mungkin merasakan aidilfitri itu hambar. Tetapi percayalah, jika kita dapat melakukan dgn sebaik mungkin pada hari hari ramadhan ini, aidilfitri ini ada kemanisan tersendiri untuk kita. Kepuasan akan dapat kita rasakan apabila kita bertakbir aidilfitri nanti.

Mari maniskan aidilfitri kali ini dgn melakukan perkara extra pada ramadhan kali ini. Anak anak merasa manis aidilfitri kerana baju baru dan duit raya mereka. Kita yang telah dewasa, merasa manis aidilfitri kerana kepuasan dan kesyukuran dapat melakukan perkara extra pada hari hari ramadhan.

Jika minggu pertama ramadhan ini, kita tidak berbuat sebaik mungkin, kita ada masa lagi untuk membetulkan niat, meletakkan azam dan memberi kekentalan kepada azam tersebut.

Pada hari hari ramadhan ini, sekadar niat kita tidak kemana. Kita perlu meletakkan azam yang tinggi dengan penuh kekentalan dan bangun semula utk membetulkan keadaan jika kita terleka dan terlalai.

Come on kawan kawan sekelian,
lets do it dan just do it dengan keazaman yang kental.
Mari menjadi golongan 20% dan bukan 80%.

coretan ramadhan 1: Hari ke 7, bagaimana prestasi kita?

Begitu cepat masa berlalu sehingga kita telah memasuki hari ke7 ramadhan.

Bagi saya, telah saya jangkakan bahawa ramadhan kali ini akan berlalu cepat. Perasaan begitu kerana kesibukan dan tekanan kerja. Mungkin semua org tertekan dgn kerja tetapi bila kerja berasaskan projek dan deliverables, tekanan kerja paling tidak 2 kali ganda dari biasa. Beruntunglah bagi mereka yang bekerja yg tidak berasaskan projek, deliverables, time-based dan melayan kerenah setengah client yg lupa diri.

Tapi ramadhan tetap perlu dijalani dgn baik. Jalan mudah ramadhan ialah dengan melakukan seperti majoriti muslim iaitu jaga sembahyang dan jaga puasa disiang hari dan ianya habis disitu. Tapi saya percaya ramai dari kita yg tidak mahu membuat setakat itu. Dalam alam pekerjaaan, kita tidak mahu di katakan sebagai mempunyai prestasi memenuhi keperluan. Kerana memenuhi keperluan bermakna bonus kita adalah rendah dan silap silap tiada bonus. Memenuhi keperluan bermakna kita sekadar cukup makan.

Ada beberapa perkara mudah yang perlu kita cuba terutama jika kita seorang lelaki. Ianya tidak mudah tetapi ianya tetap perlu dilakukan. Perkara perkara tersebut adalah:-

1. Sembahyang terawih, sebaiknya berjamaah dan paling tidak buat sendiri dirumah. Hari ke 7 kita telah mula melihat 75% jamaah terawih malam pertama telah hilang. Adakah kita sebahagian dari 75% tersebut.

2. Membaca satu juzuk quran sehari. Bagaimana prestasi anda. Bukan mudah utk melakukannya kerana satu juzuk memerlukan lebih kurang 60-90 minit. Terdapat purata 20 mukasurat utk satujuzuk maka 20x5minit adalah 100 minit. Kita perlu membahagi masa tersebut dgn teratur atau kita perlu pandai mencuri masa ditengah keletihan untuk membaca tersebut. Setakat ini, kita sepatutnya sudah habis 6 juzuk. Jika belum, jadikan sabtu ahad ini utk cover antara 4 hingga 7 juzuk.

Kenapa tidak, ditengah tengah kesibukan isteri anda menyediakan berbuka puasa, anda duduk dimeja makan untuk membaca alquran. Alangkah indah dan tenteramnya hati isteri mendengar anda membaca quran.

3. Bersembahyang tahajud minima 2 rakaat sebelum bersahur. Sembahyang tahajud ini perlu dibuat sebagai ringan ringan sebelum kita sampai ke climax mengejar lailatulqadar. Jika kita tidak mula dgn ringan ringan ini, kita takut badan tidak warm up untuk peak pada 10 malam terakhir.

4. Bersembahyang Dhuha. Sembahyang ini perlu kita lakukan kerana ia adalah antara sunnah rasullulah yang nyata. Ianya amat ringkas dan mudah. Ia juga penting utk melancarkan rezeki kita, Insyallah.

Pada hari ke 7 ini, kita perlu melihat kembali prestasi kita. Kerana kalau prestasi kita lemah, kita masih ada masa utk recover. Jangan terlalu cepat menyanyikan lagu raya seperti yang saya dengar nyanyian seorg staff di sebuah pejabat agensi kerajaan pada pagi semalam.

Malang jika kita seorang lelaki tidak mencuba melakukan yg terbaik utk perkara diatas. Malang jika suami anda tidak melakukan perkara diatas. Jika anda seorang perempuan, cabaran utk melakukan diatas lagi besar tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan mencuba.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dgn kalian.