Tuesday, September 01, 2009

coretan ramadhan 1: Hari ke 7, bagaimana prestasi kita?

Begitu cepat masa berlalu sehingga kita telah memasuki hari ke7 ramadhan.

Bagi saya, telah saya jangkakan bahawa ramadhan kali ini akan berlalu cepat. Perasaan begitu kerana kesibukan dan tekanan kerja. Mungkin semua org tertekan dgn kerja tetapi bila kerja berasaskan projek dan deliverables, tekanan kerja paling tidak 2 kali ganda dari biasa. Beruntunglah bagi mereka yang bekerja yg tidak berasaskan projek, deliverables, time-based dan melayan kerenah setengah client yg lupa diri.

Tapi ramadhan tetap perlu dijalani dgn baik. Jalan mudah ramadhan ialah dengan melakukan seperti majoriti muslim iaitu jaga sembahyang dan jaga puasa disiang hari dan ianya habis disitu. Tapi saya percaya ramai dari kita yg tidak mahu membuat setakat itu. Dalam alam pekerjaaan, kita tidak mahu di katakan sebagai mempunyai prestasi memenuhi keperluan. Kerana memenuhi keperluan bermakna bonus kita adalah rendah dan silap silap tiada bonus. Memenuhi keperluan bermakna kita sekadar cukup makan.

Ada beberapa perkara mudah yang perlu kita cuba terutama jika kita seorang lelaki. Ianya tidak mudah tetapi ianya tetap perlu dilakukan. Perkara perkara tersebut adalah:-

1. Sembahyang terawih, sebaiknya berjamaah dan paling tidak buat sendiri dirumah. Hari ke 7 kita telah mula melihat 75% jamaah terawih malam pertama telah hilang. Adakah kita sebahagian dari 75% tersebut.

2. Membaca satu juzuk quran sehari. Bagaimana prestasi anda. Bukan mudah utk melakukannya kerana satu juzuk memerlukan lebih kurang 60-90 minit. Terdapat purata 20 mukasurat utk satujuzuk maka 20x5minit adalah 100 minit. Kita perlu membahagi masa tersebut dgn teratur atau kita perlu pandai mencuri masa ditengah keletihan untuk membaca tersebut. Setakat ini, kita sepatutnya sudah habis 6 juzuk. Jika belum, jadikan sabtu ahad ini utk cover antara 4 hingga 7 juzuk.

Kenapa tidak, ditengah tengah kesibukan isteri anda menyediakan berbuka puasa, anda duduk dimeja makan untuk membaca alquran. Alangkah indah dan tenteramnya hati isteri mendengar anda membaca quran.

3. Bersembahyang tahajud minima 2 rakaat sebelum bersahur. Sembahyang tahajud ini perlu dibuat sebagai ringan ringan sebelum kita sampai ke climax mengejar lailatulqadar. Jika kita tidak mula dgn ringan ringan ini, kita takut badan tidak warm up untuk peak pada 10 malam terakhir.

4. Bersembahyang Dhuha. Sembahyang ini perlu kita lakukan kerana ia adalah antara sunnah rasullulah yang nyata. Ianya amat ringkas dan mudah. Ia juga penting utk melancarkan rezeki kita, Insyallah.

Pada hari ke 7 ini, kita perlu melihat kembali prestasi kita. Kerana kalau prestasi kita lemah, kita masih ada masa utk recover. Jangan terlalu cepat menyanyikan lagu raya seperti yang saya dengar nyanyian seorg staff di sebuah pejabat agensi kerajaan pada pagi semalam.

Malang jika kita seorang lelaki tidak mencuba melakukan yg terbaik utk perkara diatas. Malang jika suami anda tidak melakukan perkara diatas. Jika anda seorang perempuan, cabaran utk melakukan diatas lagi besar tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan mencuba.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dgn kalian.

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.