Thursday, May 06, 2010

Perlukah pukul anak perempuan?

Antara tugas suami yang baik adalah mendengar celoteh isteri dimeja makan. Tugas pasang telinga, angguk angguk dan sengeh2 adalah antara tugas yg saya lakukan hampir setiap hari. (mmm...ngaku baik laa nii..ha2)

Semalam isteri menceritakan kisah seorg anak murid perempuan yg apabila di minta supaya sayang ibunya dan mendoakan ibubapanya , dia bertanya "boleh tak kita sayang je...tapi tak doakan" ... Soalan itu mudah tetapi berdasarkan rentetan peristiwa yang berlaku, seorang guru yg baik akan dapat menyelami atau cuba menyelami apa yg berlaku disebalik soalan itu.

RUPANYA..anak perempuan itu dipukul teruk oleh bapanya. Dari situ timbul geram, timbul dendam dan timbul tidak mahu merapatkan diri pada ibubapanya.

Persoalannya perlukah kita memukul anak perempuan kita?

Isu memukul anak ini memang ada didebatkan. Ada setengah org yg memegang pendapat bahawa tidak perlu menyebat anak. Saya tidak mahu membincangkan perkara tersebut.

Dengan andaian ada bapa yg memang menyebat anaknya, persoalan yg ingin saya timbulkan ialah perlu kah disebat anak perempuan.

Anak perempuan dgn fitrah lembutnya tidak perlu di spoil dgn sebatan kuat dari bapa yg sedang marah. INI yg bapa bapa muda kena sedar. Kalau bapa yg dah 40s tak sedar, malanglah anak2 kalian sebab selepas 40an sepatutnya dah kurang byk/sikit ganasnya.

Mungkin tak larat saya nak tulis panjang tapi persoalannya, kalau pun marah jgn pula dirosakkan fitrah anak perempuan itu kerana sebatan yg merosakkan. Ia tambah buruk jika dibuat selalu.

Sememangnya kita mengatakan tiap ibubapa ada cara dan tahu mengajar anak2 mereka tetapi.... ada yg rasa tahu tapi sebenarnya tidak pernah belajar utk tahu..cuma rasa mcm dirinya tahu....

Untuk bapa, ingat ingatlah sedikit jika mahu menyebat anak.
Untuk ibu, ingatkan suaminya bahawa tak perlu disebat anak perempuan anda.