Saturday, June 20, 2009

Perkongsian Rancang Wang 20an

Alhamdulillah pada petang sabtu Jun 20, 2009, saya telah diberi peluang untuk memberi perkongsian mengenai Rancang Wang kepada hampir 100 org graduan muda. Perkongsian ini adalah mengenai Rancang Wang 20an: Konsep dan Isu.

Antara topik yang disentuh ialah

Konsep & Model Kehidupan
Islam & Rezeki
Nafsu Yang Melemaskan
Model Pusingan Rezeki
Selayang Pandang Rancang Wang
Membina Gol Kewangan
Mari Hidup Sederhana
Membina Bajet
Isu & Tip Rancang Wang 20an
Pengurusan Hutang
Wanita & Harta
Susahnya Kita Nak Kaya.

Penyampaian solid 2 1/2jam mudah2an akan memberi manfaat kepada generasi baru.

Saya bersedia utk memberi penyampaian, terutama kepada generasi muda, kepada sape2 atau badan badan yang berminat dengan percuma dimana mana, Insyallah. Buat masa ini, pada hari sabtu & ahad, dan mungkin malam sahaja kerana komitmen kerja. Pada masa lain, ianya bergantung.

Btway, bagi sape yg merasakan bagi free bermakna kurang nilainya, maka ingin saya ingin letakkan kadar RM500 + misc RM200, utk sessi 4jam, atau RM750+200 utk satu hari. he3 ...

Utk program satu hari, penambahan tajuk Amanah Saham, Hartanah & Perlindungan boleh ditambah. Memang telah ada pelawaan utk membuat penyampaian berbentuk bengkel, cuma saya perlu sedikit masa utk menyediakan material. Akan saya Usahakan.

Semoga Bermanfaat.