Thursday, October 23, 2008

Kewajiban terhadap harta bukan sekadar berzakat

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Thu | Oct 23, 08 | 5:01:00 pm MYT

Apakah hikmat Allah SWT jadikan zakat sebagai satu daripada Rukun Islam di samping rukun yang lain. Satu daripada sebabnya menggesa manusia supaya faham, jika manusia menyayangi Allah SWT mereka mesti rela hati mengeluarkan sebahagian hartanya sebagai zakat.



Dengan meletakan hanya Allah yang Esa dalam hati, jadi tanda rasa kasih sayangnya yang mendalam. Kebetulan perkara yang disayangi manusia itu banyak, selain menyayangi Tuhan juga menyayangi keluarga dan harta kekayaan.


Oleh kerana Tuhan tahu manusia juga menyayangi harta, justeru manusia diuji dengan perintah mengeluarkan zakat.

Sekiranya manusia melaksanakan suruhan berzakat, bagi menguji kesayangan terhadap harta tidak mengatasi sayangnya kepada Allah SWT. Pada hal Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (Surah At-Taubah sebahagian ayat 111)


Dengan ayat itu Allah SWT pujuk manusia atas nama jual beli. Untuk beritahu bahawa harta yang dikeluarkan atas nama zakat, atau untuk pengorbanan agama-Nya tidak sia-sia. Hakikatnya ia akan digantikan dengan syurga lebih bernilai dan kekal.


Apabila diteliti, manusia yang faham terbahagi kepada tiga golongan. Sebahagian mereka yang setia dengan tauhid, bukan saja mengucap dua kalimah syahadah, bahkan memahami maksudnya, serta melaksanakan tuntutannya dari segi diri dan hartanya.


Orang yang setia itu sanggup berhabisan hartanya untuk Allah SWT, hingga tidak disedari hartanya yang dikeluarkan sama ada dinar (wang emas) atau dirham (wang perak). Sebagaimana dilakukan oleh Abu Bakar As-Shiddik, menyerahkan seluruh hartanya kepada Rasulullah s.a.w. untuk tujuan jihad menegak dan pertahankan agama Allah SWT.


Kisah masyhur ini terjadi apabila Nabi s.a.w. memberitahu para sahabat tentang jihad melawan musuh Islam, dari angkatan tentera Rom yang sedang berhimpun di Tabuk, suatu medan di pesisir pantai Teluk 'Aqobah.

Musuh siap sedia hendak menyerang Madinah dengan tujuan menghapuskan kerajaan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w.


Nabi s.a.w. kerahkan seluruh para sahabat agar bertindak mendahului ketibaan tentera musuh. Ketika itu khazanah negara hanya terdapat pada saku jubah para sahabat yang dermawan.


Antara dermawan terbilang adalah Abu Bakar r.a., yang menyahut seruan jihad dengan menyerahkan seluruh harta miliknya kepada Rasulullah s.a.w.

Para dermawan lain yang kurang sedikit daripada kesetiaan tauhid yang dimiliki Abu Bakar, ialah golongan yang mendermakan sebahagian daripada harta miliknya dan menyimpan sebahagiannya.


Mereka menyimpan sebahagian harta untuk persediaan ketika diperlukan, sama ada untuk keluarga atau peluang berkhairat yang lain, iaitu untuk melakukan kebajikan apabila timbul masalah, seperti membantu pihak perlukan pertolongan secara spontan.


Golongan alim ulama peringkat tabi'ein seperti An-Nakha'ei, Asy-Sya'bi, 'Ato dan Mujahid berpendapat bahawa kewajiban terhadap harta tidak memadai sekadar mengeluarkan zakat.


Bahkan ada kewajiban yang lain seperti menderma dan memberi bantuan jiran dan orang yang memerlukan.


Asy-Sya'bi mengukuhkan hujah dalil bahawa kewajiban terhadap harta melebihi sekadar zakat, ialah dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "...Dan memberikan yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) , dan orang yang meminta-minta; dan merdekakakan hamba sahaya ..." (Surah Al-Baqarah sebahagian ayat 177)


Separuh daripada sifat orang beriman yang baik ialah selain dari mengeluarkan zakat, dia juga mengorbankan harta yang disayangi kepada golongan yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 177 tersebut.


Agama ajar cara kehidupan Islam ialah; setiap orang bertanggungjawab ke atas diri dan keluarga juga untuk perhati jiran sekeliling.


Bantuan wajib diberi jika ada jiran yang memerlukan keperluan harian. Jiran juga mempunyai kewajiban sebaliknya.


Tidak pelik dalam masyarakat Islam jika seseorang mengadu kepada jirannya, tentang kekurangan sesuatu pada diri yang memerlukan bantuan.

Jangan tidak ambil peduli apabila mendengar tentang kesusahan orang. Elakkan sifat meminta sebagai peminta sedekah, perbuatan itu mengaibkan diri dan masyarakat. Sekadar menyatakn kekurangan sesuatu keperluan itu tidak mengapa meskipun tidak digalakkan.


Kewajiban jiran ialah tingkatkan rasa kepedulian untuk hulurkan pertolongan.

Berdasarkan beberapa ayat yang dinyatakan itu boleh diambil hukum iaitu; kewajiban ke atas golongan berada terhadap yang tidak berada menunaikan hajatnya selain daripada memberi zakat.


Menderma dan membantu pihak yang memerlukan tanda keunggulan budi serta kemanusiaan yang luhur.


Golongan yang ketiga ialah mereka yang hanya mengeluarkan zakat wajib saja, sejak permulaan hingga akhir tahun. Hanya zakat itulah agenda hartanya.


Tanpa memberi bantuan kepada jiran atau yang memerlukan, golongan ini adalah puak yang rendah sekali budinya dalam masyarakat Islam. - lanh _ harakah

Tuesday, October 14, 2008

Mencuba Untuk Masuk Tv3

Hari ini saya mencuba utk masuk TV3 dalam program Wanita Hari Ini. Berikut surat saya kepada mereka. Tapi yg kelakar nya, saya menggunakan perkataan 'berhasrat'..hah kureng betul...lack of diplomacy dipihak saya. Well, ada rezeki dapat, tak ada rezeki akan cuba lagi.

>>>
Penerbit,
Wanita Hari Ini, TV3.

Cadangan Sembang Sembang Buku.


Saya haron@hamdy berhasrat untuk menyumbang kedalam rancangan Wanita Hari Ini dengan mengutarakan dua buku terbitan saya sendiri @self-published, pada tahun ini, yang bertajuk Rancang Hidup Rancang Wang Dan Miang2Lelaki: Sepatutnya Berisi. Buku RHRW telah pun dijual sebanyak 2000.

Isi kandungan buku ini amat relevan kepada wanita hari ini.

Dalam buku Rancang Hidup Rancang Wang terdapat bab rancang wang yang yang berkaitan dengan wanita, yang menarik untuk disentuh dan juga bab pendidikan anak anak yang ditulis berdasarkan pengalaman dan praktikaliti.

Dalam buku Miang2Lelaki, tajuknya mungkin agak provokatif tetapi isi kandungannya relevan terutama dalam menggalakkan para suami membelai dan romantik kepada isteri dalam bab miang pada isteri. Ianya juga mengunjurkan suami supaya bertanggungjawab. Buku ini amat sesuai untuk dihadiahkan oleh wanita kepada suami mereka.

Saya juga pada masa ini sedang menulis satu buku bertajuk “Selembut Wanita-Biarlah Bersedia” yang mudah mudahan akan siap pada hujung tahun ini, insyallah.

Saya sertakan dua buku saya untuk pertimbangan penerbit.

Bersama Sama Membina Masyarakat.

Sekian Terima Kasih

Friday, October 10, 2008

Membuka Kedai Runcit: Sekadar Cadangan.

Soalan:
Saya sekarang bekerja sbg pemb tadbir. buat masa ni mcm yg kita tau eknomi agak tak stabil. maka saya membuat keputusan untuk buka satu kedai runcit sbg part time. mungkin en hamdy boleh bg tips untuk sy. tq.

Jawapan:
alahai sape laa saya nak bagi nasihat kedai runcit nii...tapi masa arwah ayah dulu adalaa buka kedai runcit masa form3-5.

cadangan saya.

jaga cashflow, asingkan duit kedai dan duit belanja. kena berkira. Pemurah tempat lain tak apa tapi masa jaga biznes kena berkira. Ada tempat kita pemurah, ada tempat kita berkira.

jgn percaya sgt pekerja ie coz sepupu saya pernah ditipu oleh pekerja sehingga dia kena jual kedai tu kpd pekerja tersebut di kg majidi johor

kalau mula bagi org hutang, sure kedai lambat laun akan lingkup.

pastikan jaga sembahyang maghrib kerana pengalaman saya, masa maghrib laa ramai org datang, tapi tu masa kat kampong, kat bandar tak tau.

byk sembh dhuha utk pembuka rezeki, dan baca surah al waqiah

jgn terlibat dgn pawang pawang pelaris tapi pagar kedai dengan menggunakan ustaz2 baik.

baca quran banyak2 so mudah2an kalau ada org yg menghantar yg bukan bukan, dia akan panas dan juga menjadi pendinding saudara dan keluarga..tau lee org melayu nii..skrg yg berniaga ramai aceh dan kaum indonesia.

cukuplaa kot..doa byk2.