Wednesday, April 12, 2006

Antara RancangHidup Dengan TujuanHidup.

Hari ini kehidupan kita begitu sibuk. Antara kesibukan kita ialah kerana keluarga, mencari rezeki, kerjaya, mencari dan mengurus harta. Yang belum berharta sibuk mencari harta. Yang sudah berharta mahu menambah harta. Yang sudah ada anak mahu mendidik anak. Yang belum naik pangkat, mengintai intai untuk naik pangkat. Yang sekarang bergaji tiga ribu, mencari peluang untuk bergaji 5 ribu. Yang bekerja keluar 7 pagi, balik 7 petang. Yang bergaji besar atau bertanggungjawab besar, mungkin akan sampai kerumah jam 9 malam. Tidak cukup itu, notebook dan handphone membuat kan sampai dirumah masih lagi bekerja walaupun telah malam. Begitu lah kitaran hidup ini.

Didalam menghadapi kitaran hidup ini, ada yang punya rancangan hidup yang teliti. Ada yang punya perancangan 3, 5 tahun. Mereka mempunyai visi tertentu. Ada pula yang sekadar hidup. Tidak memandang jauh. Pandangan sekadar hari esok. Mungkin kerana kurangnya cita cita dan juga membaca dan mendengar maka hidup orang begini ialah sekadar hari esok.

Perhatikan org keliling anda. Yang mempunyai visi selalunya membayangkan apa yg boleh dicapai dalam jangkamasa yang dia tentukan. Yang tiada visi pula caranya berlainan. Anda akan lihat teman sekerja anda yang tidak banyak komen. Ada yang bekerja kuat mungkin kerana ada yang ingin dicapainya. Ada pula yang sentiasa komen, ini salah, itu tak betul. Jenis kerjanya mungkin anda dapat melihat sendiri. Lihat keliling anda. Perhatikan gelagat dan kerenah mereka. Enjoy it.

Tetapi didalam kekalutan semua itu, berapa ramai diantara kita yang pernah bertanya didalam diri kita sendiri ”apa tujuan hidup ini”. Jika anda telah bertanya diri sendiri atau telah diajar akan jawapannya, anda orang yang beruntung. Jika belum, cuba tanya diri anda ”apa tujuan hidup aku ini”.

Sebenarnya inilah asas yang perlu kita buat. Tujuan hidup dulu kemudian rancang hidup. Kalau rancang hidup tanpa ketahui tujuan hidup, songsang lah anda. Anda tahu ada ayat quran yg berbunyi ”Adakah kamu menyangka kami menciptakan kamu hanya untuk sia sia sahaja”? Ayat ini begitu penting kerana selepas itu banyak ayat2 quran yang menerangkan kenapa kita di jadikan.

Tanpa tujuan hidup, hidup kita hanya bangun pagi pergi kerja, cari rezeki, petang balik rumah, basuh kereta atau memasak, bermain dgn keluarga, tidur kemudian bangun pagi esoknya. Mendidik anak pun diserahkan hampir semuanya kesekolah. Hidup tidak banyak ertinya. Tanpa tujuan hidup, hidup hanya untuk makan, cari dan menambah harta, buat anak. Hari minggu kita rehat dan menunggu hari isnin untuk melakukan semula kitaran kehidupan.

Untuk mengetahui tujuan hidup, kita perlu ilmu. Ilmu didapati dengan belajar atau membaca. Disini ingin saya cadangkan satu buku ringkas. Bacalah 100 muka surat pertama. Bacalah buku Apa ertinya saya menganut Islam. Sebuah buku yang ringkas dan padat tetapi memberi satu asas lebuhraya kehidupan.

Wallahualam.

Tuesday, April 11, 2006

Anak Cerdik Bermula Di Ranjang.

[This posting is about how to get a good baby]

Assalamualaikum,

Saya mulakan dengan satu topik yang semua orang berminat dan bertanya. Bagaimana mahu mendapat anak yang cerdik. Berbagai pendapat dan cara telah diketengahkan. Ada yang menggalakkan berbagai cara dan ada pula yang menggalakkan sesuatu makanan tambahan. Mungkin semua nya benar dan mungkin ada yg kurang tepat.

Untuk saya, asas kepada mendapat anak yang cerdik ialah bermula di ranjang atau katil. Seperti yang kita ketahui, untuk orang islam, ada cara dan adab yang amat digalakan untuk diikuti.

Sebenarnya DOA untuk bersama suami isteri di permulaan sebelum bersama itu adalah amat penting. Ini untuk memastikan syaitan dan makhluk makhluk lain tidak bersama sama melakukannya. Di masa yang sama kita mahu keberkatan dan pahala semasa bersama suami isteri.

Situasi kedua yang amat penting ialah DOA semasa Benih Keluar. Bagi mereka yang telah berkahwin, semuanya mengetahui bagaimana keadaan semasa benih keluar. Tetapi berapa ramai yang mengamalkan doa dimasa itu. Ramai yang tenggelam didalam keletihan sehingga terlupa perkara lain. Oleh itu berdoa lah semasa benih keluar. Pilihlah doa doa yang sesuai.

Sebagai contoh doa seperti ”Ya Allah, jadikanlah benih ku ini benih anak anak yang bijak cerdik dan pintar. Jadikan benih ini anak anak yang sholehah dan menjadi mujahid mujahid mu”.

Ada yang akan mengatakan mana sempat! Tetapi itulah, untuk mendapat sesuatu yang berharga maka ianya perlu disempatkan dan di beri ruang.

Suami perlu bertanggungjawab didalam bab mengeluarkan benih yang cerdik dan sholehah. Suami yang amat perlu berdoa semasa mengeluarkan benih. Suami juga perlu bertanggungjawab memastikan isterinya mengeluarkan benih yang baik. Anak tidak menjadi jika benih nya satu. Bagaimana? Dengan memastikan suami tidak syok sendiri dan makan seorang.
Juga dengan memastikan isteri juga bersama sama dalam menikmati anugerah Allah.

Semoga Di Berkati.

Menulis Untuk Berkongsi.

Umat melayu jarang berkongsi pengalaman. Itu adalah satu fakta yang sukar untuk dinafikan. Saya pula suka berkongsi pengalaman. Kenapa tidak. Setelah berbelas buku dibaca, saya merasakan saya perlu berkongsi dengan mereka yang mahu mendengar.

Walaupun baru berumur 41 tahun tetapi telah berkawin selama 19 tahun, dan mempunyai anak yang akan memasuki kampus tahun pertama april 2006 ini. Dengan mempunyai anak seramai 6 orang yang berumur 18,16,14,12,6 dan 0 (Mei 06 ini), sudah tentu ada yang boleh dikongsikan.

Anak anak saya pula alhamdulillah mempunyai pencapaian akademik yang memberangsangkan dimana 3 org mendapat 15A didalam UPSR/i, kemudian 2 org mendapat 15A didalam PMR/i dan yang kemudianya seorang mendapat 10A didalam SPM, maka sudah tentu ada yang boleh dikongsi. Bukan bermakna orang lain tidak pandai mendidik anak, tetapi setidak tidaknya pengalaman saya suami isteri memberi satu contoh kecil dari ratusan model dikeliling kita. Ramai yg mempunyai anak anak yang berjaya tetapi pengalaman mereka tenggelam dimamah umur mereka.

Saya pula berasal dari seorang anak yang perlu menoreh getah sebelum pergi ke sekolah, kemudian bekerja sendiri untuk mendapat ijazah. Dari bekerja sebagai eksekutif biasa kemudian bekerja sebagai freelance dan akhirnya bekerja sendiri, sudah tentu ada yang boleh dikongsikan.

Pembacaan didalam bab perancangan kewangan juga agak meluas maka saya perlu berkongsi beberapa ilmu dan tips yang saya dapat, praktik dan sebagainya. Satu masa akan saya senaraikan buku buku yang saya pernah baca.

Maka itulah tujuan utama saya, iaitu hanya mahu berkongsi dengan mereka yang berminat untuk membaca. Saya mengharapkan mereka yang berumur 20an hingga 35 akan sudi membaca supaya graf pembelajaran mereka dipercepatkan. Apabila kita berada didalam lingkungan ini, banyak benda yg kita tidak atau kurang pasti. Sekurang kurangnya dengan membaca sedikit nota nota saya, mungkin idea idea bernas akan bercambah. Mungkin juga ada benda yang ’confirm’ boleh dilakukan. Bagi mereka yang suka membaca buku, mungkin apa yang saya katakan merupakan ulangan, tetapi kadang kadang ulangan itu akan menambahkan lagi ingatan.

Begitulah. Saya tidak mengatakan saya pakar. Saya hanya ingin berkongsi supaya sedikit pengetahuan yang saya ada dapat di kongsi, di praktikan dan mungkin diperbaiki oleh pembaca budiman. Penulisan saya juga tidak bermaksud berstruktur. Apa idea yang keluar, itulah yang akan dituliskan. Saya juga akan mempapar kembali penulisan saya yang lalu yang pernah dihantar kepada beberapa yahoogroups.

Selamat Membaca. Saya berdoa agar Allah memberi saya idea idea yang bernas dan memberi saya kekuatan dan ruang masa untuk konsisten menulis di blog ini.

Ps: Jika tidak keberatan, mohon untuk klik satu iklan yang ada untuk setiap lawatan ke blog ini.

Wallahualam.
Hamdy

Welcome: Selamat Datang Ke Blog RancangHidup

Assalamualaikum. Peace Be Upon You.

[RancangHidup is a blog concentrating on Self Development, Financial Planning And Child Development. It is an effort to share my experiences based on my own experience, my reading and my observation. RancangHidup is a Malay word. Rancang mean Planning. Hidup mean Life. So RancangHidup is planning to ensure our life is structured and meaningful in order to achieve success in our world and hereafter. The target group is an adult age from 20s to 35. It will be written in Bahasa Melayu]

Salam Perkenalan.
Saya mengucapkan selamat datang kepada tuan puan sekelian. Terimakasih kerana melawat blog saya ini. Blog ini akan saya gunakan untuk berkongsi pengalaman saya yang saya dapat dari pengalaman sendiri, pembacaan dan pemerhatian saya. Konsentrasi akan di beri kepada pembangunan diri, perancangan kewangan dan pendidikan anak anak. Dengan perkongsian ini saya mengharapkan agar graf pembelajaran generasi muda 20an hingga 35 akan di percepatkan. Tolong doakan saya konsisten didalam menulis di blog ini.
hamdy