Wednesday, April 12, 2006

Antara RancangHidup Dengan TujuanHidup.

Hari ini kehidupan kita begitu sibuk. Antara kesibukan kita ialah kerana keluarga, mencari rezeki, kerjaya, mencari dan mengurus harta. Yang belum berharta sibuk mencari harta. Yang sudah berharta mahu menambah harta. Yang sudah ada anak mahu mendidik anak. Yang belum naik pangkat, mengintai intai untuk naik pangkat. Yang sekarang bergaji tiga ribu, mencari peluang untuk bergaji 5 ribu. Yang bekerja keluar 7 pagi, balik 7 petang. Yang bergaji besar atau bertanggungjawab besar, mungkin akan sampai kerumah jam 9 malam. Tidak cukup itu, notebook dan handphone membuat kan sampai dirumah masih lagi bekerja walaupun telah malam. Begitu lah kitaran hidup ini.

Didalam menghadapi kitaran hidup ini, ada yang punya rancangan hidup yang teliti. Ada yang punya perancangan 3, 5 tahun. Mereka mempunyai visi tertentu. Ada pula yang sekadar hidup. Tidak memandang jauh. Pandangan sekadar hari esok. Mungkin kerana kurangnya cita cita dan juga membaca dan mendengar maka hidup orang begini ialah sekadar hari esok.

Perhatikan org keliling anda. Yang mempunyai visi selalunya membayangkan apa yg boleh dicapai dalam jangkamasa yang dia tentukan. Yang tiada visi pula caranya berlainan. Anda akan lihat teman sekerja anda yang tidak banyak komen. Ada yang bekerja kuat mungkin kerana ada yang ingin dicapainya. Ada pula yang sentiasa komen, ini salah, itu tak betul. Jenis kerjanya mungkin anda dapat melihat sendiri. Lihat keliling anda. Perhatikan gelagat dan kerenah mereka. Enjoy it.

Tetapi didalam kekalutan semua itu, berapa ramai diantara kita yang pernah bertanya didalam diri kita sendiri ”apa tujuan hidup ini”. Jika anda telah bertanya diri sendiri atau telah diajar akan jawapannya, anda orang yang beruntung. Jika belum, cuba tanya diri anda ”apa tujuan hidup aku ini”.

Sebenarnya inilah asas yang perlu kita buat. Tujuan hidup dulu kemudian rancang hidup. Kalau rancang hidup tanpa ketahui tujuan hidup, songsang lah anda. Anda tahu ada ayat quran yg berbunyi ”Adakah kamu menyangka kami menciptakan kamu hanya untuk sia sia sahaja”? Ayat ini begitu penting kerana selepas itu banyak ayat2 quran yang menerangkan kenapa kita di jadikan.

Tanpa tujuan hidup, hidup kita hanya bangun pagi pergi kerja, cari rezeki, petang balik rumah, basuh kereta atau memasak, bermain dgn keluarga, tidur kemudian bangun pagi esoknya. Mendidik anak pun diserahkan hampir semuanya kesekolah. Hidup tidak banyak ertinya. Tanpa tujuan hidup, hidup hanya untuk makan, cari dan menambah harta, buat anak. Hari minggu kita rehat dan menunggu hari isnin untuk melakukan semula kitaran kehidupan.

Untuk mengetahui tujuan hidup, kita perlu ilmu. Ilmu didapati dengan belajar atau membaca. Disini ingin saya cadangkan satu buku ringkas. Bacalah 100 muka surat pertama. Bacalah buku Apa ertinya saya menganut Islam. Sebuah buku yang ringkas dan padat tetapi memberi satu asas lebuhraya kehidupan.

Wallahualam.

2 comments:

  1. ade ke org baca blog aku ni, setelah di publisitikan dekat 1000 org melalui beberapa yahoogroups.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejatera.

    Artikel yang menarik. Kita berkongsi topik yang sama. :)

    babybeso
    http://babybeso.googlepages.com

    ReplyDelete

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.