Thursday, August 24, 2006

pelaburan emas sbg alternatif

asm,

Didalam dilema yg dihadapi oleh palestine dan lubnan, ditengah tengah pejuang islam malaysia bersungguh sungguh membuat roadshow utk memungut derma, izinkan saya menulis sedikit mengenai pelaburan emas yg baru saya pelajari. Sebelum itu kalau anda tak pernah mengeluarkan sedikit wang utk derma lubnan atau palestine, maka andalah antara muslim yg teruk dalam dunia kerana tidak ada rasa langsung pada mereka yg tertekan. Yang penting utk anda hanya perut anda hinggakan RM10 begitu besar utk perjuangan palestine mempertahankan alquds.

1. Kalau kita lihat lengan makcik makcik di pasar khadijah kota bahru, kita akan dapat lihat banyak urat urat emas ditangan mereka. Jangan juga lupa tayangan anak mami yg mengagongkan emas di lengan. Untuk makcik di pasar khadijah, urat urat emas ditangan bukan sahaja bermakna kejayaan dalam perniagaan mereka atau lambang perhiasan mereka, ia juga lambang simpanan dan pelaburan mereka. Apabila masa kemarau datang, mungkin urat urat emas ini akan di pajakkan kepada tukang tukang pajak, dan ditebus apabila mampu kembali.

2. Tetapi didalam dunia pelaburan kita, pelaburan emas adalah pelaburan yang kurang diminati. Antara sebab ialah pelaburan emas ini dianggap mahal dan memakan belanja yang besar. Disini saya akan tuliskan bahawa pelaburan emas tidak lah seperti anggapan tersebut.

3. Harga emas sentiasa meningkat walaupun terdapat turun naiknya. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut. Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509. Utk maklumat lanjut sila ke maybank2u mengenai kijang emas.

4. Bagaimana utk melabur emas. Pelaburan emas boleh dibuat dengan membuka Akaun Emas di Maybank. Utk membuka akaun, anda perlu memulakan dengan 5gram, bernilai RM400. Selepas itu anda boleh menambah dengan kadar minima 1gram yg pada masa ini berharga RM78.

Pelaburan emas adalah pelaburan slow n steady. Beza pelaburan ini dengan membeli emas yg biasa dibeli oleh org perempuan adalah emas yg digunakan oleh orang perempuan telah ditambah dengan harga upah mengukir etc.

Saya pula amat baru didalam pelaburan ini, walaupun telah diperkenalkan mengenai pelaburan ini ditengah2 kesibukan zaman reformasi tahun 1998 dahulu. Oleh itu saya tidak begitu arif utk berkongsi lebih2. Cuma utk mereka yg nak mencari pelaburan alternatif, bolehlah meneliti pelaburan ini.

wallahualam.

24 ogos 2006

2 comments:

  1. Salam.Menarik info mengenai emas dalam blog saudara.Kalau ada masa,bolehlah layari blog menjana pendapatan saya di http://kedai.blogstarz.my
    TQ!

    ReplyDelete
  2. wowwowow....bagusnya..kalau nak beli Emas Public Gold boleh contact saya pokli 019 3516478
    pokli77.blogspot.com

    ReplyDelete

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.