Thursday, August 24, 2006

Antara takaful dan simpan.

assamualaikum,

Dah masuk satu level umur ni, kadang kadang agak berat nak menulis utk sharing. Tu sebab blog yg saya buat hanya dapat bertahan 2 artikel sahaja.

Anyway, bagi saya takaful itu adalah satu keperluan. Tak banyak sedikit mesti diadakan. Suami terutamanya kena ada life takaful. Kurang kurangnya akan kurang beban isteri (@isteri2) dan anak utk beberapa bulan pertama setelah kematian.

takaful medic
-Ini ada satu keperluan terutama utk keluarga besar. Takaful medic ni ialah menggunakan 'just in case' teori. Kadang kadang tak digunakan tapi u never know.

life
- Ini juga satu keperluan. Kita perlu mengira berapa diperlukan. Saya mengirakan jika saya mati, keluarga memerlukan 250 ribu utk survive dan terutamanya education anak anak. saya ada satu trick disini. Satu dari
takaful saya, DIBIAYAI oleh isteri. Maksudnya takaful ini di bayar secara potongan gaji isteri . Ianya bagai simpanan isteri tetapi dibuat dalam bentuk perlindungan suami. MAKA duit yang dilaburkan adalah duit isteri dan dia mempunyai hak penuh didalam principal dan perlindungan ini. Sekiranya berlaku kematian, isteri boleh argue bahawa ini adalah pelaburan dia dan tidak perlu difaraidkan. Perlindungan ini ialah dalam
RM100ribu. (so bakal isteri saya, kalau ada yg meminang...system ini jugak akan digunakan. Kehhh3) Perlindungan lain tu tenggelam timbul tapi ianya insyallah ada. YANG PENTING, sekurang kurangnya RM100 ribu mesti ada supaya isteri boleh hidup utk 6- 12 bulan pertama jika berlaku kematian
suami. Setidak tidaknya beban kewangan dapat ditampung sementara penyesuaian diri dilakukan. Jangan tak ada. Dah le emosi tercabar, di tambah pula kewangan pun tercabar maka bukan kah kesian kat isteri dan
anak2.

educational
-Saya tidak percaya kepada takaful pelajaran kerana pulangan nya ada amat sedikit. saya lebih memberatkan takaful life kerana kalau kita hidup insyallah kita boleh usahakan utk menampung pelajaran mereka. Oleh itu
saya tidak MENGGALAKKAN takaful education. CUMA untungnya takaful education ini, jika berlaku kematian, ianya tidak difaraidkan kerana dia khusus utk seseorang anak itu. Utk akademik anak anak, saya cadangkan carilah bentuk pelaburan lain. Utk org yg makan gaji, mungkin jugak takaful education ni penting. Tapi utk org yg kais pagi tak tau bila dapat, macam ana, rezki boleh datang berlonggok dan banjir dan juga boleh kering kemarau gersang. Mungkin unit trust lebih baik utk pelaburan utk pelajaran anak anak.
Pelaburan rumah terutama rumah yang dilelong adalah satu lagi alternative. Membeli rumah baru yg dibuat juga boleh kerana bila siap ianya akan naik 20-30%. Jangan berkira sangat tentang interest yg kena
tu. Ambil sikap sebagai "FORCED SAVING" atau Simpanan Paksa. TIPS ringkas pelaburan rumah ialah "keuntungan dibuat semasa membeli bukannya bila dah beli mengharap dan berdoa harga rumah itu akan naik". tapi jgn bantai beli. ada rumah dibeli hanya utk duduk kerana lokasi nya tempat jin bertendang. (Insyallah jgn segan utk dapat input dari saya)

rumah ..
-bagi saya beli rumah basic (maksudnya bukan semid bglw lah) adalah satu perlindungan . Jika suami mati maka isteri ada bumbung utk berteduh. tak menyewa sana kemari. sebab ada MRTA. OK take note.. Jika beli MRTA utk rumah yang dikongsi nama suami isteri maka BELI MRTA ATAS NAMA SUAMI. Jangan beli 50 50. Jika beli atas nama suami, berlaku kematian, rumah itu akan dibayar habis, Jika 50 50 maka isteri kena terus membayar jika suami mati kerana hanya 50% sahaja yg dilangsaikan oleh mrta. (ini bukan cerita
pelaburan hartanah yee)

investment link takafulll.. ??
Saya tak menggalakan ada bentuk pelaburan apabila kita membeli takaful. Takaful adalah utk PERLINDUNGAN bukannya pelaburan. OLEH itu kena maximise kan perlindungan. Jika nak juga combine, study laa betul betul. Unit trus MUNGKIN lebih baik. Kalau beli unit trust pun kena monitor bukan biarkan. saya berdentum dentum rugi.


Menyimpan.
Menyimpan lah dgn melabur kesana kemari. Tetapi pelaburan berbentuk cair. Saya bersyukur pada masa zaman mewah dulu saya ada menyimpan. Apabila saya mula kerja sendiri, seorang sahabat berkata "Watch your reserve shrinking". BENAR, benar sekali. reserve saya utk hidup selama 6 bulan
hilang..dan hari ini saya hidup tough. reserve itu antara 50-70 ribu..(wowww...byk nya duit dia..mungkin ada yg berkata... tapi bagi yg ingat, itu sebab saya berani tulis perancangan kewangan masa dulu coz dgn
gaji yg lumayan saya praktik apa yg saya tulis). Tetapi seperti saya kata tadi, kami yg kerja sendiri, (business kecik kecik ni) lain sedikit. Hari ni saya rasa saya tak takut sangat bab rezki sebab dah nampak pattern nya.
STRESS memang teruk tapi kerja gaji besar pun stress. Jgn ingat gaji besar tak stress. Gaji kecik pun stress jugak. (so kalau sapa nak ikut cara ana...biau gaji besar dan stress....bebaloiiiii). Kadang kadang malu
pada ALLAH, masa rezki dia sekat stress macam nak rak, tapi bila lebih mula laa terlupa sana sini.
Utk mereka yg makan gaji, saya cadangkan guna "Save first then spend". maksudnya simpan dulu baru belanja bukan belanja dulu baru cuba simpan. Buat potongan gaji ke tabung haji ke. Atau simpan kat akaun yang susah nak ambik keluar. Susah maksudnya mungkin kena drive jauh, kena isi borang banyak, kena tunggu kat dua minggu baru dapat cash etc etc.


Sadaqah.
Sadaqah jangan lupa utk sesiapa yang ingin menambah rezki. Utk menyelami perkara perkara begini, kita kena memerhati. Utk saya, dah banyak kali, saya bagi sadaqah kat sini, kat sana masuk. Alhamdulillah. Sampai ada kala terasa takut kat dalam hati. Takut berniat salah bila memberi sadaqah. Jika saya boleh berkongsi konsep saya dalam hal ini ialah " Dapat duit, simpan sikit, sadaqah sebahagian, bayar hutang seberapa byk yg boleh".
Kenapa bayar hutang? kerana saya byk hutang, salah satu akibat dari zaman mewah saya beberapa tahun lepas. saya cadangkan langsaikan hutang hutang yg kecil tu. Tapi kadang kadang ada baik juga berhutang macam hutang kereta. Coz bila habis hutang kereta maka nafsu melilau nak beli kereta baru.

Bila SUAMI dapat durian runtuh.

ahh..satu tips utk isteri. Sekiranya suami dapat durian runtuh, then mintak sikit utk di letakkan ke akaun sendiri. BUKAN UTK BELI PEARLS mcm rosmah tuu.. (najib kata ubah cara hidup supaya rosmah boleh terus shopping!) tapi utk ketepikan satu jumlah pada satu akaun. Kalau dulu ada pelaburan bank rakyat. Tapi utk suami, kalau isteri jenis tak tau pegang duit, jgn pulak diberi..pengabis beras nanti. Setiap kita insyallah akan lalu zaman mewah, so jgn pulak lupa diri. saya dah lalu, zaman beras tak ada kat rumah, zaman stabil, zaman ikat perut, zaman gaji ceo, zaman kereta nak kena tarik, zaman tebal muka mintak sana sini... So insyallah yang muda muda yg membaca artikel ini akan merasa satu hari nanti. Tapii kalau isteri dah terlebih rezki, tak payah laa minta..

cukup la tu. beberapa pengalaman sendiri yg mudah2an memberi manfaat terutama kepada generasi 20an dan awal 30an. Utk generasi lain, better late than never mate...

satu lagi..bab nak rezki lebih ni, satu lagi yg saya belum try...konsep "isteri lebih rezeki lebih".

wallahualam

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan..maaf menganggu..saya sebenarnya suka membaca buku tuan..saya baru membeli buku rancang hidup,rancang wang..banyak maklumat yang boleh saya gunakan..cuma apabila tuan menulis seperti menyindir mengenai seorang pemimpin dan isterinya,mungkin akan menyebabkan pengikut2 pemimpin ini menjauhi buku tuan..ataupun golongan yang kurang berminat dengan politik tidak jadi membeli sebab melihat kepada sindiran yang digunakan dan kecenderungan tuan ke arah kepartian... apapun semoga tuan dapat menulis buku2 yg bermanfaat lagi... dan mohon halalkan serta terima kasih pada ilmu yg diberikan...!!!

    ReplyDelete

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.