Thursday, August 24, 2006

Boycot?

asm,

baru baru anak2 saya bertanya pada saya tentang boycott. saya menjawab ianya tak straight fwd.

1. sebelum tu saya nak jawab tentang KFC yang saya dah tak makan lebih 18bulan yg lalu. saya tak kata makan kat rumah atau kat restoran tu tak sedap. KFC tu sedak ke? bagi saya, ianya sedap coz kulit ayamnya garing, dalam nya lembut. Bila makan crunchy. Wedges KFC sangat sedap. Lepas tu saya boleh tanya burger mcdonald sedap ke? saya akan jawab, burger mcdonald tak sedap sebab terlalu plain. Lagi sedap burger tepi jalan. Tanya lagi, pizza malaysiana tak sedap ke? saya jawab sedap tapi dimasa yang sama kesedapan pizza
domino ada lain nya. Soalan lagi, durian yg RM3 sekilo tu sedap ke? saya jawab tetap sedap tapi durian yang RM8-10 sekilo tu lagi sedap dengan tebal, lemak dan penuh kekuningan isinya. Apa yang ingin katakan ialah, tiap benda itu ada tempatnya. Samada kita tahu dan mahu meniliti dan menikmatinya.

2. Bab boycott ni adalah sensitive. Terutama dimasa ini, dimasa kita kesedihan dengan apa yang berlaku di timut tengah. Oleh itu kalau kita melawan arus, maka kita dipukul arus. Macam zaman mahathir
dibenci, kalau kita menyebut satu elemen kebaikan mahathir masa tu, maka kita dipukul arus jugak.

3. saya amat bersetuju kalau kita memboikot sesuatu barangan yang di import terus dari luarnegeri. Terutama yang kita confirm product zionost dan sebagainya.

4. Tetapi apabila sesuatu syarikat itu bertapak di negara ini, ia menjadi suatu perkara yang lain. Apabila sesuatu syarikat masuk kenegara ini, dari pengetahuan saya, company luar negara hanya boleh
menguasai tidak lebih dari 50% share syarikat. Ini bermakna, keuntungan minima 50% akan kekal dinegara ini.

5. Kemudian, sesuatu syarikat retail seperti tesco, ianya memberi pekerjaan secara direct n tidak direct kepada masyarakat. Yang directnya ialah org yang bekerja di Tesco. Yang tidak direct ialah
barangan dari supplier maka supplier itu memberi pekerjaan kepada org lain dipersekitaran. Industri sampingan seperti transport, perkilangan, pertanian, semuanya terlibat.

Dalam kata lain, ada 3 sebab utk kita mempersoalkan keperluan boycott pada syarikat tempatan berjenama luarnegara.
1. memberi peluang pekerjaan seara langsung.
2. memberi peluang pekerjaan tidak langsung terutama dari industri support system.
3. Keuntungan syarikat minina 50% masih berlegar didalam negara.

Akan ada yg berkata, tak semua tu jatuh pada umat islam. Jawapan ringkas saya ialah, hanya sebab kelemahan kita dalam industri, adakah bermakna kita mahu masyarakat sebumbung yang bukan islam gagal. Bukankah mereka perlu hidup juga seperti kita.

gitu lahh...

wallahualam
hamdy

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.