Thursday, August 24, 2006

Majlis Kahwin: Salam Kaut.

asm,

[bila musim keje kawin..]

pada satu zaman, zaman dahulu kala, org melayu hidupnya susah..yg ada kebun getah, pagi nya menoreh, kalau ada sawah, petangnya kesawah...yg ada laut belakang rumah, pergi laa kelaut..


bila ada anak nak kawin, dipanggil laa jiran jiran atau ketua ketua kampung. dibincang tarikh, masa, berapa ramai etc.. gotong royong lah mereka.. Dua tiga hari sbelum langsung perkawinan, jiran yang ada pisang hantar pisang, jiran yang ada beras hantar beras, jiran yg ada telur ayam, hantar telur ayam...Petang sebelum hari langsung, yg jiran pompuan menghiris bawang, yg lelaki mengerjakan lembu dan kerbau.

Di hari langsung, yg dijemput akan datang. Maka dengan hajat membantu 2-3 ringgit dihulurkan pada zaman itu. kalau setengah tempat dimelaka, dicatitkan, bukan sebagai hutang tetapi utk memudahkan utk tuan rumah 'menderma kembali'. Yang kasar akan berkata 'membayar hutang'. Tapi adat melayu, org membantu kita juga membantu. (ana merasa zaman niii)

Saya adalah org yg masa mudanya memandang sinis salam keruk ini. Tapi hari ini saya bersikap lain. Saya hulurkan salam kaut itu dengan hajat membantu. Manalah tau, couple baru itu bahagia n melahirkan satu generasi baik, maka ada sikit saham saya. Sekurang kurang jugak, makbapak nya yg keluar ribu ribu tu, kurang sikit rasa beban dengan 10-20 ringgit saya.

Now, kalau nak beri, sila lah beri. Kalau tak nak, jangan beri. Apa yg susah sangat tentang berapa banyak. BUKAN TUAN RUMAH SALAM DENGAN KITA THEN KIRAAAAAA BERAPA JUMLAHNYA. Bila kita nak beri then terkira2 takut segan kalau sikit, itu dah tak ikhlas rasanya. Tanyalah semua pak mak yg terima menantu dikalangan kita, depa KIRA ke. Rasanya tidak sekali. Depa tak tahu pun mana sampul kita melainkan kita tulis nama. . Kalau kita rasa berat, jangan diberi. Buat apa beri coz sure tak de pahala.

BTW, saya hanya tak tahan kalau tengok terlebih lebih. contohnya, buah tangan yg membazir, yg layak tinggal atas meja tanpa byk gunanya. Jgn sekali kali bagi key chain atau yg ada gambo2 pengantin...itu hanya layak utk masa tu sahaja n purely membazirr.

Tapi adat salam kaut yg pada awalnya dibuat dengan hajat menolong disatu zaman dahulu, adalah adat yang positive.

wallualam.hamdy

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.