Tuesday, April 11, 2006

Menulis Untuk Berkongsi.

Umat melayu jarang berkongsi pengalaman. Itu adalah satu fakta yang sukar untuk dinafikan. Saya pula suka berkongsi pengalaman. Kenapa tidak. Setelah berbelas buku dibaca, saya merasakan saya perlu berkongsi dengan mereka yang mahu mendengar.

Walaupun baru berumur 41 tahun tetapi telah berkawin selama 19 tahun, dan mempunyai anak yang akan memasuki kampus tahun pertama april 2006 ini. Dengan mempunyai anak seramai 6 orang yang berumur 18,16,14,12,6 dan 0 (Mei 06 ini), sudah tentu ada yang boleh dikongsikan.

Anak anak saya pula alhamdulillah mempunyai pencapaian akademik yang memberangsangkan dimana 3 org mendapat 15A didalam UPSR/i, kemudian 2 org mendapat 15A didalam PMR/i dan yang kemudianya seorang mendapat 10A didalam SPM, maka sudah tentu ada yang boleh dikongsi. Bukan bermakna orang lain tidak pandai mendidik anak, tetapi setidak tidaknya pengalaman saya suami isteri memberi satu contoh kecil dari ratusan model dikeliling kita. Ramai yg mempunyai anak anak yang berjaya tetapi pengalaman mereka tenggelam dimamah umur mereka.

Saya pula berasal dari seorang anak yang perlu menoreh getah sebelum pergi ke sekolah, kemudian bekerja sendiri untuk mendapat ijazah. Dari bekerja sebagai eksekutif biasa kemudian bekerja sebagai freelance dan akhirnya bekerja sendiri, sudah tentu ada yang boleh dikongsikan.

Pembacaan didalam bab perancangan kewangan juga agak meluas maka saya perlu berkongsi beberapa ilmu dan tips yang saya dapat, praktik dan sebagainya. Satu masa akan saya senaraikan buku buku yang saya pernah baca.

Maka itulah tujuan utama saya, iaitu hanya mahu berkongsi dengan mereka yang berminat untuk membaca. Saya mengharapkan mereka yang berumur 20an hingga 35 akan sudi membaca supaya graf pembelajaran mereka dipercepatkan. Apabila kita berada didalam lingkungan ini, banyak benda yg kita tidak atau kurang pasti. Sekurang kurangnya dengan membaca sedikit nota nota saya, mungkin idea idea bernas akan bercambah. Mungkin juga ada benda yang ’confirm’ boleh dilakukan. Bagi mereka yang suka membaca buku, mungkin apa yang saya katakan merupakan ulangan, tetapi kadang kadang ulangan itu akan menambahkan lagi ingatan.

Begitulah. Saya tidak mengatakan saya pakar. Saya hanya ingin berkongsi supaya sedikit pengetahuan yang saya ada dapat di kongsi, di praktikan dan mungkin diperbaiki oleh pembaca budiman. Penulisan saya juga tidak bermaksud berstruktur. Apa idea yang keluar, itulah yang akan dituliskan. Saya juga akan mempapar kembali penulisan saya yang lalu yang pernah dihantar kepada beberapa yahoogroups.

Selamat Membaca. Saya berdoa agar Allah memberi saya idea idea yang bernas dan memberi saya kekuatan dan ruang masa untuk konsisten menulis di blog ini.

Ps: Jika tidak keberatan, mohon untuk klik satu iklan yang ada untuk setiap lawatan ke blog ini.

Wallahualam.
Hamdy

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.