Monday, September 14, 2009

Mencari Lailatulqadr: Kurangkan keselesaan tidur.

salam,

dalam coretan yg lalu saya ada mengatakan bahawa faktor keazaman tinggi adalah amat penting dalam mendirikan malam malam ramadhan. Faktor keazaman tinggi ini akan tambah tercabar jika kita berhajat untuk mengejar dan mencari lailatulqadr (LLQ). Mengejar lailatulqadr ini tidak akan berlaku dan dilakukan oleh mereka yg bersikap 'tak apa' atau bersikap 'tidak ambil kisah'. Hanya mereka yang nampak kepentingan LLQ untuk akhirat malah untuk dunia sahaja akan menanam azam yang tinggi dan juga menyediakan persediaan mental utk bangun berdiri ditengah tengah malam sejuk.

Satu aspek yg Rasullullah tekankan dlm mencari LLQ adalah, beliau berittikaf dimasjid. Sekali pandang ittikaf ini bagaikan tiada apa apa makna atau ianya sekadar utk mendapat pahala berada dalam masjid. Tetapi bagi mereka yg serius mahu mencari LLQ, ittikaf adalah satu faktor yang amat penting.

Kenapa? KERANA ITTIKAF AKAN MEMUDAHKAN ANDA UTK BANGUN JAM 3-4PAGI!.

Apabila anda berittikaf, anda akan berada dalam keadaan tidur yg kurang selesa. Anda tidur diatas carpet keras. Mungkin tidur diatas simen beralaskan sajdah. Mungkin tidur dengan ada lampu lampu yg terbuka. Mungkin tidur dicelah celah bunyi orang membaca quran. Dimasa sedang sedap tidur, anda mendengar org berjalan kesana kemari yg menandakan waktu qiam telah bermula. Sedang sedap tidur tiba tiba imam telah memulakan zikir.

Segala keselesaan diatas insyallah akan memastikan anda akan bangun beribadah ditengah tengah malam sejuk tersebut. Saudara saudari sekelian, jangkamasa kita beribadah sebenarnya terlalu singkat iaitu 1-2 jam shj iaitu antara 3-5.30pagi.

Ini berbeza dengan apabila tidur dirumah. Tidur dirumah dengan katil yang empuk, mungkin dengan aircond yg menggigilkan diri, ditambah lagi dengan pelukan isteri yang memanaskan akan menjadikan usaha untuk bangun malam itu adalah sukar. Bagi saya orang yg boleh bangun utk qiam semasa tidur dirumah perlu diberi tabik spring 3kali kerana kekuatan mereka utk bangun. Benar , mereka kuat tetapi alangkah baik org yg kuat ini berittikaf dimasjid.

Pengalaman saya utk bangun malam jika berada dirumah ialah saya perlu tidur diatas lantai dgn beralaskan tikar serawak dengan lampu terbuka utk memudahkan tersedar apabila loceng jam berbunyi. Jika tidur dikatil empuk, peratus utk gagal adalah tinggi. (Sebenarnya hanya golongan warga emas yg mudah bangun ditengah tengah malam kerana ramai dari mereka menghadapi keadaan susah tidur, tapi rata2 saya rasa pembaca adalah org muda)

Mencari LLQ adalah amat penting dalam membina kehidupan kita di dunia ini. Saya telah menulis perkara ini beberapa kali. LLQ bukan sahaja boleh menyelamatkan kita dari api neraka tetapi ianya juga boleh membawa kejayaan dalam kehidupan didunia.

Jika anda percaya akan konsep ini, maka halau halaulah suami anda ke masjid pada malam malam ganjil. Minta mereka keluar rumah jam 11 malam (hahaa..kalau berani laaa ) Jika anda seorang lelaki, inilah masanya utk menunjukkan macho anda sebagai lelaki kerana mempunyai kekuatan utk bangun malam.

Selamat mencari lailatulqadr.

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.