Thursday, June 05, 2008

MghadapiMinyakNaik5a: Perjuangkanlah Islam.

MghadapiMinyakNaik5a: Perjuangkanlah Islam.

Dalam menghadapi minyak naik ini, saya telah mencadangkan perkara berikut:

- Bersabar dan bersembahyanglah

- Banyakan bersedekah

- Bukalah pintu rezeki.

Dan untuk siri ini saya mengatakan, perjuangkanlah islam.

Agama Islam, agama yang kita imani pada hari ini, sedang menghadapi banyak cabaran. Mungkin bukan Islam yang menghadapi cabaran tetapi penganut Islam yang menghadapi cabaran.

Penganut Islam yang majoritinya adalah Islam kerana warisan menghadapi senario kekalutan yang amat sangat. Kita tidak perlu pergi jauh. Kita mungkin perlu melihat dalam rumah kita, dan kemudian keluarga terdekat kita, kemudian rakan rakan di pejabat.

Kita dapat melihat bagaimana keadaan mereka. Anak kita mungkin sembahyang nya berterabur. Anak perempuan kita mungkin bertudung tapi pakaiannya dengan dada terdedah terbonjol dan seluar ketat menampakan bulat punggung. Anak lelaki dengan seluar pendek nya. Bacaan quran anak kita hanya ala kadar dan tajwidnya berterabur. Bacaan quran kita pun belum tentu sebaiknya. Sembahyang kita pun kadang kadang ikut sempat, maklumlah kita boleh qadha.

Di pejabat begitu juga. Yang bertudung, hanya sekadar menutup kepala tanpa menutup rambut dan aurat dengan sebaiknya. Dadanya pula tidak ditutupi dengan tudung seperti arahan Allah. Yang lelakinya bertali arus merokok. Merokok merupakan lambang keimanan kurang sempurna. Merokok sama seperti membakar wang dan membakar paru paru. Oleh itu orang yang merokok adalah mereka yang berterusan mengamalkan perkara makruh yang boleh menjadi haram. Jika sudah membazir dan merosakkan diri, bukankah ianya jatuh haram.

Dipejabat juga, mungkin sudah ada mereka yang tidak segan silu mengambil rasuah. Mungkin rasuah tidak diambil di pejabat, tapi diluar pejabat. Iyelah, pemimpin umno ramai yang rasuah, maka ianya perlu diikut oleh pengikutnya.

Dadah pula membunuh anak bangsa. Ada yang mengambil kesempatan membunuh anak bangsa dengan membuat keuntungan. Malangnya kita tidak pernah dengar kingmaker pengeluar dan pengedar dadah ditangkap. Yang ditangkap adalah runner kepada pengedaran dadah. Mungkin ada orang yang berpangkat besar kaya tersenyum memberi perlindungan kepada kingmaker ini. Ya, untuk dunia, manusia sanggup membakar diri di akhirat. Malangnya kemungkinan besar mereka yang memberi perlindungan adalah mereka yang bernama melayu dan berimankan Islam. Setakat mana islam mereka, kita kurang tahu, Mungkin mereka hanya kembali kepada islam sebenar setelah berumur 60 tahun. Bagaikan polis yang mengigil gigil tangan selepas tua, kerana pada masa mudanya enak memukul, menampar, menendang manusia demi sedikit gaji/

Di luar sana, terlalu banyak isu masyarakat. Isu rempit, isu bohsia dan pelbagai isu lagi. Hinggakan kita sendiri rasa tidak senang untuk hidup dan membesarkan anak. Mungkin kita boleh menjaga anak kita didalam ruang lingkup pagar rumah kita. Tetapi apabila anak kita kesekolah atau kemana mana dan dimasa itu kita dipejabat, kita akan merasa risau dan bimbang.

Yang saya ceritakan diatas adalah perkara yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat yang meninggalkan konsep ’kepercayaan kepada tuhan’. Atau mereka percaya kepada Allah sekadar cecah cecah sahaja. Saya tidak menceritakan isu keadilan lagi. Isu pemimpin yang enak tidur diatas kezaliman kepada masyarakat, tidak saya sentuh. Isu dimana pemimpin selesa tidur dengan meng ISAkan orang lain. Pegawai polis yang ingin mudah kerja dengan mencampakkan orang ke penjara kemunting dengan akta ISA. Mereka mungkin enak tidur. Mereka yang dibantu oleh SB SB yang sanggup menelanjangkan orang. SB SB yg tidak malu memegang barang sulit orang. Pemimpin yang juga dibantu oleh FRU yang tidak rasa bersalah membelasah orang. Kepimpinan polis yang berdiri megah diatas truck FRU yang menyembur gas gas yang mencekik saluran nafas. Pemimpin yang tidak kisah menandatangani perjanjian yang mencekik kehidupan rakyat seperti kes air di selangor. Pemimpin yang bila kalah, pergi membuat umrah di Mekah, walhal punggungnya penuh tahi berselaput. Pemimpin yang berserabut dengan rasuah tetapi masih lagi dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri.

Maka saya ringkaskan bahawa perjuangan yang ada, mudah dibahagikan kepada 2 perkara. Malah ingin saya bahagikan kepada 3 kerana kita adalah orang orang Islam yang prihatin. 3 perjuangan itu adalah:-

- Perjuangan dakwah islam membetulkan masyarakat

- Perjuangan menegakkan keadilan dalam sistem pemerintahan

- Perjuangan menegakkan syariah Islam untuk orang Islam, bagi kesejahteraan negara dan sejagat.

Bersambung......

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.