MghadapiMinyakNaik4: Bukalah pintu rezeki.
Jika sebelum ini saya mengatakan dalam usaha kita untuk menghadapi minyak naik ini, saya mengatakan perlunya kita membanyakan kita bersedekah. Bukan bermakna setiap kali bersedekah kita bersedekah dengan banyak. Yang dimaksudkan ialah banyak kan bersedekah. Bila ada peluang kita terus bersedekah, tanpa berkira kira.
Untuk kali ini saya ingin menggalakan supaya kita membuka pintu rezeki. Membuka pintu rezeki bermakna kita membuka jalan untuk rezeki sampai kepada kita. Hukum fitrahnya rezeki tidak akan jatuh dari langit. Rezeki tidak akan datang dengan sendirinya. Sebenarnya segala benda adalah rezeki. Oksigen yang kita sedut itu adalah rezeki Allah. Tapi tidak apa lah, untuk perbincangan ini kita kata definisikan rezeki itu adalah wang yang kita perlukan untuk perbelanjaan.
Rata rata mereka yang membaca rencana saya ini adalah mereka yang bekerja makan gaji. Orang yang makan gaji ini pendapatannya tetap dan konsisten. Setiap bulan wang nya masuk. Tetapi selalunya tidak lebih dari jumlah wang tersebut. Maka pandai pandailah kita menguruskannya.
Dimasa yang sama kita tahu bahawa hadis Rasulullah saw mengatakan 9/10 rezeki adalah perniagaan. Maka kita perlu melihat bagaimana kita boleh cuba manfaatkan hadis Rasullulah saw tersebut.
Apa yang saya cadangkan ialah buatlah perniagaan kecil kecilan. Contoh selalu saya katakan ialah, setidak tidaknya juallah pensil. Apabila kita membuat jualan pensil, maka kita telah membuka pintu rezeki untuk masuk kepada kita. Ditakdirkan Allah ingin memberi rezeki yang lebih kepada kita, mungkin kita akan menjual 1000 pensil yang berharga 50sen satu. Apa yg saya maksudkan, buka lah ruang untuk rezeki masuk dengan menjual apa apa yang patut. Tetapi jangan pula buat pada waktu kerja kerana disitu anda bekerja untuk mendapat rezeki tetap bulanan anda. Kalau anda lakukan pada masa bekerja, sudah tentu merah padam muka pengurus anda.
Semasa saya bersama ustaz zamri didalam bicara buku saya Rancang Hidup Rancang Wang pada 29 may 2008, saya ditanya apa kerja yang saya buat. Saya mengatakan saya melakukan 4 kerja, iaitu kerja makan gaji, kerja agen hartanah secara separuh masa, kerja menulis dan menjual buku, kerja politik hijau (dalam menegakan keadilan).
Keempat empat kerja tersebut mendatang rezeki kepada saya. Saya percaya anda bersetuju 3 perkara pertama akan mendatangkan rezeki. Tetapi mungkin anda akan pening pening lalat cuba membayangkan bagaimana kerja politik dalam menegakan keadilan boleh mendatangkan rezeki kepada saya.
Sebagai penutup, saya amat mencadangkan agar kita membuka pintu rezeki untuk masuk dengan cuba merealisasikan hadis 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Ianya amat berguna dalam kita cuba menangani kenaikan harga minyak ini.
Malaysia Best SOHO - Cepat, Mudah & Berkesan
ReplyDeletePendapatan melalui internet tidak sesukar yang anda
sangka dan sesiapa sahaja mampu melakukannya.
Semakin ramai telah berjaya.
Ingin tahu bagaimana mereka melakukannya ?
Lawati
http://www.digital-reader.com/powerline019.htm