Saturday, June 14, 2008

mendidik anak menabung

Bagaimana kita nak mendidik anak anak kita supaya menabung.

JAWAPAN

Ini merupakan satu cabaran. Tapi kita kena usaha . Cuba perkara perkara berikut:-

1. Cerita hal duit dengan anak anak. Mungkin kita kena cerita, yang emak dan ayah kena kerja untuk dapat duit. Mungkin cerita bil bil yg perlu kita bayar. Cerita bukan senang nak dapat duit.

2. Galakan anak supaya jangan belanja semua elaun dia. Kita mungkin bagi duit belanja sekolah. Jadi kita galakan dia untuk menyimpan sedikit dari elaun dia walaupun 20-30 sen. Kita nak mendidik sikap jadi walau sedikit simpanannya maka sikap itu akan terbentuk. Kemudian kita kena ingatkan agar jangan boros. Kita kena ingatkan supaya berhati hati berbelanja.

3. Bagi peluang untuk anak untuk mendapat duit dengan bekerja. Anak anak kita kena beri tanggungjawab untuk menjaga atau imembuat kerja kerja rumah seperti kemas bilik, basuh pinggan dll. Tapi setengah kerja kita boleh bagi peluang untuk mereka mendapat duit. Contojnya basuh atau bersihkan kereta kita. Bila dia basuh kereta kita then dia akan dapat sedikit duit.

4. Ajar anak untuk berjimat dan tidak membazir. Contohnya jangan membazir air. Jangan membazir api letrik. Kalau nak tinggalkan bilik agak lama, kenapa tidak tutup lampu atau kipas atau aircond.

5. Duit raya, contohnya, jangan digunakan semua. Ajak anak simpan di bank atau di tabung haji. Jadi kena buka akaun simpanan. Cuma kalau nak buka di bank, kena cek balik kerana ada bank yang bagi kadar keuntungan yang rendah untuk simpanan anak anak.

6. Pada masa anak saya kecil, saya membuat sistem menghafal quran di rumah. Setiap mukasurat yang mereka hafal, mereka akan dapat imbuhan duit. Ini kes special nii.. Jadi, bila mereka dapat duit, katalah Rm10,mereka kena bagi emak mereka RM6 atau Rm8 untuk disimpan. Jadi mak jadi banker lah ni.

7. Ajar anak untuk tangguh pembelian yang tidak perlu. Maksudnya kalau anak nak sesuatu barang yang bukan keperluan, ajar untuk tangguh. Ajar jangan ikut hati, maksudnya nak saja terus beli. Kalau barang tu tak perlu sangat seperti pc game, atau permainan then tangguhkan dulu. Ajar juga untuk belajar cek harga di beberapa kedai. Contoh nya kalau anak dah besar nak handphone, minta dia cek kat beberapa kedai. Ajar ajar juga dia untuk tawar menawar harga. Tawar menawar ni satu skil, maka jika tak diajar, dia akan main beli sahaja.

8. Letak tabung simpanan, katalah tabung buluh ditempat yang senang di lihat, contohnya ikat di tangga. Maka bila anak balik sekolah atau kita sendiri balik, jika ada duit duit sen dalam kocek, masukkan dalam tabung tersebut. Diam tak diam nanti, tabung itu akan penuh. Buat lah sesuatu yang berguna samada simpan, sadakah atau berbelanja sesuatu yang bermakna.

9. Ingatkan anak bahawa satu masa dia nak masuk universiti. Kena belanja besar dan banyak. Maka dia tak boleh boros. Kena simpan untuk masuk universiti. Ini untuk anak yang dah boleh faham.

10. Jika anak nak membeli sesuatu yang agak berharga seperti basikal, tanya dia berapa harga. Jangan terus beli. Tanya dia bagaimana dia nak dapat duit untuk membeli. Dengan ini kita mengajar dia bagaimana nak mengira dan merancang untuk membeli sesuatu yang berharga.

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.