MghadapiMinyakNaik2: Bersabar dan Bersembahyang.
Dengan minyak naik dan kemudiannya barang barang lain akan naik, jiwa kita mungkin tertekan. Kita akan memikirkan bagaimana susahnya kita mahu menampung kehidupan kita. Ada dua perkara disitu. Pertama ialah hati kita yang susah. Kedua usaha kita yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan itu.
Pertama yang perlu pada kita, ialah kita memerlukan hati yang tenang untung menghadapi kesusahan ini. Ketenangan jiwa kita amat kita perlukan. Tanpa jiwa yang tenang, hati kita akan resah. Kita tahu bagaiamana perangai hati orang resah. Mungkin dia boleh jadi pemarah. Mungkin anak isteri menjadi mangsa. Mungkin hasil kerjanya ditempat kerja tidak memuaskan. Banyak lagi kemungkinan itu. Maka untuk menghadapi kesusahan ini, kita perlukan ketenangan hati. Hati kita perlu tenteram.
Dan sebenarnya Allah telah memberi kita cara dalam menghadapi masalah. Ada firman firman Allah yang mengatakan ”Apabila kamu susah, maka BERSABARLAH DAN BERSEMBAHYANGLAH”. Dalam kata lain dua perkara yang perlu kita lakukan. Iaitu Bersabar dan bersembahyang.
Bersabar adalah satu kaedah untuk kita kawal hati kita. Hati yang resah, tidak tenang atau rasa kelam kabut perlu kita kawal dan tenangkan. Dengan kita membuat ’self-talk’ atau bercakap sendirian dengan memujuk hati hati kita, maka Insyallah kita akan dapat mengurangkan keresahan hati kita. Bila kita berkata kepada diri sendiri seperti ”hamdy, bersabar, bertenang, doa banyak banyak”, kita sebenarnya memujuk diri kita sendiri. Insyallah hati kita yang berkocak hebat akan merasa ketenangan itu sedikit demi sedikit.
Bersembahyang pula bermakna kita menyerahkan diri kepada Allah. Kalau kita membaca steven covey ”7 sikap orang effektiff”, satu perkara yang dikatakan adalah ”ada perkara yang boleh kita control, dan ada perkara yang tidak boleh kita kawal”. Dan kita sebagai orang islam mengetahui bahawa banyak perkara yang kita tidak boleh kita kawal. Dan bila kita tidak boleh kawal, kita banyak berserah dan bertawakkal kepada Allah. Dan untuk berserah dan bertawakkal, maka kita perlu berdoa kepada Allah.
Maka apa kaitan bersembahyang dengan menghadapi masalah. Ada satu hadis yang mengatakan, lebihkurang maksudnya ”apabila kita bersembahyang dengan baik dan sempurna, dan kita berdoa, maka doa kita akan dimakbulkan”
Dalam kata lain jika kita bersembahyang dengan baik dan kemudiannya kita berdoa maka kita kita akan Allah tunaikan. Sembahyang yang baik ini tidak bermakna sembahyang lima waktu sahaja. Malah diketika kita dalam kesusahan, sembahyang sunat lah yang patut di buat dengan banyak. Ini bukan bermakna sembahyang hajat sahajat. Malah bagi saya, sebenarnya tidak ada sembahyang hajat per say. Tetapi dari hadis diatas, ulama telah mengandaikan bahawa jika kita menginginkan sesuatu, maka kita sembahyanglah sunat dan kemudian memohon hajat kita.
Hadis itu bagi saya bersifat umum. Oleh itu jika kita sembahyang sunat ba’dian atau qabliah, maka panjangkanlah doa kita. Mungkin juga kita perlu membanyakan sembahyang dhuha. Mungkin kita tidak mahu meninggalkan sembahyang sunat yang dituntut iaitu witir. Mungkin juga kita perlu sekali sekala bangun malam mengadu kepada Allah melalui sembahyang tahajud.
Dengan menyebut semua diatas, saya memohon keampunan dari Allah kerana takutnya saya kepada ayat ”adakah kamu mengatakan apa yg tidak kamu perbuat”. Kerana tidak semua itu mampu saya buat.
No comments:
Post a Comment
salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.