Sunday, July 06, 2008

Duhai isteri, Fahami Harta Sepencarian & Tuntut Hibah.

Saya tidak selalu bersetuju dengan Zainah Anwar. Siapa yang tidak kenal, kenalah cari sendiri siapa beliau. Tetapi tulisan beliau pada hari Ahad, July 6, 2008 membuatkan saya bersetuju sebahagian dari tulisannya. Ahad July 6 adalah hari keramat protes minyak naik yang diadakan di Stadium Kelana Jaya. Ianya satu festival protes dimana dilakukan dari 10 pagi hinggalah 12 malam. Saya hanya hadir jam 11pagi hingga 2 petang, sebagai sokongan moral.

Zainah membangkitkan Akta Insurance 1996. Dalam akta tersebut dikatakan bahawa jika berlaku kematian suami maka wang perlindungan takaful tersebut akan di bahagikan mengikut faraid. Ini bermakna jika seorang suami membeli takaful perlindungan dan meletakkan nama isteri atau anak perempuan sebagai penerima, maka mereka tidak semestinya menerima kesemua. Ianya perlu di faraidkan mengikut kiraan yang ditentukan. Dan ini juga mereka yg ’tidak berkenaan’ dan tidak termasuk didalam hati suami semasa membeli perlindungan tersebut akan menerima habuan tersebut.

Apabila seorang suami membeli perlindungan takaful, tujuannya tidak lain hanyalah untuk memastikan anak dan isterinya boleh terus hidup selesa. Sebenarnya bukan keselesaan itu yang dicari, tetapi tujuan utama ialah supaya isteri dapat membesarkan anak dan memberi pendidikan yang sepatutnya. Dalam hal membesarkan anak dan memberi pendidikan, kos nya tetap sama tidak kira anak itu perempuan atau lelaki.

Adakah saya menolak faraid? Tidak, sama sekali tidak. Bagi saya, jika yang difaraidkan ialah harta yang terkumpul maka, ianya memang wajar untuk difaraidkan. Sebagai contoh, pada tahun 2000, Fatwa Kebangsaan mengatakan bahawa KWSP wajib difaraidkan. Itu saya terima kerana ianya adalah harta yang terkumpul. Perlindungan bukanlah harta yang terkumpul tetapi adalah perlindungan yang diberi.

Tetapi dalam perlindungan takaful islam, akan ada dua akaun iaitu akaun peserta dan akaun satu lagi. Akaun peserta adalah akaun yang terkumpul hasil dari caruman bulanan atau tahunan peserta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, dan perlindungan yang diberi adalah Rm100ribu, kemungkinan ada Rm40ribu datangnya dari akaun peserta. Oleh itu jika definisi harta terkumpul yang saya gunakan, maka kalau mahu juga difaraidkan, Rm40 ribu itu difaraidkan dan Rm60ribu itu tidak difaraidkan. Bagi saya Rm60ribu itu bukan harta terkumpul tetapi satu perlindungan yang diberi oleh pihak takaful.

Tetapi jika ada pihak bersakit sakit mahu memfaraidkan perlindungan Rm100ribu itu, mungkin untuk kepentingan mereka, maka dikala itu isteri mesti trigger bab ’harta sepencarian’. Dalam pengurusan faraid, tidak semestinya harta itu dibahagikan mengikut kadar faraid. Tetapi semua pihak yang patut menerima faraid itu, perlu bersetuju sebulat suara agar tidak perlu mengikut kadar biasa faraid. CUMA jika ada penerima dibawah umur, mungkin ianya juga bergantung kepada pemegang amanah mereka dan keberanian pihak menguruskan faraid tersebut seperti pegawai dari pejabat tanah contohnya.

Apabila isteri trigger bab ’harta sepencarian’, maka hampir automatik, 50% perlindungan RM100ribu menjadi hak miliknya. Dan ketika itu jumlah yang perlu difaraidkan hanya tinggal Rm50ribu sahaja. ITU SEBABNYA para isteri perlu memahami bab harta sepencarian.

Akta ini juga sepatutnya membuatkan para suami sedar akan kepentingan HIBAH. Hibah adalah proses pembahagian harta kepada mereka yang ingin kita berikan harta tersebut. Saya belum membuat kajian terhadap dua perkara ini, iaitu hibah dan harta sepencarian. Oleh itu saya tidak akan memberi komen detail.

Apa yang ingin saya tekankan ialah, kerana akta itu telah ada, maka menjadi kewajipan untuk isteri memahami bab harta sepencarian dan menjadi kewajipan untuk suami memahami hibah.

Cadangan diatas saya tujukan kepada suami isteri yang amanah dan bukan kepada suami atau isteri yang mempunyai krisis atau affair. Saya berlepas tangan dari kedua dua jenis suami isteri tersebut.

Didalam rencana tersebut Zainah juga mengutarakan antara lain , isu harta isteri dan bila suami berkawin lebih. Bab ini belajar lah sendiri untuk sape yang berminat. Saya belum lagi, tidak ada yang kena mengena dengan saya, kerana belum ada yang meminang saya.(jokingly said iyooo ..)

Para isteri perlu ingat. Kalau anda mendapat suami yang suami yang share dengan isteri mengenai bab harta, mungkin jika berlaku kematian, isteri akan tahu apa yang perlu dilakukan. Ada juga kemungkinan, suami anda jenis bertanggungjawab, tetapi bila bab harta tidak bercerita langsung dengan anda. Oleh itu menjadi kepentingan anda untuk belajar supaya anda boleh bertanya dan berbincang. Suami pun boring kalau nak berbincang dengan orang yang tidak tahu apa apa. Ingat ya, nak bertanya pun kita kena ada sedikit ilmu. Kalau tiada sedikit ilmu, nak bertanya pun kurang tahu dimana mahu dimulakan.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.