LAWATI BLOG: http://satuallah3aqidah.blogspot.com/
1. Tiba tiba kita di kisahkan dengan isu penggunaan perkataan Allah oleh pihak kristian. Ada yg mengatakan, pihak kristian tidak pernah menggunakan perkataan Allah. Yang digunakan ialah Tuhan, Lord etc. Tetapi ditanah Arab, dikabarkan perkataan Allah adalah biasa digunakan oleh orang kristian. Mungkin ada yg berkata perkataan ALLAH sepatutnya hanya ’exclusive’ pada orang Islam.
2. Mengikut lapuran akhbar, ada kenyataan pegawai yang mengatakan penggunaan perkataan Allah itu ada yg tersirat. Ianya untuk mengelirukan orang melayu. Ada betulnya. Tapi orang melayu yang bagaimana yg mudah terkeliru. Orang melayu yg mudah terkeliru ialah orang melayu yang tak sembahyang, tak menjaga keislaman mereka, tidak peduli keimanan mereka, tak menjaga aurat mereka. Orang yang menutup aurat dengan baik ialah orang yang memang mahu menurut perintah Allah dengan sebaiknya, dengan penuh iman dan dengan berilmu. Apatah lagi begitu ramai orang melayu yang tidak sembahyang hari ini. ( Memang ada muslim yg berilmu bertukar agama tetapi terlalu kurang ) .
3. Tapi bukan ketaatan agama rakyat itu bergantung kepada kekuatan agama pemimpinnya. Jika pemimpin yang dipilih itu ialah pemimpin yg memilih isteri pun jenis tidak menutup aurat atau tidak segan memegang bahu terdedah orang perempuan dan kemudian mengaku ’saya seorang Islam yang baik’, atau pemimpin yang isterinya berlaga pipi dengan pelakon handsome Hindustan, MAKA memang kita perlu bimbang. Kita perlu bimbang kerana itulah level kefahaman atau komitmen Islam rakyat hari ini. Umat Islam yang punya kefahaman dan komitmen yang tinggi, tidak akan memilih orang begini sebagai kepimpinan mereka.
4. Satu perkara yang ingin saya tekankan disini ialah TIGA AGAMA INI, YAHUDI KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH DARI SATU RUMPUN.
5. Satu rumpun bermaksud:-
a. Ketiga tiga nya ini menerima ALLAH adalah tuhan mereka.
b. Ketiga tiga nya mempunyai Rasul yang diiktiraf oleh Allah.
c. Ketiga tiga nya menerima dan ada kitab masing masing yang diturunkan oleh Allah melalui nabi masing masing.
d. Ketiga tiganya mempunyai syariat tersendiri.
e. Ketiga tiganya ada kesinambungan iaitu dari Yahudi ke Kristian ke Islam.
f. Sebelum kedatangan seorang Rasul yang baru, ianya diceritakan terlebih dahulu oleh kitab sebelum Rasul itu.
6. Oleh itu apabila ketiga tiga agama ini menyebut perkataan Tuhan, maka ketiga tiga itu merujuk kepada Tuhan yakni ALLAH yang satu.
7. Tetapi kata orang puteh, THE BUCK STOP THERE. Dalam kata lain, keserupaan (bukan persamaan ye) berhenti disitu. Penerimaan konsep Allah atau Konsep Ketuhanan itu jauh berbeza antara satu sama lain.
8. Sebenarnya ada satu elemen lagi dimana ada persamaan konsep ketuhanan antara org Islam dan org kristian. (nota: ini bukan isu trinity). Orang Kristian menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa terhadap sesuatu. Kepercayaan begini bererti bahawa Allah yang menciptakan alam mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga. Orang Kristian, malah semua agama didunia ini, menerima dan mengambil kefahaman ini. Orang Islam juga menerima konsep ketuhanan ini.
9. Dari segi ilmu Tauhid, keimanan kepada konsep ketuhanan diatas dinamakan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Rububiyyah bermakna seperti yang digaris diatas. Tetapi bagi orang Islam, keimanan ini baru separuh sahaja. Ianya masih lagi tidak lengkap.
10. Untuk melengkapkan keimanan itu, orang Islam perlu mentauhidkan Allah dalam peribadatan. Maknanya kita menerima Allah dalam 2 perkara:
a. Pertama menerima Allah sebagai Pencipta dan Penguasa sesuatu.
b. Kedua menerima Allah dalam peribadatan kita (Ubudiyyah)
11. Menerima Allah dalam peribadatan bermakna:
a. Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta
b. Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah.
c. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.
Dan keimanan ini dinamakan sebagai Tauhid Uluhiyyah Allah.
12. Jadi orang Islam menerima Tauhid Rububiyyah Allah dan Tauhid Uluhiyyah Allah.
13. Orang Kristian hanya menerima Tauhid Rububiyyah tetapi didalam bab menguruskan dunia ini, orang Kristian mahu cara sendiri bukan cara yang Allah tunjukan. (Ada Muslim tahu ada hukum Islam tapi bagi berbagai alasan tak mahu buat- tapi ini bab lain)
14. Saya tidak bertujuan mahu mengulas hal ugama yahudi. Pertama, saya sendiri kurang faham. Kedua ugama yahudi itu bersifat exclusive iaitu khusus untuk bangsa yahudi.
15. Sebagai seorang Islam kita menerima KEDUA DUA tauhid itu. TETAPI apabila org Kristian menyebut nama Allah, kita sbg orang Islam serta merta tahu bahawa orang Kristian hanya menerima SEBAHAGIAN dari KEKUASAAN ALLAH iaitu menerima Allah sbg pencipta shj. Dan kita perlu ajar keluarga dan extended keluarga kita tentang fakta ini, supaya mereka tidak mudah terpengaruh dgn dakyah Kristian.
16. Rupanya kalimah Allah juga menjadi ’protective word’ kepada orang melayu. (lihat berita akhbar dibawah) Kalau kita kiaskan bagaimana kritikan dasar ekonomi baru bahawa DEB menyebabkan majoriti orang melayu memerlukan tongkat, maka kita perlu amat bimbang. Kita takut orang mula mengambil perkataan Allah dengan mudah tanpa perlu memahami isi kandungannya. Kenapa tidak, bila sebut Allah ianya hanya utk orang Islam.
17. Kita takut, kita mula mengambil nama Allah secara bersahaja ataupun ’taking it for granted’ kata org puteh. Jika kita tidak faham, dan hanya kita sahaja yg tak faham, itu ok lagi. Tetapi apa yg akan terjadi, tidak fahamnya kita akan Allah Dan Tauhidnya, akan melibat satu pusingan yang sungguh mengerikan, a vicious cycle, kata org putih.
18. Bayangkan kita tidak faham, kemudian kemungkinan besar anak anak kita tidak akan faham, kemudian menantu yang dipilih juga tidak faham, cucu kita yang dilahirkan juga tidak faham kerana anak dan menantu kita tidak mengajarnya, kemudiaan cicit kita tidak faham kerana moyang, datuk, ayah dan ibunya juga tidak faham. Kalau inilah berlaku bermakna Kiamat itu begitu hampir. Semoga Allah jauhkan ada keluarga kita yg terpikat kepada Kristian.
19. Oleh itu menjadi tugas kita untuk faham Allah dan Tauhidnya dan diturunkan kpd anak2 kita, baru lah kita boleh merasa sedikit lega dan yakin bahawa keimanan Islam kita, anak, menantu, cucu, cicit, tidak akan berganjak dengan hanya manusia dari agama lain menggunakan perkataan Allah.
20. Kita boleh menghalang dengan tidak memberikan permit utk orang bukan islam menggunakan perkataan Allah. Tapi bagaimana dengan penerbitan yang tidak rasmi. Bagaimana dengan sebaran sebaran umum. Bagaimana kalau dia datang kepada anak kita dan mengatakan ”Tuhan kami juga Allah”. Dan kita pula tidak meletakan pertahanan aqidah kepada anak kita.
21. Kita mesti ingat bahawa Kerajaan Malaysia hari ini bukan dari jenis yang terlalu hirau atau concern tentang halal dan haram. Pemimpin yang dipilih pada hari ini adalah dari hasil politik wang. YB YB yang dipilih pada hari ini ada yang dari hasil penipuan. Pemimpin BN hari ini adalah secara direct atau tidak, adalah mereka yang rasuah. Terlalu sedikit yang macam YB Shahrir Samad. Bagaimana mereka yg didalam perutnya mungkin penuh dengan lemak lemak rasuah, terlalu mengambil berat akan aqidah kita, anak, cucu kita. Kalau YB MCA sanggup letak jawatan, bagaimana dengan dua YB Selangor,melayu, yang ada affair. Mereka, YB YB ini, mungkin akan mempertahankan, hanya setelah aqidah orang kita telentang tetapi kita tidak boleh membiarkan anak cucu cicit kita jadi begitu.
Kerana itulah, memahami Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Rububiyah itu amat amat amat penting untuk kita, keluarga kita, dan rakan rakan kita di office dan semua umat Islam. http://satuallah3aqidah.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pemahaman Allah dalam Kristian.
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi dengan saudara Hamdy berkenaan pemahaman Allah dalam Kristian. Saudara menulis "http://rancanghidup.blogspot.com/
2008/01/satu-allah-3-aqidah_14.html"
no 10 dan 11."
Orang Kristian beriman kepada Allah seperti berikut:
1. Percaya dengan sepenuh jiwa raga bahawa Allah adalah pencipta langit dan bumi dan segala sesuatu yang ada didalamnya. Dia tidak diciptakan dan sudah ada sebelum dunia dijadikan, segala-galanya adalah dalam tangan-Nya. Allah berkuasa terhadap segala-galanya.
2. Tidak ada Allah lain yang disembah selain Allah kerana Allah itu hanya satu iaitu Allah yang Mahakuasa. Adalah menjadi dosa menyamakan walauapa pun sebagai Allah.
3. Semua pentunjuk datangnya dari Allah sahaja dalam menangani semua kejadian dimuka bumi ini kerana Allah Mahamengetahui.
4. Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk membuat hukum dan semua makhluk ciptaanNya.
5. Allah yang disembah oleh orang Kristian adalah Allah yang Penyayang dan lemahlembut, Dia yang akan membalas kejahatan dengan kejahatan (neraka), kebaikan dengan kebaikan (surga) kerana Dia adalah yang Mahaadil.
Saya tertanya-tanya mengapa saudara mengatakan bahawa Kristian tidak merujuk kepada Allah dalam pengurusan hal-hal disekitar? Tidak kah saudara baca dan selidiki bahawa Kristian menginginkan kedamaian sama seperti Allah inginkan kedamaian didunia ini?
Lihat sahaja peribadi Pope John Paul II...maka anda akan lihat bagaimana dia menunjukkan siapa itu Allah.
Sekian.
Berjumpa lagi di forum akan datang.
salam hi there. this is not a place to debate christianity. saya tidak attack christianity. saya mghormati pendapat tuan. No 4 itu adalah debatable.
ReplyDeleteterima kasih kerana melawat blog saya.