Saturday, May 02, 2009

Buku Baru: Rancang Hidup Rancang Wang Remaja

Alhamdulillah, buku ke4 saya Rancang Hidup Rancang Wang Remaja telah terbit pada hari jumaat lalu. Buku kecil ini adalah hasil dari cadangan seorang ustaz penggerak pendidikan sekolah yang mahu saya menulis buku RHRW untuk remaja.

Buku ini mempunyai 50 topik ringkas yg sesuai untuk remaja. Konsep buku ini adalah komik dalam buku dimana, satu muka surat untuk penerangan dan sebelah lagi ialah lakaran yg menterjemahkan penerangan tersebut. Kaedah ini digunakan untuk memberi peluang kepada anak anak yg tidak rajin membaca, yg akan terus membelik lakaran lakaran tersebut.

Ianya Insyallah sesuai utk diberikan kepada anak anak atau dihadiahkan kepada adik adik anda.

Harga buku adalah Rm15+rm3pos.

Untuk guru2 dilembah kelang, terutamanya, yang berminat untuk berkongsi buku ini dengan murid murid, saya menawarkan harga Rm10 utk dijual kpd anak murid/ibubapa dgn 30% utk penjual. Saya merasakan ianya sesuai utk dijual kepada murid atau ibubapa murid. Contohnya pada hari semalam seorang guru telah membeli sebuah dari saya dan beberapa jam kemudian telah membeli lagi 20 buah utk dijual kepada ibubapa anakmuridnya.

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.