Thursday, December 20, 2007

HARTANAH 5 : ANTARA FREEHOLD & LEASEHOLD 2

Salam~ Sedikit pandangan tambahan kepada jawapan Hamdy yang memang dah cukup padat nih.

Status tanah leasehold atau freehold, ianya termaktub didalam Kanun Tanah Negara (KTN). Dan tidak menjadi satu kehairanan ianya boleh sebelah menyebelah bergantung kepada pentadbiran Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Adakala tanah kosong iatu freehold tetapi apabila telah dipecahsempadan, surat hakmilik (geran) dikeluarkan sebagai leasehold. Jadi jangan heran hal ini.

Apa beza dan kesan status leasehold dan freehold kepada tanah kita. Perbezaannya ialah tanah status freehold ini adalah selama-lamanya milik kepada pemilik yang berdaftar pada suratan hakmilik (geran) tanah tersebut. Manakala tanah berstatus leasehold pula, tempoh milik pemilik yang berdaftar didalam suratan hakmilik adalah bergantung kepada tempoh yang dicatatkan didalam suratan hakmilik itu seperti 99 tahun atau 60 tahun atau 30 tahun atau lain-lain tempoh. dan ada juga sepanjang 999 tahun. Apabila habis tempoh-tempoh tersebut, tanah berstatus leasehold ini akan kembali haknya kepada kerajaan negeri menjadi state land dan terpuanglah kepada kerajaan pada masa tersebut samada untuk diguna mengikut kehendaknya jika ia ada perancangan tertentu atau leasekan kembali kepada pemilik berdaftar tadi dengan mengenakan apa-apa bayaran termasuk premium dan sebagainya mengikut tempoh yang tertentu.

Beza nilai antara keduanya, bagi kami, nilai tanah status freehold lebih tinggi dari leasehold dengan kadar mengikut tempoh baki leaseold yang ada. Namun kadang-kadang walaupun leasehold berbaki lagi 60 tahun tetapi dilokasi yang 'hot', nilainya adalah juga tinggi kadang-kadang menyamai tanah berstatus freehold. namun tak banyak lokasi yg macam nih. Apapun nasihat kami kepada klien, eloklah beli hartanah yang freehold.

Berkaitan dengan 'marketable' tanah berstatus leasehold atau freehold, sebenarnya kedua-dua jenis tanah tersebut tidak menghalang daripada mana-mana kaum samada melayu atau non-Melayu membelinya, cumanya proses transaksi leasehold lebih susah dan panjang sikit di PTG termasuk juga jika pembelinya Melayu. Tetapi ianya tidak menghalang sesapa utk memilikkinya.

Yang menghalang sesuatu kaum dari memilikkinya ialah status tanah seperti Tanah Rezab Melayu dan lain-lain status seperti Tanah Orang Asli, yang khusus untuk orang-orang tertentu sahaja. Ini bermakna orang selain daripada orang Melayu tidak boleh memilikki tanah yang berstatus Tanah Rezab Melayu, begitu juga yang lainnya.
Namun jangan terkeliru antara leasehold atau freehold dengan status Tanah Rezab Melayu dan lain-lain seumpamanya denganya. Ini kerana Tanah Rezab Melayu juga ada yang leasehold dan ada yang freehold. Tak semua Tanah Rezab Melayu freehold.

Dari sudut pandang Penilai Harta, kami selalu membuat analisa perbezaan nilai antara tanah 'open title' (geran putih kata orang Penang) dengan tanah berstatus Tanah Rezab Melayu ( sesetengah negeri guna Tanah Simpanan Melayu) adalah diantara 30% - 40% mengiku lokasi hartanah tersebut.

Bolehkah Tanah Rezab Melayu ditukar status kepada geran putih? Jawapannya mengikut KTN adalah boleh dan bergantung kepada kerajaan negeri tetapi dengn syarat kerajaan negeri hendaklah mengazetkan tanah lain seluas tanah yang ditukar status tadi kepada Tanah Rezab melayu.

Dalam keadaan apakah kerajaan berhak mengambil tanah-tanah kita? tidak kira samada leasehold ker, freehold ker, tanah Rezab melayu ker, geran putih ker, asalkan berada didalam Persekutuan Malaysia yang mana KTN digunapakai (kecuali Serawak dan Sabah yang ada terma-termanya berbeza) dan samada suka atau tidak, kerajaan boleh mengambil balik tanah kita dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).

9 comments:

  1. Tuan Blog..minta izin copy paste tajuk ini..ramai plak tanya beza status dua nih...n rsnya penerangan u sgt jelas n nyata..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam En Hamdy,

    Saya nak tanya pendapat encik sket boleh? saya rancang nak beli rumah di bandar saujana putra..So, apa pendapat encik tentang kawasan ni? agak2 ada potensi untuk naik ke?

    T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat sy,saujana putra status leasehold,kalau bwh rm100k-150k blh terima utk single storey,kalau lebih terpulang pd tuan

      Delete
  4. salam, secara umumnya harga rumah naik 20-30% bila siap melainkan lokasi rmh itu cukup teruk. Selepas itu harga rumah stabil melainkan ada insiden2 yg boleh push harga rmh disitu.

    bdr saujana putra ni kat mana?

    btway, nak copy & paste no problem tapi state laa dari blog mana. kalau tak state dr blog mana, macam tulis sendiri jeee walhal org lain punya...

    ReplyDelete
  5. hYE, Saya nak dapatkan maklumat lanjut ttg leasehold. kalau mcm after 99 years tu, goverment akan byar pada kita apa2 ke sebagai ganti rugi?

    ReplyDelete
  6. Saya berminat nk beli apartment. . Susan tak proses dia . . ?

    ReplyDelete
  7. Tuan bolih tak tanah leasehold rizab melayu di panjangkan 99 tahun ...contoh sekarang tinggal 43 tahun nak panjang ke 99 thn...

    ReplyDelete
  8. Tuan bolih tak tanah leasehold rizab melayu di panjangkan 99 tahun ...contoh sekarang tinggal 43 tahun nak panjang ke 99 thn...

    ReplyDelete

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.