Assalamualaikum warahmatullah,
Soalan: Kes saya begini:
Fasa 2 pelancaran, harga unit yang paling 'koman' seperti yang kami beli (888 kai persegi RM160k) sudah naik jadi RM 207 K.
Fasa 1, tanahnya leasehold manakala Fasa 2, freehold! Pelik betul bukan? Bolehkah terdapat dua status tanah dalam satu kawasan kondo?
Adakah apa-apa kesan jika leasehold ini lupus?
Masakan Fasa 1 dibenarkan untuk diruntuhkan (Ada fasiliti kolam renang, gym, tempat ridah dan lain-lain pada aras 3, yang memang berkongsi ruang di tengah-tengah iaitu Fasa 1 dan fasa 2). Sudah tentu tidak masuk akal jika ini berlaku.
Rata-rata ramai melayu menjadi pemilik kondo fasa 1 (dalam 70%). Ramai orang Korea yang mahu menyewa.... Apa pandangan saudara dalam hal investment jangka panjang di tempat ini?
Jawapan:-
Didalam banyak keadaan, orang yg membeli hartanah yg dilancarkan pada fasa pertama mendapat keuntungan. Jika dalam keadaan biasa, kenaikan rumah yang siap akan dan naik antara 20-30% dan kemudiannya akan ditentukan oleh market demand. Tetapi untuk pembeli rumah fasa 1, kenaikan harga rumah itu akan naik hampir mengikuti harga fasa 2 apabila fasa 2 dilancarkan, tetapi jika harga kenaikan rumah fasa 2 itu kurang dari 20%, kemungkinan harga 20% itu akan kekal.
Memang harga freehold akan lebih sedikit dinegara ini. Antara sebab utamanya ialah pembeli bukan bumiputera lebih selesa untuk membeli yg freehold. Kelebihan freehold ialah ianya mudah ditukar milik dan tidak memerlukan kebenaran dari pejabat tanah. Utk leasehold, ada proses tambahan untuk menukar milik iaitu kebenaran dari pejabat tanah. Proses ini akan mengambil masa paling kurang 6 bulan. Jika pindahmilik itu antara bumiputera ke bukan bumiputera, kemungkinan besar permohonan itu ditolak dan proses rayuan diperlukan. Ini dengan mudah akan mengambil masa selama 4 bulan.
3.Untuk Leasehold, apabila jangkahayat tanah itu tinggal lebihkurang 60 tahun, ada bank yang keberatan untuk memberikan pinjaman.
Apa terjadi jika leasehold itu tamat. Pertamanya Kerajaan mempunyai hak untuk mengambil balik tanah itu. Jika tidak diambil balik oleh Kerajaan, pemilik akan diminta membayar premium, mengikut kadar yang ditentukan pada masa itu.
Masalah pengambilan balik tanah ni, sebenarnya pihak kerajaan kalau nak ambil, dia tak kira samada leasehold atau freehold. Kerajaan akan ambil. Kita Cuma berharap kita akan dibayar dengan sepatutnya, bukan diambil dengan harga murah dan dijual kembali dgn harga tinggi. Bukankah ini pernah berlaku. Tetapi kalau pemimpin yang kita pilih setiap 4-5tahun itu memang jenis buaya, jangan complaint banyak sangat.
Oleh itu, advantage freehold lebih kepada memudahkan untuk pindahmilik, harga lebih sedikit dan marketable pada semua bangsa.
Kes fasa 1 leasehold, fasa 2 freehold, walhal begitu dekat. Pertamanya apa yang nak dihairankan di Malaysia ni. Bukan kah Malaysia Boleh. Ini juga berlaku disatu taman Ukay Bistari di Hulu Kelang dimana fasa 1 freehold tapi fasa 2 leasehold, terbalik pula. Kalau pemimpin dari jenis buaya, anything goes asalkan perut mereka penuh.
Investment jangka panjang disatu satu lokasi. Pada umumnya jika lokasi itu berhampiran dengan Kuala Lumpur, ianya amat marketable pada jangka panjang. Kita akan lihat pada satu masa nanti, rumah yg selesa dan affordable akan bertambah jauh dari K Lumpur. Untuk kawasan luar KL, saya kurang pasti. Ditambah lagi kalau kita rasa tempat itu baik untuk sewaan dan expatriate menyukai tempat itu. Sudah tentu, sewaan nya baik untuk jangkamasa panjang.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.