Sunday, March 30, 2008

Buku RANCANG HIDUP RANCANG WANG terbit

Alhamdulillah, akhirnya buku pertama saya RANCANG HIDUP RANCANG WANG lahir pada hari Ahad 30 mac 2008. Keindahan lahirnya buku ini bagaikan indahnya rasa semasa kelahiran anak pertama 19 tahun yang lalu. Terima kasih kepada sahabat Zukri@iMedia production dan juga sahabat yang sanggup mendahulukan kos penerbitan.Buku ini saya terbitkan sendiri kerana konsep buku ini tidak bersesuaian dengan konsep penerbitan beberapa penerbit buku.

Konsep buku saya ialah "SATU BUKU CERITA SEMUA". Buku ini bertujuan untuk memberikan pasangan muda satu asas@foundation kehidupan dimana dengan membaca buku ini insyallah, pasangan muda akan mendapat perspektif rancang kehidupan secara keseluruhan didalam memulakan atau menjalani hidup. Ianya juga sesuai sehingga umur pertengahan 40an.

Terdapat 112 idea saya ketengahkan didalam aspek kehidupan:-

-Kehidupan
-Kerjaya
-Rancang Wang
-Pelaburan dan Perlindungan
-Membeli Rumah
-Mendidik Anak
-Konsep Rezeki.

http://www.rancanghidup.blogspot. com
Harga Buku RM18 (termasuk belanja Pos).
sila bank in ke Akaun Maybank 562106051253 Haron Mohd Yusof
dan sms@email nama dan alamat kpd saya di 013-3696712.

Diizinkan Allah, saya merancang utk membuat seminar separuh hari RANCANG HIDUP RANCANG WANG pada masa akan datang.

Semoga Allah Redha dan Memberi Keberkatan terhadap hidup kita.
hamdy

Kandungan Terperinci:

Kehidupan Ini

Tujuan Hidup
Peringkat Peringkat Hidup
Hidup Ini Rupanya Singkat
Hidup Ini Singkat, Binalah Sejarah
Kesusahan Adalah Proses Kematangan
Pemikiran Positif Penggerak Kejayaan
Buku Mempercepatkan Pengetahuan


Kerjaya
Hidup Perlu Ada Cita Cita
Kerja Pertama Paling Susah Dapat
Sekarang 500 Kemudiann 5000
Sentiasa Kemaskini CV Anda
Bekerja Untuk Ilmu Bukan Untuk Wang
Lihat Kedudukan Kerjaya Setiap 3 Tahun
Jangan Bercerita Masalah Di Pejabat
Kenali & Dampingi Pihak Pengurusan
Nak Mencuba, Biar Sebelum 35
Kemahiran Hidup Pembuka Rezeki


Merancang Kewangan

Rancanglah Kewangan Anda
Kewangan Kita Berterabur
Merancang Kewangan Anda
Rancanglah Kewangan Anda
Simpan Dulu Baru Belanja
Nasihat Nasihat Azizi Ali
Salahkah Menjadi Kaya
Bila Suami Dapat Durian Runtuh
Reserve Reserve
Zakatlah Sebelum Anda Dizakatkan
Beberapa Ide Mengenai Wang
Makan Dulu Sebelum Shopping
Pasangan Anda High Maintenance
Lagi Besar Exos Lagi Besar Ego


Perlindungan Takaful

Takaful Satu Keperluan
Perlindungan Perlindungan Perlindungan
Takaful Pendidikan vs Takaful ’life’
Memahami Sedikit Takaful ’life’
Takaful Perubatan
Fokuskan Takaful Untuk Perlindungan
Tengok Kembali Polisi Insuran


Pelaburan

‘Take Charge’ Pelaburan Amanah Saham Anda
Pelaburan KWSP: Jangan Tandatangan Banyak Borang
‘Switch’: Antara Amanah Saham Dan Bond
Adakah ASB, Pelaburan Yang Baik
Pelaburan Emas Sebagai Alternatif
Pembiayaian Rumah: Beberapa Soalan
Berapa Lama Wang Pelaburan Berganda
Meminjamkan Wang Duit Hilang


Membeli Rumah

Beli Rumah Masa Muda
Loan Rumah Jangan 25 Tahun
Rumah Biar Dua Nama
MRTA Diatas Nama Suami
Pelaburan Hartanah: Rumah Atau Apartment
Keuntungan Dibuat Semasa Membeli
Membeli Rumah Untuk Pelaburan
Faktor Pemilihan Lokasi
Membeli Rumah Juga Satu Perlindungan
Jual Hartanah Sebelum Terpaksa
Ada Harta Susah Tiada Pun Susah
Jangan Terlebih Lebih Ubahsuai Rumah
Bila Kitchen Cabinet RM15000
Belilah Kereta Berumur 1-2 Tahun


Mendidik Anak.
Anak Cerdik Bermula Diranjang
Doakan Anak Bila Teringat
Menyusu Paling Kurang Satu Tahun
Tadika Islam Atau Tadika Biasa
Pakej Buku Mahal Membazir
Buku ‘Read With Me’ Murah Berkesan
Flash Card Murah Berkesan
Hafalan Quran Bijak Akademi, Ada Kaitan?
Menghafaz Quran DiRumah: Contoh
Pengurusan Masa Untuk Anak Anak
Aku Tersilap Mendidik Anak
Mengajar Anak B Inggeris-Cara Ringkas
Darjah Satu Dah DiHantar Tusyen
Beberapa Soalan Untuk Ibubapa Muda
Patutkah Hantar Anak KeAsrama DiTingkatan Satu
Hasil Didikan Nampak DiUmur 15 Tahun
Aku Bukan Bapa Mithali
Buat Apa Tusyen, Bukan Dapat A Pun
Bukan Mudah&Murah Mendidik Anak Kami
Didik Anak: Apa Rahsia Kami


Fahami Konsep Rezeki

Sembahyang Dhua Pembuka Rezeki
Sadaqah Pembuka Rezeki
Istighfar & Taubat Menambah Rezeki
Bertakwalah, Rezeki Datang
Jangan Lupa Bertawakkal
Pembuka Rezeki Yang Lain
Dunia Bagaikan Air Laut
Lihat Kembali Jika DiRompak 2 Kali
Usaha Disini Yang Dapat Di Sana


Kehilangan Kerja/Masalah Kewangan

Tanda Tanda Masalah Kewangan
Tindakan Awal Bila Menghadapi Masalah Kewangan
10 Kesalahan Pencari Kerja
Mengurangkan Perbelanjaan Tetap
Mengurangkan Perbelanjaan Tidak Tetap ‘Variable’
Khidmat Nasihat Dari Bank Negara.


Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlaq
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga
Saya Mestilah Hidup Untuk Islam
Jadilah Kami Orang Yang Banyak Berzakat Dan Bersedekah
Rancang Hidup Dari Perspektif Dakwah.

8 comments:

  1. Tahniah Bro Hamdy. Doakan buku saya juga akan terbit sedikit masa lagi. Ada masa datang le laman blog saya di http://st-gallery.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Saya selesai membaca buku tersebut semalam. Saya beli hari Rabu di Majlis Hafazan Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah. Satu buku yang cukup mengesan dan memberi banyak idea tentang pengurusan kewangan dan pendidikan anak-anak.

    Boleh tak tuan berikan pendapat bagaimana untuk menyampaikan isi buku tersebut kepada suami saya? Beliau tidak minat membaca dan memang agak sibuk dengan kerjaya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.

    Jika tuan berminat mahu menulis buku yang seterusnya hantar cadangan kepada saya roslan@pts.com.my.

    Layari www.pts.com.my bagi mengetahui buku terbitan kami.

    Layari www.universitipts.com bagi menghadiri bengkel menulis percuma. Yang terdekat 17/5/2008.

    ReplyDelete
  4. salam ummifaiz - terimakasih. dari cerita isteri saya, ada suami kawan2 nya yg ketawa tersenyum2 membaca buku saya walhal suaminya tidak minat membaca. Cuba tunjuk topik 'anak cerdik bermula diranjang', sebagai pembuka. katakan buku ini santai saja, tak heavy.

    selamat mencuba

    ReplyDelete
  5. salam. masih ada lagi ka buku tu> kalau saya nak beli macamana? saya tinggal di sabah, berapa yang saya kena bayar? terimakasih.

    ReplyDelete
  6. salam hamidah.
    ada dua cara. order online tru mph.com.my atau bankin duit kat saya. saya akan hantar melalui pos express. harga tetap sama coz so far saya yg subsidise rm4 utk post, ie saya tak ambik untung sgt pun ngan buku ini. hphone saya 0133696712. sila sms

    ReplyDelete
  7. Salamun a'laik... saya sangat suka dengan buku anda... rancang hidup rancang wang.. malah saya mewajibkan adik-adik saya membacanya juga... terima kasih atas ilmu yang dikongsikan... sangat membantu merancang kehidupan...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Liyana. moga ia menjadi amal jariah saya. Insyallah

    ReplyDelete

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.