Monday, June 02, 2008

Rokok Dan Rancang Wang Utk Pendidikan Anak

saya sedang menyediakan satu script untuk saya sendiri, dalam membuat persediaan 'masuk tv'. (wahh...masuk tv..anak saya dah kata 'abah glamour ngan buku dia'). well, org dah minta kita buat laa, mudah2an ianya jadi amal jariah. Itu pun hasil recommendation dari seorang kawan dari melaka.
Rasanya ramai yg tidak akan dapat menonton nya maka saya kongsikan disini. program apa, saya rahsiakan dulu, takuttt tak jadi .....


ini satu topik yang akan saya masukkan dan akan saya push penerbit utk masukkan.

soalan:
Bagaimana kaitan merokok pada hari ini dengan merancang wang untuk pendidikan anak anak.

1. Untuk bapa yang merokok, saya cadangkan agar mula kurangkan merokok dan cuba berhenti. Bapa perlu meletakan tekad utk berhenti merokok. Orang merokok selalunya dari muda umur 20 tahun lepas sekolah hinggalah hari sebelum nak masuk kubur, dia akan terus merokok.


2. Bapa perlu melihat merokok itu adalah membakar duit. Cuma ambil duit RM5 dan bakar duit tu didepan mata. Atau minta anak bakar duit Rm5 tu didepan mata kita. Saya cadangkan cuba pada hari ini dan tengok apa yg kita rasa.


3. Kalau satu hari merokok sebanyak Rm5 sehari, cuba kurangkan kepada RM2. Bayangkan RM3 disimpan, maka itu dah hampir RM 90 sebulan. Banyak tu.


4. Saya tak kata, berhenti rokok walau itu yg sebaiknya. Kerana merokok bukan sahaja membakar paru paru malah membakar wang.


Apa yg saya cadangkan ialah kurangkan rokok dimana setiap hari yang dijimatkan itu ditabungkan. Rm90 sebulan, maka setahun dah Rm1000. Maka anda perlu meletakan tabung buluh di tangga rumah supaya RM3 boleh disimpan setiap hari.Mulai hari ini bila sampai sahaja kerumah setiap petang, depositkan rm3 di tabung itu.

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.