Tuesday, November 08, 2011

secubit coretan utk yg berduit

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

1. mendengar setengah org yg berduit, melabur dgn hanya mendengar penerangan dari sales person membuat hati saya bergetar. Bimbang rasanya bila mendengar org melabur at the spur of the moment.

2. Nak menasihat org yg berduit susah gak sebab penulis sendiri bukan dikalangan org yg berjaya financially. Hidup sekadar kais bulan makan sebulan dan drive pun kereta tua berumur belasan tahun, tidak cukup utk claim ' i have make it'. Cuma yg ada ialah minat utk membaca dan mengambil tahu. So tulisan ini sekadar lontaran kpd mereka yg berduit dari org yg tak cukup duit.

3. Org berduit selalunya sibuk tetapi itulah yang akan memakan diri mereka sendiri dalam pelaburan.

Dua contoh real yg boleh saya kongsi, 1. seorang senior consultant yg hilang rm500ribu dalam pelaburan amanah sahamnya apabila saham itu jatuh dan agennya tidak langsung memberitahunya. 2. Adik saya sendiri yg hilang beberapa puloh ribu kerana sebab yg sama.

Dalam kata lain, apabila kita menyerahkan pelaburan kita semata-mata keatas org lain, maka tunggu lah akibatnya. Tidak kiralah hebatnya anda, sama ada pengurus besar atau pakar besar atau consultan berbadan besar, atau bijak macamana sekali pun, tetapi bila ia meninggalkan pelaburannya utk dikawal oleh org lain sepenuhnya maka ia menunggu bencana.

4. Antara contoh nyata ialah pelaburan amanah saham melalui kwsp. Ada org sign borang dgn agen melebihi 2-3 borang. Jika dia sign 2 borang shj, maka setelah 6 bulan barulah agen itu akan mengadap beliau, kalau 3 borang 9 bulan. Itu sebab kami mencadangkan agar sign borang hanya 1, dan biarkan agen itu datang utk mengadap lagi bagi borang berikutnya pada 3 bulan akan datang. Bila beliau datang maka bolehlah kita bertanya.

5. Konsep asas pelaburan amanah saham ialah, bila share market naik, kita mengambil keuntungan dari amanah saham kita dan beralih kpd bond. Ataupun jika boleh kembali ke kwsp. Cuma pelaburan kwsp adalah tidak sah syariah, maka kita boleh menukar kepada pelaburan tabung haji, utk memastikan sebahagian keuntungan itu terjaga. Tetapi berapa ramai agen yg menasihat demikian? Berapa ramai agen yg akan mengingatkan pelaburnya supaya mengambil sedikit keuntungan.

6. Satu lagi yg perlu diingati oleh org yg berduit ialah, pada hari ini tidak ramai org 'real financial planner'. Yg ramai ialah sales agent yg menjual produk mereka. So mereka tidaklah mengkaji keperluan pelabur. Yg penting bagi mereka ialah menjual produk mereka. Kita tak boleh salahkan mereka kerana mereka hidup diatas komisen yg diberi. Maka org yg berduitlah perlu memastikan ia tahu akan konsep2 asas pelaburan. JIka tidak, bersedialah utk merasa 'fingers burned'.

Kalau ada perkara2 diatas berlaku pada anda, mungkin anda sebagai org yg berduit, ingin melihat kembali strategi pelaburan anda.
Perkara diatas mungkin juga kurang nilainya, cuma ia mesti dikeluarkan dari minda saya supaya idea lain boleh masuk.

No comments:

Post a Comment

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.