Tuesday, November 08, 2011

Skim rumah pertama 400k - patut kah diambil.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

pada cermah rancang wang belia ikram KL pd sabtu okt 29 lalu, ada satu soalan mengenai skim rumah pertama maksimum 400ribu, sama ada patut kita ambil atau tidak.

Persoalan asas yg perlu ditanya ialah mampukah atau tidak.

utk pembiayaan 400ribu dgn keuntungan bank, katakanlah, 4.5%, utk 30 tahun pembiayaan, bayaran bulanan ialah dalam Rm2000. (sila cek dgn bank utk kepastian dan sebarang perubahan).

Bank memberi pembiayaan berdasarkan 30-40% dari pendapatan. Oleh itu utk Rm2000 sebulan, pendapatan yg diperlukan ialah RM6000 sebulan. Dalam kata lain, jika skim ini masih limit pendapatan individu kpd rm3000, maka combined income suami isteri berjumlah Rm6000 diperlukan. (kalau pembiayaan Rm200000, rm 1000 sebulan so pendapatan Rm3000/mth) . (sila cek dgn bank utk kiraan detail)

cuma kena take note, pembayaran RM2000 itu boleh meningkat jika BFR terus meningkat. Dalam masa 1-2 tahun ini BFR telah meningkat beberapa kali.

Tapi secara umumnya bagi yg layak, saya menggalakkan utk mengambil pembiayaan ini sebab ia memberi pembiayaan 100%. Bukan mudah nak menyediakan 10% + 5% itu. Saya dulu meminjam keliling, itu pun dgn janji petronas akan pulang balik. So sape yg mahu, sila buat perkiraan anda dan start scouting rumah yg baik dgn lokasi yg baik.

Sape yg mahu mengikut qaul beli cash, anda boleh mengambil risiko itu kerana so far harga rumah tidak pernah turun. Kenaikan harga rumah yg mendadak pada 2-3 tahun ini adalah mungkin kerana cycle tiap 10 tahun dan mungkin juga kerana manipulasi bank.

2 comments:

  1. Betul ke interest bank 4.5%? Adik saya telefon ke bank yang berkaitan katanya untuk skim rumah pertamaku interestnta lain... 6%... Lebih baik kalau pihak tuan dapat pastikan nilai ni..

    ReplyDelete
  2. tq en abusuffian. saya dah tambah 'katakanlah' dan '(sila cek dgn bank utk kepastian dan sebarang perubahan). "

    ReplyDelete

salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.