Salam~ Nak tambah sikit dari apa yg akh Hamdy sebut tuh.
1. Lokasi.
Isu ini cukup penting jika ingin membeIi hartanah utk tujuan pelaburan. Lokasi tak bagus hartanah akan mengalami penurunan dalam nilainya. Dalam praktis, pernah saya menghadapi masalah penurunan nilai dari harga asal. Tetapi bagi kawasan Tmn Melewati, seperti kata Hamdy memang dah establish. So tak perlu risau. Manakala lokasi dikawasam-kawasan lereng bukit yang curam yang mungkin ada risiko tumbang macam kondo Highland Tower kat Hulu Kelang dulu tuh maka pembeli perlulah berhati-hati kerana struktur tanah dikawasan tersebut tidak begitu baik untuk bangunan tinggi.
2. Jenis Hartanah.
Saya selalu menasihati klien agar berhati-hati untuk membuat pelburan dalam jenis hartanah kerana ianya boleh memberi kesan kepada pulangan. Apabila kalian membeli landed property, kosnya hanyalah sekali iaitu harga jualan + legal fee dan bila disewakan maka 100% sewa kita boleh utilize setelah tolak installment bulanan. Tetapi jika membeli kondo ka, apartment ka atau flat ka, ada lagi satu elemen pembayaran yang kena tambah setiap bulan selain dari installment bulanan iaitu bayaran caj perkhidmatan (service charge). Caj ini bergantung kepada kos penyelenggaraan dan kos operasi fasilitis yang disediakan oleh pemaju. Umpamanya ada kolam renang, sauna, Jacuzzi, lift, senitaman, gelanggan squash, badminton dan lain-lain kemudahan maka kos caj ini adalah tinggi. Kebiasaannya kondominium di Kl ni akan mengenakan caj disekitar RM 0.20sen hingga RM 0.32 sen sekaki persegi. So darabkan dengan keluasan lantai unit kondo maka itulah jumlah yang MESTI dibayar samada kita guna ke atau tidak facilities yang disediakan. Jika tak bayar, unit kondo kita boleh di seal mengikut Akta Hak Milik Strata 1985 ( La nih dah diubah dan dah ada akta baru yang lebih strong dari akta lama dan akan berkuatkuasa pada April 2008 ini – tak ingat nama penuh).
3. Konsep Hidup BerKondo.
Saya selalu mengingatkan klien bahawa jika anda beli kondo atau yang memiliki melalui Hak Milik Strata, saya akan selalu kata dinding rumah you sebenarnya dinding rumah jiran sebelah, bumbung rumah you sebenarnya lantai jiran atas you dan lantai rumah you adalah bumbung rumah orang bawah. So susah jika berlaku apa-apa seperti bumbung rumah you bocor kena minta izin jiran rumah atas untuk repair lantai rumah dia. Pengalaman saya sekitar 11 tahun mengurus hartanah jenis kondominum nih, area kat bilik air yang memang kerap bocor. Nak repair tuh siap berperang dulu ngan jiran yang tidak begitu memahami hidup di kondo tuh. Dan ada kes sewerage system piping tersumbat dan ditakdirkan tersumbat kat bahagian dinding rumah antum, maka dinding rumah antum akan dipecahkan dan keluarlah pelbagai barangan yang tak sepatutnya dilihat. Namun bagi mereka yang memang selesa hidup dikondo maka tak kesah lah dengan semua ini.
Selain dari itu jika ingin menjual kondo tuh maka pelbagai pihak yang perlu diprolehi kebenaran menjual atau perlu consent orang kata terutama dari pemaju, pengurus hartanah, dan sebagainya. Kadang ambik masa 3 – 6 bulan baru boleh selesai tak termasuk urursan di Pejabat Tanah.
Cumanya jika saya ditanya, jenis apakah hartanah yang paling baik untuk dibuat pelaburan maka jawapan saya ialah jenis landed property tetapi pilih lokasi yang terbaik. Tetapi jika pelaburan antum untuk kondo sekitar Jalan Pinang, Jln Ampang berdekatan KLCC maka saya berani jamin pelaburan anda akan berlipat kali ganda dimasa hadapan kerna lokasinya menjadi kegemaran tok arab. Tapi harga yang ada ditawar sekarang pun dah RM 1,200.00 sekaki persegi. Bayang kalau luas unit 1000 kaki maka harganya ialah RM 1.2 milion. Begitu juga sekitar Mont Kiara pernah ana nilaikan sekitar RM 3.5 juta seunit.
************ ********* ********* ********* *
ZULKEFLI BIN AHMAD
IPC ISLAND PROPERTY CONSULTANTS SDN.BHD.
REGISTERED VALUER AND ESTATE AGENT V550/E1582
Tel : +603-8733 2355
Fax : +603-8733 2352
H/p : +6019-3366 667
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[B]NZBsRus.com[/B]
ReplyDeleteSkip Sluggish Downloads Using NZB Downloads You Can Rapidly Find HD Movies, Games, MP3s, Software & Download Them at Maxed Out Speeds
[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Usenet[/B][/URL]