Ada kalanya kita di datangi oleh agen agen amanah saham yang membuat promosi tentang amanah saham mereka. Ada yang datang dengan sopan, ada yg kemas dan mungkin ada yang datang dengan skirt pendek yg mana kalau mahu duduk pun perlu ditarik tarik skirt tersebut utk kelihatan panjang. Agak malang kalau anda terus membeli amanah saham yang diajukan dengan kerana kesopanan, kekemasan ataupun kemanjaan atau keseksian agen tersebut.
Persoalannya, bagaimana anda ingin mengetahui bahawa amanah saham yang dipromosi itu mempunyai prestasi yang baik. Sememangnya dalam amanah saham, prestasi sebelumnya tidak menjamin prestasi akan datang. Tapi paling tidak kita dapat membuat keputusan yang bertetapan.
Antara yang boleh saya cadangkan ialah anda membeli akhbat ’The Edge”. Ada juga malajah ”Personal Money” yang memberi data data prestasi
Buat masa ini akbar The Edge memberi tiga repot prestasi amanah saham dari tiga syarikat. Ianya terletak di topik seperti Lipper Fund Table, Normandy Fund Table, Morningstar Fund Table.
Disitu terdapat repot mengenai prestasi utk 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun. Ada juga analisa prestasi 5 tahun. Kalau sekali tengok tak faham, maka bacalah banyak kali. Kalau tak faham juga, bertanyalah pada yang mungkin tahu.
Melaburlah dalam amanah saham dalam keadaan berilmu, bukannya dengan hanya mendengar kata agen tersebut. Dan melaburlah dalam amanah saham islam.
No comments:
Post a Comment
salam sejahtera, sudi sudikan memberi komen dan mempromosi ilmu dalam blog ini. T.kasih.