Tuesday, September 01, 2009
coretan ramadhan 1: Hari ke 7, bagaimana prestasi kita?
Bagi saya, telah saya jangkakan bahawa ramadhan kali ini akan berlalu cepat. Perasaan begitu kerana kesibukan dan tekanan kerja. Mungkin semua org tertekan dgn kerja tetapi bila kerja berasaskan projek dan deliverables, tekanan kerja paling tidak 2 kali ganda dari biasa. Beruntunglah bagi mereka yang bekerja yg tidak berasaskan projek, deliverables, time-based dan melayan kerenah setengah client yg lupa diri.
Tapi ramadhan tetap perlu dijalani dgn baik. Jalan mudah ramadhan ialah dengan melakukan seperti majoriti muslim iaitu jaga sembahyang dan jaga puasa disiang hari dan ianya habis disitu. Tapi saya percaya ramai dari kita yg tidak mahu membuat setakat itu. Dalam alam pekerjaaan, kita tidak mahu di katakan sebagai mempunyai prestasi memenuhi keperluan. Kerana memenuhi keperluan bermakna bonus kita adalah rendah dan silap silap tiada bonus. Memenuhi keperluan bermakna kita sekadar cukup makan.
Ada beberapa perkara mudah yang perlu kita cuba terutama jika kita seorang lelaki. Ianya tidak mudah tetapi ianya tetap perlu dilakukan. Perkara perkara tersebut adalah:-
1. Sembahyang terawih, sebaiknya berjamaah dan paling tidak buat sendiri dirumah. Hari ke 7 kita telah mula melihat 75% jamaah terawih malam pertama telah hilang. Adakah kita sebahagian dari 75% tersebut.
2. Membaca satu juzuk quran sehari. Bagaimana prestasi anda. Bukan mudah utk melakukannya kerana satu juzuk memerlukan lebih kurang 60-90 minit. Terdapat purata 20 mukasurat utk satujuzuk maka 20x5minit adalah 100 minit. Kita perlu membahagi masa tersebut dgn teratur atau kita perlu pandai mencuri masa ditengah keletihan untuk membaca tersebut. Setakat ini, kita sepatutnya sudah habis 6 juzuk. Jika belum, jadikan sabtu ahad ini utk cover antara 4 hingga 7 juzuk.
Kenapa tidak, ditengah tengah kesibukan isteri anda menyediakan berbuka puasa, anda duduk dimeja makan untuk membaca alquran. Alangkah indah dan tenteramnya hati isteri mendengar anda membaca quran.
3. Bersembahyang tahajud minima 2 rakaat sebelum bersahur. Sembahyang tahajud ini perlu dibuat sebagai ringan ringan sebelum kita sampai ke climax mengejar lailatulqadar. Jika kita tidak mula dgn ringan ringan ini, kita takut badan tidak warm up untuk peak pada 10 malam terakhir.
4. Bersembahyang Dhuha. Sembahyang ini perlu kita lakukan kerana ia adalah antara sunnah rasullulah yang nyata. Ianya amat ringkas dan mudah. Ia juga penting utk melancarkan rezeki kita, Insyallah.
Pada hari ke 7 ini, kita perlu melihat kembali prestasi kita. Kerana kalau prestasi kita lemah, kita masih ada masa utk recover. Jangan terlalu cepat menyanyikan lagu raya seperti yang saya dengar nyanyian seorg staff di sebuah pejabat agensi kerajaan pada pagi semalam.
Malang jika kita seorang lelaki tidak mencuba melakukan yg terbaik utk perkara diatas. Malang jika suami anda tidak melakukan perkara diatas. Jika anda seorang perempuan, cabaran utk melakukan diatas lagi besar tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan mencuba.
Sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dgn kalian.
Saturday, June 20, 2009
Perkongsian Rancang Wang 20an
Antara topik yang disentuh ialah
Konsep & Model Kehidupan
Islam & Rezeki
Nafsu Yang Melemaskan
Model Pusingan Rezeki
Selayang Pandang Rancang Wang
Membina Gol Kewangan
Mari Hidup Sederhana
Membina Bajet
Isu & Tip Rancang Wang 20an
Pengurusan Hutang
Wanita & Harta
Susahnya Kita Nak Kaya.
Penyampaian solid 2 1/2jam mudah2an akan memberi manfaat kepada generasi baru.
Saya bersedia utk memberi penyampaian, terutama kepada generasi muda, kepada sape2 atau badan badan yang berminat dengan percuma dimana mana, Insyallah. Buat masa ini, pada hari sabtu & ahad, dan mungkin malam sahaja kerana komitmen kerja. Pada masa lain, ianya bergantung.
Btway, bagi sape yg merasakan bagi free bermakna kurang nilainya, maka ingin saya ingin letakkan kadar RM500 + misc RM200, utk sessi 4jam, atau RM750+200 utk satu hari. he3 ...
Utk program satu hari, penambahan tajuk Amanah Saham, Hartanah & Perlindungan boleh ditambah. Memang telah ada pelawaan utk membuat penyampaian berbentuk bengkel, cuma saya perlu sedikit masa utk menyediakan material. Akan saya Usahakan.
Semoga Bermanfaat.
Friday, May 15, 2009
Nak Buat Bizness Sendiri?
[sila baca dibawah dulu]
- senang ke bizness sendiri?
4 tahun hidup sebagai agent merupakan pengalaman berkesan. pengajaran besar ialah kalau tak boleh membangunkan dan mengembangkan perniagaan then kerja makan gaji lebih baik. Start bizness satu hal, membangunkan biznes satu hal lain. So kalau tak membuat persediaan membangunkan bizness, then tak berbaloi utk start bizness. U need to see, dream & visualise apa yg nak dibuat dalam membangunkan bizness anda.
-bolehkah bizness ini diajar?
apa yg perlu ialah persediaan utk menjadi usahawan perlu diajar. kemudian pendedahan berusahawan semasa sekolah perlu dididik. tapi kedua dua aspek itu bolehlah diajar, tapi acumen seorang usahawan tidak boleh diajar. ianya datang secara semulajadi. sikap mengambil risiko adalah inbuilt dalam diri secara semulajadi. Isu kalau dah terdesak kena vss etc itu cerita lain, & berapa ramai yg berjaya.
Saya relate dgn diri saya, rupanya masa darjah 6 dah jual pelekat pelekat tru mail order. tingkatan 2-5 menjadi photographer disekolah & kerjakawin dan menjual gambar. Saya tak sedar bahawa aktiviti aktiviti kecil ini membentuk minda usahawan. (itu sebab kena ajar anak berniaga walau jual pensil masa kat sekolah) Sekarang ni pun usahawan kecil menerbit dan menulis buku sendiri. Bila saya kena spend 10ribu utk menerbit 2 buku baru baru ini, then baru saya tersentak bahawa sekarang saya memang usahawan kecil menerbit dan menulis buku.
>Sebaliknya pendekatan (mindset) orang makan gaji adalah take it easy, almost no risks, complacent.
not really brother. sebenar makan gaji ni, lebih besar gaji lagi stressfull. kecuali beberapa sektor yg gaji besar yg masih relax. gaji yg besar adalah datang dengan tanggungjawab dan beban yg besar dan tekanan yg tinggi. Saya boleh cakap sebab saya dah merasa dunia kedua duanya. Satu sebagai seorang usahawan yg tidak berjaya membangunkan perniagaan dan satu sebagai pekerja yg dibayar tinggi. Tekanan yg tinggi yg kadang kadang secara joking Saya sebut depan kawan kawan " nak romen pun ingat kerja" (maaf- bluntly said) . Now berapa gaji tinggi...well u define it yourself.
Masalah org kita ialah kita anggap gaji besar kerja relax. Satu lagi masalah ialah, org kita ni gaji nak naik tapi tanggungjawab kalau boleh jgn dinaikkan.
Tuan Tuan dan Puan Puan, anda tidak perlu berhenti kerja utk jadi usahawan. Memang, the best adalah fulltime usahawan. Tapi crack your head, fikirkan dlm minda anda bagaimana nak jadi usahawan tanpa meninggalkan kerja anda. Tapi kalau nak fulltime gak, jgn laa tunggu umor 40 unless terdesak & terpaksa. Umor 40 urat dah kendur, mata dah mula rabun, nafas dah mula besar, sekadar berangan nak kawin lagi boleh laaa ... (mmmm mencabar kat 40s tuuu )
Sebulan yg lepas jumpa seorang yg kembali makan gaji setelah hilang 500ribu kerana bizness tak jadi. Aku...well tak banyak...cuma lebikurang Rm150ribu jeee ....
So ikut seorang kawan yg saya panggil zul giant, dia kata buat bizness yg modal tak besar...so kalau anda mempunyai personaliti boleh membangunkan org & baik PR, then MLM, Takaful & amanah saham boleh membuatkan anda jutawan.
Ini tak cerita lagi bila dah 55 org lain ada ratus ribu dlm epf tapi kita yg risk taker ni...mungkin tak ada langsung...juga tak cerita potensi ketegangan rumahtangga kerana bizness tak menjadi..
tapi yg paling best jadi usahawan ialah sembahyang dhuha tak tinggal, rasa rapat dengan Allah dan takut nak buat dosa ...
Ini bukan nak menakutkan tapi kadang kadang...... baik duduklah kat pejabat tu makan gaji ..
Selamat berjumaat .....take it pendapat diatas dari seorang yg gagal dlm membangunkan bizness... tapi kalau anda sudah tekad, sirru ala barkatillah ...
Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com
>>>>>>>>
From:
Subject: RE: Nizar remains the man of the hour
Salam,
Sekitar isu ini, kebetulan beberapa hari lepas ada sembang2 dengan rakan pensyarah, bagaimana sahabat2 Nabi kebanyakan mereka kaya raya dan bisnesmen yang Berjaya dan menginfaqkan harta mereka kejalan Islam.
Contoh zaman kini dalam konteks Malaysia adalah manusia seperti Syed Bukhari. Mereka ini tidak masuk universiti malah belajar setakat tingkatan 5, tetapi mereka Berjaya menjadi superjutawan dan membantu (dalam penjuru mereka) menaikan syiar Islam.
Lantas kita bertanya apa yang diajar di universiti sekarang?. Graduan keluar universiti tetapi mentaliti makan gaji sangat menebal. Apakah salah sistem pendidikan yang 'lapuk'. "Lapuk' bermakna banyak lepasan universiti 'gagal' mempelajari 'kehidupan', sedangkan manusia seperti Mendiang Loh Bon Siew mungkin tak tahu membaca tetapi berjaya membina empayar motosikal Honda di Malaysia. Apakah orang2 ini telah berjaya dalam Universiti Kehidupan?
Apakah ini bermakna korikulum pendidikan perlu diubahsuai supaya pelajar universiti akan mengharungi kehidupan alam kampus secara dua dalam satu, iaitu ilmu yang nampak (tangible) dan satu lagi ilmu kehidupan (intangible) .
Mindset seorang usahawan tulen berbeza dengan orang makan gaji. Usahawan tulen didedahkan dengan perkara hidup mati, berisiko tinggi, situassi do or die. Contoh antara kita yang ada sedikit pengalaman berniaga dan melabut sana sini. Semua itu melibatkan risiko yang besar, silap-silap rumah kena jual dsbnya.
Sebaliknya pendekatan (mindset) orang makan gaji adalah take it easy, almost no risks, complacent.
Tidak hairanlah bilamana Nabi saw bersabda bahawa 90% rezeki datang dari bisnes. Dan para usahawan tulen yang beriman dan takwa akan dibangkit diakhiratbersama rombongan para anbia.
Justera, wahai para pendidik apakah jalan terbaik mengambil dua scenario ini utk melahirkan generasi akan datang...??
MRH
-
Saturday, May 02, 2009
Buku Baru: Rancang Hidup Rancang Wang Remaja
Buku ini mempunyai 50 topik ringkas yg sesuai untuk remaja. Konsep buku ini adalah komik dalam buku dimana, satu muka surat untuk penerangan dan sebelah lagi ialah lakaran yg menterjemahkan penerangan tersebut. Kaedah ini digunakan untuk memberi peluang kepada anak anak yg tidak rajin membaca, yg akan terus membelik lakaran lakaran tersebut.
Ianya Insyallah sesuai utk diberikan kepada anak anak atau dihadiahkan kepada adik adik anda.
Harga buku adalah Rm15+rm3pos.
Untuk guru2 dilembah kelang, terutamanya, yang berminat untuk berkongsi buku ini dengan murid murid, saya menawarkan harga Rm10 utk dijual kpd anak murid/ibubapa dgn 30% utk penjual. Saya merasakan ianya sesuai utk dijual kepada murid atau ibubapa murid. Contohnya pada hari semalam seorang guru telah membeli sebuah dari saya dan beberapa jam kemudian telah membeli lagi 20 buah utk dijual kepada ibubapa anakmuridnya.
Monday, April 20, 2009
Buku Baru: Satu Allah Tiga Aqidah
Buku ini adalah kompilasi pendapat mengenai tuntutan nama Allah oleh pihak kristian. Pendapat pro dan kontra dari pelbagai pihak di kompilasikan dalam buku ini.
Buku ini saya terbitkan kerana bagi saya, peristiwa tuntutan pihak kristian ini adalah satu lakaran dalam sejarah yg perlu di semadikan dalam satu bentuk buku. Ianya perlu disimpan oleh kita untuk pengetahuan cucu cicit kita nanti, andaikata mereka mahu mentelaah perkara ini.
Dari satu aspek, saya mengambil risiko perniagaan kerana saya tidak tahu samada ada org yang mahu membeli buku atau dapatkah saya menjual sebanyak 1000naskhah yg diterbitkan. Tetapi kerana subjek ini amat menarik, saya meneruskan juga penerbitannya. Saya tidak nampak saya akan reprint buku ini.
Buku ini berharga RM17. Boleh di dapati dipintu masuk PWTC semasa pesta buku antarabangsa sehingga ahad Apri 26,2009. Ianya boleh juga dibeli direct kepada saya dgn harga RM17+Rm3pos, dengan sms kepada saya.
Mungkin anda boleh menolong dengan membeli buku ini dan buku saya yang lain.
Monday, December 01, 2008
Dapatkan buku Rancang Hidup RW dll disini:-
Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2
boleh didapati
- MPH--sila tanya
- Petaling Jaya- Kedai buku Uni Malaya (UM)
- Bangi - Kedai buku kampus UKM Bangi
- Cheras - Kedai Buku HUKM
- Serdang - Kedai buku UPM Serdang
- Selayang - Popular Book Store
- Chowkit-Hosp Tawakkal - Kedai Buku Nufair Street
Breaktru: 1089 Buku RancangHidup RancangWang Memasuki Perpustakaan Desa
3 bulan lepas saya menerima panggilan dari seorang pegawai dari satu agensi kerajaan yang mengatakan beliau akan membuat cadangan supaya buku Rancang Hidup Rancang Wang untuk perpustakaan desa. Saya membenarkan.
Minggu lalu saya mendapat pengesahan kelulusan dan pada hari ini kami telah menghantar 1089 buku untuk projek pembelian terus dari penulis bagi perpustakaan desa. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, berbekalkan konsep just do it atau redah, ini merupakan saya success story untuk saya. Setakat ini Buku RancangHidup RancangWang telah dicetak 4 kali dengan jumlah 4500 buah. Angan angan saya ialah mudah mudahan buku ini akan terjual minima 10,000 buah, sekurang kurangnya menandingi buku2 rakan Dr Danial http://www.danialzainalabidin.com/ 'Tip2 Cemerlang Dari Alquran'.
Walaubagaimanapun ianya tidak menjadi kenyataan tanpa izin Allah dan sumbangan mereka dibawah:-
- Isteri yang sentiasa tahan dengan tantrum saya, Anak2 yang memberi pengajaran dan pengalaman dan kegembiraan hidup.
- Rakan sekolah Azmi Ahmad yg mengatakan "Kau tulis lah dari perspektif bapa" dan mencadangkan saya membuat e-book apabila 3 penerbit tidak mahu menerbitkan buku saya.
- Rakan yg dikenali nama tanpa dikenali orangnya, Amir Razelan yang sanggup mendahulukan wang sebanyak Rm4500 untuk saya memulakan percetakan.
- Rakan Zukri@imedia production yang mengusahakan hingga buku ini menjadi kenyataan.
- Rakan2 seperjuangan dari PAS dan JIM yang telah membeli dengan banyak semasa cetakan pertama.
- Dan semua pembeli yang telah membeli, mudah-mudah kalian mendapat manfaat dan juga mempromosi buku ini supaya ramai lagi mendapat manfaat.
Doakan saya supaya Allah terus memberi ruang, kemudahan dan idea untuk terus menulis.
Dua buku dalam proses penerbitan Satu Allah 3 Aqidah dan Rancang Hidup Rancang Wang-Remaja.
Satu buku dalam proses penulisan Rancang Hidup Rancang Wang-Wanita.
Beberapa buku lagi masih dalam angan angan.
Wednesday, November 12, 2008
Top Up Minyak Kereta Anda: Jimat Setengah Kilometer per Liter
Tapi ada satu cadangan yang dapat saya buktikan. Sebelum cadangan itu saya buat, saya telah mengisi petrol apabila tangki kereta kosong. Pada masa itu purata kegunaan petrol saya ialah 8.3km setiap satu liter.
Saya telah menukar tabiat mengisi petrol apabila tangki kosong kepada mengisi petrol apabila tangki separuh kosong, iaitu setiap 300km saya akan mengisi petrol. Hasil nya, purata petrol saya naik dari 8.3km/L kepada purata 8.8km/L. ITU ADALAH TAMBAHAN 0.5km bagi setiap Liter. Bayangkan untuk 100Liter, anda telah meningkatkan km anda kepada 50km.
Now, ada yang akan mengatakan “leceh laa, selalu sgt isi petrol”. Ia leceh kalau anda kena mengadap kaunter petrol pump pada setiap kali. Proses nya boleh dipercepatkan dengan penggunaan kredit kad. Akan ada yg berkata “itu berhutang laaa…akan meningkatkan perbelanjaan”. Jawapan nya mudah. Apabila anda menerima gaji, masukkan duit bajet utk petrol terus ke dalam akaun kredit kad. Iaitu anda membuat pembayaran awal. Dengan cara ini anda tidak berhutang kepada kredit kad. Dan memang saya melakukan cara ini.
Maka, kenapa tidak tukarkan tabiat mengisi petrol anda supaya anda mendapat 0.5km lebih untuk setiap liter.
Selamat Mencuba dan Selamat Berjimat.
Thursday, October 23, 2008
Kewajiban terhadap harta bukan sekadar berzakat
Thu | Oct 23, 08 | 5:01:00 pm MYT
Apakah hikmat Allah SWT jadikan zakat sebagai satu daripada Rukun Islam di samping rukun yang lain. Satu daripada sebabnya menggesa manusia supaya faham, jika manusia menyayangi Allah SWT mereka mesti rela hati mengeluarkan sebahagian hartanya sebagai zakat.
Dengan meletakan hanya Allah yang Esa dalam hati, jadi tanda rasa kasih sayangnya yang mendalam. Kebetulan perkara yang disayangi manusia itu banyak, selain menyayangi Tuhan juga menyayangi keluarga dan harta kekayaan.
Oleh kerana Tuhan tahu manusia juga menyayangi harta, justeru manusia diuji dengan perintah mengeluarkan zakat.
Sekiranya manusia melaksanakan suruhan berzakat, bagi menguji kesayangan terhadap harta tidak mengatasi sayangnya kepada Allah SWT. Pada hal Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (Surah At-Taubah sebahagian ayat 111)
Dengan ayat itu Allah SWT pujuk manusia atas nama jual beli. Untuk beritahu bahawa harta yang dikeluarkan atas nama zakat, atau untuk pengorbanan agama-Nya tidak sia-sia. Hakikatnya ia akan digantikan dengan syurga lebih bernilai dan kekal.
Apabila diteliti, manusia yang faham terbahagi kepada tiga golongan. Sebahagian mereka yang setia dengan tauhid, bukan saja mengucap dua kalimah syahadah, bahkan memahami maksudnya, serta melaksanakan tuntutannya dari segi diri dan hartanya.
Orang yang setia itu sanggup berhabisan hartanya untuk Allah SWT, hingga tidak disedari hartanya yang dikeluarkan sama ada dinar (wang emas) atau dirham (wang perak). Sebagaimana dilakukan oleh Abu Bakar As-Shiddik, menyerahkan seluruh hartanya kepada Rasulullah s.a.w. untuk tujuan jihad menegak dan pertahankan agama Allah SWT.
Kisah masyhur ini terjadi apabila Nabi s.a.w. memberitahu para sahabat tentang jihad melawan musuh Islam, dari angkatan tentera Rom yang sedang berhimpun di Tabuk, suatu medan di pesisir pantai Teluk 'Aqobah.
Musuh siap sedia hendak menyerang Madinah dengan tujuan menghapuskan kerajaan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w.
Nabi s.a.w. kerahkan seluruh para sahabat agar bertindak mendahului ketibaan tentera musuh. Ketika itu khazanah negara hanya terdapat pada saku jubah para sahabat yang dermawan.
Antara dermawan terbilang adalah Abu Bakar r.a., yang menyahut seruan jihad dengan menyerahkan seluruh harta miliknya kepada Rasulullah s.a.w.
Para dermawan lain yang kurang sedikit daripada kesetiaan tauhid yang dimiliki Abu Bakar, ialah golongan yang mendermakan sebahagian daripada harta miliknya dan menyimpan sebahagiannya.
Mereka menyimpan sebahagian harta untuk persediaan ketika diperlukan, sama ada untuk keluarga atau peluang berkhairat yang lain, iaitu untuk melakukan kebajikan apabila timbul masalah, seperti membantu pihak perlukan pertolongan secara spontan.
Golongan alim ulama peringkat tabi'ein seperti An-Nakha'ei, Asy-Sya'bi, 'Ato dan Mujahid berpendapat bahawa kewajiban terhadap harta tidak memadai sekadar mengeluarkan zakat.
Bahkan ada kewajiban yang lain seperti menderma dan memberi bantuan jiran dan orang yang memerlukan.
Asy-Sya'bi mengukuhkan hujah dalil bahawa kewajiban terhadap harta melebihi sekadar zakat, ialah dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "...Dan memberikan yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) , dan orang yang meminta-minta; dan merdekakakan hamba sahaya ..." (Surah Al-Baqarah sebahagian ayat 177)
Separuh daripada sifat orang beriman yang baik ialah selain dari mengeluarkan zakat, dia juga mengorbankan harta yang disayangi kepada golongan yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 177 tersebut.
Agama ajar cara kehidupan Islam ialah; setiap orang bertanggungjawab ke atas diri dan keluarga juga untuk perhati jiran sekeliling.
Bantuan wajib diberi jika ada jiran yang memerlukan keperluan harian. Jiran juga mempunyai kewajiban sebaliknya.
Tidak pelik dalam masyarakat Islam jika seseorang mengadu kepada jirannya, tentang kekurangan sesuatu pada diri yang memerlukan bantuan.
Jangan tidak ambil peduli apabila mendengar tentang kesusahan orang. Elakkan sifat meminta sebagai peminta sedekah, perbuatan itu mengaibkan diri dan masyarakat. Sekadar menyatakn kekurangan sesuatu keperluan itu tidak mengapa meskipun tidak digalakkan.
Kewajiban jiran ialah tingkatkan rasa kepedulian untuk hulurkan pertolongan.
Berdasarkan beberapa ayat yang dinyatakan itu boleh diambil hukum iaitu; kewajiban ke atas golongan berada terhadap yang tidak berada menunaikan hajatnya selain daripada memberi zakat.
Menderma dan membantu pihak yang memerlukan tanda keunggulan budi serta kemanusiaan yang luhur.
Golongan yang ketiga ialah mereka yang hanya mengeluarkan zakat wajib saja, sejak permulaan hingga akhir tahun. Hanya zakat itulah agenda hartanya.
Tanpa memberi bantuan kepada jiran atau yang memerlukan, golongan ini adalah puak yang rendah sekali budinya dalam masyarakat Islam. - lanh _ harakah
Tuesday, October 14, 2008
Mencuba Untuk Masuk Tv3
>>>
Penerbit,
Wanita Hari Ini, TV3.
Cadangan Sembang Sembang Buku.
Saya haron@hamdy berhasrat untuk menyumbang kedalam rancangan Wanita Hari Ini dengan mengutarakan dua buku terbitan saya sendiri @self-published, pada tahun ini, yang bertajuk Rancang Hidup Rancang Wang Dan Miang2Lelaki: Sepatutnya Berisi. Buku RHRW telah pun dijual sebanyak 2000.
Isi kandungan buku ini amat relevan kepada wanita hari ini.
Dalam buku Rancang Hidup Rancang Wang terdapat bab rancang wang yang yang berkaitan dengan wanita, yang menarik untuk disentuh dan juga bab pendidikan anak anak yang ditulis berdasarkan pengalaman dan praktikaliti.
Dalam buku Miang2Lelaki, tajuknya mungkin agak provokatif tetapi isi kandungannya relevan terutama dalam menggalakkan para suami membelai dan romantik kepada isteri dalam bab miang pada isteri. Ianya juga mengunjurkan suami supaya bertanggungjawab. Buku ini amat sesuai untuk dihadiahkan oleh wanita kepada suami mereka.
Saya juga pada masa ini sedang menulis satu buku bertajuk “Selembut Wanita-Biarlah Bersedia” yang mudah mudahan akan siap pada hujung tahun ini, insyallah.
Saya sertakan dua buku saya untuk pertimbangan penerbit.
Bersama Sama Membina Masyarakat.
Sekian Terima Kasih
Friday, October 10, 2008
Membuka Kedai Runcit: Sekadar Cadangan.
Saya sekarang bekerja sbg pemb tadbir. buat masa ni mcm yg kita tau eknomi agak tak stabil. maka saya membuat keputusan untuk buka satu kedai runcit sbg part time. mungkin en hamdy boleh bg tips untuk sy. tq.
Jawapan:
alahai sape laa saya nak bagi nasihat kedai runcit nii...tapi masa arwah ayah dulu adalaa buka kedai runcit masa form3-5.
cadangan saya.
jaga cashflow, asingkan duit kedai dan duit belanja. kena berkira. Pemurah tempat lain tak apa tapi masa jaga biznes kena berkira. Ada tempat kita pemurah, ada tempat kita berkira.
jgn percaya sgt pekerja ie coz sepupu saya pernah ditipu oleh pekerja sehingga dia kena jual kedai tu kpd pekerja tersebut di kg majidi johor
kalau mula bagi org hutang, sure kedai lambat laun akan lingkup.
pastikan jaga sembahyang maghrib kerana pengalaman saya, masa maghrib laa ramai org datang, tapi tu masa kat kampong, kat bandar tak tau.
byk sembh dhuha utk pembuka rezeki, dan baca surah al waqiah
jgn terlibat dgn pawang pawang pelaris tapi pagar kedai dengan menggunakan ustaz2 baik.
baca quran banyak2 so mudah2an kalau ada org yg menghantar yg bukan bukan, dia akan panas dan juga menjadi pendinding saudara dan keluarga..tau lee org melayu nii..skrg yg berniaga ramai aceh dan kaum indonesia.
cukuplaa kot..doa byk2.
Friday, September 19, 2008
Berbuka Puasa: Bertenanglah di minit2 terakhir
Tapi mari kita lihat apa yg berlaku di rumah kita, diminit minit terakhir sebelum berbuka puasa.
Saya menjangkakan majoriti dari kita, agak kelam kabut dimasa itu. Anak anak menolong mengemas makanan, Ibunya masih lagi didapur. Mungkin orang gaji juga sibuk bekerja. Si Ayah, mmmm, entah tak tahu buat apa. Kalau mahu ikut macam saya, kadang kadang dimasa itu saya membasuh pinggan mangkuk yg berterabur disink, sebab kami tiada orang gaji. Dimasa itu juga tv mungkin bersuara kuat, samada dengan cartoon atau dgn program puasa.
Tapi berapa ramai dari kita yg sebenarnya memperuntuk 3-4 minit sebelum berbuka, untuk duduk bertenang, mungkin mengeliling makanan sementara menunggu azan. Dikala itu, kenapa tidak kita tutup sebentar tv tersebut, atau perlahankan suaranya. Dari channel cartoon, ditukar kechannel yg akan mengemandangkan azan.
3-4 minit, ketenangan ini, kita gunakan untuk bertafakur dan berdoa. Doalah apa yang perlu. Galakkan anak anak duduk bersama dan berdoa masing masing. Boleh juga berdoa ramai ramai tapi biarlah dengan bahasa yang difahami.
Kenapa ketenangan ini perlu dibuat. Kerana bukankah agak janggal untuk kita memohon doa dengan keadaan kita kelam kabut. Ketenangan itu akan membawa kekusyukan. Dan doa yang baik ialah doa yg dibuat secara sepenuh hati.
Kalau anda belum mencuba untuk mewujudkan suasana tenang 3-4minit sebelum berbuka, kenapa tidak cuba untuk tahun ini. Masih ada 11 hari untuk mencubanya. "Perintahkan" isteri anda untuk berhenti memasak 5 minit lebih awal dan duduk dimeja makan bersama sama anda. Tapi memastikan perintah itu berjalan, jangan anda pula yg sibuk membaca suratkabar atau melihat tv pada masa itu, kerana isteri anda perlu ditolong. Mungkin juga, 'kerahkan' suami anda untuk bangun menolong.
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=148&Itemid=72
Selamat mencuba untuk berdoa dalam keadaan tenang 3-4minit sebelum berbuka puasa.
Paksadiri atau Sama?: Selamat Menyambut 10 akhir ramadhan.
Apa yg perlu diceritakan ialah samada kita dapat bangun, paling minima dimalam malam ganjil untuk sembahyang sunat tahajud, paling kurang 2 rakaat. Adakah pada tahun ini kita masih sama dengan tahun tahun yg lalu, lemah longlai tak rasa apa apabila kita tidak dapat berdiri ditengah pagi sunyi.
Berapa ramai dari kita akan bersunggguh untuk bangun antara 2pagi hingga 5 pagi. Bersungguh dlm ertikata, set alarm handphone, atau jam untuk mengejut diri kita. Mungkin kita macam tahun2 lalu, longlai tak bermaya dikala sejumlah kecil manusia bangun berdiri dan bertasbih.
Kalau pun tidak, berapa ramai dari kita yang akan bangun bersembahyang sunat antara jam 5 sehingga sebelum subuh. Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua. Maknanya walaupun 2 rakaat, ianya amat bernilai.
Untuk mereka yg mahu merancang hidup, malam malam akhir 10 ini amat penting untuk kita merintih meminta pertolongan agar Allah mudahkan dan tunaikan.
Bagi mereka yang mahu mendidik anak sholeh, malam2 akhir ini amat penting memohon doa agar Allah mengurniakan anak kita sebagai anak yang bijak cerdik pintar sholehah, juga mendoakan agar anak kita mendapat kebahagian dan kejayaan dan diredhai dunia dan akhirat.
Jika kita termasuk dalam golongan orang yg selalu gagal untuk bangun pada 10 malam akhir ataupun malam malam ganjil, marilah kita mencuba semula pada tahun ini. Paling kurang kita mencuba semula tetapi lebih serious cubaan itu dari tahun tahun yang lalu.
Sekiranya anda ingin mencuba,
-setkan alarm jam atau handpone anda
-berniat untuk bangun malam pada jam tertentu,
-sebelum tidur, seru diri anda " xxxx, bangun pukul 4pagi" tapi bila terjaga mesti terus bangun.
- atau jika anda rasa anda tidak ada kekuatan untuk bangun dengan cara cara diatas, pergilah tidur dimasjid yang ramai org beriktikaf. Suasana masjid tersebut pada jam 4 pagi akan membangunkan anda. Dan inilah cara yg terbaik untuk org seperti kita yang sungguh lemah dalam bab bangun tahajud ini. Kita juga mendapat pahala beriktikaf dan pahala sunnah nabi.
Selamat mencuba.
Moga moga kita mencari lailatul qadr.
Ramadhan: Setakat Main2 Tak Jalan
kerana kalau kita ingin masuk syurga dengan amal kita, sebiji mata yg diberi Allah tidak dapat kita bayar dengan semua amal2 kita.
Dua aktiviti penting dlm ramadhan ini, walaupun byk aktiviti lain yg juga penting seperti bersedekah, memberi makan org berbuka puasa.
pertama, pembacaan quran, kedua semb tahajud. Ada keindahan dan ketenangan dalam sembahyang tahajud, ditengah tengah hening malam walaupun jam 5pagi. sape yang tidak pernah mencuba, perlu mencuba beberapa kali untuk merasakan kenikmanatan ini.
Dan saya rasa ramai yg seperti saya, yang berangan angan ingin membuatnya dgn banyak tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. Kalau kita buat pun setakat cecah cecah shj.
Dari kegelisahan itu, kegelisahan gagal untuk melakukannya, saya mendapati bahawa, jika kita hendak melakukan bacaan quran dan tahajud yg byk, kita kena PAKSA DIRI kita. Bukannya setakat suka suka. Kita kena heret diri kita untuk melakukannya.
Bayangkan utk berjaya dlm perniagaan dan kerjaya, kita memberikan sepenuh tumpuan, dan PUSH diri kita utk melakukannya. Tapi bila bab beribadah lebih dlm ramadhan kita tidak mampu melakukan.
Kemampuan itu hanya dengan memaksa diri kita utk melakukannya. Paksa diri kita utk duduk dan membaca quran. Paksa diri kita utk semasa bangun sahur utk sholat tahajud dua rakaat dahulu sebelum kita pergi kedapur. Begitu juga para isteri, memaksa diri untuk sholat 2 rakaat dahulu sebelum bergerak kedapur utk persediaan sahur.
Mari kita memaksa diri kita melakukan membaca quran dan tahajud pada tahun ini.
Setakat main2, percayalah ianya tak menjadi.Ramai yg seperti saya, sering gagal kerana berusaha setakat mencuba cuba tanpa memaksa diri.
Lets try harder. The harder the better ....
Saturday, August 16, 2008
Buku Miang2Lelaki: Isteri patut beli
-isteri boleh mengetahui serba sedikit bab miang suami.
-mengingatkan semula tanggungjawab suami
-sekiranya suami kurang romantik, buku itu serba sedikit memberi beberapa cadangan romantik kepada isteri.
dalam kata lain jika suami anda telah mengakhiri 30an atau memasuki 40an, then anda patut membeli buku itu. Insyallah ianya bernilai.
Tuesday, July 29, 2008
Buku Baru: Miang Miang Lelaki
Miang Miang Lelaki adalah percubaan penulis
memaparkan hati budi dan cabaran jejaka-jejaka yang
menghampiri umur istimewa 40 tahun dan 40-an. Buku ini
menyentuh hampir kesemua persoalan, tanggungjawab dan
tabiat-tabiat lelaki apabila memasuki fasa umur di atas di
dalam 91 tajuk yang dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:
1. Miang Miang Lelaki
2. Miang Lelaki Bertanggungjawab
3. Miang Miang Kepada Isteri
4. Miang Miang Berisi
5. Didik Remaja
Seperti juga “Rancang Hidup Rancang Wang”, buku pertama
dalam siri hamdy@rancanghidup, setiap tajuk disampaikan
dengan menarik secara santai, ringkas dan padat.
“Jika anda seorang perempuan, jadikan buku
ini sebagai hadiah istimewa kepada pasangan
anda...” Hamdy
Harga Rm16 + 2 (utk pos)
Tuesday, July 08, 2008
Presentation Slide Rancang Wang 101
http://www.slideshare.net/mfr1505/rancang-wang-101/
Sunday, July 06, 2008
Duhai isteri, Fahami Harta Sepencarian & Tuntut Hibah.
Zainah membangkitkan Akta Insurance 1996. Dalam akta tersebut dikatakan bahawa jika berlaku kematian suami maka wang perlindungan takaful tersebut akan di bahagikan mengikut faraid. Ini bermakna jika seorang suami membeli takaful perlindungan dan meletakkan nama isteri atau anak perempuan sebagai penerima, maka mereka tidak semestinya menerima kesemua. Ianya perlu di faraidkan mengikut kiraan yang ditentukan. Dan ini juga mereka yg ’tidak berkenaan’ dan tidak termasuk didalam hati suami semasa membeli perlindungan tersebut akan menerima habuan tersebut.
Apabila seorang suami membeli perlindungan takaful, tujuannya tidak lain hanyalah untuk memastikan anak dan isterinya boleh terus hidup selesa. Sebenarnya bukan keselesaan itu yang dicari, tetapi tujuan utama ialah supaya isteri dapat membesarkan anak dan memberi pendidikan yang sepatutnya. Dalam hal membesarkan anak dan memberi pendidikan, kos nya tetap sama tidak kira anak itu perempuan atau lelaki.
Adakah saya menolak faraid? Tidak, sama sekali tidak. Bagi saya, jika yang difaraidkan ialah harta yang terkumpul maka, ianya memang wajar untuk difaraidkan. Sebagai contoh, pada tahun 2000, Fatwa Kebangsaan mengatakan bahawa KWSP wajib difaraidkan. Itu saya terima kerana ianya adalah harta yang terkumpul. Perlindungan bukanlah harta yang terkumpul tetapi adalah perlindungan yang diberi.
Tetapi dalam perlindungan takaful islam, akan ada dua akaun iaitu akaun peserta dan akaun satu lagi. Akaun peserta adalah akaun yang terkumpul hasil dari caruman bulanan atau tahunan peserta tersebut. Maksudnya, jika berlaku kematian, dan perlindungan yang diberi adalah Rm100ribu, kemungkinan ada Rm40ribu datangnya dari akaun peserta. Oleh itu jika definisi harta terkumpul yang saya gunakan, maka kalau mahu juga difaraidkan, Rm40 ribu itu difaraidkan dan Rm60ribu itu tidak difaraidkan. Bagi saya Rm60ribu itu bukan harta terkumpul tetapi satu perlindungan yang diberi oleh pihak takaful.
Tetapi jika ada pihak bersakit sakit mahu memfaraidkan perlindungan Rm100ribu itu, mungkin untuk kepentingan mereka, maka dikala itu isteri mesti trigger bab ’harta sepencarian’. Dalam pengurusan faraid, tidak semestinya harta itu dibahagikan mengikut kadar faraid. Tetapi semua pihak yang patut menerima faraid itu, perlu bersetuju sebulat suara agar tidak perlu mengikut kadar biasa faraid. CUMA jika ada penerima dibawah umur, mungkin ianya juga bergantung kepada pemegang amanah mereka dan keberanian pihak menguruskan faraid tersebut seperti pegawai dari pejabat tanah contohnya.
Apabila isteri trigger bab ’harta sepencarian’, maka hampir automatik, 50% perlindungan RM100ribu menjadi hak miliknya. Dan ketika itu jumlah yang perlu difaraidkan hanya tinggal Rm50ribu sahaja. ITU SEBABNYA para isteri perlu memahami bab harta sepencarian.
Akta ini juga sepatutnya membuatkan para suami sedar akan kepentingan HIBAH. Hibah adalah proses pembahagian harta kepada mereka yang ingin kita berikan harta tersebut. Saya belum membuat kajian terhadap dua perkara ini, iaitu hibah dan harta sepencarian. Oleh itu saya tidak akan memberi komen detail.
Apa yang ingin saya tekankan ialah, kerana akta itu telah ada, maka menjadi kewajipan untuk isteri memahami bab harta sepencarian dan menjadi kewajipan untuk suami memahami hibah.
Cadangan diatas saya tujukan kepada suami isteri yang amanah dan bukan kepada suami atau isteri yang mempunyai krisis atau affair. Saya berlepas tangan dari kedua dua jenis suami isteri tersebut.
Didalam rencana tersebut Zainah juga mengutarakan antara lain , isu harta isteri dan bila suami berkawin lebih. Bab ini belajar lah sendiri untuk sape yang berminat. Saya belum lagi, tidak ada yang kena mengena dengan saya, kerana belum ada yang meminang saya.(jokingly said iyooo ..)
Para isteri perlu ingat. Kalau anda mendapat suami yang suami yang share dengan isteri mengenai bab harta, mungkin jika berlaku kematian, isteri akan tahu apa yang perlu dilakukan. Ada juga kemungkinan, suami anda jenis bertanggungjawab, tetapi bila bab harta tidak bercerita langsung dengan anda. Oleh itu menjadi kepentingan anda untuk belajar supaya anda boleh bertanya dan berbincang. Suami pun boring kalau nak berbincang dengan orang yang tidak tahu apa apa. Ingat ya, nak bertanya pun kita kena ada sedikit ilmu. Kalau tiada sedikit ilmu, nak bertanya pun kurang tahu dimana mahu dimulakan.
Semoga bermanfaat.
Friday, July 04, 2008
RancangWang4Student: Pensyarah mgkin mahu menolong.
Dalam perbincangan pendek kami, kami bersetuju bahawa pelajar pelajar IPT kurang mengetahui atau tidak mengetahui langsung akan isu isu rancang wang. Saya bersetuju dengan beliau kerana saya pernah menyampaikan kepada 3 group late-employed graduate ( saya tak mahu panggil unemployed) berjumlah 700 orang. Dan dari penyampaian saya itu ramai yg mengatakan terimakasih kerana didedahkan dengan rancang wang dari awal.
Saya ingin mencadangkan kepada lecturer pelajar tahun akhir agar memberi peluang kepada pelajar kalian didedahkan dengan rancangwang ini. Alangkah baiknya jika kalian dapat melahirkan pelajar yang bertaqwa, berilmu dan bijaksana dalam kewangan mereka (prudent). Saya menawarkan diri saya dengan kadar Free of Charge. You get the stage ready, I will deliver the material FOC.
Konsep yg ingin saya ketengahkan kepada tuan puan lecture ialah 'Giving Back To The Society'. Giving back to society adalah konsep dimana mereka yang telah berjaya didalam hidup, memberi balik kepada masyarakat yang memerlukan. Kejayaan itu tidak bermakna kejayaan material tetapi kejayaan yang kita rasa kita telah dapat dan ada pula yang boleh kita kongsikan kepada masyarakat.
Now, orang kita kadang kadang tidak appreciate bila sesuatu itu FREE. FREE bagaikan tiada atau kurangnya nilai. Utk mereka yang berduit atau sesiapa yang mempunyai capacity untuk keluar duit, saya menawarkan 30 buku + 3-4jam presentation dgn harga yang boleh dibincangkan. Ini untuk mereka yang tidak selesa untuk mendapat perkhidmatan free.
Penutupnya kepada pensyarah sekelian, tuangkan sedikit ilmu rancang wang kepada pelajar akhirtahun ijazah kalian dan itu merupakan antara ilmu terbaik untuk mereka menjalani hidup hidup mreka.Saya bersedia membantu anda.
RancangWang: Negara Barakah Kita Perlukan.
Tidak cukup dengan kekalutan harga minyak, kita ditambah lagi dengan kekalutan politik. Kekalutan politik seperti siapa bakal pemerintah, kestabilan jawatan PM, bakal PM yg dikaitkan dgn pembunuhan bersepai, menambah kalut lagi untuk kita. Ditambah lagi ’PM dalam penantian’ yg dikaitkan dengan tuduhan liwat.
Poket kita kalut, emosi kita mungkin kalut, politik negara yg kalut dan berbagai kekalutan lagi. Mungkin akhirnya kita akan mengatakan ’semuanya karut’
Berbalik kepada cerita rancang wang, disini saya ingin mengetengahkan dari surah al-araaf, ayat 96. Ayat ini berbunyi ” Jika sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kpd mereka berkah dari langit dan bumi, tapi mereka mendustakan (ayat ayat kami) itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.
Pembaca sekelian, tidak kah kita patut gembira bahawa ada janji Allah untuk melimpahkan kurnia dari langit dan bumi jika negara itu dipenuhi dengan org beriman dan bertakwa. Benarlah ungkapan bahawa ’sekiranya kamu cinta pada Islam, dunia akan datang kepada kamu dan sekiranya kamu lari dari Islam, dunia akan menjauhi kamu’. Betapa specialnya umat Islam.
Pembaca sekelian, tidak kah kita takut kerana kegagalan kita untuk kembali kepada Islam dan menegakan sistem syariah yg disuruh oleh Allah membuatkan kita disiksa dgn pelbagai kekalutan. Semoga Allah jauhkan.
Ayat 96 al-araaf ini begitu bernilai. Dalam banyak ayat ayat lain, contohnya ayat seribu dinar yang begitu popular kepada orang melayu dan dikedai mamak, hingga digantung tinggi didinding, ayat ayat seperti itu lebih menekankan kepada individu. Contohnya „“sekiranya kamu bertakwa.....“ atau banyak ayat lain yg bercorak individu. Tetapi dalam ayat 96 ini, ianya bersifat negeri.
Dalam kata lain, dalam kita mahu merancang wang dari perspektif rezeki dan kesejahteraan hidup, rupa rupanya kita tidak boleh lari dari memastikan negara yang kita duduk itu adalah sebuah negara barakah.
Dalam tafsir ibnu kathir mengatakan “bahawa Allah menunjukan bahwa kunci rezeki dari langit dan bumi hanyalah iman dan takwa....“
Tafsir Syed Qutb dalam membincangkan ayat ini menambah bahawa „“berkah itu kadang kadang sesuatu yang sedikit tetapi memberikan manfaat yang banyak diiringi dengan kebaikan, keamanan, kerelaan dan kelapangan hati“.
Dari ayat ini juga, sebagai manusia kita memang patut berbincang dan membuat andaian seperti minyak akan habis di Malaysia, tetapi sebagai orang beriman kita tidak sepatutnya terlalu bimbang. Tetapi kalau keimanan itu hanya dalam ruang diri dan keluarga kita, dan kita tidak cuba meluaskan ruang itu supaya negara kita beriman, maka memang patut untuk kita bimbang tidak tentu arah.
Bila kita tidak meluaskan keimanan tersebut keperingkat negara, maka ada kemungkinan Allah tidak mahu menunaikan janji seperti ayat 96 itu. Oleh itu jangan ambik ringan bab meningkatkan keislaman diri dan keluarga, meningkatkan keislaman masyarakat dan negara, juga menjadi pemerhati dan penyumbang kepada perjuangan menegakkan keadilan di negara kita ini dan alam sejagat ini. Amat bahaya jika hidup kita hanya berlandaskan mencari makan untuk diri dan keluarga sahaja.
Pembaca sekelian, dengan ini bukankah tanggungjawab kita untuk mewujudkan sebuah negeri yang barakah supaya Allah menurunkan dan membuka pintu rezeki dari langit dan bumi. Sesungguhnya mewujudkan negara barakah itu adalah tanggungjawab kita semua.
Dan sesungguhnya dalam kita merancang wang, rupa rupanya kita bukan saja perlu melihat diri dan keluarga kita, tetapi juga melihat masyarakat dan negara sekali. Oleh itu janganlah duduk dibawah tempurung kelapa sahaja.
Rupanya dalam rancang wang, kita bukan sahaja mengurus dan merancang wang yang kita dapat, tetapi kita juga perlu meluaskan dan membuka arah masuk rezeki tersebut. Menjadikan negara beriman adalah satu dari sumber penting dalam kita merancang wang kita sendiri.
Persoalannya bagaimana menjadikan sebuah negara itu barakah? Saya tinggalkan persoalan itu disini. Yang penting anda dapat menerima bahawa amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang barakah supaya rezeki untuk negeri dan penduduknya melimpah ruah.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa.
Wallahualam.