Monday, June 02, 2008

Jangan Bina Rumah Masa Umur 60 Tahun

Menyebut perkara kematian adalah perkara taboo bagi umat melayu. Jika kita sebut perkataan mati seperti "entah entah esok kita mati", jawapan yg diterima adalah jangan lah cakap begitu. Ini bertentangan dengan budaya islam kerana mengingatkan mati merupakan satu tindakan bijaksana.

Satu pengajaran yang boleh kita ambil pada masa sibuk sibuk pilihanraya yang lalu ialah jika anda ingin membina rumah, janganlah bina pada atau menanti sehingga umur 60 tahun. Mungkin pada masa ini anda muda maka anda akan menjawab 'laa...masa ni tak mampu, masa tu je yg mampu'. Betul jawapan anda, tapi kita ingat pada adatnya jika umur kita sampai 60 tahun, maka bibit bibit kematian itu telah mula menjelma . Kalaupun pada masa umur 60 tahun anda mampu utk membina rumah besar dan cantik, adalah lebih baik untuk anda menggunakan pada jalan yg boleh membawa kepada amal jariah-amal yg masih laku setelah kita mati. Amal tahlil itu belum tentu kita yg dah mati dapat, yg pasti dapat ialah mereka yg bertahlil. Yang dapat pada kita mungkin doa doa selepas tahlil jika org yg bertahlil benar benar mendoakan utk kita. Yang pasti amal tahlil itu mungkin tidak sampai pada kita. Yang pasti jika kita beramal jariah dengan duit itu, ianya insyallah tetap sampai.

Kita takut dalam kesibukan kita membina rumah malaikat datang mengambil nyawa kita. Ataupun jika rumah besar kita siap, kita takut kita hanya dapat duduk tak lebih dari 6 bulan.

Bukan kah itu berlaku pada sebaik sahaja PRU12 selesai baru baru ini.
Semoga kita mengambil pengajaran.

Enjoylah Melihat Seri Muka Isteri

Cuba kita, suami, perhatikan kebahagian hidup isteri kita. Cuma kita tengok betul betul bahagianya isteri kita. Kalau kita tidak perhatikan, kita akan terlepas satu nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Lihat bagaimana kegembiraan isteri kita. Lihat bagaimana gelak ketawa isteri kita. Perhatikan seri seri muka isteri kita. Saya tidak membincangkan kecantikan isteri kita. Mungkin isteri kita pada masa ini tidak ada lagi cantik badannya. Yang tinggal mungkin muka yang tembam dan tiada lagi potongan umur 20s nya. Yang ada mungkin lengan yg membesar, yang ingin menandingi batang pinang. Daging batang pinang adalah daging yang sedap dimakan dan menjadi rebutan, Cuma saiz batang pinang tangan isteri boleh menumbangkan kita kalau dihayun kepada kita.

Saya membincangkan seri muka isteri. Lihat seri muka isteri bila beliau bergurau dengan anak remaja kita. Kalau kita lihat seri muka isteri yang ada adalah muka yang stress dan penuh tekanan, mungkin kita kena melihat kembali kepada diri kita. Mungkin kita menjadikan isteri kita bagaikan orang gaji. Mungkin sebagai second class. Ye lah, kalau asyik diherdik. Kalau pandangan nya sentiasa tidak diambil kira. Maka kita perlu memperbaiki cara kita melayan isteri kita.

Saya bukan suami mithali. Tapi saya enjoy melihat kegembiran dan seri muka isteri apabila beliau bergurau dan melayan anak anak. Terutama bila gurau sendanya bersama anak remaja perempuan kami. Rasanya ada tanda tanda bahagia disitu. Jika anda, suami, belum pernah memerhati kegembiraan isteri, maka cuba cubalah buat.

Bukankah menggembirakan isteri itu satu dari sifat agung Rasullullah saw.

Amanah Saham Yang Mana?

Ada kalanya kita di datangi oleh agen agen amanah saham yang membuat promosi tentang amanah saham mereka. Ada yang datang dengan sopan, ada yg kemas dan mungkin ada yang datang dengan skirt pendek yg mana kalau mahu duduk pun perlu ditarik tarik skirt tersebut utk kelihatan panjang. Agak malang kalau anda terus membeli amanah saham yang diajukan dengan kerana kesopanan, kekemasan ataupun kemanjaan atau keseksian agen tersebut.

Persoalannya, bagaimana anda ingin mengetahui bahawa amanah saham yang dipromosi itu mempunyai prestasi yang baik. Sememangnya dalam amanah saham, prestasi sebelumnya tidak menjamin prestasi akan datang. Tapi paling tidak kita dapat membuat keputusan yang bertetapan.

Antara yang boleh saya cadangkan ialah anda membeli akhbat ’The Edge”. Ada juga malajah ”Personal Money” yang memberi data data prestasi

Buat masa ini akbar The Edge memberi tiga repot prestasi amanah saham dari tiga syarikat. Ianya terletak di topik seperti Lipper Fund Table, Normandy Fund Table, Morningstar Fund Table.

Disitu terdapat repot mengenai prestasi utk 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun. Ada juga analisa prestasi 5 tahun. Kalau sekali tengok tak faham, maka bacalah banyak kali. Kalau tak faham juga, bertanyalah pada yang mungkin tahu.

Melaburlah dalam amanah saham dalam keadaan berilmu, bukannya dengan hanya mendengar kata agen tersebut. Dan melaburlah dalam amanah saham islam.

Miang2Pada Isteri: Peluk Erat Katakan Sayang



Miang2Pada Isteri: Peluk Erat Katakan Sayang

Saya tidak pernah mengkaji perangai perempuan secara serius. Malah kebanyakan kita, seorang suami, juga tidak banyak mengenali isteri kita, sebagaimana isteri kita memahami kita dengan baiknya. Tetapi berdasarkan pembacaan dan pemerhatian, saya dapati seorang isteri perlukan ’reaffirmation’ akan kasih sayang dari masa kesemasa. Terutama setelah berlakunya perselisihan kecil antara suami isteri. Dikala itu kemungkinan perasaan isteri tidak begitu tenteram. Mungkin ada rasa tidak ketentuan didalam hati isteri. Mungkin juga ada persoalan samada kita, suami, masih menyayangi dirinya.

Dimasa beginilah apa yang kita buat akan memberi ketenteraman kepada siisteri. Antara yang boleh dilakukan, ialah dimasa yang sesuai, terutama apabila di ranjang, peluk lah erat isteri itu, dan bisikkan kata sayang kepada isteri. Kalaupun ada juraian airmata pada masa itu, biarkan saja. Tidak perlu dirisaukan airmata tersebut. Airmata itu mungkin airmata gembira bercampur sayu setelah mendengar kata sayang dari suami. Untuk suami, hanya perlu peluk erat dimasa itu tanpa kita perlu mengatakan sesuatu. Usap usaplah rambut isteri juga dimasa itu.

Itu sebabnya jika berselisih faham, kita tak boleh keterlaluan mengeluarkan kata kata, terutama kata kata kesat. Itu akan menjadikan anda kekok untuk ’peluk erat dan katakan sayang’. Dalam usaha ’peluk erat katakan sayang’, kita, seorang suami, perlu menelan keegoan seorang lelaki, demi membahagiakan isteri yang merupakan separuh dari hidup kita.

Rokok Dan Rancang Wang Utk Pendidikan Anak

saya sedang menyediakan satu script untuk saya sendiri, dalam membuat persediaan 'masuk tv'. (wahh...masuk tv..anak saya dah kata 'abah glamour ngan buku dia'). well, org dah minta kita buat laa, mudah2an ianya jadi amal jariah. Itu pun hasil recommendation dari seorang kawan dari melaka.
Rasanya ramai yg tidak akan dapat menonton nya maka saya kongsikan disini. program apa, saya rahsiakan dulu, takuttt tak jadi .....


ini satu topik yang akan saya masukkan dan akan saya push penerbit utk masukkan.

soalan:
Bagaimana kaitan merokok pada hari ini dengan merancang wang untuk pendidikan anak anak.

1. Untuk bapa yang merokok, saya cadangkan agar mula kurangkan merokok dan cuba berhenti. Bapa perlu meletakan tekad utk berhenti merokok. Orang merokok selalunya dari muda umur 20 tahun lepas sekolah hinggalah hari sebelum nak masuk kubur, dia akan terus merokok.


2. Bapa perlu melihat merokok itu adalah membakar duit. Cuma ambil duit RM5 dan bakar duit tu didepan mata. Atau minta anak bakar duit Rm5 tu didepan mata kita. Saya cadangkan cuba pada hari ini dan tengok apa yg kita rasa.


3. Kalau satu hari merokok sebanyak Rm5 sehari, cuba kurangkan kepada RM2. Bayangkan RM3 disimpan, maka itu dah hampir RM 90 sebulan. Banyak tu.


4. Saya tak kata, berhenti rokok walau itu yg sebaiknya. Kerana merokok bukan sahaja membakar paru paru malah membakar wang.


Apa yg saya cadangkan ialah kurangkan rokok dimana setiap hari yang dijimatkan itu ditabungkan. Rm90 sebulan, maka setahun dah Rm1000. Maka anda perlu meletakan tabung buluh di tangga rumah supaya RM3 boleh disimpan setiap hari.Mulai hari ini bila sampai sahaja kerumah setiap petang, depositkan rm3 di tabung itu.

Sunday, March 30, 2008

Buku RANCANG HIDUP RANCANG WANG terbit

Alhamdulillah, akhirnya buku pertama saya RANCANG HIDUP RANCANG WANG lahir pada hari Ahad 30 mac 2008. Keindahan lahirnya buku ini bagaikan indahnya rasa semasa kelahiran anak pertama 19 tahun yang lalu. Terima kasih kepada sahabat Zukri@iMedia production dan juga sahabat yang sanggup mendahulukan kos penerbitan.Buku ini saya terbitkan sendiri kerana konsep buku ini tidak bersesuaian dengan konsep penerbitan beberapa penerbit buku.

Konsep buku saya ialah "SATU BUKU CERITA SEMUA". Buku ini bertujuan untuk memberikan pasangan muda satu asas@foundation kehidupan dimana dengan membaca buku ini insyallah, pasangan muda akan mendapat perspektif rancang kehidupan secara keseluruhan didalam memulakan atau menjalani hidup. Ianya juga sesuai sehingga umur pertengahan 40an.

Terdapat 112 idea saya ketengahkan didalam aspek kehidupan:-

-Kehidupan
-Kerjaya
-Rancang Wang
-Pelaburan dan Perlindungan
-Membeli Rumah
-Mendidik Anak
-Konsep Rezeki.

http://www.rancanghidup.blogspot. com
Harga Buku RM18 (termasuk belanja Pos).
sila bank in ke Akaun Maybank 562106051253 Haron Mohd Yusof
dan sms@email nama dan alamat kpd saya di 013-3696712.

Diizinkan Allah, saya merancang utk membuat seminar separuh hari RANCANG HIDUP RANCANG WANG pada masa akan datang.

Semoga Allah Redha dan Memberi Keberkatan terhadap hidup kita.
hamdy

Kandungan Terperinci:

Kehidupan Ini

Tujuan Hidup
Peringkat Peringkat Hidup
Hidup Ini Rupanya Singkat
Hidup Ini Singkat, Binalah Sejarah
Kesusahan Adalah Proses Kematangan
Pemikiran Positif Penggerak Kejayaan
Buku Mempercepatkan Pengetahuan


Kerjaya
Hidup Perlu Ada Cita Cita
Kerja Pertama Paling Susah Dapat
Sekarang 500 Kemudiann 5000
Sentiasa Kemaskini CV Anda
Bekerja Untuk Ilmu Bukan Untuk Wang
Lihat Kedudukan Kerjaya Setiap 3 Tahun
Jangan Bercerita Masalah Di Pejabat
Kenali & Dampingi Pihak Pengurusan
Nak Mencuba, Biar Sebelum 35
Kemahiran Hidup Pembuka Rezeki


Merancang Kewangan

Rancanglah Kewangan Anda
Kewangan Kita Berterabur
Merancang Kewangan Anda
Rancanglah Kewangan Anda
Simpan Dulu Baru Belanja
Nasihat Nasihat Azizi Ali
Salahkah Menjadi Kaya
Bila Suami Dapat Durian Runtuh
Reserve Reserve
Zakatlah Sebelum Anda Dizakatkan
Beberapa Ide Mengenai Wang
Makan Dulu Sebelum Shopping
Pasangan Anda High Maintenance
Lagi Besar Exos Lagi Besar Ego


Perlindungan Takaful

Takaful Satu Keperluan
Perlindungan Perlindungan Perlindungan
Takaful Pendidikan vs Takaful ’life’
Memahami Sedikit Takaful ’life’
Takaful Perubatan
Fokuskan Takaful Untuk Perlindungan
Tengok Kembali Polisi Insuran


Pelaburan

‘Take Charge’ Pelaburan Amanah Saham Anda
Pelaburan KWSP: Jangan Tandatangan Banyak Borang
‘Switch’: Antara Amanah Saham Dan Bond
Adakah ASB, Pelaburan Yang Baik
Pelaburan Emas Sebagai Alternatif
Pembiayaian Rumah: Beberapa Soalan
Berapa Lama Wang Pelaburan Berganda
Meminjamkan Wang Duit Hilang


Membeli Rumah

Beli Rumah Masa Muda
Loan Rumah Jangan 25 Tahun
Rumah Biar Dua Nama
MRTA Diatas Nama Suami
Pelaburan Hartanah: Rumah Atau Apartment
Keuntungan Dibuat Semasa Membeli
Membeli Rumah Untuk Pelaburan
Faktor Pemilihan Lokasi
Membeli Rumah Juga Satu Perlindungan
Jual Hartanah Sebelum Terpaksa
Ada Harta Susah Tiada Pun Susah
Jangan Terlebih Lebih Ubahsuai Rumah
Bila Kitchen Cabinet RM15000
Belilah Kereta Berumur 1-2 Tahun


Mendidik Anak.
Anak Cerdik Bermula Diranjang
Doakan Anak Bila Teringat
Menyusu Paling Kurang Satu Tahun
Tadika Islam Atau Tadika Biasa
Pakej Buku Mahal Membazir
Buku ‘Read With Me’ Murah Berkesan
Flash Card Murah Berkesan
Hafalan Quran Bijak Akademi, Ada Kaitan?
Menghafaz Quran DiRumah: Contoh
Pengurusan Masa Untuk Anak Anak
Aku Tersilap Mendidik Anak
Mengajar Anak B Inggeris-Cara Ringkas
Darjah Satu Dah DiHantar Tusyen
Beberapa Soalan Untuk Ibubapa Muda
Patutkah Hantar Anak KeAsrama DiTingkatan Satu
Hasil Didikan Nampak DiUmur 15 Tahun
Aku Bukan Bapa Mithali
Buat Apa Tusyen, Bukan Dapat A Pun
Bukan Mudah&Murah Mendidik Anak Kami
Didik Anak: Apa Rahsia Kami


Fahami Konsep Rezeki

Sembahyang Dhua Pembuka Rezeki
Sadaqah Pembuka Rezeki
Istighfar & Taubat Menambah Rezeki
Bertakwalah, Rezeki Datang
Jangan Lupa Bertawakkal
Pembuka Rezeki Yang Lain
Dunia Bagaikan Air Laut
Lihat Kembali Jika DiRompak 2 Kali
Usaha Disini Yang Dapat Di Sana


Kehilangan Kerja/Masalah Kewangan

Tanda Tanda Masalah Kewangan
Tindakan Awal Bila Menghadapi Masalah Kewangan
10 Kesalahan Pencari Kerja
Mengurangkan Perbelanjaan Tetap
Mengurangkan Perbelanjaan Tidak Tetap ‘Variable’
Khidmat Nasihat Dari Bank Negara.


Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlaq
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga
Saya Mestilah Hidup Untuk Islam
Jadilah Kami Orang Yang Banyak Berzakat Dan Bersedekah
Rancang Hidup Dari Perspektif Dakwah.

Monday, January 14, 2008

MLM 4: reply

Salam,

Saya memang setuju apa yang penulis katakan dibawah. Amat setuju. 700 syarikat MLM di Malaysia, hidup dan mati. Owner majority Cina. Target group Melayu.

Saya nak bawa fokus pembaca semua kepada HANYA beberapa syarikat yang TERBUKTI selama lebih 25 tahun. Kalau dilihat dari segi bilangan syarikat yang memenuhi umur tersebut amat sedikit. Dan kalau kita lihat, syarikat saperti ini di MALAYSIA diterajui oleh kaum cina. Cuba periksa sendiri. Wal hal pembelinya majority orang Melayu. Tak ke sedih. Syarikat di penuhi oleh distributor Cina yang bertapak pada kuasa pembeli Melayu.

Saya tak mau membuat promosi produk saya dalam forum ini. Tapi bagi apa yang saya ceburi sekarang adalah produk yang menyentuh masalah kesihatan khususnya dikalangan orang Islam sendiri.

Makanan adalah punca segala penyakit - saya agak macam biasa dengar ungkapan tersebut.

Rata-rata Rakyat Malaysia sekarang mengalami lebihan berat badan. 33% over weight. 16% Obese. Dan yang menakutkan, orang-orang muda sekarang amat mudah naik berat badan. Umur 25 dah sampai tahap obese. Ramai kalangan kanak-kanak juga overweight atau obese. Adakah ini sunnah?? Adakah perlu berdiam diri aja?? Apa solution?? "Slim World"? Belanja 10 ribu, 20 ribu. Atau makan ubat kurus badan, dan sakit? Atau biar takdir yang menentukan. Jangan buat apa-apa. World is facing serious obesity problem sekarang.

MLM yang saya ceburi adalah untuk menangani masalah diatas. 27 tahun pengalaman. Saya sendiri turun 6Kg dalam 6 minggu. Dulu seluar size 38, sekarang size 33. Ramai dah saya bantu. Lihat lah ...
http://nutrition- for-life. blogspot. com

Bagi yang takut pada MLM, atau fobia pada MLM, cuba tengok apa yang saya boleh offer. Ramai...... amat ramai sekali rakyat Malaysia bermasalah.

Kencing Manis di Malaysia NO 1 DUNIA!!

Malaysia FATEST NATION in ASIA!!!

Sakit Jantung! Pembunuh No 1 di Malaysia. Kalau mati kemalangan jalan raya, esok dah keluar paper, kalau mati sakit jantung..... tak ada siapa tau!!

Stroke macam biasa je di Malaysia. Sana Sini

MALAYSIA BOLEH!!

Yang sedih, kita cakap pasal Dakwah Islamiah. Tapi kita sendiri tak boleh menjaga kesihatan kita sendiri. Apa kah kita patut menyalahi zaman? Apakah kita harus terima hakikat kalau kita umur 40, kita dah tak sihat lagi, over weight, makan pill darah tinggi, pill kolestorel.. ... makan drugs tak pe pulak!!

Bukan Semua MLM tak baik. Bukan Semua....... ..

Saya TAKUT .... satu hari, Melayu / Muslim ramai beli produk ini, yang kayanya bukan orang Islam. Sebelum itu berlaku, saya sanggup bertapak dalam syarikat ini supaya dapat menguasai sebahagian dari aliran kewangan orang-orang kita sendiri. Dan saya berharap ada yang akan mengikuti saya, Coz in MLM, I cant work alone..... Saya tak boleh kerja sendiri....

Ikhlas from my heart and my Iman insyaAllah.

Hj Allen Peter
http://nutrition- you-need. com

MLM3 : Pandangan Dari MLM ke Takaful


Assalamualaikum Saja nk menyampuk sket. Apa yg en hamdy telah nyatakan itu bagi saya ada betulnya (walaupun xsemuala). Saya juga adalah salah seorang yg pernah berjaya dlm bidang MLM tp akhirnya terpaksa surrender dek xtahan cara kerja yg amat memenatkan walaupn mendapat income yg agak lumayan. Tuan2, maaflah sekiranya apa yg saya tuliskan ini tak betul tapi demi memberi pendedahan kepada adik2 yg masih muda (yg masih blum kenal dunia perniagaan MLM) saya rasa adalah penting utk kita berkongsi sedikit ilmu utk kepentingan bersama. Juga kepada abg2, akak2, adik2 yg diluar sana yg sdg menjalankan bisnes MLM saya terlebih dahulu memohon maaf skiranya pendapat sy dibawah ini akan mgguris hati.


Tuan2, bisnes MLM memang boleh menjanjikan pendapatan yg lumayan yg mana kerja makan gaji xmgkin dpt mnandinginya. saya pnh kenal beberapa upline saya yg mndapat income 40-50 ribu sebulan. Sapa prnh dgr nama Ah Seng, Dino atau Adi Hafiz dlm Luxor? 3 org tu kawan saya ms belajar di UNITEN dlu. Saya mgkin xsehebat mereka tp dapatla jugak merasa income wpun x lumayan spt mereka. Bg saya, apa saja perniagaan (yg halal la) menjanjikan pendapatan yg lumayan. Anda penat belajar sampai ke universiti utk segulung ijazah tapi smpi bila nk makan gaji bang? Masa depan anda ibarat ditentukan oleh org lain, btul x? Nabi jugak mengatakn 9/10 pintu rezeki adalah dr sumber perniagaan. Jadi, kenapa msh perlu makan gaji lg? Tp kenapa bisnes MLM? Kenapa??

Bg saya sebab yg utama, MLM prosesnya mudah, modal pun kecik. Hari ni sain, esok dh boleh menjual produk, am I right? Tp sbnrnya apa yg kita lihat xsemudah apa yg kita sgka, malah indah khabar dr rupa. Mgkin kita mndgr testimoni dr org yg berjaya dlm MLM, tp siapakah yg tau bagaimana susahnya mereka utk smpi ketahap itu? Snggupkah anda mengorbankan masa tidur anda mjalankan perniagaan, berjumpa upline2 anda sehingga pukul 2-3 pagi utk mnyusun strategi perniagaan hmpir saban malam yg blum tntu mnjanjikan pulangan kepada anda pd esok hari? Sggupkah anda mngorbankan masa, tenaga n wang utk berjaya spt mereka? Anda sggup menebalkan muka mnjual produk kepada stranger ataupun sedara mara yg mana blum tntu mereka akan membelinya dr anda? Kalo x sanggup mnjual, bagaimana anda nk mngharapkan downline2 anda mnjual produk? Kalo team anda x mbuat sale, bagaimana nk generate income? Tp sekiranya anda sggup dan anda seorang yg mgkin bertuah, saya ucapkan selamat dtg ke dunia MLM!!! Tuan2, bg saya bisnes MLM adalah bisnes yg ada tempoh hidupnya. Skiranya anda perintis kepada bisnes MLM sesuatu company, pluang utk anda naik dlm tempoh yg cepat adalah cerah. Tp bgaimana yg lmbt menyertainya? Itulah yg saya ckp, untung sabut timbul, untung batu tenggelamla ia. Tuah ayam nmpk dikaki, tuah manusia hnya Allah yg tau btul x? Bg saya upline diatas kaya disebabkan kita dibawah ni berpenat lelah mnapak mncari tempat dlm bisnes ini. Bg saya plg kuat 7-8 tahun sudah cukupla utk bisnes MLM bertahan. Lps 8 tahun kebyakan bisnes ini akan slow down n lama kelamaan akan mati jua akhirnya.


Sy bukan tak percaya sistem MLM sbb sy pernah melihat bukti org yg berjaya dlm bdg ini dgn mata kepala sy sendiri. Tp bg sy sekiranya anda buat bisnes fulltime MLM, anda akan bersetuju dgn pndapat sy bhw pendapatan yg anda terima x berbaloi dgn pengorbanan yg telah anda lakukan. Lbh2 lagi dlm keadaan zaman skrg yg mana kebanyakan dr msyrakat akan mnjauhkan diri dr anda skiranya mndapat tau anda buat bisnes MLM. Kerana apa? Sebab FOBIA la bang!!! Bos saya ada mengatakan pd saya, ada 4 jenis bisnes yg sinonim dgn bgsa melayu. Antaranya:- 1. Bisnes MLM2. Bisnes kedai makan/restoran3. Kontraktor4. Skim cepat kaya

Pernahkah kita btanya pd diri sndiri kenapa xramai org Cina yg myertai bisnes MLM? Kenapa? Apa bisnes yg mereka ceburi? Kenapa kita xmnceburi bisnes yg mereka buat? Sy setuju dgn En Hamdy, bisnes insurans n Unit Trust mempunyai prospek yg bagus. Ia bisnes yg xperlukan modal yg banyak, mnjanjikan pendapatan n bonus yg lumayan malah meningkat stiap hari, xde upline yg prlu kita jumpa saban malam, kerja xterikat dgn masa n tempat dan sudah tentunya kebnyakan mereka yg menjalankn bisnes ini adalah dr kalangan Cina diluar sana! Kalaula sy tau bisnes ini lumayan dr dlu lg, lepas SPM tentu sy dh buat tuan2! Kerana br mengenali bisnes ini, wpun lmbt bermula alhamdulillah sy menikmati pendapatan yg berbaloi dgn tenaga, masa n wang yg telah curahkan dan saya tlh mngambil keputusan drastik meninggalkn jawatan sy sbg jurutera projek 3 bulan yg lepas stelah 4 tahun jawatan itu saya pegang ibarat menatang minyak yg penuh. Tuan2, saya bukan nk promote bisnes atau produk disini tp fikir2lah. Bangsa Melayu baru skrg hendak berjinak2 dgn bisnes insurans n Unit Trust, walhal market dan peluang diluar sana tersangatlah besar. Sapa yg xperlu insurans dizaman ini? Berapa ramaikah org Melayu yg diluar sana yg ade insurans peribadi? Sapa yg xmau KAYA dgn cara pelaburan? Asalkan ada permintaan, tentulah akan sentiasa ada penawaran betul x? Sbb itu, sedih tgk anak bgsa sendiri membeli insurans n Unit Trust dr agent bukan dr kalangan bangsa kita sendiri. Brp ramai org Cina kafir yg kita kayakan sjak dr merdeka lagi? Kalo dorg dpt projek bisnes ada dorg sebuk2 nk offer pd kita kah? Saya pernah kerja dgn mereka, saya tau cara mereka berfikir n bertindak. Wpun x semua mcm tu, tp rata2nya mentaliti mereka lbh kurg sama aje. Kalo ada pun yg baik, ibarat 1 dalam seribula. Saya igt kalaula satu hari nti ditkdirkan Malaysia ni dorang perintah, alamat selamat la jwbnya. Ekonomi diorang dh kontrol, masa depan pula bagaimana agknya ya? Saya bukan nk bersikap perkauman, tp fikir2lah...


Selamatkanlah diri anda dari bisnes MLM dan COMFORT ZONE!!!

MLM2 : Nasihat dari aktivis MLM

oslen@tm.net.my wrote:
Salam,

Terpanggil pulak nak contribute bahagian ini.

Ada lebih dari 700 syarikat jualan langsung di Malaysia. Negara kita adalah tempat lahirnya dan berkuburnya syarikat jualan langsung. Suburnya lah Malaysia ini. Tapi tak berbaja.

My advice is

1. Do your homework! Baca banyak buku pasal MLM. Jangan baca "manual" syarikat je. Even buku terbaru Donald Trump dan Robert Kiyosaki bertajuk "Why We Want You To Be Rich" juga ada menyentuh mengenai MLM. Malah mereka berdua menyokong industri MLM.

2. Apabila hendak menceburkan diri dalam MLM, pastikan 2 perkara
a. Produk yang bermutu tinggi dan mempunyai "demand" yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi ini yang menjadi masalah kepada ramai orang. Kita tidak tahu menilai sesuatu produk tersebut. Bagi saya, cara yang paling berkesan, ialah, GUNA produk itu dulu. Adakah kita sendiri selesa dengan produk tersebut? Atau kita sendiri tak selesa, tapi "buat-buat" selesa hanya semata-mata untuk "business". Dan apa kesannya kita guna produk tersebut? Hubungan 'intim' kita dengan produk tersebut akan membuatkan kita dapat 'share' dengan prospect dengan lebih ikhlas dan berkesan.
b. Syarikat tersebut mesti kukuh dan mempunyai pengalaman yang lama. Jika ianya syarikat RM2 ..... LARI selaju-lajunya dari syarikat tersebut. Satu garis panduan am ialah: Syarikat mesti sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman, minima US$100 juta jualan tahunan, disokong oleh kajian sains yang boleh dipercayai (biasanya attached dengan University yang terkenal) dan Mempunyai Pelan Pemasaran yang TIDAK berubah-ubah.

3. Berniaga dalam MLM ini adalah mudah (simple) tetapi memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Mudah kerana seorang itu hanya perlu menyampaikan, BUKAN memujuk, atau merayu. Kita hanya perlu mencari orang yang MAHU bukan yang nak 'try-try'. As simple as that. Dan untuk berjaya dalam MLM, kita hanya perlu 5 orang yang MAHU tersebut. HANYA 5 ORANG sahaja. Thats all.

4. TIDAK ADA kegagalan dalam MLM. Hanya mereka yang MENGALAH! Untuk berjaya dalam MLM, seorang mesti sabar dalam menabur benih, membaja, menjaga hinggalah sampai masa untuk menuai. Ramai orang 'kalah' dan berundur, 'give up' sebelum buah masak. Amat menyedihkan! !

5. EGO, SOMBONG dan DEGIL juga antara punca kegagalan dalam MLM. Mereka enggan pergi mengikuti training yang dikendalikan oleh kalangan pengedar atau yang dikendalikan oleh syarikat itu sendiri. Umpamanya: Sebelum kita boleh bekerja sebagai Engineer, kita perlu melalui pengajian di university. Dah keluar 'U' pun kena pergi training lagi. Kenapa hal demikian tak ada complain?? Bila training dalam MLM, kenapa seseorang itu merasa ??buang masa??. Alasan yang selalu di utarakan adalah "oh! semua ini saya dah pandai. Saya boleh buat tanpa latihan". atau "saya tak ada masa".

6. PLUG INTO THE SYSTEM. Itu adalah antara tuntutan dalam MLM. Hasil dari pengalaman dari orang yang dah berjaya, kita hanya perlu mengikuti apa yang telah mereka lakukan. Itu je. Just Follow and Duplicate. Kuncinya adalah "Copy". Jangan create jalan baru. Jalan dah ada sudah boleh menjamin kejayaan seseorang itu. Ikut je.

Kelebihan Perniagaan Dalam MLM antaranya

1. Modal Rendah. Saya adalah seorang peniaga. Saya tidak mendapati satu perniagaan pun yang tidak perlu kepada modal awal. Nak buka gerai jual burger pun kena duit. Nak buka saloon gunting rambut ..... 10 ribu?? 20 ribu ?? Cuba fikir?? Kita bercakap mengenai perniagaan. Siapa kata berniaga biasa tak ada hilang duit? Kalau dalam MLM hanya ribu-ribu (itu yang Hamdy kata). Tau tak dalam construction saya hilang RM300,000.!! ! Siapa tahu? Kita bukan cerita makan gaji. Kita cerita BERNIAGA. Tapi hanya dalam MLM, kita tak perlu invest ribu-ribu. Banyak caranya. Buat Homework. Fokus. Cari jalan. Allah dah janji, akan mendatangkan jalan yang mudah, bagi mereka yang mencari dan berdoa.

2. Overhead rendah. Boleh bekerja dari rumah. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu sewa office. Tak ada staff. No Traffic Jam. Kalau kita nak buka kedai repair computer, tentu sekali kita perlu sewa kedai. Boleh ke jadi kaya dengan business tersebut?

3. Semua inventory, accounts, tax, hal-hal dengan authority, ware house, kastam, transport, stock, storage adalah tanggungan syarikat. BUKAN tanggungan pengedar. Pengedar hanya perlu jumpa orang dan SHARE the product. Itu je. Orang nak, ok. Orang tak nak pun ok. No pressure!! NEXT!!

4. BE YOUR OWN BOSS. Kita kerja, kita dapat. Kita untung. Kita tak kerja, ...... complain je. Memang duit tak masuk. Pasal kita tak kerja. Ingat!! MLM DOES NOT ATTRACT LAZY PEOPLE.

Akhir sekali : Saya telah melalui perniagaan biasa. Sekarang saya dalam bidang MLM. Jadi, pasti kata-kata saya diatas adalah dari pengalaman saya sendiri. Buat masa ini, saya masih lagi membaja benih yang saya tanam. Saya masih belajar dan tidak berhenti akan terus belajar insyaAllah. Saya yakin, insyaAllah benih yang saya tanam dan baja pasti akan berbuah. Robert kata dalam buku diatas antaranya, jika kita hendak menceburkan dalam sesuatu perniagaan / investment, pastikan ianya "predictable" . Saperti seorang peladang buah. Dia tahu jika dia menanam dan mengikuti kaedah dan langkah yang ditetapkan dalam skill pertanian, pasti (insyaAllah) ia akan mendapat hasilnya. Just follow the plan.

Bagi yang nak tahu apa yang saya buat, sila lawati
http://nutrition- you-need. com atau http://nutrition- for-life. blogspot. com

Mohon Maaf jika terkasar bahasa atau menyinggung mana-mana pihak.

Wallahu alam

Allen Peter
http://mybizhome. biz

MLM 1: Jualan Langsung – Never Ending story – hingga Kiamat.

MLM/ Jualan Langsung – Never Ending story – hingga Kiamat.
(ada seorang kawan meminta pendapat saya, pagi ini)


1- MLM adalah never ending story kerana dari tahun ke tahun akan ada generasi baru yg terpegun dgn beberapa kejayaan yg diperoleh oleh beberapa ketul penggiat MLM. Penggiat MLM akan bercerita pendapatan ribu ribu si A, Si B dapat kereta mercedes, Cikgu C dah ratus ribu pendapatan bulanannya.

2- Kalau anda masih muda, ada baiknya anda membaca hingga habis. Kalau anda dah matang mungkin anda tidak mahu sebab anda antara orang dah terkena. Anda mungkin dah serik. Atau anda mungkin dah boring hal MLM seperti saya.

3- Apabila zaman berubah, maka cara kerja pun berubah. Kalau dulu MLM ini dimulakan dgn menjadi ahli dan kemudiaanya bekerja lah sape yg minat pada waktu malam. Kenapa waktu malam, kerana MLM adalah satu pekerjaan dimana anda akan dapati orang pakai talileher pada waktu malam. Kalau jumpa orang pakai tali leher waktu malam, 90% dia aktif dlm mlm atau dalm entertainment industri. Kita aktif dlm mlm pada waktu malam, sebab waktu siang kita ada di pejabat, buat keje sikit sikit, sikit sikit fikir pasal mlm.

4- Kalau dulu mungkin dimulakan dengan RM 80. lepas tu, beli produk, cari orang, bawa pegi gathering, cari dan terus mencari.

5- Zaman ni, ianya dah berubah, masih cari orang, bawa pegi gathering tapi nak masuk bukan lagi RM80 tetapi RM80 + ribu ribu (RM3000?). Maka diceritakan lah oleh mereka bahawa org ni dah dapat income 5 angka, orang tu dah dapat 4 angka. Yang terlupa diceritakan ialah wak ahmad dah keluar 3ribu, kemudian tak dapat cari orang, wang nya hilang begitu saja. dan ramai yg macam wak ahmad.

6- MLM zaman ini masih lagi ada produk yang dijual. Tetapi produk itu sebenarnya hanya menjadi hiasan. Yang mereka mahu ialah mencari orang yg sanggup jadi ahli,, yang yakin akan sistem itu dan yang sanggup keluar ribu ribu semasa mendaftar.

7- Tidak adakah yang berjaya. Tentu ada. Ramai yang saya kenal. Antaranya dari seorang yg susah nak ada duit, sekarang dah pakai kereta mewah, nak beli rumah mewah etc. Tapi 10 orang berjaya, mungkin ada 100 orang yg hilang ribu ribu.

8- Bolehkah anda menjadi kaya dengan MLM. Jawapan saya ialah boleh. Untuk saya, bagi kita orang biasa ini, ada tiga bentuk perniagaan networking dan membina kumpulan, yg membolehkan kita kaya. Satu Insuran/takaful, kedua Amanah Saham Ketiga MLM. Jika anda boleh cari orang, bangunkan group, bina agency, ramai downline yg berjaya then anda akan berjaya.

9- Tapi untuk itu, anda masih perlu kenal sape diri anda?

10- Anda ready kerja kuat? Welll... yang ni tak ada kejayaan tanpa kerja kuat.

Melainkan anda jadi menantu PM. Itu pun anda kena kerja kuat coz anda hanya mudah dapat peluang, dah dapat peluang kena jugak kerja kuat. Tapi kalau anda menantu PM jenis ambil percentage sana kemari...ahh then kurang sikit kerja kuat coz anda hanya perlu dapatkan projek then dapat cut dari situ.

11- Anda suka jumpa orang, call orang, pujuk orang datang mtg.gathering, lepas tu closed deal dgn org itu keluar duit. Kalau anda juga pandai jual jual, then ok juga. SOOO kalau anda boleh dan mahu semua itu, anda sudah ada pembuka jalan utk berjaya.

12- Cuma anda kena tahan hati, iaitu didalam kejayaan anda utk dapat naik income 5 angka, akan ramai yg hilang ribu ribu didalam perjalanan itu kerana anda.

13- Untuk anda yang tidak ada skill skill yg diatas, saya cadangkan simpanlah ribu ribu tu di amanah saham. Paling tidak anda dapat 7-10% setahun, kalau pun tak 15%. Sikit sikit lama lama jadi bukit, itu kalau anda tak tarah busut yg baru nak naik bukit..Taapi kalau nak gak jadi jutawan, kena overcome lah kekurangan tadi, tapi nasihat saya buat lah takaful atau amanah saham..win win..anda menang, client anda tak hilang duit (risiko masih ada).

SELAMATKAN LAH DUIT RIBU RIBU ANDA DARI MLM.

Kisah Benar: Testimoni Persediaan Mghadapi Maut Pesakit Kanser Metastatic

Saya sertakan disini scanned document dari buku facing death: a testimony of a muslim stricken with metastatic cancer.

Buku ini bukanlah buku baru tapi dalam 2 tahun yg lalu. Buku ini diterbitkan setelah kematian penulisnya, dimana ini adalah permintaannya. Saya telah mengetahui kehadiran buku ini lama dahulu, setelah seorang kawan menceritakannya, tapi saya seperti ramai orang tidak ambil kisah. Hinggalah seorang kawan menziarahi saya dan bertanya samada saya pernah mendengar buku ini dan beliau mencari softcopy, kerana ada kes terminal disease yg berlaku pada rakannya.

Saya telah scanned buku inggerisnya. Utk terjemahan bahasa melayunya, saya telah menjumpainya di internet cuma terjemahan 7 muka akhir tidak dibuat, maka saya telah menterjemahnya dgn kefahaman saya. Mohon kemaafan jika kekurangan.

saya sertakan file yg bahasa melayu. utk file bahasa inggeris, ianya besar 24mb, oleh itu sila download disini ..
http://www.savefile s.net/d/8orqdv28 ci4.html Download segera dan simpan..

Antara kandungan buku ini yg sangat menarik ialah bagaimana penulis handle sikap Redha & Tawakkal VS having a strong will to fight it atau Punya Semangat Kuat untuk Melawannya" .

Banyak nasihat nasihat penulis didalam buku ini, beliau yang meninggal pada 27 nov 2005. Semoga Allah redha, dan jauhi ruhnya dari azab kubur dan azab api neraka dan ditempatkan didalam syurga, ameen ..

saya mencadangkan agar kita baca dan simpan kerana kita tidak tau masa hadapan. mungkin ada family atau rakan yg mghadapi terminal disease. so simpan laah baik baik. Semoga Allah kurniakan kita dgn kesihatan yang baik.

SATU ALLAH 3 Aqidah.

LAWATI BLOG: http://satuallah3aqidah.blogspot.com/

1. Tiba tiba kita di kisahkan dengan isu penggunaan perkataan Allah oleh pihak kristian. Ada yg mengatakan, pihak kristian tidak pernah menggunakan perkataan Allah. Yang digunakan ialah Tuhan, Lord etc. Tetapi ditanah Arab, dikabarkan perkataan Allah adalah biasa digunakan oleh orang kristian. Mungkin ada yg berkata perkataan ALLAH sepatutnya hanya ’exclusive’ pada orang Islam.

2. Mengikut lapuran akhbar, ada kenyataan pegawai yang mengatakan penggunaan perkataan Allah itu ada yg tersirat. Ianya untuk mengelirukan orang melayu. Ada betulnya. Tapi orang melayu yang bagaimana yg mudah terkeliru. Orang melayu yg mudah terkeliru ialah orang melayu yang tak sembahyang, tak menjaga keislaman mereka, tidak peduli keimanan mereka, tak menjaga aurat mereka. Orang yang menutup aurat dengan baik ialah orang yang memang mahu menurut perintah Allah dengan sebaiknya, dengan penuh iman dan dengan berilmu. Apatah lagi begitu ramai orang melayu yang tidak sembahyang hari ini. ( Memang ada muslim yg berilmu bertukar agama tetapi terlalu kurang ) .

3. Tapi bukan ketaatan agama rakyat itu bergantung kepada kekuatan agama pemimpinnya. Jika pemimpin yang dipilih itu ialah pemimpin yg memilih isteri pun jenis tidak menutup aurat atau tidak segan memegang bahu terdedah orang perempuan dan kemudian mengaku ’saya seorang Islam yang baik’, atau pemimpin yang isterinya berlaga pipi dengan pelakon handsome Hindustan, MAKA memang kita perlu bimbang. Kita perlu bimbang kerana itulah level kefahaman atau komitmen Islam rakyat hari ini. Umat Islam yang punya kefahaman dan komitmen yang tinggi, tidak akan memilih orang begini sebagai kepimpinan mereka.

4. Satu perkara yang ingin saya tekankan disini ialah TIGA AGAMA INI, YAHUDI KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH DARI SATU RUMPUN.

5. Satu rumpun bermaksud:-
a. Ketiga tiga nya ini menerima ALLAH adalah tuhan mereka.
b. Ketiga tiga nya mempunyai Rasul yang diiktiraf oleh Allah.
c. Ketiga tiga nya menerima dan ada kitab masing masing yang diturunkan oleh Allah melalui nabi masing masing.
d. Ketiga tiganya mempunyai syariat tersendiri.
e. Ketiga tiganya ada kesinambungan iaitu dari Yahudi ke Kristian ke Islam.
f. Sebelum kedatangan seorang Rasul yang baru, ianya diceritakan terlebih dahulu oleh kitab sebelum Rasul itu.

6. Oleh itu apabila ketiga tiga agama ini menyebut perkataan Tuhan, maka ketiga tiga itu merujuk kepada Tuhan yakni ALLAH yang satu.

7. Tetapi kata orang puteh, THE BUCK STOP THERE. Dalam kata lain, keserupaan (bukan persamaan ye) berhenti disitu. Penerimaan konsep Allah atau Konsep Ketuhanan itu jauh berbeza antara satu sama lain.

8. Sebenarnya ada satu elemen lagi dimana ada persamaan konsep ketuhanan antara org Islam dan org kristian. (nota: ini bukan isu trinity). Orang Kristian menerima bahawa Allah itu sebagai Pencipta atau Penguasa terhadap sesuatu. Kepercayaan begini bererti bahawa Allah yang menciptakan alam mentadbir dan memiliki alam, memberi rezeki dan segalanya adalah dibawah pengetahuan, kehendak dan bijaksana Nya yang tidak terhingga. Orang Kristian, malah semua agama didunia ini, menerima dan mengambil kefahaman ini. Orang Islam juga menerima konsep ketuhanan ini.

9. Dari segi ilmu Tauhid, keimanan kepada konsep ketuhanan diatas dinamakan Tauhid Rububiyyah. Tauhid Rububiyyah bermakna seperti yang digaris diatas. Tetapi bagi orang Islam, keimanan ini baru separuh sahaja. Ianya masih lagi tidak lengkap.

10. Untuk melengkapkan keimanan itu, orang Islam perlu mentauhidkan Allah dalam peribadatan. Maknanya kita menerima Allah dalam 2 perkara:
a. Pertama menerima Allah sebagai Pencipta dan Penguasa sesuatu.
b. Kedua menerima Allah dalam peribadatan kita (Ubudiyyah)

11. Menerima Allah dalam peribadatan bermakna:
a. Beriktiqad hanya Allah sahaja berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan tempat meminta
b. Meletakkan seluruh kehidupan kita diatas petunjuk dan perintah Allah.
c. Menerima kuasa mutlak Allah iaitu hanya Allah sahaja yang berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makluk ciptaanNya.

Dan keimanan ini dinamakan sebagai Tauhid Uluhiyyah Allah.

12. Jadi orang Islam menerima Tauhid Rububiyyah Allah dan Tauhid Uluhiyyah Allah.

13. Orang Kristian hanya menerima Tauhid Rububiyyah tetapi didalam bab menguruskan dunia ini, orang Kristian mahu cara sendiri bukan cara yang Allah tunjukan. (Ada Muslim tahu ada hukum Islam tapi bagi berbagai alasan tak mahu buat- tapi ini bab lain)

14. Saya tidak bertujuan mahu mengulas hal ugama yahudi. Pertama, saya sendiri kurang faham. Kedua ugama yahudi itu bersifat exclusive iaitu khusus untuk bangsa yahudi.

15. Sebagai seorang Islam kita menerima KEDUA DUA tauhid itu. TETAPI apabila org Kristian menyebut nama Allah, kita sbg orang Islam serta merta tahu bahawa orang Kristian hanya menerima SEBAHAGIAN dari KEKUASAAN ALLAH iaitu menerima Allah sbg pencipta shj. Dan kita perlu ajar keluarga dan extended keluarga kita tentang fakta ini, supaya mereka tidak mudah terpengaruh dgn dakyah Kristian.

16. Rupanya kalimah Allah juga menjadi ’protective word’ kepada orang melayu. (lihat berita akhbar dibawah) Kalau kita kiaskan bagaimana kritikan dasar ekonomi baru bahawa DEB menyebabkan majoriti orang melayu memerlukan tongkat, maka kita perlu amat bimbang. Kita takut orang mula mengambil perkataan Allah dengan mudah tanpa perlu memahami isi kandungannya. Kenapa tidak, bila sebut Allah ianya hanya utk orang Islam.

17. Kita takut, kita mula mengambil nama Allah secara bersahaja ataupun ’taking it for granted’ kata org puteh. Jika kita tidak faham, dan hanya kita sahaja yg tak faham, itu ok lagi. Tetapi apa yg akan terjadi, tidak fahamnya kita akan Allah Dan Tauhidnya, akan melibat satu pusingan yang sungguh mengerikan, a vicious cycle, kata org putih.

18. Bayangkan kita tidak faham, kemudian kemungkinan besar anak anak kita tidak akan faham, kemudian menantu yang dipilih juga tidak faham, cucu kita yang dilahirkan juga tidak faham kerana anak dan menantu kita tidak mengajarnya, kemudiaan cicit kita tidak faham kerana moyang, datuk, ayah dan ibunya juga tidak faham. Kalau inilah berlaku bermakna Kiamat itu begitu hampir. Semoga Allah jauhkan ada keluarga kita yg terpikat kepada Kristian.

19. Oleh itu menjadi tugas kita untuk faham Allah dan Tauhidnya dan diturunkan kpd anak2 kita, baru lah kita boleh merasa sedikit lega dan yakin bahawa keimanan Islam kita, anak, menantu, cucu, cicit, tidak akan berganjak dengan hanya manusia dari agama lain menggunakan perkataan Allah.

20. Kita boleh menghalang dengan tidak memberikan permit utk orang bukan islam menggunakan perkataan Allah. Tapi bagaimana dengan penerbitan yang tidak rasmi. Bagaimana dengan sebaran sebaran umum. Bagaimana kalau dia datang kepada anak kita dan mengatakan ”Tuhan kami juga Allah”. Dan kita pula tidak meletakan pertahanan aqidah kepada anak kita.

21. Kita mesti ingat bahawa Kerajaan Malaysia hari ini bukan dari jenis yang terlalu hirau atau concern tentang halal dan haram. Pemimpin yang dipilih pada hari ini adalah dari hasil politik wang. YB YB yang dipilih pada hari ini ada yang dari hasil penipuan. Pemimpin BN hari ini adalah secara direct atau tidak, adalah mereka yang rasuah. Terlalu sedikit yang macam YB Shahrir Samad. Bagaimana mereka yg didalam perutnya mungkin penuh dengan lemak lemak rasuah, terlalu mengambil berat akan aqidah kita, anak, cucu kita. Kalau YB MCA sanggup letak jawatan, bagaimana dengan dua YB Selangor,melayu, yang ada affair. Mereka, YB YB ini, mungkin akan mempertahankan, hanya setelah aqidah orang kita telentang tetapi kita tidak boleh membiarkan anak cucu cicit kita jadi begitu.

Kerana itulah, memahami Tauhid Uluhiyah Dan Tauhid Rububiyah itu amat amat amat penting untuk kita, keluarga kita, dan rakan rakan kita di office dan semua umat Islam. http://satuallah3aqidah.blogspot.com/

Sunday, December 30, 2007

HANYA 60% DIVIDEN ASB HALAL?

Sila email kepada saya hamdy065@yahoo.com untuk mendapatkan pdf file.

Di izinkan Allah, saya mencuba compile beberapa penulisan mengenai ASB. Disertakan PDF file disini (30mukasurat). Mudah2an ianya menjadi starting point utk berfikir bagi generasi 20a dan 30an utk berubah kepada kebaikan dan peace of mind.


HANYA 60% DIVIDEN ASB HALAL?
KANDUNGAN:
1. ASB SATU ISU LAMA YANG TIDAK ADA KESUDAHAN?
2. HARAM ASB PERKARA YANG SERIUS.
3. DIVIDEN ASB RM150,000.00 DIKORBANKAN.
4. SAMPAI BILA TAQLID BUTA.
5. MUFTI PERAK: BERPENDAPAT ASB ITU HARUS
6. PERINGATAN KEPADA PENGAMAL PERKARA YG SYUBAHAT.
7. AMARAN PADA PENGAMAL SYUBAHAT.
8. SUMBER PENDAPATAN ASB: MINIMA 30% + - DARI SUMBER HARAM?
9. PENDAPAT APABILA HARTA BERCAMPUR ANTARA HALAL DAN HARAM:
10. KESIMPULAN
11. LAMPIRAN

UST ZAHARUDDIN: HUKUM PELABURAN ASB
KESIMPULAN PENDAPAT UST ZAHARUDDIN
PENDAPAT DARI PERSATUAN ULAMA
MASLAHAT@KEPENTINGA N UMMAH: BEBERAPA CIRI
ASB & ZAKAT
ASB & MENUNAIKAN HAJI
MENJADIKAN ASB ISLAMIK
GARIS PANDUAN DARI Majlis Penasihat Shariah SSM
SYARAH RINGKAS HADIS KE6: HADIS 40 IMAM NAWAWI
SENARAI AMANAH SAHAM ISLAM.

BERALIHLAH KEPADA AMANAH SAHAM ISLAM
ANDA MAMPU MERUBAHNYA

MANDI WAJIB express

MANDI WAJIB EXPRESS

1. Tentu anda rasa pelik bila saya menulis tajuk ini. Mungkin ada yang rasa, penulis ini ada gila-gila bahasa, atau nak menarik perhatian orang, atau saja saja buang masa, atau apa apa lah.

2. Kalau anda mengambil masa dalam 10 minit untuk mandi wajib, maka anda perlu berhenti disini dan tidak perlu membaca dgn lebih lanjut. Tetapi kalau anda mandi wajib dan mengambil masa melebihi 20 minit, maka anda digalakan membaca seterusnya. Jika anda hidup 10-20 tahun lagi, anda akan dapat menjimatkan antara 200-400 jam, jika anda mengikut cara mandi wajib yg berstruktur dibawah nanti.

3. Menjadi kewajipan semua umat Islam yg baligh untuk mengetahui bagaimana mahu menunaikan mandi wajib. Saya diberitahu oleh anak saya bahawa untuk subject PAFA darjah 6, telah ada cara mandi wajib yg berstruktur diajarkan. Tetapi kalau ingatan saya betul, pada zaman saya bab mandi wajib ini tidak diajarkan cara yg berstruktur. Yang diajarkan ialah niat kemudian meratakan air seluruh badan.

4. Oleh kerana cara kita mandi wajib yg mengambil masa terlalu lama, ada diantara kita merasakan mandi wajib adalah satu beban. Mungkin ada yg berkata ”malas betullah nak mandi wajib” bila mengenangkan cerewetnya dan lamanya nak mandi wajib.

5. Tulisan ini saya tujukan kepada lelaki dan perempuan yg mengambil masa melebihi 20 minit untuk menunaikan kewajipan mandi wajib. Kalau perempuan paling tidak sekali sebulan anda akan mandi wajib. Lelaki dan perempuan yang telah berkawin, paling tidak 2 atau 3 kali seminggu mandi wajib.

6. Jika anda dapat menjimatkan 10 minit dengan mandi wajib dari 20 minit menjadi 10minit, anda akan dapat jimat 200 hingga 400 jam utk masa 10-20 tahun. 200 jam adalah sama dengan 20 hari kerja dan 400 jam adalah sama dengan 40 hari kerja. Bayangkan anda dapat bercuti 20 hari terus menerus...uhhh indahnya... Sembahyang subuh anda juga akan dapat dilakukan dengan segera.

7. (Izinkan saya menambah rempah sedikit.) Jika anda lelaki dan kalau kurang mandi wajib dari jumlah 2-3 kali seminggu itu, wellll anda kena check libido anda. Kemungkinan anda merokok banyak sangat, terlalu gemuk, stress hidup atau stress kerja keterlaluan, atau perjalanan darah anta sudah kurang baik atau ada perkara perkara katil yg telah menjadi terlalu routine. Kalau anda lelaki dan tidak faham ini “ sex is like a heating a pizza, you must preheat the oven 20-30minutes, before putting a pizza in the oven”, kemungkinan anda telah menzalimi pasangan anda. Kalau anda perempuan dan pasangan anda jenis ‘cecah cecah terus celup’, then anda perlu berbincang segera sebelum timbul perasaan anda seolah tidak dihargai dan seolah rasa tidak dibelai mesra. Buat segera sebelum rumahtangga anda terasa kering ‘dry’.

8. Berbalik dgn cara mandi wajib express itu tadi, ianya menjadi express jika anda mengikut cara yg Rasullullah tunjukan. Tetapi anda perlu memahami bahawa anda hanya perlu sapu air pada anggota badan anda dan bukannya perlu ’gosok’ pada setiap anggota badan anda. Isu kurang yakin ialah isu ilmu. Jika air telah lalu dan anda sapu tangan anda di anggota itu, atau anda ambil air dan sapu dianggota itu, maka anda telah pun menunaikan kewajipan membasuh anggota tersebut. Bila anda gosok dan kurang yakin, itulah yg akan mengambil masa melebihi 20 minit.

9. Begini cara Rasulullah buat dgn cara berstruktur:-

a. Mula dgn mencuci kedua tangan tiga kali
b. Kemudian basuh kemaluan depan dan belakang
c. Ambil wudhu dgn sempurna seperti wudhu biasa (termasuk berkumur dan masuk air dlm hidung) . Anda boleh tangguh basuh kedua kaki sampai selesai mandi.
d. Siram air 3 kali keatas kepala sambil berniat mandi wajib. Gosok rambut untuk memastikan air sampai ke kulit kepala.
e. Siram air keseluruh badan dengan memulakan sebelah kanan kemudian kiri. Sapu bahagian dalam dua telinga, hidung, pusat, turun ke kanan peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki, kemudian kiri peha, betis, tumit kaki, celah jari kaki.
f. Tutup mandi wajib anda membasuh kedua kaki ie menyempurnakan wudhu tadi.
g. Sempurna lah mandi wajib express anda.

10. Anda perlu practice dan target. Pada peringkat awal, cuba kurangkan masa dari 20 menjadi 15. Kemudian dari 15 menjadi 10. Bukankah setiap minit itu berharga.

Rujukan Fikih Sunnah:
Hadis dari Aisyah r.a ”Bahwa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat, mulai dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dgn kanan ketangan kirinya dan mencuci kemaluannya, kemudian berwudhu seperti halnya ketika hendak shalat, lalu diambil air dan dimasukkan jari jari kedalam urat rambut hingga dirasanya air telah membasahi kulit, disauknya dua telapak tangan lagi dan disapukannya ke kepalanya sebanyak tiga kali kemudian dituangkan keseluruh tubuhnya ” (Bukhari & Muslim).

Anda mendapat dua perkara, satu menunaikan kewajipan, kedua mengikut Sunnah.

Selamat Mencuba. Semoga anda berjaya menjimatkan 20 jam untuk 2008.

Thursday, December 20, 2007

HARTANAH 5 : ANTARA FREEHOLD & LEASEHOLD 2

Salam~ Sedikit pandangan tambahan kepada jawapan Hamdy yang memang dah cukup padat nih.

Status tanah leasehold atau freehold, ianya termaktub didalam Kanun Tanah Negara (KTN). Dan tidak menjadi satu kehairanan ianya boleh sebelah menyebelah bergantung kepada pentadbiran Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Adakala tanah kosong iatu freehold tetapi apabila telah dipecahsempadan, surat hakmilik (geran) dikeluarkan sebagai leasehold. Jadi jangan heran hal ini.

Apa beza dan kesan status leasehold dan freehold kepada tanah kita. Perbezaannya ialah tanah status freehold ini adalah selama-lamanya milik kepada pemilik yang berdaftar pada suratan hakmilik (geran) tanah tersebut. Manakala tanah berstatus leasehold pula, tempoh milik pemilik yang berdaftar didalam suratan hakmilik adalah bergantung kepada tempoh yang dicatatkan didalam suratan hakmilik itu seperti 99 tahun atau 60 tahun atau 30 tahun atau lain-lain tempoh. dan ada juga sepanjang 999 tahun. Apabila habis tempoh-tempoh tersebut, tanah berstatus leasehold ini akan kembali haknya kepada kerajaan negeri menjadi state land dan terpuanglah kepada kerajaan pada masa tersebut samada untuk diguna mengikut kehendaknya jika ia ada perancangan tertentu atau leasekan kembali kepada pemilik berdaftar tadi dengan mengenakan apa-apa bayaran termasuk premium dan sebagainya mengikut tempoh yang tertentu.

Beza nilai antara keduanya, bagi kami, nilai tanah status freehold lebih tinggi dari leasehold dengan kadar mengikut tempoh baki leaseold yang ada. Namun kadang-kadang walaupun leasehold berbaki lagi 60 tahun tetapi dilokasi yang 'hot', nilainya adalah juga tinggi kadang-kadang menyamai tanah berstatus freehold. namun tak banyak lokasi yg macam nih. Apapun nasihat kami kepada klien, eloklah beli hartanah yang freehold.

Berkaitan dengan 'marketable' tanah berstatus leasehold atau freehold, sebenarnya kedua-dua jenis tanah tersebut tidak menghalang daripada mana-mana kaum samada melayu atau non-Melayu membelinya, cumanya proses transaksi leasehold lebih susah dan panjang sikit di PTG termasuk juga jika pembelinya Melayu. Tetapi ianya tidak menghalang sesapa utk memilikkinya.

Yang menghalang sesuatu kaum dari memilikkinya ialah status tanah seperti Tanah Rezab Melayu dan lain-lain status seperti Tanah Orang Asli, yang khusus untuk orang-orang tertentu sahaja. Ini bermakna orang selain daripada orang Melayu tidak boleh memilikki tanah yang berstatus Tanah Rezab Melayu, begitu juga yang lainnya.
Namun jangan terkeliru antara leasehold atau freehold dengan status Tanah Rezab Melayu dan lain-lain seumpamanya denganya. Ini kerana Tanah Rezab Melayu juga ada yang leasehold dan ada yang freehold. Tak semua Tanah Rezab Melayu freehold.

Dari sudut pandang Penilai Harta, kami selalu membuat analisa perbezaan nilai antara tanah 'open title' (geran putih kata orang Penang) dengan tanah berstatus Tanah Rezab Melayu ( sesetengah negeri guna Tanah Simpanan Melayu) adalah diantara 30% - 40% mengiku lokasi hartanah tersebut.

Bolehkah Tanah Rezab Melayu ditukar status kepada geran putih? Jawapannya mengikut KTN adalah boleh dan bergantung kepada kerajaan negeri tetapi dengn syarat kerajaan negeri hendaklah mengazetkan tanah lain seluas tanah yang ditukar status tadi kepada Tanah Rezab melayu.

Dalam keadaan apakah kerajaan berhak mengambil tanah-tanah kita? tidak kira samada leasehold ker, freehold ker, tanah Rezab melayu ker, geran putih ker, asalkan berada didalam Persekutuan Malaysia yang mana KTN digunapakai (kecuali Serawak dan Sabah yang ada terma-termanya berbeza) dan samada suka atau tidak, kerajaan boleh mengambil balik tanah kita dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).

Hartanah 4: ANTARA FREEHOLD DAN LEASEHOLD..

Assalamualaikum warahmatullah,

Soalan: Kes saya begini:
Fasa 2 pelancaran, harga unit yang paling 'koman' seperti yang kami beli (888 kai persegi RM160k) sudah naik jadi RM 207 K.

Fasa 1, tanahnya leasehold manakala Fasa 2, freehold! Pelik betul bukan? Bolehkah terdapat dua status tanah dalam satu kawasan kondo?
Adakah apa-apa kesan jika leasehold ini lupus?
Masakan Fasa 1 dibenarkan untuk diruntuhkan (Ada fasiliti kolam renang, gym, tempat ridah dan lain-lain pada aras 3, yang memang berkongsi ruang di tengah-tengah iaitu Fasa 1 dan fasa 2). Sudah tentu tidak masuk akal jika ini berlaku.
Rata-rata ramai melayu menjadi pemilik kondo fasa 1 (dalam 70%). Ramai orang Korea yang mahu menyewa.... Apa pandangan saudara dalam hal investment jangka panjang di tempat ini?

Jawapan:-

Didalam banyak keadaan, orang yg membeli hartanah yg dilancarkan pada fasa pertama mendapat keuntungan. Jika dalam keadaan biasa, kenaikan rumah yang siap akan dan naik antara 20-30% dan kemudiannya akan ditentukan oleh market demand. Tetapi untuk pembeli rumah fasa 1, kenaikan harga rumah itu akan naik hampir mengikuti harga fasa 2 apabila fasa 2 dilancarkan, tetapi jika harga kenaikan rumah fasa 2 itu kurang dari 20%, kemungkinan harga 20% itu akan kekal.

Memang harga freehold akan lebih sedikit dinegara ini. Antara sebab utamanya ialah pembeli bukan bumiputera lebih selesa untuk membeli yg freehold. Kelebihan freehold ialah ianya mudah ditukar milik dan tidak memerlukan kebenaran dari pejabat tanah. Utk leasehold, ada proses tambahan untuk menukar milik iaitu kebenaran dari pejabat tanah. Proses ini akan mengambil masa paling kurang 6 bulan. Jika pindahmilik itu antara bumiputera ke bukan bumiputera, kemungkinan besar permohonan itu ditolak dan proses rayuan diperlukan. Ini dengan mudah akan mengambil masa selama 4 bulan.

3.Untuk Leasehold, apabila jangkahayat tanah itu tinggal lebihkurang 60 tahun, ada bank yang keberatan untuk memberikan pinjaman.

Apa terjadi jika leasehold itu tamat. Pertamanya Kerajaan mempunyai hak untuk mengambil balik tanah itu. Jika tidak diambil balik oleh Kerajaan, pemilik akan diminta membayar premium, mengikut kadar yang ditentukan pada masa itu.

Masalah pengambilan balik tanah ni, sebenarnya pihak kerajaan kalau nak ambil, dia tak kira samada leasehold atau freehold. Kerajaan akan ambil. Kita Cuma berharap kita akan dibayar dengan sepatutnya, bukan diambil dengan harga murah dan dijual kembali dgn harga tinggi. Bukankah ini pernah berlaku. Tetapi kalau pemimpin yang kita pilih setiap 4-5tahun itu memang jenis buaya, jangan complaint banyak sangat.

Oleh itu, advantage freehold lebih kepada memudahkan untuk pindahmilik, harga lebih sedikit dan marketable pada semua bangsa.

Kes fasa 1 leasehold, fasa 2 freehold, walhal begitu dekat. Pertamanya apa yang nak dihairankan di Malaysia ni. Bukan kah Malaysia Boleh. Ini juga berlaku disatu taman Ukay Bistari di Hulu Kelang dimana fasa 1 freehold tapi fasa 2 leasehold, terbalik pula. Kalau pemimpin dari jenis buaya, anything goes asalkan perut mereka penuh.

Investment jangka panjang disatu satu lokasi. Pada umumnya jika lokasi itu berhampiran dengan Kuala Lumpur, ianya amat marketable pada jangka panjang. Kita akan lihat pada satu masa nanti, rumah yg selesa dan affordable akan bertambah jauh dari K Lumpur. Untuk kawasan luar KL, saya kurang pasti. Ditambah lagi kalau kita rasa tempat itu baik untuk sewaan dan expatriate menyukai tempat itu. Sudah tentu, sewaan nya baik untuk jangkamasa panjang.

Wallahualam.

Hartanah 3: Membeli Rumah Utk Pelaburan : Ciri2.

Pandangan saya pula, secara umumnya bagi membeli rumah untuk pelaburan, kita perlu mengenal pasti

(1) objektif pelaburan - jangka pendek (beli & kemudian jual bila siap) atau jangka panjang (beli untuk sewa)

Jika untuk sewa, condo/apartmen/ flat adalah lebih sesuai kerana harga landed property
biasanya agak tinggi manakala sewa agak rendah. Bayaran sewa tak mungkin dapat menampung bayaran pinjaman bulanan. Bagaimanapun, kenaikan harga (capital appreciation) adalah lebih baik bagi landed property.

(2) siapakah bakal pembeli atau penyewa condo anda

Mungkin ramai yang terlepas pandang tapi ia adalah satu perkara yang amat penting. Sekiranya target penyewa/pembeli adalah keluarga, tak sesuai membeli di condo/apt yang dipenuhi pelajar universiti.
Sebaliknya, jika student yang anda cari, maka belilah condo disekitar universiti atau kolej2 swasta seperti Menara Alpha (Wangsa Maju), Platinum Victory (Tmn Melati),
Vista Angkasa (Bkt Kerinchi), Cyberia (Cyberjaya), Vista Komanwel (Bkt Jalil) etc.
Atau adakah anda mengharap expatriate menyewa condo anda?

(3) lokasi yang paling sesuai untuk bakal pembeli & penyewa

Untuk keluarga tentunya mahukan dekat dengan sekolah, sekiranya ada anak2 bersekolah. Untuk pekerja pejabat / pelajar U mungkin dekat dengan stesyen LRT atau pengangkutan awam dsbnya.
Untuk expatriate, mungkin Taman TAR / Ampang Hilir/Mont Kiara etc
Lokasi Unit yang sesuai, contohnya menurut ajen hartanah di Mont Kiara, Mat Salleh suka lowrise apt manakala Korean/Japanese suka highrise & high floor. Apapun, unit itu mestilah tidak berdekatan atau menghadap tempat pembuangan sampah.

(4) Harga mampu

Harga jualan berkait rapat dengan kos guaman/ duti setem S&P, kos guaman / duti setem pinjaman. Sementara faktor harga & UMUR mempengaruhi downpayment, jumlah pinjaman, kos insuran MDT/MRTA dan bayaran bulanan. Berapa anggaran sewa (ambil 70-80% dari yang dianggarkan oleh pemaju) dan maintenance?

Adakah anda dapat pendapatan positif setiap bulan (sewa - maintenance - bayaran pinjaman)? Adakah perlu membayar lebih downpayment untuk mengurangkan jumlah pinjaman & bayaran bulanan?

Kira dulu anggaran kos-kos tersebut sebelum membuat keputusan membeli, mengikut kemampuan. Cuba http://www.ipropert y.com.my/ financing/ calculators.asp
Orang kata "ukur baju di badan sendiri".

(5) Pemaju
Siapa pemaju, apa projek yang telah mereka siapkan, apakah siap dalam jangkamasa yang di janjikan, bagaimana kualitinya etc.
Negara properties adalah pemaju bagus tetapi 3Residen adalah projek condo yang pertama bagi syarikat ini. Jadi tiada rujukan untuk pengurusan condo yang telah siap. Ini juga agak penting kerana pengurusan condo yang teruk akan menjejaskan potensi untuk mendapatkan bakal pembeli atau penyewa.

Tarikh jangka siap Ogos 2010. Risiko membeli hartanah yang belum siap sentiasa ada kerana ada kemungkinan terlewat atau lebih teruk lagi tergendala. Adakah anda bersedia?

(6) Pusingan ekonomi

Lebihkurang 10-12 tahun, naik perlahan2, kemudian turun merudum. Kalau kita lihat kemelesetan ekonomi berlaku pada 1986, naik perlahan2 hingga memuncak pada suku ke-3 1997 (11 tahun), diikuti krisis Thai Baht, kes Anwar 1998 (12 tahun) dan sekarang indeks Bursa di paras yang tinggi. Secara logiknya, pada ketika ini ramai yang mengaut keuntungan di Bursa akan menggunakan keuntungan tersebut untuk melabur. Salah satunya kemungkinan besar, melabur dalam hartanah. Jadi untuk tempoh 1-2 tahun ini mungkin pasaran hartanah agak hangat. Mengikut pusingan ekonomi (saya bukan pakar
dan kemungkinan besar salah), kemelesetan ekonomi semakin hampir. Adakah pada tahun 2008 (11 tahun selepas 1997), 2009 (12 tahun selepas 1997) atau 2010 (11 tahun selepas 1998)? Mungkin ada pakar ekonomi di antara kita yang boleh memberi komen.

Mungkin ada baik kita tunggu semasa pasaran merudum. Masa tu ramai yang tak mampu bayar dan banyak hartanah yang dilelong murah2. Pastikan (1), (2) (3) (4) di atas untuk membuat pilihan. Perlu juga diingat agar jangan terburu2 membeli kerana jika lelongan pertama tiada pembeli, ia akan diturunkan 10% dan begitulah seterusnya.

(7) Cukai

Ni yang paling tak syok sekali. Kalau beli kemudian jual kena bayar property gain tax keatas keuntungan. Tapi rasa2 mulai 2008 tak kena. Boleh check laman web lhdn untuk kepastian. Kalau sewakan dan jumlah rumah yang disewakan kurang dari 4 buah, jumlah sewa yang diterima dikira pendapatan dan di kenakan cukai pendapatan perseorangan. Kalau ada 4 rumah sewa atau lebih, ia dikira perniagaan. Maka boleh ditolak kos seperti faedah/keuntungan bank, maintenance, cukai pintu/tanah, insuran, telefon etc. Jadi kurang atau mungkin tiada cukai yang dikenakan malah mungkin boleh ofset pendapatan bercukai.

Akhir sekali, seperti yang disarankan, sebagai orang Islam kita perlu petunjuk Allah. Apa lagi, buat sembahyang Istikarah. Kadangkala ada petunjuk, kadangkala tiada. Cuba beberapa kali. Kalau masih tiada petunjuk, gunakan akal & ilmu bukan guna hati & nafsu.

Wallahuaalam.
mesaro_101@yahoo.com

Hartanah 2: Pelaburan & Isu2 Condo

Salam~ Nak tambah sikit dari apa yg akh Hamdy sebut tuh.

1. Lokasi.
Isu ini cukup penting jika ingin membeIi hartanah utk tujuan pelaburan. Lokasi tak bagus hartanah akan mengalami penurunan dalam nilainya. Dalam praktis, pernah saya menghadapi masalah penurunan nilai dari harga asal. Tetapi bagi kawasan Tmn Melewati, seperti kata Hamdy memang dah establish. So tak perlu risau. Manakala lokasi dikawasam-kawasan lereng bukit yang curam yang mungkin ada risiko tumbang macam kondo Highland Tower kat Hulu Kelang dulu tuh maka pembeli perlulah berhati-hati kerana struktur tanah dikawasan tersebut tidak begitu baik untuk bangunan tinggi.

2. Jenis Hartanah.
Saya selalu menasihati klien agar berhati-hati untuk membuat pelburan dalam jenis hartanah kerana ianya boleh memberi kesan kepada pulangan. Apabila kalian membeli landed property, kosnya hanyalah sekali iaitu harga jualan + legal fee dan bila disewakan maka 100% sewa kita boleh utilize setelah tolak installment bulanan. Tetapi jika membeli kondo ka, apartment ka atau flat ka, ada lagi satu elemen pembayaran yang kena tambah setiap bulan selain dari installment bulanan iaitu bayaran caj perkhidmatan (service charge). Caj ini bergantung kepada kos penyelenggaraan dan kos operasi fasilitis yang disediakan oleh pemaju. Umpamanya ada kolam renang, sauna, Jacuzzi, lift, senitaman, gelanggan squash, badminton dan lain-lain kemudahan maka kos caj ini adalah tinggi. Kebiasaannya kondominium di Kl ni akan mengenakan caj disekitar RM 0.20sen hingga RM 0.32 sen sekaki persegi. So darabkan dengan keluasan lantai unit kondo maka itulah jumlah yang MESTI dibayar samada kita guna ke atau tidak facilities yang disediakan. Jika tak bayar, unit kondo kita boleh di seal mengikut Akta Hak Milik Strata 1985 ( La nih dah diubah dan dah ada akta baru yang lebih strong dari akta lama dan akan berkuatkuasa pada April 2008 ini – tak ingat nama penuh).

3. Konsep Hidup BerKondo.
Saya selalu mengingatkan klien bahawa jika anda beli kondo atau yang memiliki melalui Hak Milik Strata, saya akan selalu kata dinding rumah you sebenarnya dinding rumah jiran sebelah, bumbung rumah you sebenarnya lantai jiran atas you dan lantai rumah you adalah bumbung rumah orang bawah. So susah jika berlaku apa-apa seperti bumbung rumah you bocor kena minta izin jiran rumah atas untuk repair lantai rumah dia. Pengalaman saya sekitar 11 tahun mengurus hartanah jenis kondominum nih, area kat bilik air yang memang kerap bocor. Nak repair tuh siap berperang dulu ngan jiran yang tidak begitu memahami hidup di kondo tuh. Dan ada kes sewerage system piping tersumbat dan ditakdirkan tersumbat kat bahagian dinding rumah antum, maka dinding rumah antum akan dipecahkan dan keluarlah pelbagai barangan yang tak sepatutnya dilihat. Namun bagi mereka yang memang selesa hidup dikondo maka tak kesah lah dengan semua ini.

Selain dari itu jika ingin menjual kondo tuh maka pelbagai pihak yang perlu diprolehi kebenaran menjual atau perlu consent orang kata terutama dari pemaju, pengurus hartanah, dan sebagainya. Kadang ambik masa 3 – 6 bulan baru boleh selesai tak termasuk urursan di Pejabat Tanah.

Cumanya jika saya ditanya, jenis apakah hartanah yang paling baik untuk dibuat pelaburan maka jawapan saya ialah jenis landed property tetapi pilih lokasi yang terbaik. Tetapi jika pelaburan antum untuk kondo sekitar Jalan Pinang, Jln Ampang berdekatan KLCC maka saya berani jamin pelaburan anda akan berlipat kali ganda dimasa hadapan kerna lokasinya menjadi kegemaran tok arab. Tapi harga yang ada ditawar sekarang pun dah RM 1,200.00 sekaki persegi. Bayang kalau luas unit 1000 kaki maka harganya ialah RM 1.2 milion. Begitu juga sekitar Mont Kiara pernah ana nilaikan sekitar RM 3.5 juta seunit.


************ ********* ********* ********* *
ZULKEFLI BIN AHMAD
IPC ISLAND PROPERTY CONSULTANTS SDN.BHD.
REGISTERED VALUER AND ESTATE AGENT V550/E1582
Tel : +603-8733 2355
Fax : +603-8733 2352
H/p : +6019-3366 667

Hartanah 1: Beli Condo utk Pelaburan

1 Location.
perkara yg utama dlm pembelian hartanah terutama utk investment. Location tidak ada masalah . Melawati adalah matured area, freehold dan green. Di belakang melawati adalah kehijauan yg indah, juga sejuk kerana ada empangan diantara bukit tersebut. Kalau kaw PJ, saya panggil area itu sbg Kampung BATU. tapi disini indah hijau nya. Sama macam bukit antarangbsa, bagi mereka yg dah duduk situ akan rasa nyaman dgn HIIL & Cool livingnya.
So secara umum Tmn melawati adalah good area.

Kawasan ini pula rata ratanya melayu, tapi seperti biasa org bgsa lain lebih selesa dlm kawasan org melayu kerana jika keadaan genting pun akan ada org yg siuman macam kita akan mempertahankannya. Melainkanlah keliling mereka ialah nasionalis totok dan pengedar sms nak menakutkan org atau penghunus keris yg nakkan darah ... Memahami ini penting supaya anda boleh buat judgement samada non malay mahu membeli atau tidak dimasa hadapan.

Bila anda membeli property, pastikan letak 10% probability bahawa mgkin satu masa nanti anda ingin menjualnya. So take into consideration resale value. JGN kata, rasanya tak akan jual nanti.

2. Pelaburan tru Condo.

Ok, pada umumnya org malaysia ini masih lagi suka duduk atas tanah. Kalau mereka mampu tidak ramai yg mahu duduk bagaikan merpati. Tambah lagi kebanyakan medium price property ini akan diduduki oleh ramai org. OK utk condo ini hanya ada 170unit. Tapi ada lagi phasa2 kemudian. Now, kata sebelah tu akan ada developer lain. So isu kepadatan mgkin penting. Perhatikan kebanyakan condo, berapa ratus kereta akan park diluar. Contoh org yg familiar dikawasan ini ialah condo di taman melati platinum victory, yg harga dulu dlm 180k tapi sekarang easily arnd 220k. Tengok kereta diluar tuu.

So kalau anda beli condo yg berharga RM250ribu keatas, anda perlu perhati isu ini.

3: Masalah dgn condo.
Bagi saya condo agak susah nak jual. Saya lebih suka menjual landed property. Masa developer nak jual condo tersebut, condo tu memang nampak hebat dan ummmh. tapi bila dah siap, then timbul pula condo baru dikeliling atau berhampiran kawasan tersebut, aura condo lama hilang. Cuba tengok di Mount Kiara, yg condonya rata rata 1mil plus. Tengok dari jauh, betapa mencacaknya condo di situ sekarang. Rasanya hilang glamour disitu. Yang tinggal hanya lah kepadatan tinggi di kawasan yg sepatutnya mahal dan exclusive.

4: Naik ke nanti harganya.
Bagi saya trend kenaikan property ialah apabila siap ialah antara 20-30%. Memang boleh naik lebih dari itu tetapi mesti ada sebab yg utama utk kenaikan lebih dari itu. TAPI ada juga tempat yg tak naik. Kalau dulu bukit beruntung. Tempat begini saya termkan sbg BELI UTK DUDUK sahaja. Tapi melawati insyallah bukan jenis ini.

Now 20-30% untung itu tak mesti nya REAL untung kerana, hidden cost banyak gak spt lawyers fees, stamp duty, keuntungan bank etc etc. Tapi jika anda menggunakan konsep FORCED SAVING anda tidak akan terlalu berkira , anda akan recover semua itu dengan sedikit keuntungan. Jika anda tak ambil risiko ini, then duit itu mungkin akan hilang tempat lain. Silap silap hilang kerana beli kereta yg mahal yang dah tentu susut harganya.

4. Rental boleh cover installment?

Ini isu long term commitment. Bolehkah rental anda akan cover bank loan. Klu boleh, ok le. kalau tidak bagaimana. Pengalaman saya, baik beli, siap jual. Ambik untung around 20-30% dari harga beli. Kurang pening kepala. Dapat duit tu, beli lain pulak. Jika anda makan gaji, guna sepenuhnya salary slip anda itu utk dapat bank loan. Ni menggunakan konsep Utilising other people money dlm investment kita dan juga let the bank take the risk.

Kadang kadang installment ini memeningkan. saya dulu ada few rumah, tapi dah consolidate n tinggal satu je.. tapi ini juga bergantung dgn visi objektif dan cara kita memandang kehidupan dan tujuan hidup ini. INGAT, ada harta susah, tak ada harta pun susah, tapi lebih baik susah tapi ada harta.

5: Keuntungan bank.
now, berapa keuntungan bank pada setiap bulan. Umumnya beginilah, kalau anda bayar 1500 sebulan, utk 5 tahun pertama itu, arnd 1000 1200 itu akan jadi keuntungan bank. jadi kiralah dari itu. tapi ianya bergantung pada bank rate juga.

Having said all above, jgn dengar sgt cakap org. Buat sembahyang isthikharah, semb memohon hajat, tutup mata, baca bismillah... .sign ... At the end, your objective count.

Penghujungnya, utk mereka yg bercita cita menjadi daii, pendakwah, pejuang keadilan, penentang kezaliman, menegakkan syariah, ingatan utk diri saya dan anda ialah "BERHATI HATI MEMBESARKAN KERAK",kerana kita bercita cita utk tidak menjadi org islam biasa seperti majoriti umat islam melayu. Bagi yg tak berapa faham, tanyalah org yg faham. Tapi jgn tanya ustaz yg hanya membesarkan rumah dan kereta dan terlalu terikat dgn akujanji kerana ustaz2 begini akan menjawab mengikut guideline akujanji bukannya guideline selamat dunia dan akhirat.

Cukup la tuu...Smoga bermanfaat. Wallahualam.

OK, my consulting fee is 2%..keh3, joking ehhh ...
Bukan expert tapi I make a living from property for past 4 years...

Tuesday, October 16, 2007

Rancang Hidup & 10mlm Akhir Ramadhan: DOA

mungkin agak terlambat utk cuba melaksanakan apa yg akan saya katakan ni coz ramadhan telah penghujung. tapi ada rezki, kita akan jumpa ramadhan lagi.., so kalau ingat, bolehlah buat pd ramadhan akan datang.

beberapa pemerhatian ini berdasarkan perkara berikut..
rasullullah bangun
beliau membangunkan
beliau iktikaf
10 akhir ramadhan utk menyelamatkan dari api neraka.
betis rasullullah bengkak berdiri

Rasullullah berittikaf di masjid..
Dalam hal ini beliau bukan saja nak menunjukkan pentingnya berittikaf di masjid kerana pahala yg besar diakhir ramadhan. tetapi beliau juga menunjukkan bahawa adalah amat susah untuk kita bangun mengamalkan qiamulail pada sepuluh akhir ramadhan jika kita duduk dirumah.

bayangkan jika kita dirumah, ada tilam, ada selimut, ada isteri dan mungkin ada aircond. Jam loceng tepi telinga pun susah utk menggegarkan gegendang telinga.

Tambah pulak yg berjimak pada malam tu.. bayangkan nak bangun 3 atau 4 pagi, dan nak mandi wajib. waduhhh pakkk...

tetapi kalau nak jugak duduk dirumah, mungkin kena ingat petua2 yg telah saya tuliskan di awal 20 ramadhan. antaranya, tidur bukan atas katil, tidur bukan dalam bilik, tidur diruang tamu, dgn lampu terbuka kerana utk mewujudkan kurangnya terlalu selesa. kalau terlalu selesa, bagi salam aje laaa.. ohh jgn lupa seru roh kita utk balik segera pada malam tuu..

Rasullullah membangunkan keluarganya. .
Apabila kita membaca ini, apa yg terpandang dan kita lakukan ialah kita mengejutkan anak dan isteri kita. Rasanya kita perlu expand circle tersebut kepada keluarga terdekat kita seperti adik beradik dan anak anak saudara kita. Ini adalah circle of influence yg kuat utk kita. Caranya mudah sahaja, hantarkan sms dahulu then jam 430pagi, buat lah missed call utk beberapa dering.. kita mesti ingat utk tlg menolong antara satu sama lain. utk mereka tak perlu tiap malam, cukup utk malam2 ganjil kecualilah memang kita ketahui mereka memang telah practioner utk 10 akhir ramadhan

Menyelamatkan parents dari apineraka..
10 akhir ramadhan adalah utk menyelamatkan dari api neraka..Sekiranya ibubapa kita telah tiada maupun hidup, inilah masa utk berdoa agar mereka dilepaskan azab kubur dan azab api neraka dgn bersungguh sungguh. Kita bukan nak makan sorang. Kita juga nak pastikan ibubapa, keluarga kita dan anak isteri kita diselamatkan dari api neraka.

Peranan isteri..
Isteri isteri perlu sedar bahawa 10 akhir ramadan ini amat penting dlm aspek membuat doa doa kehidupan. Oleh itu jika isteri isteri bangun utk sahur preparation, maka amatlah elok utk mengambil kesempatan utk sembahyang tahajjud paling kurang 2 rakaat.
Tetapi yg paling penting ialah, utk membangunkan dan memaksa bangun para suami utk semb paling minima 2 rakaat. cubit cubitlah peha suami dlm menyuruh bangun. tapi jgn pulak dipeluk bila suami nak bangun..

Ianya adalah PAKSA DIRI/PAKSA RELA.
Memang benar bangun di10 akhir ramadhan ini adalah satu usaha sukarela. Tetapi dari pemerhatian saya, kalau setakat sukarela, ianya tidak akan menjadi coz ianya bukan satu aktiviti yg mudah. Ia memerlukan satu usaha memaksa diri utk bangun dan berdiri ditengah tengah malam setelah hanya tidur utk dlm 3 jam kerana masa yg paling syok utk berdiri adalah antara 3 hingga 430pg.

Doa doa kehidupan..
tidak dapat dinafikan 10 akhir ramadhan adalah antara malam2 yg amat penting didalam perancangan hidup kita kerana pada malam ini insyallah tinggi percentage utk makbulnya..

Betis Rasullullah bengkak berdiri
Salah satu nikmat yg kita perlu cuba utk merasa ialah cuba merasa nikmat yg dirasai oleh rasullullah bila beliau berdiri begitu lama didalam sembahyang dengan membaca ayat ayat panjang. Kita boleh melakukanya dgn memegang quran kecil semasa sembahyang tahajjud tersebut. Bacalah ayat ayat yg mudah atau yg kita biasa. Surah albaqarah adalah antara yg mudah. Ada nikmatnya jika kita berjaya membacanya. Dalam kita membaca secara relax, tidak cepat, cool, slow & steady, insyallah kita akan dapat menghabiskan satu juz dlm sembahyang satu salam, selama 60 minit.

mudah mudahan kita jumpa lagi ramadhan

mohon fwd ke kawan2...utk berkongsi..
sorry for the title..provokatif sikit ehh..:)
Disclaimer.. Sekadar menyampaikan kerana saya juga dlm proses mencuba...